CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 22
HIDUNGNYA seperti terbau sesuatu. Bau-bauan yang dia tidak suka. Bau hospital! Adwan buka mata perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Betul dia di hospital.

Kenapa dia di sini Mana Qaireen Laut Qaireen di laut lagi ke Teringat pada si isteri, matanya meliar. Mencari kelibat orang yang paling dia sayangi. Tiada. Kosong.

Qaireen! Suaranya bergema kuat. Memeranjatkan mereka yang berada di dalam bilik itu.

Along! Datin Afia menerpa Adwan.

Diusap-usap kepala Adwan yang masih terbaring lemah. Cuba menenangkan Adwan. Dia nampak dada Adwan berombak kencang.

Qaireen Adwan merintih. Dia merenung siling bilik. Hujung matanya basah. Ada air mata yang mengalir.

Ssshhh Rehat dulu, sayang. Badan Along lemahlemah lagi ni. Datin Afia menepuk lembut lengan Adwan. Dia turut memicit-micit lengan itu.

Qaireen mana, Mama Mana isteri Along Along

nak dia.

Adwan cuba untuk bangkit. Tidak dihiraukan wayar yang berselirat pada badannya. Tidak dihiraukan bisa yang menyucuk tubuhnya. Dia nak Qaireen. Dia mesti dapatkan Qaireen. Dia nak peluk Qaireen.

Sabar, Along. Sabar Datin Afia memujuk. Dia menoleh pada yang lain. Mengharap mereka turut sama memujuk Adwan.

Tak! Tak mungkin! Tak mungkin! Adwan menggeleng laju.

Mana Qaireen Kenapa mesti Mamanya menyuruh dia bersabar Apa maksud kata-kata Mama tu

Along, jangan cakap macam tu. Allah dah tentukan semuanya. Datin Afia memujuk lagi. Kali ini suaranya lebih lembut berbanding tadi. Tidak mahu Adwan terus-terusan menyalahkan takdir.

Tak adil! Tuhan tak adil pada kami, Mama. Beginikah Tuhan menghukum kami Kami baru nak bahagia. Qaireennn... kenapa semua ini terjadi pada kita Adwan meratap pilu.

Amanda yang berdiri di penjuru bilik tidak mampu menahan air mata dari mengalir. Memberi isyarat pada Akid yang dia mahu keluar dari situ.

Qaireen jangan tinggalkan saya.

Along, mengucap nak. Mengucap.

Adwan menoleh ke sisi. Jemari Mamanya digenggam erat. Hanya Mamanya sahaja harapan dia.

Mana isteri Along, Mama Dia selamat, kan

Datin Afia menunduk. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Kebenaran amat menyakitkan. Dalam keadaan Adwan yang lemah lebih baik hal Qaireen dirahsiakan dahulu. Takut Adwan memberontak.

Akid, mana Qaireen Tolong bawa aku jumpa dia Dia ada dekat sini juga, kan Adwan yang terperasankan adik iparnya bertanya pula pada Akid yang berdiri di hujung katil.

Akid sama seperti Datin Afia. Hanya mendiamkan diri dan kemudiannya menunduk menekur lantai. Langsung tidak menjawab soalan Adwan.

Ya Allah, kenapa semua orang tak nak cakap ni Beritahulah! Adwan menjerit.

Sekali lagi dia cuba untuk bangkit. Kelam-kabut Datin Afia dan Akid menghalang.

Pada ketika itu, pintu bilik dikuak dari luar. Zuhayr Affan muncul bersama dua orang jururawat.

Angah! Tiba-tiba emosi Adwan bertukar.

Dia bersorak riang bila melihat kelibat Zuhayr Affan. Dia tahu adiknya pasti tahu di mana Qaireen sekarang ini.

Along, kau okey tak hari ni Zuhayr Affan tersenyum sebaik mendekati katil Adwan.

Aku okey. aku okey. Qaireen mana Isteri aku mana, Angah Adwan memegang tangan Zuhayr Affan. Bukan itu yang dia mahu dengar dari adiknya. Dia tak kisah tentang dirinya. Dia mahu tahu Qaireen di mana.

Along, kau berehat dulu. Badan kau ni masih lemah. Nanti bila kau dah kuat kita pergi jumpa Qaireen, ya Zuhayr Affan memujuk. Cuba menenangkan Adwan. Dia tahu tahap kesihatan abangnya lemah sebab itu emosi abangnya mudah terganggu.

Tak, tak. Aku nak jumpa Qaireen! Tolonglah, Angah. Adwan menggeleng. Merayu dalam nada sayu.

Kenapa semua orang susah sangat nak bawa Qaireen berjumpa dengan dia Kenapa semua orang mengelak bila dia bertanya di mana Qaireen Mereka dah tak sayang Qaireen ke

Sebenarnya, Qaireen

Semua mata tertumpu pada Zuhayr Affan membuatkan Zuhayr Affan menelan liur berkali-kali.

Pandangan mata Adwan paling membuat hatinya kacau bilau. Inilah perkara yang perlu dia hadapi setiap kali berhadapan dengan pesakit mahupun keluarga pesakit.

Kami tak tahu Qaireen dekat mana. Sama ada dia lemas atau tidak. Kalau jumpa pun rasanya dia tak dapat diselamatkan, beritahu Zuhayr Affan tenang. Itulah cerita yang diberitahu temannya di Hospital Kota Tinggi sana.

Tak, Angah. Tak. Tak mungkin. Qaireen masih hidup. Qaireen aku belum mati. Qaireen aku tak akan tinggalkan aku Adwan merintih. Menggeleng menidakkan kata-kata adiknya.

Tangannya melekap di dada. Sakitnya. Terasa bagaikan dicucuk sembilu. Bisa. Sesungguhnya dia tidak boleh terima apa yang diperkatakan adiknya.

Qaireennn... Jangan tinggalkan saya, sayang Suara Adwan mendayu.

Along, sabar. Nanti aku cuba tanya lagi dengan pihak hospital sana, tapi tempoh hari memang kau aje yang dibawa ke hospital. Zuhayr Affan cuba menenangkan Adwan lagi.

Kau tipu Along, kan Angah Adwan mencerlung tajam.

Buat apa aku nak tipu kau, Along Memang satu ambulans aje yang datang ke sini. Zuhayr Affan beriaia menegakkan kata-katanya. Buat tambah dosa aje kalau dia menipu.

Tak, tak mungkin. Adwan menggeleng laju.

Kedua-dua tangannya menekup telinga. Tidak mahu menerima kata-kata Zuhayr Affan. Apa yang dikatakan adiknya adalah satu pembohongan. Jika benar hanya dia seorang sahaja yang dihantar ke hospital, di manakah isterinya sekarang. Takkanlah seorang pun ahli keluarga dia tidak tahu. Mustahil. Along, Mama dah tanya dengan orang dekat Hospital Kota Tinggi. Mereka kata kes lemas hanya libatkan seorang bukan dua. Datin Afia turut mengiakan kata-kata Zuhayr Affan.

Kenyataannya memang itulah yang diberitahu kepada mereka sekeluarga. Pihak keselamatan terlibat telah menjalankan operasi pencarian. Sehingga sekarang mereka langsung tidak menemui tubuh apa-apa petunjuk. Jika benar Qaireen lemas, pasti jasadnya timbul.

Tak mungkin. Qaireen mesti ada. Along nak keluar. Along nak cari Qaireen. Adwan tanggalkan tiub di tangannya.

Along, boleh tak kau jangan macam budak-budak Aku tak rasa Qaireen suka kau buat macam ni kalau dia ada. Zuhayr Affan bertegas.

Dalam keadaan sekarang dia tak boleh berlembut lagi dengan Adwan. Isyarat mata diberi pada jururawat bertugas untuk memasang semula tiub yang Adwan tanggalkan.

Qaireen isteri aku, Angah. Kau tak tahu macam mana rasanya bila orang yang dah jadi sebahagian dari kita hilang sekelip mata. Adwan merenung adiknya tajam.

Sakitnya hati dia bila semua orang seolah-olah lepas tangan dalam hal ini. Mereka tahu tak Qaireen itu isteri dia. Sudah menjadi sebahagian dari keluarga Dato Zayd. Sepatutnya mereka bertanggungjawab mencari Qaireen hingga ketemu.

Papa mana Aku nak jumpa Papa. Papa mesti tahu nak buat apa. Adwan merenung semua orang yang ada di dalam bilik ini.

Papa pergi Jepun, sayang. Papa suruh Along rehat dulu. Jangan fikir sangat hal ni. Tunggu dia balik dari sana, pujuk Datin Afia.

Qaireen isteri Along, Ma! Isteri Along! Mana boleh Along diamkan hal ini. Along nak keluar! Along nak pergi cari dia! Akid, bawa aku pergi Desaru! Aku nak cari Qaireen! Aku nak cari isteri aku! Suara Adwan melengking satu oktaf. Dia cuba untuk turun lagi dari katil.

Zuhayr Affan dan Akid kelam kabut menahan Adwan dari terus bertindak melulu. Mereka membaringkan Adwan di atas katil semula.

Zuhayr Affan mengisyaratkan jururawat untuk memberikan suntikan ubat penenang kepada Adwan.

Qaireennn! Qaireennn! Qaireennn Adwan menjerit lagi. Kuat. Namun lama kelamaan suaranya semakin mengendur sebelum hilang.

Asayu pada Zuhayr Affan. Tangannya NGAH Datin Afia menghantar pandangan

mengurut lembut lengan Adwan yang sudah terlena.

Along tak apa-apa, Mama. Biar dia tidur sekejap. Zuhayr Affan mengangguk. Pandangannya berkalih pada Adwan yang kelihatan sangat lemah.

Kau betul-betul yakin ke Qaireen tak ada dekat sana Akid bertanya setelah pasti Adwan tidak akan mendengar perbualan mereka. Risau dia kalau tibatiba Adwan meracau yang bukan-bukan lagi.

Confirm. Memang Along aje yang dihantar ke hospital, balas Zuhayr Affan yakin.

Sekarang ni macam mana Dah beritahu keluarga Qaireen Akid memandang Zuhayr Affan dan Datin Afia bersilih ganti.

Sayang dah call mak long Reen. Insya-Allah mereka akan turun ke sini esok. Amanda yang baru masuk ke dalam bilik mencelah.

Hmmm Kenapa seorang pun tak jumpa Qaireen. Takkanlah cepat sangat dia dihanyutkan Pelik. Berkerut dahi Akid memikirkan apa yang menimpa Adwan dan Qaireen.

Simpati sekali dia melihat keadaan Adwan. Sukar mempercayai perkara ini boleh berlaku kepada Adwan. Berlaku pada abang Amanda, abang ipar dia. Berat sungguh ujian yang Adwan hadapi ini. Namun dia berdoa dalam hati agar semuanya akan berakhir tidak lama lagi.

AQaireen meracau dalam tidurnya. Tangan DWAN! Awak, tolong saya! Tolong saya!

dan kakinya tergawang-gawang di udara.

Seolah-olah sedang berusaha mencapai sesuatu.

Ssshhh tidur, nak. Anak mengigau ni, suara perempuan tua memujuk. Suara Qaireen yang tiba-tiba menjerit tadi jelas menyentakkan tidurnya yang lena.

Awakkk Tolong saya, Adwannn.. Tol mendayudayu suara Qaireen merintih. Matanya kekal terpejam, tetapi hujung kelopaknya basah. Air matanya mengalir tanpa ditahan.

Jah! Suara lelaki tua memanggil.

Perempuan tua yang dipanggil Jah menoleh. Hanya mampu menggeleng pada lelaki tua itu. Dia tidak tahu nak kata apa lagi. Sudah tiga malam gadis yang dijaganya ini meracau dalam tidur.

Apalah yang dia mimpikan tu Lemah sahaja suara lelaki tua itu berbicara. Memandang sayu pada Qaireen yang terbaring lesu.

Dia seru nama lelaki, bang. Mungkin teman dia atau mungkin suami dia.

Esok pagi awak cubalah berbual lagi dengan dia, Jah. Manalah tahu dia ringan mulut nak bercerita.

Lagi cepat kita tahu, lagi cepat kita pulangkan pada keluarga dia. Tentu keluarganya sibuk mencari.

Insya-Allah, bang. Tapi, kenapa tak kita laporkan lagi pada pihak polis

Nantilah. Kita biar dia pulih dahulu. Entah berapa lama agaknya dia terapung dekat tengah laut tu. Nasib tak teruk cederanya. Cuma calar-calar aje.

Perempuan tua itu mengangguk. Faham maksud kata-kata lelaki tua itu. Dia menoleh kembali pada Qaireen. Tangannya menepuk-nepuk lengan Qaireen. Moga Allah melindungimu, nak. Walau siapa pun kamu, bisik hati tua itu.

Awak pun tidurlah, Jah. Lelaki tua itu berpesan sebelum berlalu dari situ.