Kau nak pergi ke mana Kelibat Zainura muncul di hadapan pintu bilik. Syakila lekas menghalakan pandangan ke arah kawan baiknya itu.
Bercuti, Sepatah Syakila membalas. Kemudian, terpamer kerutan di dahi Zainura.
Bercuti ke mana Kau dah ambil cuti ke Syakila mengangguk. Haah, aku dah ambil cuti. Dalam seminggu macam tulah. Kenapa
Tak ada apa-apa. Cuma aku hairan. Waktu kau bercuti ni, sama dengan tarikh event Zairis tu.
Oh, kau jangan risaulah. Aku pergi ke tempat lain. Bukan ikut event tu pun, terang Syakila. Tidak mahu Zainura mengesyak yang bukan-bukan.
Okeylah kalau macam tu. Tapi, aku dengardengar Kata-kata Zainura terhenti di situ.
Kenapa Cuba cerita dekat aku, Syakila terasa ingin tahu apa yang diucapkan oleh Zainura. Terhentinya kata-kata tersebut buat dia terpingapinga. Kenapa Zainura tak nak habis bercakap
Tak ada apa-apalah. Tak penting pun.
Serius
Ya. Zainura berlalu dari situ.
Hati Syakila mula membuak-buak mahu mengetahui lanjutan kata-kata daripada Zainura. Apa sebenarnya yang gadis itu nak sampaikan
SYAKILA memasuki teksi tersebut. Nak suruh Zairis ambil, rasanya tak. Pelik juga. Lelaki itu tidak menghubunginya. Waima pembantu peribadinya pun tidak memberitahu kepadanya. Barangkali tengah menunggu di sana.
Sepanjang perjalanan, Syakila hanya berdiam saja. Berdebar-debar, kata-kata daripada Zairis pada minggu lepas masih terngiang-ngiang di peluput telinga. Sungguh, dia rasa lain bila sikap lelaki itu mula berubah. Kenapa, ya Lelaki itu ada masalah ke
Sehinggalah dalam beberapa jam berlalu, akhirnya teksi tersebut membawa Syakila ke kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa tersebut. Usai membayar tambang, dia terus melangkah keluar. Buat seketika, kakinya terpasak pada jalan tar itu. Tanpa semenamena, jantungnya berdegup laju.
Syakila memulakan langkah. Tangannya menarik bagasi tersebut. Pandangannya dilingaskan ke sekeliling. Dia mencari kelibat Zairis bersama pembantu peribadinya itu.
Menyedari seluar yang dipakai bergetar, telefon pintarnya segera diambil. Panggilan daripada Irsyad Hakimi dijawab.
Hello, kau orang kat mana Aku dah sampai ni Syakila membuka bicara terlebih dahulu. Mata masih membuat kerja, memerhati kawasan sekeliling.
Jumpa kita orang dekat kawasan Starbuck.
Okey. Panggilan ditamatkan. Syakila mempercepatkan langkah. Menuju ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Irsyad Hakimi.
SEBAIK tiba di Starbuck, Syakila dapat merasakan kelibat yang dicari tidak kelihatan. Namun, matanya masih memandang kafe tersebut. Sehingga pandangannya terhala ke suatu arah. Nampak kelibat Irsyad Hakimi. Tapi mana Zairis Kelibat lelaki itu tiada di situ!
Syakila menghampiri Irsyad Hakimi. Mana
Zairis
Irsyad Hakimi yang memandang ke arah lain segera menoleh. Errmm
Zairis Dia mana Bukan ke dia patut ada sekali. Hari ni kan event dia Aku tak tersilap tarikh kan
Duduk dulu, arah Irsyad Hakimi. Syakila terus melabuhkan punggung di kerusi.
Kenapa Ada apa-apa yang tak kena ke soal Syakila. Riak Irsyad Hakimi yang muram buat dia tertanya-tanya.
Syak, kau tak tahu cerita ke Kata-kata itu buat dahinya berkerut. Dia tak tahu cerita Apa maksud lelaki itu
Aku tak fahamlah.
Kau tak check laman sosial
Oh, aku malas nak buka data dalam satu minggu tu. Bosan. Jadi, memang aku tak checklah
Kedengaran satu keluhan terbit dari bibir Irsyad Hakimi.
Maaf, Syak. Event ni sebenarnya dah dibatalkan.
Tersentak Syakila. Matanya membulat. Dibatalkan Kenapa pula!
Asal kau tak beritahu aku awal-awal Buat penat aku aje datang sampai ke sini! marah Syakila. Betulbetul membuang masa!
Sabar. Bagi aku habis cakap dulu
Hah, apa dia
Pasal Zairis Keluhan dilepaskan lagi. Suasana mula sepi seketika sebelum Irsyad Hakimi bersuara lagi.
Dia pergi ke London. Balik ke tempat keluarganya semula.
Kali ini, bertambah terkejut Syakila mendengarnya. Tiba-tiba aje Sebab apa lelaki itu pergi ke London
Kau tak tahu ke, ada orang godam Instagram dia Habis tak boleh buka.
Hah Instagram Zairis kena godam Kenapa dia baru tahu semua ni
Sebab apa kena godam
Tak tahu. Tak silap aku, ada seseorang ni dari dulu dengki dengan Zairis
Kau tak usahakan untuk dapatkan balik akaun tu
Tak boleh, sebab akaun tu dah dipadam.
Dah dipadam Kesiannya Zairis! Tapi, takkan pasal tu lelaki itu sampai balik ke London
Pasal tu aje
Ada lagi
Ada lagi Hah, ceritalah
Aku rasa, baik kau tengok sendiri. Irsyad Hakimi menghulurkan telefon pintarnya kepada Syakila. Gadis itu mengambil lalu melihat apa yang tertera di skrin.
Terpapar satu artikel yang begitu panas.
MODEL TERKENAL BERJIWA SONGSANG!
Seorang model yang terkenal, Zairis Haikal disyaki mempunyai hubungan intim dengan pembantu peribadinya. Manakala, hubungannya bersama seorang gadis baru-baru ini hanyalah lakonan semata-mata. Semua itu, mahu menutup sikap sebenarnya yang menyukai kaum sejenis.
Syakila tidak mahu meneruskan pembacaannya. Dia pergi ke bahagian bawah. Kelihatan gambargambar Zairis dan Irsyad Hakimi. Zairis yang baru keluar dari hotel bersama butang bajunya yang dari atas separuh terbuka. Irsyad Hakimi pula, seperti mahu memasuki bilik tersebut. Perkara ini sangat mencurigakan!
Apa semua ni! Suara Syakila naik satu oktaf. Dadanya berombak dengan kencang.
Semua ni salah faham saja. Aku pun tak tahu ada yang tangkap gambar masa kat tempat kejadian. Tapi, percayalah. Aku dengan Zairis tak buat perkara terkutuk tu. Kita orang kena fitnah, Syak!
Buktikan kalau kau orang kena fitnah!
Syak, masa tu aku nak panggil Zairis untuk buat photoshoot. Zairis pula, buka butang baju atas sebab penghawa dingin macam tak berfungsi. Dia panas. Lepas tu, kita orang sama-sama keluar. Mungkin dia lupa nak butangkan bajunya balik. Itu saja. Tak ada buat perkara terkutuk pun! cerita Irsyad Hakimi. Hanya dengan bercakap, belum tentu betul!
Memang betul. Kalau kau tak percaya, ni hah adik Zairis. Dia saksi waktu perkara tu berlaku. Irsyad Hakimi menghalakan jari ke arah seorang lelaki yang mula mendekati mereka.
Ya, betul cakap Kimi tu. Saya ada sekali masa tu. Tapi, kebetulan yang keluar dari bilik tu Zairis dengan Kimi. Jadi, orang sekeliling mula fikir yang bukan-bukan
Kenapa awak ikut sekali masa abang awak photoshoot
Nak elak salah sangka dan fitnah. Dia orang tak tahu, yang saya ni adik Zairis. Sebab saya pakai cermin mata hitam dengan topi. Lagipun, keadaan hotel ketika itu lengang. Tak ramai orang
Betul ke ni Syakila mula ragu-ragu.
Betul. Kalau akak tak percaya juga, ni gambar keluarga saya. Irfan menunjukkan telefon pintarnya kepada Syakila. Ada gambar keluarga Zairis di situ. Dan memang betul, wajah Irfan turut terpamer.
Okey, terima kasih sebab bagi penerangan. Saya nyaris tak percaya tadi
Tak apa. Saya faham. Lagipun saya tahu, hubungan akak dengan abang saya bukan sekadar kawan. Malah lebih dari itu. Jadi, saya minta jasa akak supaya berbuat sesuatu. Abang saya dah rasa putus asa sebab perkara ni. Lepas tu, semua peminat abang saya dah mula membenci dia. Sekarang, nama abang saya buruk dalam industri hiburan Panjang lebar Irfan berbicara.
Syakila hanya mendengar. Tidak membalas tapi otaknya ligat berfikir.
Insya-Allah. Saya akan cuba bantu abang awak dan membersihkan nama dia Syakila mengukir senyum.
Aku harap apa yang kau nak buat tu berjaya. Aku yakin, kau mesti dapat menggembirakan Zairis semula, celah Irsyad Hakimi. Syakila sekadar mengangguk.
Kejadian tu berlaku bila Tiba-tiba Syakila bertanya lagi.
Oh, pada waktu malam sebelum esok Zairis berjumpa dengan kau. Sebab tu, bila dia jumpa kau perangai dia lain macam. Kau dapat tangkapkan semua tu
Ya. Masa tu memang aku rasa pelik.
Tak apalah. Mungkin ada hikmah semua ini berlaku.
Hikmah Memang betul. Dan usaha Syakila hendak menyelesaikan semua ini akan bermula tak lama lagi. Kena yakinkan semua orang! Biar tidak berfikir negatif lagi pasal Zairis.