Tak nak bilik ni! Tak nak bilik ni!
Balik-balik itu yang hatinya berkata. Ulangulang sampai kepala otak naik biul.
Hani...
Tersedar Hani dari lamunannya. Wajahnya diangkat dan serentak dengan itu, wajahnya bertukar seperti orang sedang minta penampar.
Kenapa muka macam tu Macam tak happy je balik. Puan Maizurah menapak ke arah anak gadisnya.
Syukur alhamdulillah, Hani sudah kembali. Bukan dia gembira kerana anaknya ada masalah dengan suami, tapi dia memang dah agak dari awal yang perkahwinan Hani memang ada yang tak kena.
Happy la Ma. Mana ada Hani tak happy. Ma tengok muka Hani ni. Hani lebarkan bibirnya. Buat muka paling ceria di abad ni. Ceria la sangat! Dah macam joker bibir tebal je!
Balik rumah ni rasanya macam heaven sangat. Mama pernah dengar kan, rumahku syurgaku. Dapat jumpa Mama, Kakak. Yang paling penting, lepas ni Hani dah boleh makan masakan Mama hari-hari. tambah Hani lagi.
Mulut berkata, tapi hati dah melayang ke lain.
Puan Maizurah tahan senyum. Sekali tengok saja dia tahu hakikatnya. Hani tak gembira!
Hani masih tak nak bagitahu Mama kenapa Hani kahwin dengan dia. Hani, Mama kalau boleh tak nak kamu berdua bercerai, tapi Mama tahu ada sesuatu yang tak kena dengan perkahwinan kamu. Hani masih tak nak bagitahu kami
Cerai Kenapa Mama persoalkan perkataan tu! Jiwa yang kacau dah bertukar galau. Sikit hari nanti, dia pula halau hati dari badan dia. Biar dia hidup tanpa hati!
Rahsia biar jadi rahsia. Asalkan Mama dan Kak Long percayakan Hani cukup. Lagipun, Mama tak payah nak fikir pasal tu. Hani dah kembali ke rumah ni dengan selamat. Satu calar pun tak da. Tengok...tengok... tubuhnya sengaja ditayang depan Mamanya.
Pening Puan Maizurah dibuatnya. Macam mana Hani boleh jadi macam ni Pura-pura ketawa, gembira padahal jelas-jelas dekat muka tu tertulis perkataan sedih dan kecewa.
Dia dah makan garam, dia tahulah!
Bagus la macam tu. Mama bukan apa, Mama tengok Hani sejak Hani balik, Hani dah lain. Mulut tu dah tak berkicau macam dulu.
Aik Ma. Nak Hani berkicau macam dulu ke Rela ke telinga Mama luruh awal giat Hani.
Jawapan Hani memang minta penampar! Sekelip mata bahunya dah jadi sasaran tangan puan Maizurah.
Sakit la Ma. bibirnya mula muncung.
Siapa suruh Hani merepek macam tu Berangan nak buat telinga Mama luruh. Ni Mama nak tanya, sampai bila nak macam ni Tak nak balik sana dah ke
Nak! Nak balik. Nak jumpa Ryan! Nak jumpa lelaki tu! Rindu!!! Jerit hatinya.
Dah tamat! lemah suara Hani.
Tamat Apa yang tamat Drama
Ikut Mama la nak fikir apa drama ke, filem ke atau rancangan. Yang penting semuanya dah tamat. Macam pelakon yang balik ke rumah lepas habis shooting.
Aneh pula Puan Maizurah mendengar jawapan itu. Pelipisnya mula berkedut.
Hani, dia memang macam tu! Kalau dia susah hati atau gelisah, fikir memang tak reti nak straight. Main cakap je. Tapi, betul apa! Apa dia buat dengan Ryan selama ni ibarat drama rantaian, tapi drama tu ending dia entah apa-apa. Drama tu dah tamat. Heroin dan hero tak bersatu akhirnya.
Bunyi macam kecewa je Anak Mama ni
entah-entah...
Entah-entah apa Suka dekat dia potong Hani.
Dia dengan emaknya memang dah macam kawan. Tempat dia luahkan perasaan dan tempat dia simpan rahsia. Tapi, satu kelebihan Puan Maizurah, dia pandai baca fikiran orang.
Hani suka dia tanya Puan Maizurah, tapi dibelas juihan bibir oleh Hani.
Hani suka dekat mamat sepuluh juta tu Memang tak la! Orang macam dia, beruk pun tak layak suka dekat dia tu! kutuk Hani geram.
Namun, dalam hati, dia dah macam teranggukangguk. Ye Ma! Orang dah tersuka dekat dia, tapi orang sebenarnya tak nak suka dia! Orang benci, meluat, tapi orang tak boleh lupa dia. Parah dah orang ni Ma.
Marah sangat nampak. Orang tua-tua kata, kalau marah tu tandanya sayang. usik Puan Maizurah. Ingin memancing mood anak manjanya kembali.
Ye ke Ma Tapi, tu la, Hani tak dengar orang tua-tua cakap sebab Hani ni dengar apa yang Ustaz, Ulama atau sewaktu dengannya, cakap. Orang tua-tua dulu merepek. Tak kan la marah boleh jadi suka. Kalau macam tu, Mama suka la dengan pak Li Pak Li kan selalu usik Mama. Mama pula acah-acah marah. Kalau ikutkan kata orang-orang tua, marah tu tandanya merajuk manja-manja.
Terbutang biji mata Puan Maizurah dibuatnya.
Bertuah punya anak. Kita nak kenakan dia, dia pula kenakan kita!
Hani ni kan, nakal tak sudah-sudah. Dah la! Malas mama nak melayan kamu. Baik Mama turun masak. Kamu tu, bangun. Jangan nak terperuk dalam bilik ni je. Tolong Mama masak. Puan Maizurah mula bangun bersama gelengan.
Sakit pula hatinya bila nama lelaki tua, pemilik kedai runcit disebut. Pak Li.. Pak Li..Pak Li... Tak habis-habis dengan Pak Li dia!
Sebut nama Pak Li je lari. Mama jangan lari sangat nanti Pak Li tak larat nak kejar. jerit Hani mengusik saat emaknya sudah berlalu ke arah pintu.
Satu jelingan maut dihadiahkan buat anak gadisnya sebelum dia arahkan kaki ke dapur. Hani tersengih-sengih. Marah la tu sebut nama Pak Li. Orang tua-tua kata, marah tu tanda sayang. Kiranya Mama tengah sayang dia sebab tu marah bila diusik. Alahai Mamaku.
Sepemergian Puan Maizurah, Hani kembali melayan perasaan. Tak ada mood nak potong bawang, sayur, lobak atau sewaktu dengannya. Biliknya dipandang dengan muka bengek!
Ni la manusia! Dulu tinggalkan bilik ni, bukan main rindu. Dah dapat bilik ni, dia rindukan bilik tak berkatil dia tu pula. Apa khabar agaknya alas tidur dia tu Entah-entah dah kena bakar dengan Ryan! Hesy! Lelaki tu memang macam lengkuas! Dari luar nampak senang nak potong, tapi kalau nak potong, bukan main susah! Keras dan liat!
Sama la dengan mamat tu!
Kenapa aku jadi macam ni Saka apa dah masuk dalam badan aku ni. Hailah, otak, boleh tak kau jangan fikirkan mamat tu saat ni Rasa macam nak cuci otak dengan air zam-zam. Biar reput terus nama mamat tu dalam ingatan dia.
Dengan itu barulah hidup tenang, damai dan senang lenang!
TANPA menegur, Ryan melalui Datuk Fatimah dan ibunya. Sedikit pun tidak menoleh. Kedua-dua wanita itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengekori langkah Ryan yang sudah meniti anak tangga.
Aneh! Sejak pergaduhan tu, Ryan langsung tak bercakap dengannya. Nak kata marah cucunya dah hilang, tak juga. Ryan tetap dingin cuma jelingan tajam Ryan mulai berkurangan.
Kenapa dengan anak kamu tu
Entah la mak. Dua tiga hari ni dia macam tak ada semangat je saya tengok. Nak ditegur, mak tahu la dia masih marahkan kita. Tapi, Laila perasan sesuatu la Ma.
Apa
Mak tak perasan ke, Ryan jadi macam tu lepas Ha...
Hani keluar dari rumah ni
Puan Laila mengangguk perlahan bila katakatanya dipotong oleh ibu mertuanya. Ada keluhan meniti di bibir tua itu.
Mak, andai kata Ryan dengan Hani tu... teragak-agak Puan Laila ingin menuturkan ayat. Macam mana nak cakap ya... soalnya perlahan hanya untuk diri sendiri, tapi masih mampu didengari oleh Datuk Fatimah.
Maksud kamu bercinta tebak Datuk Fatimah.
Puan Laila mengiakan dengan anggukan sebelum membuka mulut.
Mak akan halang juga ke
Tertunak terus mata Datuk Fatimah pada menantunya. Menantunya yang sangat baik. Yang setia bersamanya sampai sanggup ketepikan perasaan anak sendiri demi dia. Dalam diam dia terfikirkan soalan Puan Laila. Andai kata mereka berdua bercinta, dia akan halang sekali lagi kah
Mak dah tua Laila. Mak dah pernah buat kesilapan dan mak tak kan ulangi lagi. Biarlah kali ni Ryan buat keputusannya sendiri. Mak tak nak masuk campur lagi.
Lega hati Puan Laila mendengarnya. Dia bukan apa, dia rasa dia macam dah suka pada Hani. Ryan pun nampak seperti sukakan Hani. Ryan tu ibarat Doraemon kehilangan poket ajaibnya. Doraemon tak kan lengkap tanpa poket ajaib dan Ryan tak kan lengkap tanpa Hani disisinya.
Mak, Mak betul ke tak nak buat rawatan Mak dah nampak teruk. Muka tu... pucat sangat. Badan Mak pun semakin kurus. Kita pergi kehospital ya Mak.
Sudah berkali-kali dipujuk, tapi Datuk Fatimah degil!
Kalau Mak nak buat dari dulu lagi mak buat. Mak dah tak ada harapan lagi Laila. Lagipun Mak dah tua. Hanya menghitung hari.
Mak jangan cakap macam tu. Ajal maut semuanya ketentuan Allah.
Datuk Fatimah tersenyum lemah. Dia rasa lebih baik dia teruskan begitu. Bukan dia putus asa, tapi dia tahu dia tak ada harapan. Cukup dengan Datuk Fatimah yang mula diam, dia tahu Datuk Fatimah tetap dengan keputusannya sedangkan sel-sel kanser semakin merebak secara tak terkawal.
Mak... Sebenarnya saya ada benda lain nak beritahu mak. Pasal Hani.
Hani kening Datuk Fatimah bertaut.
Sebenarnya, Laila kenal Hani dah lama. Sebelum dia datang ke sini.
Macam mana kamu kenal dia semakin bertaut kerutan di dahi tua itu.
Yang sebenarnya Hani tu... dia adalah saksi kes langgar lari arwah Riana. bongkar Puan Laila sedikit teragak-agak.
Apa Datuk Fatimah tergamam.
RYAN lemparkan briefcase di atas katil sebelum dia buat terjunan maut di atas katil yang sama.
Argh! Leganya dapat baring macam ni.
Kerja memang memenatkan. Sejak dua menjak ni rezeki syarikatnya bertambah. Banyak tender masuk sampai dia tak menang kerja. Lega hatinya bila semuanya dah selesai. Rasa macam dah lama dia tak melekat atas katil kesayangannya.
Asyik mengeluh lega, matanya tiba-tiba tercacap pada pintu bilik kerjanya. Serta-merta kepalanya teringatkan seseorang. Perempuan tu lagi! Dia tak tahu kenapa, ada saja benda yang mengingatkan dia pada gadis tu.
Pagi tadi masa di pejabat, dia terdengar staf bercerita pasal filem Maze Runner. Saat itu muka Hani terbayang. Teringat kembali saat Hani menonton bersamanya, tapi akhirnya dia tertidur. Dia hanya terjaga saat wajah gadis itu mendekat dengan wajahnya. Saat itu dia hampir tergelak tengok muka Hani yang membiru. Siapa suruh tenung muka dia sangat. Sekali dia buka mata, baru nak menggelebah.
Tanpa sedar Ryan tersenyum mengingati saat itu. Ada rasa bahagia bila terkenangkan riak kelakar Hani.
Masa makan di restoran pula, ada pelanggan di meja bersebelahan asyik bercakap. Banyak mulut betul! Sekali lagi dia teringatkan Hani. Mulut perempuan tu pun selalu bising. Ada saja nak benda yang dia nak bercakap. Tapi, sekarang Hani dah tak da. Mulut wisel itu sudah tiada.
Dia tak nak mengaku, tapi hakikatnya dia dah rindukan bicara gadis itu. Sejak dia bergaduh dengan Hani lagi, dia dah mula rasa rindu cuma dia tak tahu kenapa dia rindu.
Kau ni bodoh ke buat-buat bodoh Kalau
kau tanya budak kecil kenapa kau rindu minah tu, budak kecil pun boleh jawab. ada suatu suara seakan berbisik tiba-tiba.
Budak kecil pun boleh jawab Biar betul! Dia pun masih mencari jawapan ni.
Sebenarnya jawapan dah ada cuma kau menolak. Kau nak aku bagi jawapan ke suara itu seakan mengejek.
Ryan telan air liur. Okey! Dia tak nak jawapan! Kalau dapat jawapan dia akan parah.
Kau pengecut! Tak nak tahu jawapan. Kesian dengan kau kan Besar panjang. Muka market. Duit kiri kanan, tapi takut nak hadapi perasaan sendiri. sinis suara aneh.
Aku bukan takut! Aku mana pernah takut! Ryan mula tertekan. Satu tangannya menghentak katil.
Ala... Kalau kau tak takut kenapa kau nampak tertekan sekarang. Mengaku je la yang kau tu dah...
Diam! bentak Ryan.
Kau sayang dia la bro. Kau dah jatuh cinta pada dia. Hadapi la kebenaran bro. Jangan jadi lelaki, tapi pengecut dengan diri sendiri!
Ryan rasa nak naik angin! Kalau la suara hatinya yang sangat kurang ajar tu adalah imej seorang manusia, memang dia dah tumbuk sampai lebam!
Aku cinta Hani Ingat aku dah gila nak cintakan dia Dia tu bukan citarasa aku la. Ryan bangun dengan muka sombong. Dia yakin dia tak suka pun pada Hani cuma rindu sikit je. Perempuan Mulut Wisel tu, tak kan la! Dia tu cuma perempuan biasa yang lalu lalang dalam hidup aku. Aku tak suka dia. Aku tak kan suka dia. Aku tak akan jatuh cinta pada.... Ryan terhenti dari menyambung kata saat matanya sekali lagi tertunak pada pintu bilik yang pernah meninggalkan jejak hidup Hani.
Wajah gadis itu terbayang.
Aku memang dah jatuh cinta pada dia. Ryan jatuh terduduk saat mengakui perasaannya sendiri. Akhirnya dia dah letih lawan perasaannya sendiri. Egonya sudah terbang jauh.
Ini namanya bukan ego jatuh tersungkur, tapi ego jatuh terduduk.