Katanya Alhamdulillah, semua okey. Tadi pun dia tengah siap-siap nak keluar beli barang dengan Irfan. Dekat sana tengahari lagi ummi sebab lewat 5 jam dari kita.
Semakin keliru aku dengan jawapan Inayah. Apa yang dibualkan mereka dua-beranak ini sebenarnya
Baguslah macam tu. Kali pertama Fitri ke Jordan terus serasi. Kata-kata Mak Cik Ruqayyah menyentak sedikit hatiku.
Niel di Jordan Bermakna dia jauh dariku dan mungkin kami tidak akan bertemu lagi. Ianya terlalu sukar.
Dia sihat mak cik Spontan soalan ini terlucut dari bibirku. Memang lupa untuk ditapis.
Mak Cik Ruqayyah dan Inayah sama-sama menoleh ke arahku dengan dahi yang berkerut sedikit.
Kenapa mak cik dengan Inayah tengok Aliya macam tu Soalanku berserta sengihan nipis.
Tak adalah. Mak cik cuma terkejut dengan soalan Aliya. Macam kamu berdua ni rapat. Dari raut wajah Mak Cik Ruqayyah jelas ada tanda tanya. Aku berfikir dua saat sebelum menjawab.
Aliya sekadar bertanya mak cik. Sebagai kenalan. Maafkan Aliya sebab tanya. Teragak-agak aku membalas.
Eh, tak apa sayang. Mak cik gembira Aliya selesa dengan anak-anak mak cik. Senyuman manis terukir di bibir Mak Cik Ruqayyah. Aku turut tersenyum nipis sebelum kembali mengalihkan perhatian pada kerjakerja memotong mentimun.
Tepat jam 7 malam semua hidangan siap dibawa ke meja makan. Cukup menyelerakan dan keenakannya sedikit memudarkan ingatanku pada Niel. Kami bertiga duduk sambil berbual ketika menunggu waktu berbuka. Setelah masuk waktu, Mak Cik Ruqayyah hanya makan sebiji kurma dan minum segelas air. Dia meminta diri sebentar untuk menunaikan solat Maghrib. Aku dan Inayah pula sama-sama cuti jadi kami menanti di ruang tamu sahaja.
Sedang berbual kosong, mataku tertancap pada sebuah album gambar berwarna merah jambu. Terletak di dalam almari kaca bersebelahan kabinet televisyen.
Akak nak tengok album gambar tu Inayah seakan dapat menangkap arah renunganku.
Kalau Inayah izinkan. Perlahan aku membalas.
Mestilah boleh, akak. Kejap Inayah ambilkan. Inayah tersenyum kemudian beredar ke almari kaca. Album gambar dihulurkan padaku. Aku terus ambil sambil mengucapkan terima kasih. Halaman pertama kuselak dan kelihatan beberapa keping gambar elok tersusun. Gambar majlis konvokesyen Inayah kuagak. Lelaki muda di sebelah Inayah kuteka ialah Irfan.
Inilah Irfan akak. Orang selalu cakap muka kami sangat seiras. Pergi mana-mana pun orang akan terus cakap kami adik-beradik walaupun orang tak kenal kami, jelas Inayah. Macam tahu-tahu sahaja aku sedang bertanda-tanya.
Oh, tapi memang ada iras banyak pun. Sama-sama cantik dan kacak. Jujur aku memuji.
Inayah tergelak kecil. Halaman seterusnya kuselak. Gambar mereka tiga beranak di Cameron Highlands. Cukup bahagia sekali memetik strawberi. Halaman lain kuselak dan gambar ketika Hari Raya. Halaman demi halaman berganti dan satu yang kupasti, belum ada gambar Niel. Inayah tidak menjelaskan apa-apa jadi mungkin dia belum bersedia menceritakan perihal Niel kepadaku. Walhal aku sudah tahu semuanya dari Niel sendiri.
Akhirnya pada halaman yang sudah aku lupa keberapa, wajah kanak-kanak lelaki sedang membaca Al-Quran dalam pertandingan Tilawah Al-Quran benar-benar mencuri perhatianku. Walau wajahnya kecil sahaja di dalam gambar tetapi aku yakin benar itu Niel. Irasnya tidak banyak berubah. Bentuk mukanya tetap sama.
Fitri masa zaman sekolah rendah. Penerangan ringkas Inayah membuktikan andaianku tepat.
Jantungku bagai tercuit.
Ya Allah, betapa dia mempunyai zaman kanakkanak yang cerah. Bagai ada sedikit rasa terkilan apabila terkenangkan zaman remaja Niel yang sekarang. Kegelapan dunia sedikit melemaskannya. Namun, aku tahu jauh di sudut hati Niel masih ada cahaya yang menerangi hatinya.
Dia selalu masuk pertandingan tilawah dan hafazan. Arwah abi selalu cakap yang Fitri terang hati sebab tu mudah menghafal. Masa kecil-kecil dulu kami bertiga selalu duduk sama-sama menghafaz.
Seronok sangat kenangan tu. Arwah abi pula jadi guru mengaji dan menghafaz. Senyuman manis terukir di bibir Inayah.
Aku turut tersenyum, namun hakikatnya aku sedang berusaha gigih untuk mengawal air mataku dari turun. Entah kenapa apa yang diceritakan Inayah benar-benar terkesan ke hatiku. Andainya aku mampu, ingin sekali aku membawa Niel kembali ke era itu. Namun, tiada yang kumampu kerana takdir telah membawa perjalanan hidupnya jauh sekali.
Kak Aliya, panggil Inayah.
Terasa bahuku terhenjut akibat terkejut. Renunganku teralih pada Inayah pula.
Akak okey Soalan Inayah membuatku tidak keruan.
Okey. Akak suka dengar kisah keluarga Inayah. Senyuman nipis sempat kuhadiahkan sebelum mata terarah kembali pada album gambar.
Halaman berikutnya ada gambar Niel sedang mengambil hadiah di atas pentas untuk majlis tilawah Al-Quran yang lain pula. Ada satu gambar Niel yang betul-betul jelas. Dia tersenyum lebar sambil memandang kamera. Senyuman itu tetap sama seperti sekarang walau yang sekarang berbaur nakal. Spontan bibirku menguntum senyuman manis juga.
Lama wajah comel itu kutatap. Terasa sejuk hatiku melihatnya. Tanpa kusedari ibu jariku mengusap gambar itu. Benar-benar terlewat untuk aku sedari tindakan spontanku ini. Saat aku tersedar dan mendongak ke wajah Inayah semula, aku benar-benar tidak keruan. Inayah sedang merenungku dengan dahi yang berkerut. Pastinya dia hairan melihat perlakuanku tadi.
Ina..
Inayah, Aliya jom makan. Maaf ummi terlambat. Panggilan Mak Cik Ruqayyah mencantas kata-kataku.
Aku dan Inayah sama-sama menoleh ke arah Mak Cik Ruqayyah. Kami bertiga beredar ke meja makan. Sesi makan bermula dalam keadaan senyap sahaja. Hanya sesekali kami berbual kosong.
Lebih kurang jam 8.15 malam, aku meminta diri untuk pulang. Mak Cik Ruqayyah juga akan ke surau berhampiran untuk menunaikan solat terawih berjemaah. Sempat mereka dua-beranak bekalkan ayam masak kurma sebagai juadah bersahur untuk teman-teman serumahku esok.
Usai bersalaman aku terus berlalu ke Iriz yang diparkir di luar pagar. Namun, betul-betul ketika aku baru membuka pintu Iriz terasa lenganku dipegang. Aku cepat-cepat menoleh dan Inayah sedang memandangku dengan renungan yang langsung tidak kufahami.
Akak, apa sebenarnya yang berlaku antara akak dan Fitri Soalan Inayah bagai tukul yang mengetuk jantungku.
Apa yang harus kujawab Mustahil hendak jawab dengan jujur. Renunganku beralih dari wajah Inayah ke wajah umminya pula. Dia masih tetap tersenyum di tepi pagar. Pastinya langsung tidak tahu akan situasi di sini.
Jangan risau, ummi tak tahu apa-apa. Inayah pun tak tahu pada mulanya. Tapi, setiap kali Inayah jumpa dengan akak mahu pun Fitri pasti akan ada perkara mencurigakan. Dah berapa kali Fitri berubah air muka bila Inayah atau ummi tersebut nama akak di depannya. Penerangan Inayah benar-benar tidak pernah kujangka.
Mulutku bagai terkunci. Hanya mata yang mampu bertindakbalas sekarang.
Tak apalah akak. Inayah tak paksa akak bagitahu.
Cuma bila akak dah sedia nak cerita, Inayah akan ada untuk mendengar. Fitri tak tahu lagi tentang curiga Inayah ni dan kalau boleh Inayah nak dapatkan jawapan dari mulut akak sendiri.
Maafkan akak. Itu sahaja mampu kubalas.
Akak tak salah apa-apa dengan Inayah. Lembut suara Inayah berserta dengan usapan di bahuku.
Senyuman kulemparkan sebelum aku meminta diri sekali lagi. Sempat aku melambai Mak Cik Ruqayyah sebelum Iriz kupandu perlahan. Di sepanjang perjalanan pulang, hatiku makin tidak keruan. Buntu dengan situasi ini serta persoalan Inayah tadi.
PENAMPILANKU di cermin dilihat lagi. Hanya bedak kompak dan pelembap bibir menghiasi wajah. Usai solat Maghrib tadi, aku dan Munirah bersiap cepat untuk keluar berbuka pula. Dari pejabat tadi aku terus ikut Munirah pulang ke rumah sewanya. Ada janji yang harus kutunaikan malam ini dan Munirah sebagai peneman sejati.
Hai, dah dua kali tengok muka kat cermin. Munirah laju menegur. Ada segaris senyuman nakal menghias wajahnya.
Jangan fikir bukan-bukanlah. Saja tengok nak pastikan muka aku ni biar paling tak berseri tanpa mekap beria-ia.
Masih berusaha gigih untuk memudarkan rasa suka yang dah berputik dalam hati anak big boss kita tu ke Panjang berjela pula soalan Munirah. Berbelit habis ayatnya.
Lebih kuranglah. Kenapalah aku terjebak dalam semua ni Kenapa Mun Aku soal Munirah dengan mata penuh simpati.
Ini semua takdir. Lagi satu, yang kau setuju nak tunaikan janji tu kenapa Mungkirkan aje janji tu, kan senang. Munirah menggeleng perlahan sambil mencapai tas tangannya di atas katil.
Tak baiklah mungkir janji. Walau aku tak rela, janji perlu ditepati.
Itulah masalahnya, kau ni baik sangat. Dah jom. Nanti lewat pula kita sampai. Dalam 20 minit juga kita nak ke restoran tu. Munirah terus menarik tanganku keluar dari biliknya.
Aku memandu Iriz untuk ke destinasi yang dituju. Tiada masalah jika kami naik kereta yang sama kerana malam ini aku akan bermalam di rumah Munirah.
Ketika kami sampai ke restoran Tom Yam tersebut, pelayan terus menyapa mesra. Aku terus maklumkan nombor meja yang ditempah. Bukan setakat meja, malahan hidangan berbuka juga sudah kutempah awal. Memang sengaja ditempah awal kerana tidak mahu menunggu lama. Maklumlah di bulan yang mulia ini masa kita terlalu berharga.
Tidak sampai dua minit menanti, dia yang ditunggu pun sampai. Tersenyum manis ketika ternampak aku di meja. Aku dan Munirah sama-sama mempelawanya duduk.
Awak dan Munirah nampak cantik malam ni Pujian yang tiba-tiba itu membuatkan aku dan Munirah sama-sama terlopong. Rasanya kami pakai biasa-biasa sahaja. Aku dengan blaus biru lembut dan tudung AJ biru laut. Munirah pula blaus hitam dan tudung AJ merah jambu. Masing-masing dengan skirt hitam.
Encik Fitri pun nampak segak malam ni. Munirah pula yang memuji sekadar ambil hati. Tapi, memang segak pun Fitri malam ini walau hanya berkemeja ungu lengan panjang dan berseluar slack hitam.
Terima kasih sebab awak berdua sudi berbuka puasa dengan saya. Sopan sahaja Fitri luahkan pada kami. Aku tersenyum nipis sebelum membalas.
Saya hanya tunaikan janji saya. Maaf terlambat hampir dua bulan. Jujur sahaja isi ayatku. Apa yang ada dalam hati itu yang terluah. Janji yang tersilap kubuat kerana menyangka Fitri ini yang menyelamatkan Munirah. Munirah pula laju sahaja mencuit pahaku.
Kau ni pun jagalah hati dia sikit, bisik Munirah ke telingaku.
Jaga macam mana Aku balas dengan bisikan juga.
Ehem. Fitri berdehem ketika Munirah belum sempat memberi jawapan.
Kami sama-sama mengalihkan pandangan pada Fitri semula. Keningnya dijongket sedikit. Pastinya dia hendak tahu juga apa yang kami bualkan.
Hidangan berbuka benar-benar menyelamatkan situasi kekok ini. Muncul tepat pada waktunya. Kemunculan tom yam ayam, siakap sweet and sour, tilapia goreng, kailan ikan masin, telur dadar dan sambal belacan benar-benar membuka selera kami. Senyuman spontan terukir di bibir masing-masing. Almaklumlah tadi hanya berbuka dengan air dan biskut sahaja. Fitri pula tidak tahulah dia berbuka dengan apa.
Jemputlah makan Encik Fitri. Makanan dekat sini memang terbaik. Destinasi wajib kami sebulan sekali, pelawaku dengan ikhlas. Aku ini pun macam sesumpah juga, sekejap mesra sekejap dingin.
Sesi mengambil lauk pun bermula. Setelah beberapa lauk selamat diisi ke atas nasi, Fitri menadah tangan. Mujur juga aku belum menyuap nasi, kalau tidak malu sahaja makan tanpa membaca doa. Doa berbuka puasa dan doa makan dibaca dengan perlahan, tetapi mampu didengari oleh kami berdua.
Munirah sempat menyinggung lenganku ketika Fitri membaca doa. Sibuk sahabatku ini tersenyum simpul sampai terbelit. Munirah, tolonglah memahami kawanmu ini. Aku tak rela dengan Fitri. Jangan sibuk nak padan-padankan lagi.
Sesi makan besar bermula sambil diselangi oleh perbualan kosong. Fitri banyak bertanya tentang perihal keluarga kami. Berapa orang adik-beradik, anak keberapa dan seangkatan dengannya.
Seingatku ini kali pertama aku makan begini dengan Fitri. Kali pertama dahulu aku lari dari tempat kejadian. Kasihan Munirah ditinggalkan dengan Fitri. Kali kedua pula di pantri pejabat, tapi ada staf wanita lain yang menyertai kami, jadi memang Fitri tiada peluang untuk bertanya soal peribadi. Kali ketiga di Pizza Hut. Tapi, itu sekadar kebetulan.
Sepanjang tempoh makan juga, Fitri sibuk meletakkan isi ikan ke dalam pingganku. Naik rimas juga, tapi aku hanya mampu tersengih sambil menghalang dia dari terus mengambil makanan untukku. Usai makan dan merehatkan perut barang seminit dua, aku terus memanggil pekerja restoran untuk membayar.
Baru sahaja hendak ambil dompet di dalam tas tangan, sekeping not RM100 dihulurkan pada pelayan restoran.
Apa ni Encik Fitri Kan patutnya saya yang Tak ada apa-apa. Fitri laju mencantas ayatku.
Memang jawapan yang salah. Remaja perempuan yang mengambil wang Fitri tadi meminta diri ke kaunter untuk mengambil wang baki.
Sepatutnya saya yang belanja, tapi kenapa
Awak tak cakap pun belanja duit, kan Bagi saya belanja boleh merangkumi banyak perkara contohnya belanja masa. Saya istilahkan awak belanja saya masa malam ni. Lembut sekali Fitri membalas.
Aku jadi makin kurang senang, Tapi,
Tak ada tapi-tapi lagi. Kali ini suaranya berubah tegas.
Munirah mencuitku dan buat isyarat mata yang bermaksud jangan melawan. Akhirnya aku akur juga sambil mengangguk lemah.
Terima kasih, Encik Fitri. Selalu sangat dah belanja kami. Hanya Allah yang mampu balas jasa Encik. Munirah akhirnya mencelah.
Perkara kecil aje Munirah. Lagi satu, saya rasa macam kekok pula awak berdua asyik panggil saya Encik. Panggil nama ajelah bila kita kat luar macam ni. Tak perlu formal sangat. Ini permintaan saya, jadi saya harap awak berdua tunaikan. Nampaknya Fitri masih belum berputus asa dalam usahanya supaya aku panggil namanya sahaja. Ini kali kedua dia meminta dariku.
Betul ke tak apa kami panggil nama aje Munirah lebih terbuka berbandingku.
Fitri balas dengan anggukkan.
Baiklah, Fitri. Sama sangat nama dengan adik Kata-kata Munirah terhenti saat aku sepantas kilat mengetuk pahanya.
Aku tahu sangat dia akan sebut adik angkat Sha. Munirah merenungku dengan kening yang terjongket. Memang mustahillah untuk Fitri tahu atau lebih parah untuk mengenali Niel.
Lelaki yang berada di hadapanku ini ialah abang sepupu Nelly, bekas kekasih Niel. Ya Allah kenapalah kaitan kami begini Pusing-pusing jumpa orang yang ada kaitan.
Adik Fitri nampaknya ingin Munirah menghabiskan ayatnya.
Bang, ini duit bakinya. Kemunculan remaja perempuan tadi benar-benar menyelamatkan aku sekali lagi. Kemudian elok sahaja ketika Fitri sedang menyimpan duit bakinya, azan isyak berkumandang di masjid berhampiran.
Elok sangat kita dah siap makan ni dan dekat pula dengan masjid. Awak berdua nak terus solat terawih di masjid atau di rumah secara sendirian aje Soal Fitri dengan perlahan setelah azan habis.
Rumah aje, balasku pendek sambil tersenyum.
Okeylah kalau macam tu kita berpisah dekat sini aje. Saya akan terus ke masjid. Insya-Allah jumpa awak berdua lain kali dan terima kasih sudi berbuka puasa dengan saya.
Sama-sama Encik, eh maksud saya Fitri. Patut kami yang cakap terima kasih. Bawa kereta elok-elok. Munirah yang lebih ramah berbual kali ini.
Aku pula hanya tersenyum nipis. Tangan Munirah terus kutarik ke Iriz. Kami tinggalkan Fitri yang menanti di tepi keretanya sambil melihat Irizku meluncur pergi.
Sha, aku tengok Fitri tu okey sangat dah Tengok tu tadi dia nak terus ke masjid untuk solat terawih. Kiranya dari segi agama tak kurang jugalah tu. Kau memang langsung tak nak cuba buka hati kau kat dia Dalam perjalanan pulang sempat lagi Munirah menyoal.
Hai Encik tercicir dekat mana pula Sengaja aku kenakan Munirah.
Tengok tu, orang tanya dia elok-elok dia perli kita pula. Munirah buat suara merajuk.
Tak payah nak buat suara 5 sen tu. Kau ni macam tak faham aku pula. Lagipun dia tak ada pula cakap dia suka aku. Jangan pandai-pandailah. Aku berusaha mengelak. Mata masih fokus ke hadapan. Agak banyak kereta malam ini. Maklumlah ramai yang menuju ke masjid atau surau untuk solat terawih berjemaah.
Tak faham aku. Kawan aku ni ada masalah penglihatan dengan mata, hati dan jantung rasanya. Semua orang boleh agaklah yang Fitri tu ada hati dekat kau. Kau aje yang sibuk menidakkan. Munirah tidak mahu kalah. Dari lirikan mataku, aku tahu Munirah sedang merenungku. Badannya juga diiringkan menghadapku.
Aku malaslah nak fikir pasal dia. Mata, hati dan jantung tak terpikat dengan dia. Tegas suaraku.
Habis tu mata, hati dan jantung kau untuk siapa Soalan Munirah yang sangat spontan itu benar-benar menyentak jantungku.
Ya Allah, mengapa Daniel Izdihar yang muncul dalam benak fikiranku Mengapa wajahnya yang automatik muncul Mengapa jawapan kepada pertanyaan Munirah itu membawa kepada gambaran bad boy yang semakin insaf itu
Jangan-jangan kau ada suka dekat orang lain tak Kau nak berahsia dengan aku ye Nada suara Munirah benar-benar kedengaran ingin menjeratku.
Aku tak suka siapa-siapa. Ada faham Cik Munirahyang bakal menjadi puan lepas raya. Aku tekankan ayatku dan sengaja mengusiknya juga.
Bayangan wajah Niel kucuba tepis jauh-jauh.
Ya faham Cik Aliya Shaqina yang tak tahu bila akan jadi puan.
Spontan aku ketawa mendengar balasan Munirah. Rasa geramku dengannya hilang sedikit. Sahabatku ini ada sahaja idea untuk buat kelakar.
HARI ini aku, Kak Zila dan Miza bercadang untuk berbuka puasa di luar. Restoran yang dipilih terletak di Putrajaya. Jadi seawal 6.30 petang kami terus bergerak ke Putrajaya. Singgah dahulu di Masjid Putra dan duduk selama lebih kurang 10 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Kemudian kami solat Maghrib dahulu sebelum ke destinasi berbuka puasa.
Menu berbuka puasa kami kali ini ialah Ayam Penyet. Masing-masing tidak mampu menghabiskan ayam kerana memang sangat banyak isi yang disediakan. Akhirnya kami tapau sahaja yang tidak habis. Boleh dijadikan makanan untuk bersahur esok. Tinggal masak nasi sahaja. Usai makan kami kembali semula ke Masjid Putra.
Selesai solat terawih kami terus berkira-kira untuk pulang tetapi kami biarkan jemaah lain yang keluar dahulu. Ketika sudah agak lengang barulah kami keluar dari masjid. Sampai sahaja ke tempat kereta Perodua Alza Kak Zila, aku tanpa sengaja terlanggar orang di sebelah semasa hendak membuka pintu kereta.
Maafkan saya, encik. Sambil memohon maaf aku terus tunduk untuk mengambil kunci keretanya yang jatuh. Pada waktu yang sama juga dia turut tunduk dan kepala kami berlaga.
Aduh! jeritku perlahan sambil menggosok kepala dan spontan kepala kuangkat. Begitu juga dengannya.
Wajah kudongakkan dan mahu terkeluar biji mataku saat melihat siapa yang kini sedang memandangku tidak berkelip. Tiba-tiba nafasku jadi sesak. Satu getaran menjalar laju ke setiap urat sarafku.