DIARI CINTA ROMEO - 22
Masih ku tak berdaya

Melupakan mu

Di hatiku berkata

Apakah sebenarnya cinta

Di hati ini

Hanya mainan semata

Namun kau tak mengerti

Apakah sebenarnya yang telah terjadi

Di diri ini

Kau yang masih di hati

Tidak terdaya

Untuk mengundur diri

Darimu

Setelah engkau pergi

Tiada apa yang ada di diri ini

Kuharapkan kau kan berubah hati

Semoga kau kan kembali

Di diri ini

Masih Flop Poppy

Aku ulang-ulang lagu ni. Sampai aku rasa aku muak, aku mainkan lagi lagu. Sampai aku rasa sebati. Sampai aku dah tak dengar apa-apa walau aku pasang maximum volume. Palat. Memang palat. Sangat palat. Palat sepalat-palatnya. Semuanya bermula bila

CapitalM : Selamat hari guru sayang =)

Aku : Pa xlayak lagi. Pa xde sumbangan lg pada anak bangsa. Seganlah.

CapitalM : Hee bakal

Aku : Kalau mcm tu, Selamat hari guru juga sayang.. =)

CapitalM : Ma jauh lg..xlyak lg

Aku : Hm yela ma

CapitalM : Stdi eh

Aku : Ma..

CapitalM : Ya

Aku : Mengantuklah. Penat. Tak larat.

CapitalM : Hmm rhtlh

Aku : Ma..

CapitalM : Ya

Aku : Ma bz ea

CapitalM : X juak

Aku : Mcm bz je

CapitalM : Em nanti ma msj k.

Aku dah rasa sesuatu yang tak best ni. Aku syak mesti dia gaduh lagi. Moody semacam je. Nak kata Jepun menjajah, takkanlah. Baru je lepas kot. Confirmlah ni, mesti gaduh punya. Aku biarkan dulu. Bagi dia masa sette denga Riz tu. Dua minit lepas tu, mesej masuk.

CapitalM : Pa dah nak tdo ka

Aku : Belum lg. Ma kenapa

CapitalM : Tgh kol

Aku : Oke sori ganggu.

Dia terus tak reply. Aku dah agak dah. Dia ada masalah. Gaduh lagi tu. Riz tu buat dia sedih lagi. Tak guna. Takpe, aku terus diamkan diri. Aku orang luar. Jadi aku bagi peluang untuk mereka-mereka selesaikan sendiri. Aku lepaskan kegeraman aku dekat twitter.

@HafizMahmod : Hati aku, hati si dia, hati ayah dia, hati mak dia, hati ayah si dia, hati emak si dia. Banyakkan hati yang dia kena jaga Tapi hati dia

@HafizMahmod : buku dah tertutup. mata hampir terkatup. tapi jantung masih berdegup. risaukan dia yang masih gugup. antara aku, dia dan....

Lepas satu jam, aku dapat mesej. Dari CapitalM.

CapitalM : Knpa pa thuhmm

Aku : Pa pun manusia jugak, ada naluri. Ma ada masalah k

CapitalM : Ma oke =)

Aku : Jangan nak tipu. Ma kenapa

CapitalM : E napa x tdo lg ni

Aku : Ma jgn nk tukar topik k. kenapa td

CapitalM : Rht k tdo

Aku : Ma, please k. kenapa ni

CapitalM : Ma oke la hehe.

Aku : Apa yang oke, ingat pa tak tahu!

CapitalM : Xda hehe..tdo la ya.

Aku : Oke kalau ma xnk cerita, pa xnk td0, pa xnk study. Biarlah esok g exam tak pyh baca apa-apa..

CapitalM : Tgh tuh..nak jdkan ma pybab dr smua ni

Aku : Dah ma anggap pa ni mcm org luar.

CapitalM : Pa,stdi k

Aku : Xnk. Ma xnk cerita

CapitalM : Hmm tgk tuh.

Aku : Oke, skrg ni ma nk pa buat apa

CapitalM : Xtaw

Aku : Dhla ma, g lah tdo.

CapitalM : Pa yg tdo.

Aku : Ok, terpulanglh dekat ma nak buat apa. Pa xde hak nak halang. Pa ni bukan siapa-siapa dalam hidup ma.

CapitalM : Pa bhaa..

Aku : Meh sini dkt dgn pa. Dh, jgn sdh2.

CapitalM : Xnak

Aku : Dhla ma. Pa buntu. Pa tak tahu nak buat apa lagi. Pa dh habis berlembut dengan ma. Tapi ma tetap macam ni. Dhla..

CapitalM : Pa tgk tuh..ma smua salah

Aku : Dah ma tu. Anggap pa macam orang luar. Siapa pa dalam hati ma

CapitalM : Pa tdo ok..stdi.

Aku geram. Aku sakit hati. Semua ni berpunca dari Riz tu. Tadi mula-mula baik je. Aku dah jangka. Perkara macam ni akan selalu terjadi. Cabaran dan halangan kepada hubungan ini berpunca daripada pihak luar. Dan salah satunya ialah Budak Lelaki tu. Aku telefon CapitalM. Tak berjawab. Aku cuba dan cuba dan cuba sehingga aku putus asa. Kesabaran aku ada hadnya. Kesabaran aku benar-benar teruji.

Aku : Angkat please!

CapitalM : Ma xda nak ckp apa

Aku : Suka hati ma. Terpulanglah.

CapitalM : Ok ma jahat

Aku : Ma nak apa sekarang

CapitalM : Nk tdo

Aku : Okay fine. Bila pa tanya masalah ma, ma tak nak cerita. Bila pa tanya apa yang pa perlu buat, ma cakap tak tahu. Bila pa nk tdo, ma panggil pa. Pa pun xtahu apa salah pa sampai ma buat pa mcm ni. Orang lain pun ada masalah jugak ma. Pa dah bagi yang terbaik dekat ma tapi kenapa ma masih anggap pa macam orang luar. Ma tanya diri ma balik, siapa pa dalam hati ma Pa akan ingat malam ni sampai bila- bila. Kalau alasan ma xnk bebankan pa dengan masalah ma, sebenarnya ma dah bebankan pa dua kali ganda kalau ma terus buat pa mcm ni. Terima kasih untuk malam ni ma. Sampai hati ma buat pa mcm ni

Aku terus matikan phone aku. Aku campak entah ke mana. Aku sakit hati. Aku tertekan. Sangat tertekan. Masalah Budak Lelaki tu, hubungan aku terpalit sama. Aku benci Budak Lelaki tu. Budak yang tak tahu menghargai cinta. Sial!

Sudahnya aku tidur dalam tekanan. Satu apa pun aku tak baca untuk exam. Aku tak bercakap dengan roommate aku. Dengan floormate aku. Sepatah diorang tanya, sepatah aku jawab. Aku takde mood. Aku tertekan. Aku langsung tak belajar. Aku dah tak kisah soal dunia. Apa nak jadi-jadilah. Sebab aku yang rasa, aku yang tanggung, aku yang sakit. Aku terfikir kalau nyawa aku kena cabut sekarang, aku rela. Sebab aku dah tak sanggup nak hadapi dia. Aku dah tak sanggup nak hadi hari esok dan hari-hari seterusnya.

Aku bangu lambat. Pukul 11.00. Lagi 3 jam aku akan exam. Apa aku kisah, dengan kepala berat. Aku tengok roommate aku, sibuk tengok nota. Biarkanlah dia. Aku bermalas-malasan. Berat hati nak bangun. Malas nak hadapi manusia-manusia batu. Manusia tapi batu.

Aku online. Twitter. Timeline penuh dengan tweet-tweet provokasi dia. Seolah-olah dia meletakkan semua kesalahan ni dekat bahu aku. Kalaulah awak baca ni, saya tak pernah sesekali menyalahkan awak atas apa yang dah jadi. Pa sayang ma. Cuma pa terkilan sebab ma tak pertahankan cinta ma dekat pa. Ma cakap ma cinta tapi kenapa ma masih tak buat pa macam ni.

@mawarmerah77 : Maafkan saya :'( saya perlukan awak sekarang.

@mawarmerah77 : #penat #penat #penat #penat #penat #penat #penat #penat #penat#penat mana :(...

@mawarmerah77 : Hati hati hati hati hati..... aku sayang hati aku... walaupun hanya aku dan Dia sahaja yang tahu. hati berhentilah sayang menangis. .#sabar

@mawarmerah77 : #Tenat maaf sebab aku tak mampu jaga hati semua org dlm satu masa, memang kkdang akan ada hati yg sakit..tp hati aku bukan kdg2 tp selalu.

@mawarmerah77 : bukukan ketenatanku...tak mampu dihitung keperitan...sehelai demi sehelai cerita tertulis dalam bayangan air mata #SayaTunggu

@mawarmerah77 : Ingin berundur...jauh...jauh... jauh......

@mawarmerah77 : #HentikanWaktuBuatKu kerana ku tak mampu lagi... #duka atau#suka cukup sampai sini sahaja #TakMampuLagi

@mawarmerah77 : lebih dari itu... #izinkansayamengundurdiriselamatmalamdunia

@mawarmerah77 : #MF saya penat.saya tenat saya diam sebab saya fikir saya boleh sendiri.saya taknak ganggu awak tapi rupanya silap saya. maaf xdpt jg #HATI

Phone aku hidupkan betul-betul sebelum aku nak masuk dewan exam. Satu tindakan bodoh. Bertambah stress aku. Salah aku. Tak dapat kawal keinginan. Aku tak dapat kawal ego aku. Aku teringat dia je. Aku pandang je phone aku. Tapi maafkan pa, ma. Tika ini, rasa cinta, kasih dan sayang aku terpadam dek sakit hati dan dendam semalam. Aku belum sedia nak meneruskan lagi. Satu persatu aku baca mesej yang masuk dalam inbox.

CapitalM : =(

CapitalM : Pa..maafkan ma..

CapitalM : Pa tlg laa hmm maaf

CapitalM : Pa..ampun =( hmm

CapitalM : 4.10 SAYA TENAT

CapitalM : awak kata awak akan ingt mlm ni smpai bila2.. sy tahu sy sakiti awak..maaf bgtu lah juga saya, sampai bila2 sy jugaxmampu jga hati awak.. Jd biarkan sya

CapitalM :

CapitalM : Iz

Jujur aku cakap aku dah tawar hati. Buat masa ni aku nak senyap. Diam. Bisu. Buta. Matikan diri. Qada dan Qadar Allah. Dulu aku rampas CapitalM dari Budak Lelaki tu tapi sekarang Allah amik balik dia dari aku. Aku melangkah ke dalam peperiksaan dengan tawakal. Aku tahu Allah masih ada dengan aku. Kalau aku gagal sekarang, aku bersyukur sebab aku masih lagi diberi peringatan. AKU PENAT!