Aku, Dia Dan Somtam - 22
BAB 22

SUDAH dua minggu Anis bekerja di Stephen Holdings. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu bekerja di syarikat itu semata-mata atas ihsan keluarga Izara. Namun bila memikirkan dia perlukan wang untuk membiayai ibu, terpaksalah dia tebalkan muka juga.

Tambah lagi penyakit kencing manis ibu yang semakin serius.

Anis pandang fail-fail di atas meja. Banyak yang perlu dipelajari. Izara pula banyak mengajar dan memberinya latihan sebagai pekerja baru di syarikat itu. Sebagai penolong pengurus kepada Encik Tarmizi, dia perlu tahu banyak perkara berkaitan dengan produk syarikat itu terutama dari segi pemasaran. Lama Anis menatap skrin komputer. Tugasan yang diberikan oleh Encik Tarmizi perlu disiapkan segera. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik. Sejak tahun akhir lagi dia sudah mahir membuat kertas kerja untuk projek tesis dan projek kecil yang diberikan oleh pensyarah. Sekurang-kurangnya tidaklah dia terkapai-kapai.

Anis, tolong hantarkan kertas kerja ni kepada tuan Pengarah. Esok pagi, kami kena mesyuarat untuk pelepasan bajet. Anis kena masuk sekali dalam mesyuarat tu nanti. Encik Tarmizi meletakkan sekeping sampul surat besar berwarna kuning yang mengandungi kertas kerja Projek di Paka Terengganu.

Err..tuan Pengarah Kena hantar sekarang ke Anis capai sampul surat dan mula bangun.

Encik Tarmizi angguk. Dia terus masuk semula ke dalam bilik. Dia pandang lagi bilik Encik Tarmizi, lelaki yang bertubuh gempal dan bermisai tebal. Memang nampak garang. Dia hanya bercakap yang penting sahaja.

Aduh! Macam mana nikat mana pula bilik tuan pengarah Anis mula panik. Selama seminggu dia bekerja di situ, inilah pertama kali dia berdepan dengan pengarah syarikat.

Sampul surat berwarna kuning segera dicapai. Tudung yang dipakai dibetulkan sedikit. Kakinya mula melangkah ke pintu lif. Sebelum keluar tadi dia sempat menelefon Izara.

Lambat pula lif ni. Anis dongak melihat nombor yang tertera di lif.

Ehem!

Anis menoleh. Imran sudah tercegat di sebelah, kemas berpakaian kemeja dan bertali leher. Baju kot dibawa sekali bersama briefcase. Dia mendongak semula ke arah nombor di lif. Imran di sebelah tidak diendahkan.

Cantik hari nipandai pula awak makeup. Kena dengan baju kurung tu..nak pikat siapa Imran jeling. Nada sinisnya jelas kedengaran.

Anis menoleh semula. Belum sempat dia bersuara, pintu lif sudah terbuka. Imran mula masuk ke dalam.

Tak nak masuk ke Imran pandang Anis yang masih tercegat di luar pintu lif.

Anis perlahan melangkah masuk. Dia cepat-cepat tarik tangannya bila tersentuh tangan Imran yang juga cuba menekan butang angka 7. Masing-masing diam.

Awak nak buat apa kat tingkat 7 Imran mula bersuara memecah keheningan dalam lif. Hanya irama muzik yang kedengaran dari corong pembesar suara di sebelah cctv.

Saya nak hantar kertas kerja ni kepada tuan Pengarah.. Anis masih tunduk.

Awak kenal ke siapa tuan pengarah Imran renung Anis yang menundukkan wajahnya dari tadi. Hmm..cantik juga minah ni bila bersolek macam ni. Selama ni tak pernah aku tengok dia berhias macam ni.

Err..awak tak nak keluar Anis tidak menjawab sebaliknya dia menekan butang bila melihat Imran masih berdiri di dalam lif. Mengelamun pulak mamat ni!

Err..dah sampai ke Imran tergesa-gesa keluar. Dia betulkan tali leher. Anis sudah berdiri di luar lif dengan jarinya masih menekan butang lif.

Anis angguk. Dia masih berdiri di situ menunggu Imran berlalu pergi. Berlagak! Berjalan pandang atas je. Tahulah hidung kau tinggi, mancung! Tak jatuh pun kalau jalan macam biasa.

Anis segera ke kaunter, bertanya di mana bilik pengarah. Sebaik sampai di muka pintu, daun pintu diketuk perlahan. Nama di daun pintu dibaca sekilas. Pengarah je Nama tak ada ke Anis berfikir sendiri. Perkataan PENGARAH yang terpapar di daun pintu jelas dilihat.

Masuk!!

Anis pulas tombol pintu. Dia cuba mencari wajah pengarah yang membelakanginya di sebalik kerusi empuk yang menenggelamkan kepala. Perlahan dia menapak ke arah meja pengarah.

Tuan, ni kertas kerja dari Encik Tarmizi untuk mesyuarat esok. Anis berdiri di depan meja. Dia menjenguk ingin melihat wajah pemilik syarikat Stephen Holdings.

Letak je kat situ. Awak boleh keluar. Suara pengarah memberi arahan.

Anis letak sampul surat berwarna kuning di atas meja. Suara garau pengarah syarikat itu jelas menunjukkan dia seorang yang garang. Huh..boleh tahan sombongnya.

Bercakap tak pandang pun orang bawahan. Anis terus menuju ke muka pintu.

Nanti!

Anis menoleh semula. Pengarah tu masih membelakanginya.

Err..ada apa lagi tuan

Awak pekerja baru di sini kan

Ya saya.

Itu saja. Awak boleh keluar sekarang.

Anis mula melangkah keluar. Lama dia berdiri di muka pintu bilik pengarah. Telinga ditekup pada daun pintu. Cuba mengamati suara pengarah itu sekali lagi.

Hmm..macam pernah dengar je suara ni. Takkanlah.

ANIS menyambung kembali kerja yang belum siap. Dilihat jam di dinding. Sudah hampir sepuluh setengah pagi. Laju dia menaip laporan yang diberikan Encik Tarmizi semalam. Esok dia perlu hantar ke bilik mesyuarat.

Anis! Tak nak makan ke Izara tiba-tiba muncul di depan meja.

Anis jeling jam tangan. Baru sebelas setengah pagi. Dia dongak ke arah Izara yang tercegat di depannya dengan senyuman lebar.

Makan Kau gila ke Baru sebelas setengah la. Waktu rehatkan pukul satu! Anis meneruskan menaip. Masih banyak lagi yang perlu dikemas kini sebelum dicetak.

Alahni syarikat bapak aku! Suka hati akulah nak makan pukul berapa pun. Jomlah! Izara mula tarik tangan Anis.

Sikap macam kau nilah yang menyebabkan syarikat mempunyai pekerja yang tidak produktif. Lagi satu, tak halal rezeki tu nanti.

Dah mula dah ustazah niokey, aku tunggu kau dalam bilik aku. Pukul dua belas setengah kita keluar makan! Izara menapak semula ke biliknya.

Anis geleng. Manja tak habis-habis. Dahlah dulu asyik aku je yang kena perah otak buat assignment dia. Izara tidak betah membuat kerja pejabat dari pukul sembilan sehingga pukul lima. Namun itu hak Izara. Dia antara pemegang saham syarikat itu.

LAJU Izara berjalan ke arah restoran mamak yang terletak di seberang jalan bertentangan dengan bangunan sepuluh tingkat itu.

Anis pula hanya mengikut rentak Izara.

Zara, dah pukul dua ni. Kau tak nak masuk ofis ke Anis jeling jam tangan sekilas. Izara masih menikmati rojak mamak. Buruk lantak betul. Baru tadi Izara bedal sepinggan nasi beriyani kambing.

Kejaplah! Aku nak habiskan rojak ni dulu. Izara sengih. Dia teguk pula jus epal.

Anis pandang sekitar restoran. Ramai pelanggan beratur mengambil makanan. Meja semuanya penuh.

Adik! Makan tak ajak abang pun! Imran muncul tiba-tiba. Dia terus duduk di sebelah Anis.

Anis tergamam. Dia jeling Imran yang sengaja tarik kerusi rapat dengan kerusinya. Perlahan dia tarik kerusi jauh sikit dari Imran.

Eh! Abangkan tak makan kat kedai mamak ni! Selamba Izara berkata pada Imran tanpa memandang sedikit pun.

Hmmmemanglah. Mana ada standard! Imran jeling sekilas pada Anis. Sengih.

Yalah! Salad abang tu bukannya ada kat sini! Izara mencebik.

Anis senyum tawar. Dua minggu dia bekerja di Stephen Holdings, hanya sekali dia bersua muka dengan Imran. Itu pun terjumpa kat pintu lif.

Ni nak masuk ofis pukul berapa Imran pandang jam tangannya. Matanya beralih pula pada Izara dan Anis.

Suka hatilah! Abang tu! Selalu jugak masuk lambat. Dahlah datang kerja lambat! Mentang-mentanglah.. Izara

tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Tangan Imran terlebih dulu menekup mulutnya.

Anis tunduk. Tidak mahu masuk campur urusan dua beradik itu. Dia hanya pekerja biasa di syarikat mereka. Tidak sepatutnya dia berada di situ bersama Izara dan Imran.

Masuk ofis cepat! Imran bingkas bangun dan mula berlalu pergi. Sempat dia menoleh ke arah Anis yang masih tunduk dan diam dari tadi.

ANIS mula menyambung kerja. Gara-gara mengikut kehendak Izara, dia sudah terlambat masuk ofis. Lega bila melihat Encik Tarmizi tiada dalam bilik. Kertas kerja perlu disiapkan cepat.

Anis, masuk bilik saya sekejap!

Habis berterabur kertas jatuh di lantai. Entah dari mana Encik Tarmizi muncul. Tiba-tiba sudah tercegat di depan mejanya. Dia cepat-cepat mengekori Encik Tarmizi ke biliknya.

Silakan duduk.

Anis mula melabuhkan punggung di kerusi yang sudah tersedia di situ. Dia pandang Encik Tarmizi yang mula senyum. Wajah garang lelaki itu sudah mula berubah manis.

Esok Anis kena masuk mesyuarat sekali. Kita ada satu projek di Terengganu. Tuan pengarah ingin melihat apa cadangan kita. Dulu projek tu Encik Hashim yang kendali. Panjang lebar Encik Tarmizi berkata. Senyumannya semakin lebar.

Err..saya masih baru encik. Masih belum mahir lagi fasal bisnes ni. Apa yang perlu saya sediakan nanti Anis mula gabra. Itulah pertama kali dia perlu menghadiri mesyuarat bersama pengurus dan pengarah syarikat.

Kertas kerja tu dah siap

Anis angguk.

Ok, awak buat slide presentation. Nanti kita kena bentangkan dalam mesyuarat esok. Kalau pengarah puas hati dan bajet lulus, kita akan uruskan projek itu menggantikan Encik Hashim yang akan bercuti panjang. Encik Tarmizi mula bersandar pada kerusi.

Baiklah Encik Tarmizi. Ada apa-apa lagi Anis senyum hambar.

Buat masa ni itu saja.Awak boleh sambung kerja semula.

Anis angguk dan mula minta diri. Semua slaid sudah siap dibuat. Sudah hampir enam petang. Meja yang agak bersepah dikemaskan sedikit. Dia intai bilik Izara yang hanya selang dua bilik dari biliknya. Bertentangan dengan bilik Encik Tarmizi.Sepi.

Tiada kelibat Izara. Aik! Dah balik ke minah niAnis terjenguk-jenguk melihat kelibat Izara.

Tergesa-gesa Anis melangkah ke arah lif. Sebaik pintu lif terbuka, dia mula tergamam. Serba salah. Nak masuk ke..tak nak. Kakinya tiba-tiba rasa dihempap batu.

Tak nak masuk ke

Anis mendongak. Imran masih di dalam lif dengan sebuah senyuman sinis memandangnya tidak berkelip. Kenapalah asyik bertembung dengan mamat ni je. Anis tunduk semula.

Kalau tak nak masuk, saya tutup je pintu lif ni.

Anis mendongak semula. Dia jeling jari Imran masih melekat pada butang lif. Perlahan dia melangkah ke dalam lif. Badannya dirapatkan ke dinding lif jauh dari Imran. Wajahnya pula ditundukkan. Ya Allah, mengapa hatiku berdebar-debar. Beg tangan dirapatkan ke dada. Suasana sunyi seketika.Masing-masing diam membisu.

Macam mana kerja

Anis dongak lagi. Err..awak tanya saya ke

Yalah! Siapa lagi Ada orang lain lagi ke dalam lif ni Imran sedikit terganggu dengan pertanyaan Anis. Direnung wajah gadis somtam itu yang tunduk semula. Ketara suara Anis bergetar tadi.

Maaf..errsaya..saya.. Belum sempat Anis menghabiskan kata-kata, pintu lif sudah terbuka di tingkat paling bawah.

Dah sampai.. Imran tunjuk ke arah pintu lif yang terbuka.

Anis segera keluar. Dia menoleh semula ke arah lif. Pintu lif sudah tertutup. Agaknya Imran terus ke tingkat tempat letak kereta. Ya Allah! Malunya aku tadi.

BALIK dari pejabat tadi, seperti biasa dia ke pasar. Selesai solat maghrib, dia sibuk pula membuat somtam. Kalau bukan kerana permintaan dari makcik Senah, mungkin cita-citanya berkubur begitu saja. Penat bekerja lapan jam di pejabat. Di rumah pula, dia kena sediakan somtam pula sampai pukul sepuluh malam.

Alhamdulillahsiap juga somtam aku. Anis senyum puas.

Semua somtam dibungkus dan diletak dalam peti sejuk. Esok pagi-pagi lagi dia kena ke kampus menghantar somtam ke gerai makcik Senah. Anis jenguk ke ruang tamu. Sarah belum balik lagi. Perlahan dia menapak ke tingkat atas.

Anis melipat telekung dalam sejadah sebaik habis membaca ayat suci al-Quran. Dia bangun malas dan duduk di kerusi meja belajar. Fikirannya melayang jauh mengingati kejadian di pejabat tadi.

Ya Allah..apakah tandanya Semakin aku nak jauhkan diri dari dia, semakin aku dekat. Lama-lama hati aku boleh terjebak makin dalam macam ni.. Anis meraup muka.

Komputer riba dibuka. Kelas onlinenya sudah bermula. Dia meluangkan masa satu jam lebih mengikuti kelas jarak jauh itu. Lega bila dapat memahami nota yang disediakan oleh pensyarah. Laman facebook miliknya dibuka kembali.

Sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar berita dari Jay. Hmm..apa khabar agaknya jejaka mat saleh ni

Mawar Putih > Assalamualaikum

Bibirnya mula mengukir senyum. Salamnya bersambut.

JS > Lama awak menghilang

Mawar Putih > Eh..ada..saya sibuk sikit. Baru mula kerja.

JS > Oh..macam mana kerja

Mawar Putih > Alhamdulillahbolehlah. Masih banyak yang perlu saya belajar. Awak

JS > Saya

Mawar Putih > Ya! Awak kerja ke atau dah merantau

JS > Saya juga baru kerja. Niat nak merantau tu masih ada tapi saya perlu siapkan diri dulu.

Mawar Putih > Apa kata awak belajar dengan seorang ustaz ni. Ustaz ni sangat bagus. Sudah ramai yang dibimbingnya termasuk saudara yang baru memeluk islam.

JS > Siapa

Mawar Putih > Ustaz Munawir

JS > Macam mana saya nak jumpa ustaz tu

Mawar Putih > Ustaz tu selalu ada di masjid As-Shakirin KLCC.

JS > Ok. Thanks!

Mawar Putih > Sama-sama..:)

JS >Maaf..saya minta diri dulu. Ada kerja sikit nak buat. Selamat malam.

Anis sedikit kecewa. Malam itu Jay seperti ingin mengelak darinya. Masih banyak yang dia perlu tahu mengenai lelaki itu. Laman profil Jay dibuka lagi. Masih dengan foto begitu. Lama dia menatap foto tanpa wajah itu. Wajah yang terselindung di sebalik topi dan jambang lebat. Wajah Imran pula tiba-tiba bermain di ruang mata. Kejadian di lif tadi cukup membuatnya tidak tentu arah.

Kalaulah Imran sebaik Jay.

Ya Allah, ampunkan aku. Hatiku telah berdosa dengan zina mata. Ampunkan aku ya Allah. Anis meraup muka

dengan kedua tapak tangan. Mula merasa diri berdosa setiap kali hatinya bergetar bila menatap lelaki bermata biru kehijauan itu.

Lampu bilik ditutup. Esok dia perlu menghadiri mesyuarat bersama Encik Tarmizi.

JAM lapan suku Anis sudah tercongok di meja pejabatnya. Tadi dia sempat singgah di gerai makcik Senah. Permintaan terhadap somtam semakin menggalakkan. Anis senyum sendiri. Laju tangannya mengemas meja. Semua slaid yang telah siap disediakan disusun kemas di atas meja bersama dengan salinan untuk setiap yang hadir dalam mesyuarat nanti. Kertas kerja pula dimasukkan ke dalam fail. Sebungkus somtam sengaja dibawa ke pejabat. Waktu makan tengah hari nanti bolehlah dia makan bersama Izara.

Awal awak datang hari ni Encik Tarmizi senyum pada Anis.

Anis senyum. Encik Tarmizi yang mula melangkah ke arah biliknya dipandang sekilas. Awal ke Anis lihat jam bulat di dinding.

Jarum jam menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Jam sembilan nanti, mesyuarat akan bermula. Sementara menunggu waktu mesyuarat, Anis membuat pula kerja lain. Semalam Encik Tarmizi memberinya satu lagi kertas kerja untuk projek di Hulu Selangor.

Wah! Awal kau datang kerja hari ni Sapa Izara. Bibirnya sedikit sengih. Dia sudah tercegat di sebelah meja Anis.

Kuli macam aku ni kenalah datang awal. Kalau datang lambat nanti, kena pecat pulak. Anis senyum kelat. Dia pandang Izara yang manis berbaju kurung merah hati dan bertudung polka dot.

Aku pun kuli jugak tau! Izara ketawa kecil. Dia mula minta diri untuk ke biliknya.

Anis senyum melihat wajah ceria Izara. Emm..gembiranya kawan aku sorang ni. Tentu ada sesuatu yang telah berlaku.

DI BILIK mesyuarat, Anis mula meletakkan salinan kertas kerja ke atas meja pada setiap yang hadir. Dia segera ke skrin putih besar menyediakan peralatan slaid untuk pembentangan kertas kerja oleh Encik Tarmizi sekejap lagi. Ruang bilik mesyuarat mula dipenuhi pekerja. Seorang demi seorang mula masuk memenuhi kerusi yang ada. Sebelah kirinya pula, Encik Tarmizi sudah bersedia dengan slaid yang disediakannya semalam.

Anis, nanti kalau saya nak apa-apa, awak tolong hulurkan ya. Encik Tarmizi mula mengambil tempat di bahagian hadapan.

Anis duduk di sebelah Encik Tarmizi. Matanya beralih melihat kehadiran setiap pengurus dari bahagian masing-masing termasuk Izara dan kak Irdina. Ada senyuman di bibir mereka. Suasana yang agak riuh bertukar sunyi. Anis mengalih pandangan pada muka pintu bilik mesyuarat. Imran sudah terpacak di situ membetulkan baju kot hitamnya dan tali leher yang sedikit senget.

Imran melangkah bergaya ke tempat yang telah dikhaskan untuknya. Semua yang hadir mula bersalaman. Sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi, dia sempat menjeling Anis yang turut berdiri di situ.

Boleh mula sekarang. Imran memberi isyarat kepada Encik Tarmizi.

Lampu bilik mesyuarat mula disuramkan. Hanya cahaya dari projektor sahaja yang memenuhi ruang bilik itu. Semua menumpukan perhatian pada pembentangan kertas kerja oleh Encik Tarmizi. Imran pula mengangguk-angguk tanda faham. Lampu dibuka semula sebaik pembentangan berakhir.

Jadi itulah cadangan kami untuk projek di Terengganu. Kalau ada apa-apa bantahan atau cadangan lain boleh kemukakan kepada saya. Tuan pengarah boleh periksa kertas kerja yang kami lampirkan sekali. Encik Tarmizi tersenyum puas sambil memandang kepada Imran. Dia jeling Anis di sebelah yang turut tersenyum.

Anis membuntang melihat Imran yang dipanggil tuan pengarah oleh encik Tarmizi tadi. Jadi Imran adalah tuan pengarah syarikat ini Anis mula berdebar.

Imran memerhati tingkah kedua insan itu. Nampak mesra. Jari jemarinya bertaut sambil merenung Anis yang sedang tersenyum manis pada Encik Tarmizi.

Ehem! Ada penambahan Imran cuba memecah kesunyian. Dia memandang ke arah semua yang hadir.

Rasanya pembentangan tadi sudah cukup bagi saya. Strategi pemasaran untuk projek di Terengganu cukup lengkap. Tahniah Encik Tarmizi! Encik Idris, pengurus bahagian kewangan mula menyampuk.

Baiklah! Jawapan muktamad untuk kelulusan akan diberitahu minggu depan. Ada perkara berbangkit Imran bersandar di kerusi. Diperhatikan seorang demi seorang hinggalah matanya tepat memandang Anis. Mata mereka bertentang. Imran mula senyum melihat riak Anis yang mula menggelabah. Wajah gadis itu mula tunduk.

Oh ya! Kita ada staf baru di sini sebagai penolong pengurus kepada Encik Tarmizi. Sila kenalkan diri. Imran pandang Anis yang masih tunduk.

Pantas Anis mendongak. Terpinga-pinga. Semua mata memandang ke arahnya. Terasa kelu lidah bila menjadi tumpuan seperti itu. Izara mula kenyit mata. Perlahan Anis bangun dari tempat duduknya. Kepalanya ditundukkan sedikit.

Aaerrsaya Anis Hanifah. Penolong pengurus bahagian pemasaran. Anis bersuara agak perlahan.

Apa Tak dengar Imran sengaja bertanya dengan suara kuat.

Err..saya Anis Hanifah. Penolong pengurus bahagian pemasaran. Suara Anis dikuatkan sedikit. Dia pandang pada semua yang hadir kemudian beralih pada Imran.

Yang lain dengar tak Imran pandang pula kepada ahli mesyuarat lain. Ada yang angguk dan ada yang geleng. Mereka tak dengar! Ada emas ke dalam mulut awak

Anis mendongak ke arah Imran. Imran direnung tajam. Mamat ni sengaja nak sakitkan hati aku! Getusnya sendiri. Tangan yang diletakkan di belakang digenggam kuat.

Saya Anis Hanifah! Penolong pengurus bahagian pemasaran! Anis mula kuatkan suara. Naik satu oktaf lagi. Semua mata memandang kepadanya.

Kami belum pekak! Awak boleh duduk! Imran mengarahkan Anis duduk semula. Dia mula sengih melihat Anis sudah gabra begitu.

Mesyuarat mula bersurai. Anis menyusun semua kertas kerja dan slaid pembentangan. Wajahnya mencuka. Terasa hari ini dia dimalukan di hadapan orang ramai. Wajah sengih Imran mula terbayang di ruang legar matanya. Macamlah aku ni terhegeh sangat nak kerja kat sini! Rengus Anis berkali-kali.

Anis, hebatlah kau punya idea. Encik Tarmizi dah bagi tahu aku tadi. Tahniah! Izara menghampiri Anis yang sibuk mengemas projektor dan kertas kerja.

Terima kasih Lemah Anis bersuara.

Kau ni kenapa Sepatutnya kau gembira. Ni tidak!Macam ayam monyok susah nak berak! Izara turut menolong Anis mengemas. Wajah gadis itu sudah merah.

Aku seriuslah Zara! Anis mula hilang minat untuk bersembang.

Okey..okey. Sekarang dah nak lunch. Apa kata aku belanja kau! Pantas saja tangan Izara menarik tangan Anis keluar dari bilik mesyuarat. Dah nak tersadung kaki Anis.

TERKOCOH-KOCOH Anis melangkah ke pejabat semula. Izara pula ada temu janji dengan seseorang di Damansara. Jam sudah menghampiri dua petang. Tergesa-gesa dia menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan berkali-kali.

Pukul berapa nak masuk ofis ni

Anis pantas menoleh. Imran sudah tercegat di sebelahnya dengan kedua tangan menyeluk poket seluar. Matanya beralih pula pada nombor lif. Tiada jawapan untuk soalan Imran.

Saya tanya! Awak dah bisu ke Imran mula meninggikan suara bila Anis tidak mengendahkan pertanyaannya tadi.

Awak nampak saya nak ke pasar ke Memanglah saya nak ke ofis sekarang ni! Anis semakin sakit hati.Rasa sakit hati tadi masih berbekas.

Panggil saya tuan! Saya bos awak di sini! Faham Imran mula menyinga. Ditahan pintu lif yang terbuka dengan kedua tangannya. Anis dihalang dari masuk ke dalam.

Macam mana saya nak masuk kalau awakerr..tuan halang saya Anis cuba menepis tangan Imran.

Awak yang cuba kurang ajar dengan saya! Awak kena hormat saya sebagai pengarah di sini! Ingat tu!. Imran mula melepaskan tangannya dan menarik tangan Anis bersama masuk ke dalam lif.

Anis tergamam. Dia pandang sekeliling sebelum lif tertutup. Tiada sesiapa di situ.Imran dipandang tajam.

Maaf, saya bukannya nak kurang ajar dengan tuan tapi saya rasa tuan telah menghina saya. Apa yang telah saya buat pada tuan hingga tuan begitu membenci saya Anis meluahkan apa yang terbuku selama ini. Puas bila dapat melontar semua itu.

Bila saya hina awak Imran pandang Anis tidak berkelip. Sebuah senyuman di bibirnya sengaja dilebarkan. Seronok melihat reaksi gadis somtam itu yang menggelabah dengan wajah pucat.

Sejak di kampus!

Itu bukan hina tapi apa yang saya katakan itu adalah kenyataan. Awak tidak sepatutnya menaruh perasaan pada saya. Maaf! Awak bukan pilihan saya. Imran senyum. Nadanya sinis.

Siapa yang nak pilih awak Perasan! Anis segera keluar dari lif sebaik pintu lif terbuka di tingkat enam. Laju saja kakinya melangkah ke arah pejabatnya. Beg tangan dihempas atas kerusi. Rasa sakit hati makin meluap. Dia mula ke surau untuk solat zuhur. Seketika kemudian dia kembali ke mejanya.

Eh apa ni Encik Tarmizi mendekati meja Anis.

Somtam! Encik Tarmizi nak rasa Anis mula membuka bungkusan somtam yang dibawa tadi yang diletak atas meja. Dia membuka laci meja dan mengeluarkan sebuah pinggan kertas.

Nah! Anis menghulur sepinggan somtam kepada bosnya.

Emmsedap juga somtam ni ya. Sebelum ni saya hanya tengok je, tak pernah rasa. Awak beli kat mana

Saya buat sendiri.. Senyuman Anis semakin lebar. Hilang rasa sakit hati mendengar pujian Encik Tarmizi tadi.

Ya Tak sangka awak pandai buat somtam yang sedap. Hmmsomtam ni boleh dikomersialkan ni! Encik Tarmizi semakin memuji somtam Anis.

Tak adalah sedap sangat encik Tarmizi..biasa saja.

Ehem! Waktu makan ke waktu kerja

Anis dan Encik Tarmizi serentak berpaling. Imran sudah tercegat di pintu masuk pejabat. Encik Tarmizi segera letak pinggan somtam dan mula mendekati Imran.

Err..maaf tuan, sedap pula somtam Anis ni. Err..tuan nak jumpa saya ke Encik Tarmizi mula tergagap-gagap.

Tanpa menghiraukan pengurus pemasaran itu, Imran mula melangkah ke arah meja Anis. Gadis somtam itu ditatap lama. Matanya beralih pula pada pinggan somtam.

Awak ingat sini tempat jual somtam ke Keras nada Imran.

Err..saya bukan jual tuan. Saya bawa somtam ni untuk saya makan sendiri. Saya bagilah sikit pada encik Tarmizi. Anis bersuara tersekat-sekat sambil berdiri. Dia menundukkan wajah.

Lepas ni jumpa saya di ofis! Imran segera berlalu pergi.

Anis dan Encik Tarmizi saling berpandangan. Anis duduk semula. Lemah.

Anis, maafkan saya. Tak sangka pula Tuan Stephen datang tadi. Tak pernah dia muncul macam ni. Jelas di wajah Encik Tarmizi ada riak kesal.

Tak apa Encik Tarmizi. Memang salah saya. Tak sepatutnya saya ajak encik makan waktu kerja.. Anis segera bangun dan mula melangkah keluar dari pejabat.

LEMAH kakinya melangkah ke bilik tuan pengarah. Sempat melirik pada nama yang tertera di daun pintu. Imran Stephen. Oh..dah tampal nama rupanya. Lama matanya melekat pada sekeping nama itu.

Buat apa tercegat kat sini

Anis cepat-cepat menoleh. Imran sudah berdiri di belakangnya. Di tangannya ada mug berisi kopi panas.

Err..maaf. Tuan panggil saya kan Lemah suara Anis menutur.

Ya! Masuk! Imran menolak daun pintu. Anis mula mengekori Imran.

Mulai minggu depan, awak ditukarkan ke pejabat tingkat ni. Nampak meja di luar tu Imran menuding ke arah sebuah meja kosong di depan biliknya.

Anis berpaling dan angguk.

Tu tempat awak. Setiausaha saya sudah berhenti. Dia bersalin minggu lepas sekali gus berhenti. Jadi saya mahu awak gantikan tempatnya.

Tapi..macam mana dengan tugas saya di tingkat enam Maksud saya, Encik Tarmizi tugaskan saya untuk uruskan pemasaran projek di Terengganu. Anis sedikit cuak dengan kata-kata Imran. Nampak sangat Imran ingin mengambil kesempatan.

Saya dah bagi tahu Encik Tarmizi tadi. Awak masih boleh uruskan tugas tu. Pada masa sama, awak kena uruskan jadual saya dan segala keperluan saya. Nada Imran tegas.

Anis keliru. Segala keperluan Apa sebenarnya dia nak Dah elok aku jadi penolong pengurus Encik Tarmizi, dah kena tukar jadi sekretari dia pulak!

Ada soalan

Err..tak..tak ada. Anis tunduk. Senyuman Imran dirasakan dibuat-buat.

Kalau tak ada, awak boleh pergi. Imran mula membuka fail kertas kerja. Buat tak acuh pada Anis yang masih tercegat di depannya. Senyuman mula terukir di bibir melihat Anis melangkah keluar dari biliknya. Dari dulu dia memang suka menatap pipi kemerahan gadis somtam itu bila marah.

ANIS melangkah longlai menuju ke tempatnya semula. Dadanya terasa sesak. Entah kenapa hari itu dirasakan serba tidak kena. Arahan dari Imran tadi nyata mengejutkan dirinya dari lena. Betapa dia merasakan Imran sengaja berbuat begitu.

Apa kau mengelamun ni

Anis mendongak. Izara sengih di depannya. Bila kau sampai

Tu la..asyik berkhayal je kau ni! Aku kat depan ni pun kau tak sedar! Kau ingat kat abang aku ke Izara mula mengusik.

Hish!! Kau ni tak habis-habis pasal tu! Anis mula menyibukkan diri. Malas layan kerenah Izara.

Dari riak muka kau tu, aku dah tahu apa yang ada dalam hati kau tu! Izara ketawa kecil sambil berlalu pergi.

Anis memandang Izara dengan ekor mata. Petang itu dia kena habiskan kerja sebelum pukul lima. Dia perlu ke pasar. Stok betik muda sudah habis.

BUAH betik muda diletakkan atas meja makan. Masih terasa penat berkejar ke pasar sebaik habis waktu kerja. Ajakan Izara untuk bersantai di kafe ditolak dengan baik. Bukan waktu untuknya bersenang-senang. Ibu dan Aira perlu didahulukan. Saat ini

terngiang kata-kata hina Imran. Sabarlah wahai hatiku. Kau terpaksa sakit dengan kata-kata Imran demi sesuap nasi. Kau perlu tabah menghadapi semua itu. Cita-cita sebenarmu perlu diteruskan dan tidak lagi mengharap belas ihsan orang lain.

Anis! Berangan eh! Sarah menepuk bahu Anis.

Eh..Sarah..bila kau balik Lemah suara Anis.

Baru je. Hmm..bisnes somtam kau okey ke Sarah belek buah betik dalam beg plastik.

Anis angguk lemah. Fikirannya masih pada kejadian di pejabat tadi.

Apasal lemah je ni Ada masalah ke kat pejabat Sarah mula mendekati Anis yang termenung panjang di kerusi.

Tak adakerja kau macam mana Anis mula menukar topik perbualan.

Okey je! Ni..malam nanti kau teman aku boleh Sarah sengih.

Kau nak pergi mana

Kau ikut jelah! Aku belanja kau! Hmm..Ina mana Sarah pandang sekitar.

Diakan dah jadi pramugari. Tentulah kerja masa gini.

Sarah angguk. Jangan lupa tau! Lepas isyak kita keluar!

Boleh tapi lepas kelas online aku, boleh Anis sengih. Dia tak mahu terlepas walau satu kelas pun.

Kelas online Sarah berkerut kening.

Lupa pula..aku belajar part time kat UiTM dalam bidang kulinari. Anis sengih lagi menampakkan gigi.

Ohpukul berapa habis kelas

Lapan setengah aku start, pukul sepuluh siaplah.

Ok..kalau macam tu aku tunggu. Sarah segera menelefon seseorang.

Anis hanya memerhati gelagat Sarah. Sarah sudah melangkah ke tingkat atas. Dia turut melangkah ke bilik. Beg tangan dicampak ke atas katil. Jam di dinding sudah hampir masuk waktu maghrib. Selepas membersihkan diri, Anis mula menunaikan solat maghrib. Dia terus ke dapur menyediakan somtam. Lepas isyak nanti, dia perlu menemani Sarah.

Anis, jom! Sarah sudah tersenyum di muka pintu dapur.

Anis menghabiskan mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk yang diguna tadi. Baju kurung yang dipakai dibetulkan sedikit.

Takkan kau nak keluar macam ni Sarah renung Anis yang kelihatan sedikit pucat.

Eh! Salah ke aku pakai macam ni

Maksud aku..muka kau tu! Sapulah gincu sikit! Pucat macam mayat aku tengok! Sarah mula gelak.

Aku nak teman kau je. Kau nak belanja aku keluar makan kan Nak buat apa cantik bagai! Anis segera menyambar tudung yang disangkut pada kerusi dan mula memakainya.

Suka hati kaulah!

Err..kau tunggu siapa Anis duduk di bangku depan pintu rumah. Melihatkan Sarah terjenguk-jenguk dari tadi, melihat ke arah jalan besar.

Sarah! Aku tanya ni! Kau tunggu siapa sebenarnya Sekali lagi Anis bertanya. Tiada jawapan. Sarah hanya berpaling sekilas kemudian menjenguk semula ke arah jalan besar.

Mana pulak dia ni Mundar-mandir Sarah di tepi pagar.

Anis sudah bosan menunggu. Dia bingkas bangun mendekati Sarah yang ke hulu ke hilir dari tadi.

Kau tunggu siapa

Ha! Dah sampai pun! Sarah segera tarik tangan Anis ke arah sebuah kereta yang berhenti jauh sedikit dari rumah mereka.

Razif Tergamam sebentar sebaik melihat kereta yang pernah dinaikinya dulu.

Razif mula keluar dari perut kereta sambil melemparkan senyuman manis kepada Anis dan Sarah. Dia mula mendekati kedua gadis itu.

Anis apa khabar Sapa Razif. Senyuman masih di bibirnya.

Ba..baik. Sarahapa ni Anis cuit lengan Sarah yang tersengih dari tadi.

Tanpa jawapan, Sarah menarik tangan Anis masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan. Dia pula duduk di bahagian belakang. Razif hanya senyum melihat gelagat Anis dan Sarah.

Sepanjang perjalanan, Anis membisu seribu bahasa. Sesekali dia jeling cermin sisi melihat Sarah yang sedang tersenyum ke arahnya. Kereta Razif mula berhenti di depan sebuah restoran mewah. Mereka bertiga mula melangkah masuk ke restoran.

Orderlah nak makan apa.. Razif membelek menu yang dihulurkan pelayan restoran.

Anis jeling Sarah yang turut sama melihat menu. Laju saja Sarah menulis di borang pesanan makanan.

Anis kerja kat mana sekarang Razif mula bertanya. Anis dipandang lembut.

Dia kerja di syarikat besar bang! Sarah menyampuk.

Ohmacam mana kerja, okey Suara lembut Razif menyoal lagi.

Okey Sepatah Anis menjawab. Dia masih tunduk. Tidak betah memandang mata Razif yang merenungnya dari tadi.

Makanlah. Razif menghulurkan sepinggan spagetti kepada Anis. Pelayan meletakkan pula air jus lemon.

Mereka bertiga mula menikmati makanan yang dipesan.

PULANG dari restoran tadi, Anis segera ke bilik. Kalau dia tahu Razif ada sekali tadi, awal-awal lagi dia akan tolak pelawaan Sarah. Tubuhnya dihempas atas katil. Geram dengan Sarah yang tidak berterus terang. Tak sampai hati kalau menolak pelawaan Sarah tadi. Razif pula mengambil kesempatan meluahkan isi hati bila melihat Sarah ke bilik air.

Eii!! Serabutnya aku! Anis membuka tudung dan dicampak di hujung katil.

Lama dia termenung. Kedua kakinya diangkat hingga paras lutut. Dagu ditongkat pada kepala lutut dengan kedua tangan memeluk erat betis. Pening memikirkan semua itu. Imran, Razman, Razif..Jay.

Jay Anis terus melompat dari katil dan mula membuka komputer riba. Bibirnya mengukir senyum. Jay online!

Mawar Putih > Assalamualaikum

JS > Waalaikumussalamtak tidur lagi

Mawar Putih > Belumtak boleh tidur..

JS > Kenapa

Mawar Putih >Serabut otak ni.

JS > Kenapa serabut Ada masalah besar ke

Mawar Putih > Entahlahboleh saya tanya sikit

JS > Sikit je Baaaaaaaaayak pun tak pa..:).

Mawar Putih > Heheheawak ni. Kalau awak nak beristeri, adakah awak akan memilih gadis yang awak suka Cinta

JS > Ya! Definitely!

Mawar Putih > Tapi kalau gadis yang awak suka dan cinta tu tak mencintai awak..adakah awak akan teruskan juga niat awak

JS > Hmmmungkin kerana saya yakin cinta itu akan datang slowly bila sudah nikah.Lagipun..jodoh kan di tangan Tuhan.

Mawar Putih > Awak yakin

JS > Yup!!...why u ask Are you in love with someone

Anis sengih. Jay dapat mengagak hati dan perasaannya walaupun mereka tidak pernah bertemu muka.

Mawar Putih > Tak adalahsaya tanya je...

JS > Jawapan itu yang mengiakan soalan saya..:)

Mana mamat saleh ni belajar Tukang tilik ke apa dia ni

JS > Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki tetapi wanita yang baik akan membuka hati lelaki. Itu antara yang saya baca dari nota usrah awak. Dan saya dapat rasa awak seorang wanita yang baik yang telah membuka hati seorang lelaki seperti saya.

Mawar Putih > Maksud awak

JS > Sepatutnya awak lebih tahu maksud nota tu.

Mawar Putih > Maksud saya tadibuka hati awak

JS > Ya!

Mawar Putih > Boleh jelaskan

JS > Nota awak hanya penyebab untuk saya berubah tetapi yang memberi hidayah adalah Allah. Danhati saya telah terbuka untuk mengenali awak dengan lebih dekat lagi. Mana tahu kita ada jodoh. Itu pun jika awak sudi. Jika awak tak sudi..saya terima seadanya tapi saya masih tak putus asa.

Anis tergamam. Biar betul mamat ni! Baru beberapa bulan kenal, dah berani cerita soal jodoh.

JS > Maaf.. saya ni suka berterus terang.

Mawar Putih > Errawak yakin saya adalah wanita yang baik

JS > Mungkin ya..mungkin tidak.

Mawar Putih > Kenapa awak cakap macam tu

JS > Sebab..pertama, awak ada ilmu agama dan suka mencari ilmu, itu jawapan ya saya. Kedua, saya kenal awak hanya di alam cyber ni, jadi ada kemungkinan awak hanya berpura-pura. Maksud saya, sorokkan sikap sebenar di sebalik kata-kata indah dan riak dengan ilmu. Itu jawapan tidak saya.

Anis terdiam seketika. Skrin komputer ditatap lama. Jay serius berkata-kata.

Mawar Putih > Hmm..

JS > So, I hope that you are a good girl.

Mawar Putih > Eh, saya ni teruk ke

JS > Tak ada la..tu pendapat saya kita hanya kenal kata tanpa wajah. So, the best thing to do is..lets meet.

Mawar Putih >Errsaya masih tak bersedia nak jumpa. Bukan tak sudi tapi hati saya masih sangsi. Tak salah saya mempunyai perasaan macam tu kan

JS >Ya..tak salah. Itu hak awak.

Mawar Putih > Terima kasih. InsyaAllah, jika hati saya dah terbuka dan bersedia berjumpa dengan awak, kita akan jumpa juga.

JS > HmmIll be waiting that moment.

Mawar Putih > Thanks.

JS > Mungkin suatu hari nanti, saya akan tunaikan hajat saya jika awak sudi.

Mawar Putih >Hajat

JS > Hati saya kuat mengatakan yang awak adalah jodoh saya.

Mawar Putih > Takkan secepat itu awak membuat kesimpulan. Ramai lagi gadis di luar sana yang lebih baik dari saya. Awak sepatutnya lebih tahu dari saya kerana awak ni kan disukai ramai perempuan. Tak gitu

JS > Awak perli saya ke Sebenarnya apa yang saya cari ada pada awak. Gadis di luar sana yang pernah saya jumpa dan berkawan semuanya hanya bunga plastik. Apa yang saya mahu adalah sekuntum bunga segar dan wangi.

Anis diam seketika. Tidak tahu apa yang patut dibalas mesej Jay. Terkedu dengan pengakuan lelaki itu.

JS > Saya faham jika awak tak sudi. Saya ibarat gagak di atas pokok. Sudahlah hitam legam, suka kacau ketenangan, bunyi bising melalak nyaring dari atas pokok. Suka jatuhkan tahi ke tanah. Buruknya perangai saya. Saya sedar siapa diri saya

Mawar Putih > Awak ni..kelakar juga ya. Manusia mana nak disamakan dengan gagak. Allah jadikan manusia semulia-mulia makhluk.

JS > Benar tapi manusia juga boleh jadi sejahat syaitan andainya tidak dikawal nafsu yang melata.

Mawar Putih > Alhamdulillahawak semakin pandai memberi hujah. Saya gembira.

JS > Okey. Saya pun ada hal sikit. Selamat malam. Assalamualaikum

Mawar Putih > Waalaikumussalam.

Anis termenung semula. Matanya melekat pada skrin. Biar betul Jay ni..serius ke..atau sengaja nak mainkan aku Apa-apa pun..aku kena berhati-hati. Jay hanya teman alam maya. Tidak lebih dari itu tapi andai ditakdirkan jodohnya dengan Jay, dia tidak boleh menolak takdir Allah.

PAGI lagi Anis sudah menapak ke tempat menunggu bas. Hari ini dia kena melaporkan diri di pejabat Imran. Walaupun minggu depan tugas barunya hanya akan bermula tetapi dia telah menerima arahan dari tuan pengarah untuk melaporkan diri awal. Dia melihat kanan jalan. Bas belum sampai. Jam tangan baru pukul tujuh pagi.

Anis, mari saya hantarkan! Razif tiba-tiba muncul di depan Anis.

Err..Razif. Awak buat apa kat sini Anis terkedu melihat Razif sudah tercegat di situ. Mana pulak mamat ni datang, tiba-tiba terjongol depannya. Dia pandang ke arah kiri jalan. Kereta Honda Civic kelabu elok diletak di bahu jalan.

Kebetulan saya nak ke pejabat. Waktu masih awal lagi..marilah saya hantarkan. Razif melemparkan senyuman manis.

Err..tak apalah..saya boleh naik bas. Terima kasih. Anis cuba menolak dengan baik.

Marilah..takkan tak sudi. Razif cuba memujuk. Dia berdiri semakin hampir dengan Anis.

Anis lihat jam. Tujuh setengah pagi. Bas belum kelihatan lagi. Dia mula serba salah. Ditolak nanti, Razif seperti tidak mahu berganjak dari situ.

Err..baiklah. Anis mengangguk lemah. Tiada senyuman dilemparkan pada Razif.

Razif segera mengambil fail dari tangan Anis dan membuka pintu kereta untuk gadis itu. Perasaannya sudah terasa kembang setaman. Gembira kerana Anis sudi menaiki keretanya. Biarpun Anis agak dingin melayannya, dia tidak kisah. Anis ingin menaiki keretanya pun sudah cukup memadai. Sepatah dia tanya, sepatah juga gadis itu menjawab.

Terima kasih. Anis menoleh ke arah Razif sebaik kereta Razif memasuki ruang depan pintu utama bangunan pejabat.

Sama-sama. Saya boleh hantar dan ambil Anis tiap hari kalau Anis sudi.. Razif senyum meleret.

Err..tak payah susah-susah encik Razif. Saya boleh datang sendiri. Terima kasih. Anis segera melangkah anak tangga ke pintu masuk utama. Dia menoleh sekali lagi ke arah kereta Razif. Razif sudah meninggalkan tempat itu.

Ehem!

Anis cepat-cepat menoleh. Imran tepat memandang ke arahnya. Kali ini penampilan lelaki itu agak berbeza. Baju kemeja jenama Polo berlengan pendek tersarung segak di tubuh tinggi lampai itu.

Siapa tadi Boyfriend Selamba Imran bertanya. Menunggu reaksi Anis yang masih kaku di situ.

Kenapa Salah ke kalau dia boyfriend saya Anis melontarkan suara yang agak keras.

Saya tak kata salah. Saya hanya nak ingatkan awak, ini pejabat! Bukan taman bunga nak layan cintan cintun ni! Imran mula bercekak pinggang.

Anis pandang Imran yang dirasakan sudah gila. Bila masa pula aku bercinta Takkan hantar sampai depan pintu masuk pun tak boleh Undang-undang apa syarikat ni pakai Huih!!

Maaf tuan. Saya dah lambat. Anis mula mengatur langkah.

Nanti dulu..saya belum habis cakap lagi. Awak seperti tak hormat pada saya. Kenapa dengan awak ni Imran halang langkah Anis.

Tergamam Anis melihat Imran mendepa kedua tangan di depannya. Tak ubah seperti budak-budak bermain teng teng! Apa kena pula mamat ni

Tuan nak apa Anis cuba bermanis muka. Dia sedar, di syarikat ini dia hanyalah pekerja biasa dan Imran adalah bosnya.

Lepas ni datang bilik saya. Hari ini awak kena laporkan diri di pejabat saya. Imran sengih. Dia meninggalkan Anis termangu di situ.

Anis pandang gelagat Imran. Macamlah aku ni tak ingat hal tu! Imran dipandang sehingga hilang dari pandangan. Dari situ dia melihat Imran melangkah menuju ke kafe di sebelah. Berdesing telinga mendengar kata-kata Imran. Sibuk ingin tahu hal peribadinya. Huh!

Hoi! Kau tengok apa Macam nampak musuh ketat je! Izara muncul di sebelah.

Memang musuh ketat pun! Anis masih memandang Imran yang mula masuk ke dalam kafe.

Ya! Mana Izara senyum menyindir.

Tu! Anis menuding ke arah Imran di sebalik cermin besar yang menjadi sebahagian dari dinding kafe itu.

Izara terjenguk-jenguk melihat susuk tubuh yang dimaksudkan oleh Anis. Eh..itu abang aku. Dia mula senyum. Faham tentang apa yang telah berlaku antara Anis dan kembarnya.

Hihimusuh ketat tu ke yang kacau kau Tu la..aku dah cakap. Aku dapat rasa korang berdua ni sebenarnya ada chemistry. Ada rasa yang sama dalam hati tuh! Tapi masing-masing ego tak bertempat. Apa salahnya kalau mengaku je. Izara cuba menjolok perasaan Anis. Sengaja dia buat begitu. Biar membuak keluar. Susah sangat rasanya.

Anis sudah muncung. Mencebik mendengar kata-kata Izara. Tak ada maknanya aku nak ego! Lelaki kacukan itu hanya dikenali secara tidak sengaja. Tiada niat untuknya mencari cinta. Lelaki ego macam Imran bukan cita rasanya!. Ego Imran dah melebihi ketinggian gunung Everest!

Dahlah! Tak kuasa nak layan hal ni. Jomlah! Dah nak lapan setengah ni. Tangan Izara ditarik kuat menuju ke pintu lif.

MEJA yang bersepah segera dikemaskan. Fail-fail disusun di tepi meja. Memo dan nota ringkas ditampal kemas di dinding tepi.

Sekali lagi Anis memeriksa fail projek di Terengganu yang telah diluluskan oleh Tuan Pengarah dalam mesyuarat semalam.

Namun dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kertas kerja itu bila teringat pesanan Imran tadi. Matanya dialihkan ke arah jam bulat di dinding bercat jingga itu.

Eh! Dah nak pukul sepuluh Aduh! Aku dah lewat ni! Tergopoh-gopoh Anis mencapai nota dan sebatang pen. Tepat jam sepuluh dia perlu berada di dalam bilik Tuan Pengarah. Itu pesan Imran yang menelefonnya jam sembilan tadi.

Ish! Bila nak cepat,ada je yang tak kena! Anis membebel sendiri. Pen dan nota terjatuh ke lantai sebaik berlaga bahu dengan salah seorang pekerja di situ. Segera dia mengutip.

Tiba di pintu lif, laju tangannya menekan butang lif. Sesekali dia menjeling jam tangan. Sudah sepuluh lima minit. Aduh! Mesti aku kena marah nanti! Tahulah mamat tu! Aku tak ada buat salah apa pun dia boleh marah, inikan pula terang-terang buat salah! Anis mengomel lagi. Marahkan diri sendiri yang leka membelek kertas kerja tadi. Padan muka!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia segera melangkah masuk. Anis mengukir senyuman hambar pada dua lelaki yang turut berada dalam lif itu. Seorang sudah agak berumur dan seorang lagi masih muda. Mungkin sebaya atau tua sikit darinya. Tekanya sendiri. Matanya beralih pada butang nombor lif. Hanya butang nombor tujuh yang menyala. Hmm..nampaknya kedua lelaki itu juga ingin ke tingkat yang sama. Dia mula rapat ke tepi dinding lif jauh sedikit dari mereka. Sesekali Anis jeling kedua lelaki itu yang segak berpakaian suit hitam dengan salah seorang memegang sebuah fail.

Silakan Seorang lelaki muda berkumis nipis mempersilakan Anis keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkat tujuh.

Anis hanya mengangguk sambil tersenyum. Matanya melirik ke arah kedua lelaki itu yang turut keluar dari lif dan juga turut menuju ke pejabat tuan pengarah Stephen Holdings. Hmm.agaknya mereka juga ingin ke pejabat yang sama. Fikir Anis sendiri sebaik mendengar kedua lelaki itu bertanyakan pejabat Tuan Pengarah pada penyambut tetamu di kaunter hadapan.

Tergopoh-gopoh Anis melangkah ke bilik Imran. Jam tangannya sudah menunjukkan sepuluh lima belas minit pagi.

Aku dah lewat lima belas minit! Mati aku kena marah! Langkah Anis terhenti sebaik tiba di depan pintu bilik tuan pengarah. Dia mula serba salah. Terasa peluh mula menitik dalam suhu dingin begitu.

Hah! Kenapa lambat

Anis terkejut bila dia mula ingin mengetuk daun pintu, pintu bilik itu sudah terkuak. Imran sudah tercegat di situ.

Err..maaf tuan. Saya tak sedar tadi dah pukul sepuluh. Saya tengah periksa kertas kerja projek di Terengganu tadi Gagap suara Anis jelas kedengaran. Wajahnya ditundukkan. Eii..lewat lima belas minit je pun! Itu pun nak berkira! Getus Anis dalam hati menahan rasa bersalah.

Jangan banyak alasan! Saya tak suka orang yang pandai buat alasan semata-mata nak menutup kesalahan sendiri! Imran mula cekak pinggang. Matanya tepat memandang Anis yang tunduk dari tadi.

Maaf Anis masih tunduk. Kan aku dah minta maaf! Berapa kali nak minta maaf Bebel Anis lagi. Namun itu semua hanya mampu diluahkan dalam hati saja. Tidak berani bersuara.

Fuad! Datuk Azman! Silakan masuk!

Anis cepat-cepat angkat kepala bila mendengar Imran memanggil nama seseorang dengan senyuman lebar di bibir.

Pandangannya tertumpu pada kedua lelaki yang sama-sama menaiki lif bersamanya tadi. Kawan agaknya la tu. Bukan main senyum lagi mamat ni! Lama Anis memerhati Imran dan kedua lelaki itu bersalaman di situ.

Yang awak tercegat kat situ lagi buat apa Masuk! Imran menjeling pada Anis sambil berlalu masuk ke dalam bilik bersama tetamunya.

Anis melempar senyuman kelat. Imran sudah melampau! Sengaja tunjuk kuasa vetonya depan tetamu. Meluru kakinya melangkah membuntuti Imran dan kedua tetamu tadi. Imran mengajak tetamunya duduk di sofa di ruang biliknya yang luas. Dia pula hanya tercegat di depan pintu.

Buntu. Tak tahu nak buat apa. Dipandang saja Imran melayan tetamu sambil bergelak ketawa. Mungkin mereka sudah lama kenal agaknya. Kalau tidak takkan sampai gelak nak pecah perut macam tu!

Awak! Buatkan kopi O panas! Tiga ya! Imran mengangkat tangan dan mula memetik jari ke arah Anis yang tercegat di depan pintu macam tiang elektrik.

Hah Err..kopi Tercengang mendengar arahan pertama Imran. Aku bukan tukang buat air kat ofis ni! Anis menjeling tajam ke arah Imran yang tersenyum melayan tetamu. Sedikit pun tidak dihiraukan dirinya yang tercegat dari tadi. Lenguh kakinya berdiri tegak di situ.

Ya! Awak boleh keluar sekarang! Selamba Imran menyuruh Anis menyediakan kopi untuknya dan tetamu. Matanya beralih pada Fuad yang dari tadi asyik menjeling Anis.

Tak apalah. Kami pun baru minum tadi di kafe kat bawah tu. Datuk Azman pula mencelah. Kesian melihat gadis itu terpinga-pinga berdiri di situ.

Betul ni Datuk

Betul. Datuk Azman mengangguk-angguk sambil senyum.

So, apa rancangan kau untuk projek di Cameron Highlands tu Imran mula bertanya Fuad yang dari tadi matanya masih melekat pada Anis.

Ehem!! Imran berdehem agak kuat.

Fuad yang begitu asyik memandang Anis mula beralih ke arah Imran. Wajah Imran dipandang sekilas. Apa kau tanya tadi

Datuk Azman mula sengih. Faham benar sikap Fuad yang mudah terpesona dengan gadis cantik. Tambah lagi gadis sopan seperti Anis. Dia sendiri suka melihat gadis itu yang ayu berbaju kurung dengan tudung dililit cantik menutupi dada. Menutup aurat yang sepatutnya diamalkan setiap wanita. Rata-rata sekarang ini, tudung sudah menjadi satu fesyen. Tidak lagi mengikut tuntutan agama yang sebenarnya.

Projek di Cameron Highlands macam mana Imran sedikit cuak dengan sikap Fuad. Saat ini dirasakan Anis lebih diberi tumpuan daripada dirinya sebagai pengarah di syarikat itu.

Oh yang tu..kertas kerja dah siap. Sekarang ni tinggal nak melawat tapak saja. Fuad mula kembali ke topik asal. Namun dia sekali lagi mengalih pandangan pada gadis itu.

Anis pula masih tercegat di situ. Sesekali dia menggerakkan kakinya yang terasa kebas. Lama berdiri. Macam patung pula rasanya.

Err..tuan, ada apa-apa yang saya boleh bantu Kalau tidak ada apa-apa, saya minta diri dulu.. Anis beranikan diri bersuara.

Serentak Imran dan tetamunya berpaling ke arah Anis. Fuad tersenyum manis. Imran pula terasa rimas melihat kawan baiknya masa sekolah dulu asyik memandang gadis somtam itu. Sama macam Zafran.

Im pun satu..biarkan saja dia lama berdiri di situ. Err..cik.. Datuk Azman merenung Anis yang mula tunduk.

Saya Anis.. Anis mengangkat kepala semula bila menyedari Datuk Azman memandang ke arahnya.

Mari duduk sekali di sini.

Eh tak apa..tak apa.. Anis mula serba salah.

Hmmsebelah I ada kosong. Cik Anis boleh duduk di sini. Fuad pula bersuara. Senyuman nakal masih meniti di bibir.

Rasanya tadi cik Anis ada kerja yang nak dibereskan Imran cepat-cepat mencelah. Anis dijeling tajam.

Hah Err..ya..ya..saya minta diri dulu. Tergagap-gagap Anis melontar kata-kata. Dia segera beredar dari situ. Gila! Sekejap suruh datang, sekejap pula suruh keluar. Aku dah rasa macam minah pacak kat situ!

Imran mula mengukir senyum. Dia menyambung kembali perbincangan dengan tetamunya. Sebelum beredar, Fuad sempat berbisik ke telinga Imran. Imran sedikit kaget. Seketika kemudian Datuk Azman pula tersenyum. Imran bersandar di sofa semula memikirkan kata-kata Fuad sebentar tadi. Sungguh dia tidak percaya dan tidak mahu percaya. Sampai begitu sekali Fuad memberi syarat. Ah! Kalut!!

IMRAN mundar-mandir di bilik. Kepalanya sudah pening. Kata-kata Fuad siang tadi betul-betul menganggu otaknya. Kusut. Dia beralih pula ke kerusi di meja belajar. Sebuah fail dikeluarkan dari beg sandangnya. Fail mengenai projek di Cameron Highlands. Projek bersama dengan syarikat Azman and Co Sdn Bhd. Satu persatu helaian kertas kerja itu dibelek dan dibaca berhati-hati.

Projek ni memang bagus. Sudah ada pembeli sedia ada. Maknanya keuntungan juga sudah menanti. Adoi!! Macam mana ni

Kenapalah Fuad tu buat syarat gila macam tu pulak Imran menggaru kepala. Serabai rambutnya bila digosok begitu. Kedua tangannya diletakkan pada kepala sambil kepala pula ditundukkan ke meja. Sesekali dia meraup muka.

Komputer riba dibuka. Lama dia termenung melihat skrin yang memaparkan laman sosial yang terkenal itu. Profil milik Fuad dibuka. Melihatkan apa yang tertera di situ, nyata Fuad seorang usahawan yang berjaya. Hidupnya dikelilingi kemewahan. Apa yang diinginkan tercapai. Wang adalah segala-galanya dalam hidup Fuad. Pernah dulu dia bercita-cita begitu. Ingin berjaya dalam perniagaan dan menjadi orang yang dikenali di persada dunia perniagaan tetapi niatnya mula pudar dengan syarat Fuad yang satu tadi. Patutkah dia mengorbankan maruah orang lain semata-mata ingin mengejar keuntungan Pening!

Adoimacam mana ni Serba salah aku! Imran bingkas bangun. Sekali lagi dia mundar-mandir dari hujung katil ke meja belajar.

Ah..baik aku sembang dengan dia ni dulu Profil seorang kenalan alam mayanya dibuka. Mana tahu kenalannya itu dapat memberinya jalan penyelesaian.

Ehem! Abang buat apa tu

Imran cepat-cepat menoleh. Izara sudah tercegat sebelahnya. Pantas tangan kanannya klik pada ruang pangkah. Laman sosial itu padam.

Eh! Apasal abang tutup Tadi adik nampak macam profil seseorang je. Siapa tu Izara kenyit mata. Senyumannya sudah ke langit. Sebenarnya dia sudah nampak dari tadi.

Kawan jelah! Sibuk je! Ni nak apa datang bilik abang ni Dah tak ada tangan ke nak ketuk dulu pintu tu Imran mula membebel.

Ek eleh! Abang yang tak tutup pintu! Buat apa nak ketuk bagai! Izara melabuhkan punggung di atas katil Imran. Matanya masih memerhati skrin komputer yang bertukar paparan lain. Kertas kerja projek!

Imran diam. Otaknya masih serabut dengan permintaan Fuad. Teman maya pula tidak menjawab salamnya. Segala-galanya terasa kusut.

Abang macam ada masalah je Ke abang rindu kat Anis Izara mula mengusik. Wajah Imran masih berkerut.

Haish!! Rindu apanya! Hari-hari muka minah tu je yang nampak kat ofis ni! Imran jeling sekilas sebelum mengadap semula skrin komputer.

Hmmkalau macam tu abang rindu la kalau berjauhan Sekali lagi Izara mengusik. Wajah Imran sudah kemerahan. Mata biru abangnya sudah mengecil. Nampak sangat keegoan Imran bila menyentuh soal Anis.

Tak ada maknanya nak rindu-rindu! Tambah pulak minah tu! Imran berlagak ego. Perasaan dan hatinya tidak perlu orang lain ambil tahu. Serik dengan sikap perempuan hipokrit masih berbaki di hati.

We will see! Adik nak tengok sejauh mana abang boleh menahan perasaan. Hmm..kalau adik menang, adik nak tuntut hadiah percutian ke Paris dari abang! Amacam Nak bertaruh Izara mula teruja. Dia tahu jauh di sudut hati Imran, ada satu rasa yang sukar ditafsir pada Anis.

Kirim salam!! Mimpilah! Imran menarik tangan Izara dan menolaknya keluar dari bilik sebelum menguncinya.

Dia menyambung semula membuka laman sosial. Masih menunggu salamnya bersambut. Orang yang ditunggu masih tidak online. Kecewa seketika