M. BUTTERFLY - 22
Beijing. 1966

Bunyi gendang cina berkumandang.

GALLIMARD: Tak lama selepas itu China mula berubah. Semakin Mao berumur, semakin kuat pengaruhnya. Dan macam orang-orang tua yang lain, Mao mula nyanyuk dan dia pun menyerahkan pemerintahannya kepada orang-orang yang dipercayainya. Orang-orang yang punya pemikiran yang sama dengan dia. Dan apabila sesebuah negara tu diperintah oleh anak-anak muda yang tak berpengalaman dan tak mahu meluaskan ilmu pengetahuan dengan apa cara sekalipun, apa yang kita dapat seterusnya adalah sebuah pemerintahan kuku besi. Hubungan dua hala antara China dan negara-negara Barat jadi semakin sukar. Flat kami di Peking di sita dan status Butterfly sebagai pelakon terkenal serta status akaun bank aku dijadikan alasan untuk kami dituduh dengan tuduhan yang tak masuk akal. (dua penari berpakaian seragam Mao dan memakai topi bintang merah masuk dan mula membuat gerak yang mengandungi simbol-simbol kekejaman revolusi mereka) Dalam masa yang sama, Amerika pun tersilap langkah. Vietnam bukan saja langsung tak mahu menyerah kalah malah diaorang sanggup bermati-matian berperang dengan amerika sehinggakan repot belanjawan mengatakan Amerika telah menghabiskan sebanyak empat ratus ribu dolar untuk menghapuskan setiap satu Viet Cong jadi satu isu yang kontroversi. Betullah kata General Westmoreland orang timur tak menilai nyawa mereka dengan wang ringgit macam orang Amerika! (Toulon masuk. Bunyi gendangterus berkumandang dan

penari terus menari) TOULON: Tahniah Gallimard!

GALLIMARD: Apa maksud tuan ni

TOULON: Dah tentu lah bukan kerana kau akan dinaikkan pangkat, tapi kerana kau akan dihantar balik ke Perancis.

GALLIMARD: Apa dia

TOULON: Siang-siang lagi aku dah bagitau kau.

GALLIMARD: Saya diberhentikan sebab firasat saya pasal Amerika tu salah

TOULON: Taklah. Pegi mampuslah dengan diaorang tu. Kita tak peduli pun. Kau tu.. sampai sekarang ni, tak ada satu pun benda yang kau firasatkan tu berlaku. Itu masalah, gallimard.

GALLIMARD: Itu alasan yang sangat tak kukuh, tuan.

TOULON: Gallimard, kau nak aku berterus-terang ke Dulu kau kata china dah lama bersedia untuk ada hubungan bisnes dengan Barat. Tapi kau tengok sendiri apa yang jadi sekarang ni.. kita ni yang dia-

orang perdagangkan. Lepas tu kau kata, Amerika akan menang dengan Indochina. Kau tengoklah kau ada nampak benda tu akan berlaku

GALLIMARD: Jadi inilah akhirnya untuk saya

TOULON: Aduh.. tak payahlah keciwa sangat. Ini bukan salah kau pun. Semua orang buat silap.

GALLIMARD: Tapi atas kesilapan saya tu, saya akan dihantar balik, tuan!

TOULON: Nak buat macamana Eh, bolehlah kau pindahkan skandal kau tu kat aku pulak.. (senyap) alah, relaks lah Gallimard. Aku bergurau je. Nah..nah makan roti ni.. sedap. (Toulon keluar. Song didalam pakaian Mao, diheret masuk ke dalam pentas di dalam gerak tari yang kasar. Song dipukul dan diarahkan untuk berlutut)

GALLIMARD: (dalam masa yang sama sewaktu tarian sedang berlangsung) Aku terpaksa lepaskan Butterfly pergi. Aku rasa itu tindakan yang paling elok sebelum hubungan kami jadi alasan pulak untuk diaorang bunuh dia. (Gallimard keluar. Bunyi gendang semakin kuat. Begitu juga dengan gerak tari. Di kemuncaknya, Komrad Chin masuk dengan memegang banner yang bertulis pelakon mengaku menyalahgunakan kariernya!. Komrad Chin bergerak ke arah song yang berlutut. Di saat Chin memegang dagu Song dengan kasar, bunyi gendang dan tarian berhenti)

CHIN: Pelakon! Selama ini kau hidup mewah, kan Kau tak pedulikan orang lain. Dan kau pandang rendah pada hidup orang lain yang lebih susah dari kau. Di masa diaorang ni semua makan hampas padi..

SONG: Aku makan pastry dari Perancis dan daging salai dalam dulang bersalut emas.

CHIN: Boleh kau bagitau kami macamana kau boleh hidup semewah tu

SONG: Aku jadi barang mainan orang putih CHIN: Terangkan!

SONG: Aku membiarkan diri aku dirosakkan oleh dia..

CHIN: Apa maksudnya tu Rakyat mahu kau berterusterang!

SONG: Aku melakukan hubungan luar tabii dengan musuh kita.

CHIN: Maksudnya! Biar terang dan jelas!

SONG: Melalui lubang dubur aku! (Penari melakukan gerak yang menunjukkan emosi jijik)

CHIN: Aaaa-ya! Jangan mencarut boleh tak

SONG: Bahasa aku tu menunjukkan betapa teruknya kesalahan yang dah aku buat.

CHIN: Bagus pengakuan kau tu! jadi, agak-agak kau lah apa yang kau nak buat sekarang ni

SONG: Aku bertaubat dan aku nak kembali bekerja untuk rakyat China. (gendang kembali berkumandang diiringi dengan err-hu)

CHIN: Apa dia Cakap kuat sikit!

SONG: Aku nak kembali bekerja untuk rakyat china! (Penari-penari yang tadinya bermuka masam mula tersenyum dan mereka mula membuat gerak tari simbol kemenangan) CHIN: Kuat lagi!

SONG: Aku akan bekerja untuk rakyat China! (Penari membuka satu lagi banner yang bertulis Pelakon sudah dibaik pulih!. Song terus berlutut di depan Chin dan mereka dikelilingi oleh para penari. Lampu padam)