CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 22
IDLAN berhentikan kereta di hadapan bangunan bengkel menjahit pakaian. Ada misi mahu dibuat hari ini. Misi nak menangi hati Ika semula. Beg kertas warna jingga diambil dari tempat duduk penumpang. Pintu kereta dibuka. Langkah segak disusun kemas menuju ke bengkel berkenaan. Bibir menguntum senyum manis.

Encik cari siapa Tegur Puan Hasnah, selaku tenaga pengajar di situ.

Saya nak tempah jahit Baju Melayu. Lancar Idlan menjawab. Mata pula sibuk mencari bayang Ika.

Dahi Puan Hasnah berkerut, Di sini kami tak ambil upah jahit pakaian. Takkan encik tak tahu membaca Ini bengkel belajar menjahit.

Saya tahu. Tapi, saya nak juga Baju Melayu saya dijahit di sini.

Puan Hasnah garu kepala. Hairan dengan sikap pemuda berdiri di hadapannya. Sudah dikatakan, dia tak mengambil upah menjahit pakaian, tapi lelaki itu sungguh-sungguh mahu pakaiannya dijahit.

Di tempat lain ada ambil tempahan menjahit baju.

Kenapa encik tak ke sana saja

Saya yakin dengan kemampuan pelajar-pelajar puan. Saya pernah datang sini dan tengok sendiri macam mana mereka bersungguh-sungguh belajar. Terutama sekali... Ika Alia. Puan ada pelajar bernama Ika Alia, kan Idlan tersengih. Menampakkan kesungguhan dalam berkata-kata.

Puan Hasnah senyum lucu. Dalam kepala menangkap sesuatu. Barulah dia ingat, pemuda ini pernah datang kerana mahu berjumpa Ika. Ketika itu, dia mengaku sebagai abang pada Ika.

Siapa nama encik

Saya Idlan. Kalau puan setuju untuk Ika Alia jahit Baju Melayu saya, saya akan jadi penyumbang terbesar untuk kelas menjahit ni.

Apa yang encik maksudkan

Saya tengok puan terpaksa menampung pelajar yang agak ramai, tapi peralatannya tak cukup. Apa kata kalau saya beri sumbangan. Puan setuju Cadang Idlan dengan sesungguh hati.

Puan Hasnah berpaling. Melihat sebahagian pelajarnya yang sedang bertungkus lumus menyiap tugasan. Ada yang terpaksa beratur kerana menunggu giliran untuk menggunakan mesin jahit tepi.

Memang betul apa yang lelaki ini perhatikan. Dia kekurangan peralatan untuk menampung pelajar berjumlah 20 orang.

Apa... Encik Idlan serius Soalnya, masih ragu.

Idlan mengangguk yakin, Saya serius. Apa yang saya nak bagi, bukan untuk orang lain. Tapi, untuk anak negeri saya juga.

Puan Hasnah senyum sambil terangguk-angguk. Kecil tapak tangan, Stadium Sultan Muhammad ke-IV dia tadahkan, Baiklah. Saya setuju.

Kalau puan setuju, boleh puan panggilkan Ika

Alia untuk saya

Puan Hasnah tersengih. Hatinya tercuit dengan karenah Idlan. Dia tahu apa sebenarnya niat Idlan. Dia terlebih dulu makan garam, Tunggu sekejap, nanti saya panggilkan dia.

Idlan menarik sebuah kerusi yang dihulur seorang pelajar. Baru saja beberapa minit dia melabuh duduk, Ika dan Puan Hasnah muncul. Bibir mengukir senyum lebar. Mata merenung lembut ke wajah Ika, tapi gadis itu tak beriak. Malah, bermasam muka pula.

Ika... nanti awak ambilkan ukuran badan Encik Idlan, ya Arah Puan Hasnah.

Tapi, puan... saya tak mahir lagi jahit Baju Melayu, Ika mengelak dengan arahan Puan Hasnah lalu menjeling tajam ke arah Idlan. Dia tak tahu apa agenda Idlan.

Puan Hasnah menggeleng. Tak setuju dengan keengganan Ika. Bukan dia tak tahu kemampuan Ika. Di antara ramai pelajar, Ika lebih cemerlang kerana sering menghasilkan kerja tangan paling baik.

Awak jangan merendah diri. Saya percaya dengan kebolehan awak. Tentu saja awak boleh jahit Baju Melayu dengan baik dan cantik.

Ika mencebik. Puan Hasnah kalau memuji memang tak agak-agak. Macamlah pelajar lain tak ada kebolehan jahit Baju Melayu Bukan dia seorang saja.

Tapi, puan... Kalau tak cantik macam mana Nanti tak fasal-fasal Encik Idlan komplen. Lagipun, kita tak pernah ambil tempahan menjahit. Kami semua masih belajar. Tak boleh jahit pakaian orang sesuka hati. Kalau tersilap jahit, saya tak ada duit nak ganti balik kain orang. Ika memuncung ke arah beg kertas di tangan Idlan.

Apabila melihat keengganan Ika, Idlan terpaksa buat isyarat mata pada Puan Hasnah supaya terus memujuk.

Anggap saja saya yang arahkan awak jahit Baju Melayu Encik Idlan. Kalau awak ikut arahan, saya akan naikkan markah awak untuk jahitan pakaian tradisional. Macam mana Awak setuju Puan Hasnah berusaha memancing Ika. Ala, bukan dia buat salah walau niatnya nak terima sumbangan Idlan. Apa akan diberi Idlan nanti, dia taklah untung seorang. Pelajarpelajarnya juga akan mendapat kebaikan.

Dengan rasa berat hati, Ika terpaksa bersetuju.

Puan Hasnah tersenyum lega, Kalau awak dah setuju, saya tinggalkan awak untuk berurusan dengan Encik Idlan. Saya pergi dulu.

Ika melepas keluhan berat. Wajah diraup sekali dua sebelum tangan sibuk membetul tali inci yang tersangkut di leher.

Terima kasih, ucap Idlan sambil menghulur beg kertas pada Ika.

Letak aje kat atas meja tu... Ika beri arahan.

Okey. Ermm... nak mula dari mana Soal Idlan.

Pusing belakang.

Idlan tunduk. Wajahnya mendekat ke arah Ika.

Pekak ye Tempelak Ika. Dia mendongak. Pandangan bertaut dengan renungan Idlan. Lalu, dia tunduk semula.

Bukan pekak, tapi abang tak faham. Kenapa Ika suruh pusing belakang

Ika bercekak sebelah pinggang. Matanya membulat. Bengang, Orang suruh pusing belakang, pusing ajelah. Banyak tanya pula.

Okey. Okey. Abang pusing. Idlan ikut arahan. Dia berpusing sambil mendongak. Terasa kedua-dua bahu disentuh dari belakang, Idlan menoleh, Ika buat apa Nak cabul abang ke Dia sembunyi senyum. Muncul idea nak menyakat.

Tak teringin pun nak cabul suami orang. Tak ada class. Ika memangkah usikan Idlan dengan menujah perlahan belakang lelaki itu. Tali inci dibetulkan semula ke atas bahu Idlan.

Sekarang memanglah tak teringin. Tunggulah nanti... usik Idlan lagi. Tak mahu kalah.

Ika mengetap. Geramnya dengan Idlan. Ada saja yang dijawabnya, Tolong kawal kata-kata abang. Ini tempat umum. Banyak telinga boleh dengar dan banyak mata boleh memandang.

Abang tahu. Sebab tu abang cakap perlahan. Kalau boleh abang nak bisik kat telinga Ika, balas Idlan.

Jangan mengada-ada. Tolong berdiri elok-elok. Mulut jangan bercakap dan tolong jangan banyak bergerak. Nanti ukuran lari pula. Ika tak nak ukur badan abang banyak kali. Cukup sekali. Banyak lagi kerja Ika kena buat selain dari melayan abang.

Yalah. Nanti Ika jahit cantik-cantik, tau.

Abang nak buat apa Baju Melayu baru Nak kata pakai untuk raya ke Tapi, raya lambat lagi.

Idlan tersenyum. Satu lagi idea muncul dalam kepala, Abang nak pakai masa jabat tangan tok kadi. Nak lafaz akad atas nama Ika Alia. Itu pun kalau cik tukang ukur sudi...

Ika tersentak. Dia terus berhenti buat ukuran, Jangan berguraulah, abang.

Idlan berpusing. Berhadapan dengan Ika. Abang tak gurau.

Ika mendongak. Melihat wajah Idlan yang serius, tali inci di tangan, terus dililit ke leher Idlan.

Idlan tunduk. Ni nak buat apa pula Soal Idlan apabila tali inci dibelit pada lehernya.

Nak ambil ukuran leher. Ika rasa, abang lebih sesuai pakai Baju Melayu Cekak Musang, jawab Ika selamba. Malas dia nak fikir kata-kata Idlan.

Kahwin dengan abang, Ika mahu tak Soal Idlan. Mukanya manis.

Ika gigit bibir bawah. Idlan tak pernah putus asa mahu memujuk. Muka tak malu pun ya. Tak peduli soalan Idlan, tangan terus bekerja dengan melilit semula tali inci pada leher Idlan.

Sekali lagi abang tanya, sudi tak Ika kahwin dengan abang Abang tahu, abang suami orang, tapi boleh tak Ika terima abang dengan seadanya

Ika membisu, tapi entah macam mana tangannya begitu kejam dengan melilit kemas tali inci pada leher Idlan hingga buatkan lelaki itu tercekik. Geram dengan Idlan punya fasal. Tak faham-faham yang dia tak mahu. Ehekkk!!! Uhukkkk!!!

Segera Ika longgarkan tali inci yang terbelit di leher Idlan. Hujung jari digigit lembut.

Kalau Ika tak setuju, janganlah sampai nak bunuh abang.

Maaf. Ika tak sengaja. Abang tu lah, tak boleh ke berdiri betul-betul Ika nak ambil ukuran pun susah, rungutnya.

Nak betul macam mana lagi Soal Idlan sambil mengusap halkum. Nasib baik dia tak mati tercekik. Kalau tak, pasti Ika dituduh sebagai pembunuh. Dia tergelak dalam hati. Terasa kelakar dengan keadaan itu. Lucu dan manis.

Menyampah... Ika tarik muncung.

Sekarang menyampah. Tunggu sikit masa lagi hilanglah menyampah tu bila dapat ubat, gurau Idlan.

Jangan buat loyar buruk kat sini. Bengang Ika membidas.

Kalau tak buat kat sini, nak buat kat mana Dah waktu ini aje Ika ada depan mata abang, balas Idlan pula. Tak sudah-sudah mahu mengusik.

Ika tarik nafas dalam-dalam. Entah jawapan apa mahu diberikan pada Idlan. Bersungguh-sungguh benar lelaki itu mahu mengajaknya berkahwin.

Dah siap ke Soal Idlan apabila sedar Ika termenung jauh.

Siap apa Ika terpinga.

Buat ukuranlah. Dah siap ke belum

Belum lagi.

Idlan tersenyum. Alahai Ika. Kuat termenung rupanya, Abang baru aje ajak Ika kahwin, Ika dah berangan. Belum lagi abang betul-betul jabat tangan tok kadi. Usiknya lagi seakan tak mahu berhenti.

Jangan mengarut. Sekarang, abang berdiri betulbetul macam tadi. Ika nak ambil ukuran dada pula.

Dada

Ya, dada, jawab Ika dengan bibir diketap-ketap. Sungguh dia berasa terpaksa. Kalau tak kerana Puan Hasnah, tak ada masa dia nak layan Idlan.

Masa ambil ukuran dada, jangan lupa Ika ambil ukuran hati abang sekali. Usiknya lagi.

Tak hiraukan gurauan Idlan, Ika segera melilit tali inci di sekeliling tubuh Idlan.

Okey. Dah siap.

Ika ada ambil tak ukuran hati abang Berapa besar ukuran hati abang untuk Ika Separuh ada tak

Ika masih tak peduli dengan kata-kata Idlan. Sibuk dia menulis ukuran terakhir dalam buku nota.

Ika, abang tanya ni. Jawablah...

Tak ada masa la nak bergurau, bidas Ika perlahan.

Okey, sekarang tak ada masa. Kalau lepas kelas Macam mana Ada masa tak

Ika mendengus. Buku nota ditutup kasar, Ika tak ada masa nak keluar dengan abang. Tapi, Ika tahu apa yang abang nak. Sekarang juga Ika beri jawapan. Berapa kali Ika dah kata Ika tak boleh terima abang. Tolonglah faham.

Okey. Tapi, abang nak Ika katakan sekali lagi dan tengok tepat-tepat pada mata abang, tekan Idlan dengan suara tertahan-tahan. Terkesan juga hati lelakinya apabila terang-terang Ika menolak lamaran.

Dah siap ke ambil ukuran Soal Puan Hasnah yang tiba-tiba berdiri di belakang Ika.

Ika genggam kedua-dua tangan. Nasib baik Puan Hasnah ada. Kalau tak, dah tentu lebam biji mata Idlan dikerjakan. Geram betul dia dengan desakan demi desakan dari lelaki itu. Sungguh memaksa!

Puan, saya nak balik.

Tapi, waktu kelas belum tamat lagi.

Saya sakit kepala, jawab Ika sambil menjeling Idlan dengan hujung mata.

Puan bagilah dia cuti hari ni. Saya hantar dia balik, Idlan buat isyarat mata pada Puan Hasnah supaya bersetuju dengan permintaan. Yelah, nanti nak dapat sumbangan banyak. Kenalah dibalas budinya.

Ika mengetap bibir. Sekali lagi Idlan buat keputusan bagi pihaknya. Geram betul! Nasib baik depan Puan Hasnah. Kalau tak, memang dia takkan beri muka langsung pada Idlan untuk menjawab.

Ika datang dengan motor, Ika balik dengan motorlah. Buat apa abang nak sibuk Marah Ika perlahan di cuping telinga Idlan.

Idlan membalas bisikan. Ika kata sakit kepala. Orang sakit kepala, tak boleh tunggang motor atau drive kereta. Nanti tak fasal-fasal pendek umur. Tinggalkan saja motor kat sini dan minta tolong kawan baik Ika hantarnya ke rumah. Lepas tu, Ika balik dengan abang.

Ika berdecit. Malas nak bertekak dengan Idlan depan Puan Hasnah. Dalam tak rela dia terpaksa menurut.

Idlan senyum kemenangan.