SAAT AKU BERPALING - 22
JAM sudah pun merangkak ke angka tiga pagi. Nadhirah terjaga sebaik sahaja telinganya mendengar bunyi pengisar yang agak kuat. Dia terus menuju ke bilik air bagi membersihkan diri sebelum turun ke dapur.

Assalamualaikum. Sapa Nadhirah.

Dia memberi salam dahulu sebelum menjengukkan wajah ke pintu dapur. Takut juga kalau dibaling senduk oleh Mama Faliq jika dia menonong masuk tanpa memberi salam.

Waalaikumussalam... Eh awal lagi ni. Buat apa bangun awal sangat Segaris senyuman terlukis di wajah Hajah Habibah.

Saja saya turun awal sikit. Ada apa-apa yang saya boleh tolong Nadhirah menawarkan diri.

Kekok pula rasanya mahu bertungkus-lumus di dapur waktu-waktu begini. Sebulan berpuasa, inilah kali pertama dia bangun untuk memasak. Selalunya dia cuma membancuh minuman panas dan menelan kurma atau buah-buahan sahaja bagi mengisi perut.

Mak Cik baru nak mula memasak. Mesti Nadhirah bangun sebab bunyi pengisar Mak Cik ni kan

Tak ada lah Mak Cik. Saya terbangun sebab haus.

Nah minum ni. Mak Cik baru bancuh tadi. Segelas susu suam disuakan kepada Nadhirah.

Terima kasih. Mak Cik nak masak apa pagi ni

Mak Cik ingat nak masak Black Pepper Beef campur kentang, sup cendawan tiram dengan telur mata. Nadhirah makan tak semua tu

Tak payah risau, saya makan semua. Boleh saya tolong Mak Cik

Tak apa, Mak Cik boleh buat sendiri...

Eh, mana boleh Mak Cik. Takkan saya nak duduk tengok je. Malu saya...

Kalau macam tu, Nadhirah tolong Mak Cik goreng telur. Seorang sebiji. Empat biji cukuplah. Beres!

Hajah Habibah tersenyum memandang Nadhira.

Comel budaknya. Padanlah Faliq tu berkenan.

Telur yang berada di dalam bakul rotan di ambil dan dicuci. Nadhirah sudah pun memanaskan kuali untuk menunjukkan bakatnya. Goreng telur aja!

Dah lama ke kenal Faliq Hajah Habibah memulakan misinya untuk mengorek rahsia.

Baru je. Baru sebulan lebih. Segan pula saya bila Faliq bawa saya ke sini. Macam tak sopan pula saya ni. Saya minta maaf ya Mak Cik

Tak payah nak minta maaf Nadhirah. Mak Cik faham sangat perangai Faliq tu. Suka sangat buat sesuatu tak fikir dulu. Dia dah cerita petang tadi macam mana dia bawa lari Nadhirah dari lapangan terbang. Sepatutnya Mak Cik yang minta maaf pada

Nadhirah bila Faliq buat macam tu.

Segan saya. Datang pun menonong je.

Tak apa. Mak Cik tak kisah. Lagipun seronok juga ada anak dara nak diajak berbual. Mak Cik ni memang suka kalau ada orang datang bertandang ke rumah. Maklumlah sejak bersara ni, asyik mengadap Abahnya Faliq je. Kalau ada orang perempuan kan macam

seronok aje nak ajak berbual.

Mak Cik tak ada anak perempuan ke

Tak ada. Anak Mak Cik ada dua orang. Farhan

Helmi anak yang sulung dan yang kedua si Faliq Helmi.

Saya tak tahu pula Faliq ada abang. Dia tak beraya di sini ke tahun ni Sebiji telur dimasukkan ke dalam kuali.

Tak. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua dia pula di Kuala Pilah. Tahun lepas dah beraya sini.

Senang macam tu Mak Cik. Tersusun dah jadual raya, tak payah nak berebut nak beraya rumah siapa. Ujar Nadhirah.

Macam tu lah Mak Cik rasa yang paling baik. Saling bertolak ansur. Kalau rumah mertua dekat tu lainlah. Pagi rumah mak, petang balik rumah mertua. Tak seronok juga kalau tiap-tiap tahun nak bergaduh balik rumah siapa. Kita beraya nak seronok-seronok dengan keluarga.

Nadhirah ada berapa adik beradik

Saya ada kakak dengan dua abang tiri. Saya anak tunggal Mama saya.

Besar jugalah keluarganya.

Nadhirah tersenyum sambil tangannya sibuk menguruskan telur yang sedang berada di dalam kuali. Sesak nafasnya mengenangkan keluarga besarnya itu.

Kalau dengan dia orang tu, asyik bersembang pasal bola, pasal kes-kes yang tak sudah, pasal politik. Bosan Mak Cik. Sebab tu bila Nadhirah datang ni, seronok hati Mak Cik. Rasa meriah pula raya tahun ni.

Biasalah orang lelaki. Jawab Nadhirah. Ke semua empat biji telur sudah pun siap digoreng.

Kita nak bancuh air apa pagi ni Mak Cik

Mak Cik nak air suam je. Nadhirah nak minum air apa

Saya pun air suam juga.

Senanglah kalau macam tu. Kita hidang air suam aja. Faliq pun tak suka minum air manis pagi-pagi macam ni. Pak cik kau pula, dia kena diet. Banyak sangat dia minum air bergula bulan puasa ni. Naik risau Mak Cik ni dengan kerenah dia.

Pak cik ada diabetes ke Mak Cik.

Ada, sebab tu Mak Cik asyik bising suruh dia jaga makan. Kita yang tak sakit ni pula susah hati mengenang penyakit dia. Dia pula sempat lagi curi-curi makan kuihlah, minum air sodalah. Macam-macam kerenah. Bebel Hajah Habibah.

Mak Cik dah tempah kuih raya ke Nadhirah sempat membelek sehelai pamplet biskut raya yang berada di atas meja.

Mak Cik memang tempah aje biskut raya ni. Nak buat sendiri tak berapa pandai, Senang, lagipun kawan

Mak Cik yang buat ni.

Banyak ke Mak Cik tempah

Ada 7 jenis. Tapi, rasa macam nak tambah lagi. Nadhirah suka yang mana Kedua-dua mereka mula mengambil tempat di meja makan. Mata masing-masing tertumpu pada helaian kertas yang mengandungi berpuluh puluh jenis kuih raya yang ingin ditempah.

Dia orang terima lagi ke tempahan kalau kita nak tambah. Rasa macam dah suntuk sangat ni Soal Nadhirah. Takkanlah ada orang sanggup lagi berhempas pulas menyiapkan biskut raya di hari terakhir ramadhan ini.

Ala, yang membuatnya kawan Mak Cik. Mesti boleh punyalah.

Okey, Mak Cik dah tempah biskut yang mana

Mak Cik dah tempah biskut semperit susu, biskut almond mocha, tart keju nenas, biskut almond biscotti, biskut bangkit nyonya, biskut tiramisu, biskut suji pun Mak Cik dah tempah. Nadhirah suka makan apa Kita tambah lagi dua tiga jenis.

Betul ke Mak Cik Nadhirah ragu-ragu mahu menambah. Macam dah banyak sangat dah tu.

Betul. Lagipun memang ramai kawan-kawan Pak Cik kau datang beraya. Macam tak cukup ni. Nadhirah

pilihlah. Mak Cik serius ni.

Kita tempah brownies nak

Boleh! Mana yang Nadhira rasa sedap Entah bila masanya, sebatang pen sudah pun tersemat dijari Hajah Habibah. Cepat sungguh!!!

Brownies Coklat Gajus ni macam sedap.

Lagi

Ye lagi dua, kita cukupkan biar jadi sepuluh. Senang nak kira kononnya. Tawa Hajah Habibah pecah.

Okey kita ambil sepuluh jenis. Hurm Congo Bars dan Cheesecake Brownies!

Okey. Nanti Mak Cik confirmkan dengan dia.

Sesudah perbincangan mengenai jenis biskut yang ingin ditempah selesai. Faliq dan Abahnya terus dikejutkan oleh Hajah Habibah untuk bersahur.

Nadhirah senyum bahagia. Walaupun pada awalnya dia amat keberatan untuk mengikut kemahuan Faliq untuk tinggal di sini, kini Nadhirah sudah lebih dari selesa. Tanpa Faliq pun dia sudah boleh berbual panjang dengan Mama Faliq.

AHajah Habibah pada suaminya yang sedang BANG, Faliq dah balik ke belum Soal membaca surat khabar di ruang tamu.

Hajah Habibah baru sahaja masuk ke dalam rumah meninggalkan Nadhirah sendirian di laman luar. Mereka berdua baru sahaja selesai memberikan makanan kepada sepasang arnab peliharaannya.

Aikk, Faliq pergi mana Bila dia keluar Soal Haji Mazlan sambil mengangkat sebelah keningnya.

Kan masa sahur tadi, dia cakap nak keluar jogging dekat tasik lepas subuh. Jawab Hajah Habibah.

Tak ada maknanya jogging Bibah oiii. Budak tu ada dekat dalam bilik lagi. Masih berdengkur dengan jayanya. Lepas subuh tadi terus dia berjoging atas katil. Haji Mazlan memuncungkan mulutnya ke arah bilik Faliq yang berada di tingkat atas.

Haish budak ni. Tadi cakap lepas subuh nak pergi jogging. Bebel Hajah Habibah sambil kakinya laju memanjat tangga. Dia perlu membangunkan Faliq. Awak kejutkanlah anak bongsu awak tu... Faliq. Laung Hajah Habibah.

Pintu bilik Faliq ditolak. Padanlah Ketukan pintu yang bertalu-talu gagal membangunkan Faliq yang masih diselubung selimut. Alat kawalan jauh penghawa dingin diambil dan dimatikan manakala langsir bilik Faliq dibuka seluas-luasnya. Cahaya matahari pagi dibiarkan merebak ke seluruh ruang bilik. Itulah taktik yang paling berkesan bagi mengejutkan Faliq selama ini.

Kenapa Ma Faliq terjaga sebaik sahaja cahaya matahari menembusi ruang biliknya. Mata masih kuyu kerana terlalu mengantuk.

Bangunlah. Tolong Mama pergi pasar besar sekejap. Banyak lagi barang belum beli untuk esok. Ujar Hajah Habibah.

Mama dah bersiap ke

Tak adalah. Mama tak ikut.

Kenapa Takkan Faliq nak pergi sorang Faliq memanggungkan kepalanya.

Apa pula pergi sorang. Ajaklah Nadhirah sekali. Boleh juga dia jalan-jalan tengok kawasan sekitar.

Betul juga tu. Faliq lupa yang dia ada. Dia dah bangun ke

Faliq ingat dia macam Faliq ke Awal pagi lagi dia dah bangun tolong Mama dekat luar. Hajah Habibah tersenyum. Mungkin terlalu awal untuk mengenali hati budi namun hati tuanya sudah berkenan dengan Nadhirah.

Mama ni, awal-awal pagi lagi dah perli Faliq. Faliq meredupkan matanya. KALAH GARFIELD!!! Dah jangan nak raih simpati.

Ma... Tiap-tiap tahun kan kita selalu pergi pasar sekali. Kenapa tahun ni Mama tak nak ikut pula

Mama dah janji dengan Abah, sekejap lagi kami nak pergi rumah Haji Sulaiman nak ambil daun kelapa buat ketupat esok.

Habis tu Mama nak beli apa je

Senarai barang yang nak dibeli, Mama dah masukkan dalam dompet Faliq dekat bawah. Just beli apa yang Mama senaraikan je.

Mesti banyak ni sebab tu tak tunjuk senarai barang. Terus letak dalam dompet. Faliq sudah dapat membaca tingkah Mamanya.

Taklah banyak sangat. Macam biasa je.

Hajah Habibah sememangnya mahu Faliq ke pasar hari ini kerana jika dia ikut sama, pasti akan berlaku masalah terlebih bajet. Itu hendak, ini mahu akhirnya semua yang ada di pasar itu mahu dikautnya balik ke rumah. Sebagai jalan penyelesaian, Hajah Habibah enggan ke pasar hari ini.

Faliq nak kena pergi sekarang ke Soal Faliq lagi. Kalau Faliq nak pergi sekarang pun lagi bagus. Taklah sesak sangat pasar tu waktu-waktu ni.

Betul ke tak sesak ni, Ma Faliq bangun lantas mencapai tualanya.

Betul. Pagi-pagi macam ni orang tak ramai sangat. Selalu kita pergi dah pukul sebelas lebih. Orang berduyun-duyun dah.

Yakin sahaja Hajah Habibah meluahkan pendapat sedangkan dia amat pasti yang pasar besar sememangnya sudah sesak sejak dari semalam kerana terlalu ramai pengunjung. Itu juga merupakan salah satu sebab kenapa dia enggan ke pasar bersama-sama Faliq. Dah tua-tua macam ni, Hajah Habibah malas mahu berasak-asak membeli barang.

Iyalah, lepas Faliq mandi, Faliq ajak Nadhirah keluar.

Ha, lepas tu jangan lupa pergi ambil biskut yang Mama dah tempah dekat bakery Mak Cik Lydia. Dia tak sempat nak hantar sebab pekerja dia tak cukup.

Dekat mana pula tu

Dua blok dari pasar. Dekat Wisma Seraya.

Okey nanti Faliq ambilkan.

Hajah Habibah senyum. Rayanya kali ini terasa lain dengan kehadiran Nadhirah. Dek kerana dia sudah ada Nadhirah untuk membantu, segala-galanya mahu dimasak esok hari. Lontong, Laksa Johor, ketupat dan puding sudah ada dalam senarai menunya esok.

NFaliq melaungkan nama Nadhirah yang ADHIRAH... Nak ikut saya pergi pasar tak

sedang berada agak jauh dikawasan kolam ikan dilaman luar. Selesai sahaja menyarungkan kasut, Faliq terus keluar mencari Nadhirah.

Apa Nadhirah terpinga-pinga apabila namanya dipanggil oleh Faliq.

Dek kerana kedudukan mereka yang agak jauh, Nadhirah gagal menangkap kata-kata yang dilontarkan oleh Faliq kepadanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendekati Faliq yang sudah pun berada di parkir kereta.

Saya nak pergi pasar, awak nak ikut tak Ujar Faliq sekali lagi apabila Nadhirah sudah mendekat.

Boleh juga. Pakai macam ni je boleh tak Nadhirah melihat dirinya yang hanya memakai seluar jeans, t-shirt lengan panjang dan selipar jepun. LAWA HABIS!!!

Kenapa dengan baju awak Saya tengok okey ja pun. Kita ke pasar aje cik adik manis. Faliq membuka pintu keretanya untuk Nadhirah.

Betul ni Tak selekeh ke Nadhirah ragu-ragu untuk keluar dengan hanya berpakaian begitu.

Betul. Trust me. Dah lawa sangat dah. Faliq tersengih.

Soalan yang dilemparkan Nadhirah padanya kedengaran sedikit kebudak-budakkan di telinga. Dompet miliknya segera dikeluarkan. Mahu juga Faliq lihat senarai barangan yang dibuat oleh Mamanya.

Dah agak dah. Memang inilah jadinya. Faliq tersengih melihat senarai barangan yang lebih dari satu muka surat.

Kenapa

Senarai barang kena beli. Kertas berkenaan dihulurkan kepada Nadhirah.

Banyaknya ni. Mata Nadhirah turut membulat.

Orang bujang sepertinya mana pernah membeli barang sebanyak ini manakala Faliq yang berada disebelahnya hanya mampu menjungkitkan bahunya.

PASRAH!!!

Mana satu kita nak pergi dulu

Kita ada tempat lain lagi nak pergi ke selain daripada pergi pasar

Nak kena pergi ambil biskut dekat bakery. Mama saya dah tempah. Kita tinggal nak ambil bawa balik je.

Kalau macam tu, kita pergi pasar dulu lah. Lepas tu baru pergi bakery.

As you wish.

Sesampai di Pasar Besar, Faliq tepuk dahi sendiri.

This is what I always get when I trust her so much. Faliq membebel sendirian sambil matanya meliar mencari ruang parkir.

Kenapa

Mama kata tadi, kalau pergi pagi pasar tak sesak, memang pandai betul Mama saya kenakan orang. Gumam Faliq sambil matanya sibuk mencari tempat parkir kereta.

Apa cakap Mama awak macam tu. Nadhirah melirik memandang wajah Faliq.

Betul. Mama saya memang suka kenakan orang. Cuba awak tengok ni, parking tak ada, kereta berderetderet kat belakang. Bila kita nak boleh turun beli barang pun tak tahu ni. Faliq membebel lagi.

Setelah beberapa kali berpusing disekitar kawasan parkir akhirnya kereta Toyota Harrier Faliq berjaya juga menemui petak parkir yang kosong.

Dah, jom jalan. Faliq mengajak Nadhirah merempuh kawasan pasar yang penuh sesak dengan lambakan barangan sempena hari raya.

Bagi Nadhirah ini adalah satu pengalaman baru. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar besar seperti ini, oleh itu Nadhirah sekadar mengikut sahaja langkah yang diatur Faliq. Kesesakan yang melanda menyebabkan Nadhirah berasa sedikit canggung.

Halia, lengkuas, ayam, udang, kerang, taugeh, tauhu, minyak masak, lobak merah, timun dan segala barang yang tersenarai di ambilnya satu persatu. Setelah hampir 45 minit bersesak, akhirnya barangan yang dipesan Hajah Habibah sudah pun berjaya dibeli. Faliq mula melajukan langkah untuk keluar daripada kawasan serba sesak ini. Langkah yang diaturnya semakin lama semakin panjang sehinggalah dia sampai ke parkir kereta.

Nadhirah kelam kabut, terlalu sukar bagi dia mencelah dan menyelit mengejar Faliq yang sudah berada di hadapan. Hanya kepala Faliq sahaja yang kelihatan sambil Nadhirah masih lagi terperangkap di tengah-tengah kesesakan orang ramai.

Faliq ke kiri dia ke kiri, Faliq ke kanan dia ke kanan, Faliq kemudiannya membelok dan hilang dari pandangan. Mata Nadhirah terkebil-kebil mencari Encik Faliqnya yang sudah hilang. Dek kerana tidak tahu ke mana mahu dituju ketika ini, kakinya terasa kaku untuk terus melangkah lagi.

AH SUDAH!!!

Ya Allah. Ada dekat sini rupanya. Saya ingatkan awak ikut saya tadi. Toleh ke belakang, saya tengok awak dah tak ada. Ujar Faliq dengan wajah yang masih jelas kelihatan bimbang. Satu senyuman kelegaan terukir dibibirnya. Hampir putus nyawa dia mencari Nadhirah di pasar yang sememangnya besar ini.

Saya ingatkan awak dah pergi. Nadhirah menemui cahaya baru. Mujurlah Faliq datang semula mencarinya. Dia menghembuskan nafas lega.

Sorry... saya lupa yang awak pun ikut sekali tadi. Faliq menyusun jari sepuluh meminta maaf. Dia cuma mampu tersengih sambil menggarukan kepalanya.

Orang ramai sangat, saya cari pintu keluar tak jumpa. Dalam diam Nadhirah juga berasa lega sebaik sahaja dia berjaya melihat wajah Faliq sebentar tadi.

Nyaris-nyaris saya tertinggal. Matilah kena belasah dengan Mama saya kalau saya tinggalkan awak di sini. Seloroh Faliq.

Ada yang tertinggal tak

Semua dah beli, kita tinggal ambil biskut dekat bakery, lepas tu dah boleh balik rumah.Jelas Faliq lagi.

Semua barang dalam senarai saya dah beli. Jom kita keluar, saya rasa macam dah pening-pening lalat dah ni. Orang pun dah semakin ramai. Cadang Faliq.

Faliq memegang lengan baju Nadhirah lantas membawa Nadhirah keluar dari kesesakan ini. Dia tidak mahu Nadhirah hilang lagi dalam ramai manakala Nadhirah terpana dan hanya mengatur langkah mengikut jejak Faliq. Nadhirah merasa dilindungi dengan tindakan yang dilakukan Faliq. Hati wanitanya tersentuh.

Apa ni Nadhirah ternganga melihat kereta Faliq yang ditinggalkan tidak berkunci. Malah bonet keretanya juga terbuka luas.

Saya terlupa. Saya memang nak punggah barangbarang ni masuk tadi bonet kereta. Bila tengok awak tak ada, saya rasa saya tertinggalkan semua macam ni je. Faliq tersengih.

Dia sendiri terkejut dengan apa yang dilakukannya. Mujurlah tiada hamba Allah yang sudi mahu merompak segala harta di dalam kereta serta yang masih berlambak tersadai di dalam troli. Kalau tidak memang Papa kedanalah dia tahun ini.

Bahaya tau. Nasib baik tak ada orang curi.

Kalau tak makan hati berulam jantunglah saya raya tahun ni. Faliq berseloroh sambil ketawa.

Dia sendiri langsung tidak teringat mahu menutup bonet mahupun mengunci kereta dek kerana bimbangkan Nadhirah yang hilang tadi. Mujurlah tiada apa-apa yang terjadi. LEGA!!!