Walaupun begitu, dia tahu wartawan-wartawan yang berkerumun di luar itu tetap berusaha untuk mencuri ambil gambarnya walau dari jarak jauh. Apa-apa saja asalkan boleh dijadikan bahan untuk melariskan akhbar atau majalah mereka. Sekali lagi dia menarik topinya menutup sebahagian wajahnya. Hatinya penuh dengan kemarahan, makian dan kutukan terhadap Park Jaejoong.
Abriel bukannya bodoh. Dia tahu itulah risiko menjalin hubungan dengan seseorang yang terkenal seperti Jaejoong. Namun dia berharap sekurang-kurangnya lelaki itu akan menemaninya mengharungi perkara ini bersamasama. Namun harapan cuma tinggal harapan. Sudah tiga hari lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Kenapa dia harus melalui semua ini sendiri Rasanya seperti seekor monyet yang menjadi bahan pameran di zoo. Sebab semua orang suka gosip, keluhnya pada diri sendiri. Dan tak ada yang dapat menandingi gosip percintaan seorang gadis pelayan kedai dan penyanyi terkenal yang sedang berada di puncak kariernya.
Tiba-tiba suasana di depan kedai menjadi semakin kecoh. Ada seseorang di luar sana tetapi Abriel tidak dapat melihatnya kerana dilindungi badan wartawan-wartawan itu. Pintu terbuka dan seseorang melangkah masuk. Abriel tersenyum sopan, gesture menyambut kedatangan pelanggan yang biasa dibuatnya. Pelanggan itu ialah seorang lelaki dengan jaket celoreng dan bertopi. Saat lelaki itu mengangkat muka, Abriel terpempan. Yoohwan!
Kau buat apa di sini soal Abriel dengan nada tidak percaya.
Yoohwan tersenyum. Bukankah kalau ada pelanggan kau patutnya kata selamat datang
Abriel mengerutkan kening. Buat apa di sini soalnya sekali lagi.
Mestilah datang selamatkan kau, sahut Yoohwan tenang.
Dia menuding ke arah dua lelaki yang berpakaian serba hitam dan sibuk mengawal pintu di luar. Kau upah mereka ke
Aku tak perlu diselamatkan, sahut Abriel. Terima kasih sebab datang.
Yoohwan mengangguk. Of course. You can face this alone, katanya dalam loghat bahasa Inggeris yang fasih.
Nada sarkastik dalam suara Yoohwan itu membuat Abriel terhenyak. Ya, memang aku berharap untuk diselamatkan tapi bukan oleh kau! Kau mencari masalah. Mereka datang ke sini sebab mereka fikir aku kekasih Jaejoong. Kalau kau datang, mungkin mereka akan fikir bukan-bukan pasal aku. Dan headline akhbar esok mungkin akan bertajuk Dua Anggota Kumpulan Blue Berebut Seorang Pelayan Kedai. Bodoh! jeritnya emosi.
Yoohwan hanya tertawa. Betul. Lepas tu bayangkan ibu Jaejoong hyung membaca akhbar tu.
Its not funny, getus Abriel serius walaupun dalam fikirannya sempat terbayang wajah Puan Park.
Of course it is, balas Yoohwan. Anyway, Im here. Kita tak boleh ubah apa yang dah terjadi. Jadi macam mana
Abriel menjeling. Macam mana apa
Macam mana kalau aku kata sebenarnya kita sedang bercinta
Abriel memandang Yoohwan seperti lelaki itu baru mengajaknya membuat terjunan dari Menara Seoul tanpa payung terjun. Gila! Sah dia dah gila!
Think about it. Kalau aku mengaku kau kekasih aku, media tak akan ambil kisah sangat sebab semua orang tahu aku bertukar-tukar pasangan macam bertukar baju. Mereka akan kecoh untuk beberapa hari tapi kemudian mereka akan lupakannya. Lepas tu kau boleh menjalani hidup normal macam orang lain.
Sebab kau tak pernah keluar dengan sesiapa lebih dari dua minggu, ujar Abriel kesal.
Jadi bukankah maksudnya aku kambing hitam yang sesuai
Abriel terdiam. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Macam mana dengan ibunya Ibunya akan sangka aku perempuan murahan yang akan menggoda semua lelaki yang melintas di depan aku!
Ibunya tak akan peduli, asalkan kau tak menggoda anaknya, sahut Yoohwan selamba.
Abriel merenung Yoohwan lama. Dia baru sedar betapa betulnya perkataan lelaki itu. Tiba-tiba dia rasa ingin menangis.
Kalau kita buat macam tu, kau boleh terus menjalin hubungan dengan Jaejoong hyung tanpa risau ibunya tahu. Abriel tersengih. Kau terlambat. Ibunya sudah tahu.
Bila
Tiga malam lepas, kata Abriel. Dia mengusap pipinya yang ditampar dua kali malam itu. Yoohwan merenungnya dengan simpati.
Jadi apa kau nak buat sekarang
Abriel mengangkat bahu. Tak tahu. Ini semua gila, ujarnya sambil mengisyaratkan ke luar. Macam mana kamu semua boleh hidup macam ni
Yoohwan tersengih. Jarang keluar rumah, ujarnya. Orang kata inilah harga menjadi orang terkenal. Tapi seronok juga sebab kadang-kadang dapat barang percuma, katanya. Dia mengambil setin minuman sejuk dan melirik ke arah Abriel penuh makna.
Bukan di sini! sergah Abriel cepat.
Kedekut, ejek Yoohwan.
Ini bukan kedai aku. Dan kalau kau nak beli, kau kena bayar seratus kali ganda harganya, ujar Abriel lagi.
Yoohwan berhenti minum. Ish.. perempuan ini.
Abriel tertawa mendengar rungutan Yoohwan. Yoohwan lega mendengar gadis itu tertawa. Bagus, katanya.
Apa yang bagus
Kau ketawa. Kau paling cantik kalau sedang ketawa, puji Yoohwan.
Abriel mencebik. I bet you said that to every girl you met, ejeknya, cuba melindungi perasaan kekok dan malu akibat dipuji.
Not just any girl, sahut Yoohwan selamba. Cuma kau seorang.
Yoohwan duduk di situ bersama Abriel sehingga malam. Abriel rasa dirinya lebih tenang selepas kehadiran Yoohwan walaupun wartawan-wartawan yang digelar mereka dubuk lapar itu masih menunggu di luar kedai. Yoohwan hanya duduk di suatu sudut tanpa berkata apa-apa, dia sibuk dengan iPad di tangan. Namun dia juga senang hati kerana dapat menemani dan menenangkan Abriel.
Ada beberapa kali peminat Yoohwan datang dan meminta tanda tangan serta bergambar bersama. Yoohwan tidak menolak untuk memberikan tanda tangan tetapi dengan lembut menolak untuk diambil gambar. Namun gadisgadis itu tetap gembira kerana dia melayan mereka dengan baik sekali. Saat ditanya oleh salah seorang peminat, kakak tu kekasih Jaejoong oppa atau Yoohwan oppa, Yoohwan cuma menjawabnya ringkas. Rahsia, katanya.
Habis reputasi aku, rungut Abriel selepas gadis-gadis itu keluar sambil menjerit-jerit keriangan. Apatah lagi sebelum keluar tadi semuanya dapat memeluk mesra idola mereka.
Selepas tamat waktu bekerja, Yoohwan dan Abriel berjaya meloloskan diri daripada kepungan dubuk-dubuk liar itu tanpa perlu menjawab apa-apa soalan. Walaupun mereka pasti kebanyakan daripada wartawan-wartawan itu telah berjaya mengambil gambar mereka bersama, mereka tidak melayan sebarang soalan yang dilontarkan. Kata Yoohwan, biar mereka buat kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang mereka suka.
Ketika Abriel bertanya Yoohwan sama ada mereka patut memaklumkan tentang perkara itu pada Jaejoong, lelaki itu dengan santai menjawab. Ikut suka kaulah! katanya sambil tersenyum tawar. Namun Abriel hanya memandang telefon bimbit di tangannya tanpa sebarang perasaan. Sudah beberapa hari dia berharap Jaejoong akan menghubunginya, bertanya khabar, memujuknya, menenangkannya dan merisaukannya. Namun telefon bimbitnya langsung tidak berbunyi. Dia kemudiannya memasukkan telefon itu kembali ke dalam beg dan menumpukan perhatiannya ke luar tingkap, menikmati keindahan Seoul yang dipenuhi gemerlap lampu-lampu yang menawan.
Namun dia tidak dapat menahan dari tertanya-tanya, kenapa lelaki itu tidak datang Kenapa harus Yoohwan yang datang dan memujuknya Kenapa Tidakkah dia penting untuk Jaejoong Apakah selama ini lelaki itu cuma berdusta
jjj
Sudah tiga hari berlalu sejak Yoohwan datang mengunjunginya di kedai. Dan bermakna sudah tiga hari jugalah Yoohwan duduk menemaninya di Kims Store itu. Hari ini, hari keempat. Lelaki itu datang membawa komputer ribanya. Bila ditanya, katanya mahu bekerja di situ.
Tak boleh kerja di rumah soal Abriel kehairanan.
Boleh. Tapi aku takut kau kesunyian, sahut Yoohwan selamba.
Taklah! Lebih baik kau balik, halau Abriel, tidak peduli apa yang akan Yoohwan fikir.
Yoohwan tersenyum. Tapi di sini banyak inspirasi, ujarnya sambil mengenyitkan mata. Anggaplah aku sewa tempat ini untuk bekerja, boleh Seratus ribu won sehari, cukup tak
Abriel mencebik. Tak cukup! Kau orang kaya, patutnya kena bayar lagi mahal. Lima ratus ribu!
Baiklah..baiklah Yoohwan berpura-pura kecewa. Perempuan! Kalau pasal duit memang cerewet bukan main!
Abriel masih mencebik ke arah Yoohwan saat telefon bimbitnya berdering. Dia memandang layarnya. Yoonmi.
Helo
Abriel! Buka TV sekarang!
Abriel terpinga-pinga. Dia menurut arahan Yoonmi, membuka siaran hiburan yang selalu ditonton gadis itu. Dia terkejut melihat Jaejoong sedang mengadakan sidang media yang diadakan secara langsung di syarikat rakaman mereka.
Yang lebih mengejutkan lagi adalah ayat yang muncul dari bibir lelaki itu. Kami cuma kawan biasa. Saya dan perempuan yang diceritakan itu tak ada hubungan istimewa
Abriel mahu terus mendengar apa yang dikatakan lelaki itu tetapi telinganya seakan sudah tuli. Matanya pedih dan panas. Dia merenung kaca televisyen dengan hati yang remuk redam.
Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahunya. Abriel menoleh. Yoohwan berdiri di sebelahnya. Wajah lelaki itu tenang namun riak kasihan terpancar jelas di wajahnya.
Mungkin ada alasan dia cakap macam tu, ujar Yoohwan perlahan.
Abriel tertawa sinis. Alasan Memang lelaki suka beralasan ke Pernah tak lelaki terfikir perasaan kami Kedudukan kami soalnya sambil tersedu-sedu. Tak! Aku tak nak tahu apa alasan dia. Aku
Tangis Abriel pecah lagi. Spontan Yoohwan menariknya ke dalam pelukannya. Untuk kali kedua, Abriel menangis dalam pelukan lelaki itu. Dia membiarkan saja Abriel menangis sehinggalah gadis itu keletihan.
Yoohwan mendapatkan Nenek Kim dan meminta kebenaran untuk membawa Abriel pulang ke rumah. Nenek dan Datuk Kim bersetuju selepas Yoohwan menerangkan sebabnya. Dia membawa Abriel ke singki dan mencuci mukanya untuk menghilangkan bekas menangis. Kemudian tanpa memakai topi dan cermin mata hitam, dia memeluk bahu Abriel dan membawanya keluar dari kedai. Saat diserbu oleh wartawan, dengan wajah serius dan tenang, Yoohwan membuat kenyataan yang mengejutkan semua orang. Seperti yang anda semua dah tahu, Jaejoong hyung sudah menjelaskan yang dia tidak ada hubungan dengan gadis ini. Sebenarnya gadis ini adalah kekasih saya dan Jaejoong hyung telah membantu saya menyembunyikan hubungan ini dari mata umum. Namun kami tidak sangka keadaan akan menjadi di luar kawalan. Saya meminta maaf kepada pihak-pihak yang mengalami kesulitan kerana perbuatan kami.
Selesai membuat kenyataan itu di hadapan kamera, Yoohwan terus membawa Abriel pergi. Saat beredar itu, Abriel mendengar banyak sekali soalan yang diutarakan serta suara para wartawan memanggil-manggil nama Jaejoong. Namun semua itu tidak lama kerana mereka sudah masuk ke dalam kereta Yoohwan dan beredar beberapa saat kemudiannya.
jjj
Mereka kini sedang berada di sebuah kafe sambil duduk berhadapan. Abriel hanya merenung Yoohwan yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya yang asyik berbunyi sejak beberapa minit yang lalu. Kemudian lelaki itu mengeluh kuat sebelum mematikan telefon bimbitnya dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang dibawanya. Tumpuannya kemudian kembali semula kepada Abriel.
Kenapa kau buat macam tu Cakap macam tu
Yoohwan tersenyum nipis. Perlu ada penjelasan kenapa aku sudah empat hari ada di situ. Itu satu-satunya idea yang muncul di benak ku. Jangan risau, kalau kau nak, lepas dua minggu kita akan putus.
Abriel mengeluh. Wajahnya menggambarkan kekesalan yang tidak bertepi.
Aku rasa hyung ada alasan kenapa dia buat sidang media itu. Mungkin dia mahu melindungi kau.
Gadis itu membeliakkan matanya. Well, hes doing it wrongly, getusnya marah. Dia ada 7 hari untuk menjelaskan segala-galanya pada ku, tapi tak ada langsung khabar berita darinya!
Mungkin dia tak boleh melakukannya. Kau pernah terfikir atau tidak
Apa Keluarganya Peminatnya
Kedua-duanya, mungkin.
Kalau pun tak boleh melakukannya kerana alasan-alasan itu, sepatutnya dia mencari cara untuk memberitahu aku apa yang akan dia lakukan! Bukannya mengumumkannya di siaran TV nasional! ujar Abriel beremosi. Dia menarik nafas panjang sebelum berkata-kata lagi. Kali ini dengan nada yang sudah mengendur. Sudahlah. Aku dah penat dengan semua ni, Yoohwan.
Jadi Kamu berdua akan putuskan hubungan soal Yoohwan ingin tahu.
Aku rasa dia sudah terlebih dulu membuat keputusan tu untuk aku. Dia kan dah kata, tak ada hubungan apa-apa. Remember
Yoohwan hanya diam beberapa saat. Kemudian dia menjatuhkan satu bom kepada Abriel. Kalau macam tu, nak jadi kekasih aku
Nyaris-nyaris Abriel tersedak air yang diminumnya. Keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya soalnya kembali sambil tersenyum. Soalan Yoohwan itu cuma dianggap enteng sahaja.
Aku serius, sahut Yoohwan. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata Abriel yang berwarna coklat muda. Ada sinar yang membuat Abriel gusar akan keikhlasan lelaki itu. Aku akan melindungi kau, dan akan melakukannya terang-terangan. Keluarga aku akan terima kau, terutama ibu ku. Dia pasti suka kalau aku memilih kau kerana akhirnya anak lelakinya akan kembali ke pangkal jalan. Pihak syarikat rakaman dah lama berharap aku akan berhenti bertukar-tukar kekasih dan kekal pada seorang saja. Aku akan sayangkan kau dan melayani kau sebaik mungkin, lebih baik dari semua lelaki yang pernah singgah dalam hidup kau.
Abriel mendengar ucapan Yoohwan yang kedengaran agak berhati-hati tetapi tulus. Kau tahu ia tak semudah itu, kan
Aku masih
Cintakan dia potong Yoohwan pantas. Aku tahu. Dan aku tak akan menghalang kau merasakan apa yang kau rasakan pada dia. Aku tahu tak mudah untuk berhenti mencintai seseorang. Tapi kau harus berjanji akan beri peluang pada aku. Aku yakin perasaan kau lambat laun akan berubah.
Keyakinan lelaki itu membuat Abriel tersenyum. Macam mana dengan kawan-kawan kau soalnya sekadar mahu menguji. Cuba melihat sama ada lelaki itu akan goyah atau tidak.
Aku akan berusaha pertahankan hubungan kami semua. Tapi kalau ada pihak yang tak suka keputusan aku ni, aku rela mengundur diri. Keluar dan cari rezeki di tempat lain, ujar Yoohwan tenang. Seperti semuanya begitu mudah untuk lelaki itu. Kau takkan kelaparan kalau bersama dengan aku.
Abriel mengeluh. Matanya dilarikan ke luar kedai. Tidak dipedulikan tatapan mata pengunjung-pengunjung lain yang sedang memandang mereka sambil berbisik-bisik. Ada yang mengeluarkan telefon dan cuba mengambil gambar mereka dari jauh. Tetapi Abriel sudah tidak peduli.
jjj
Hidup memang sukar dijangka. Pada suatu saat kita yakin kita telah berjaya mendapatkan apa yang kita mahu, namun sesaat kemudian, kita kehilangan apa yang kita miliki. Kejadian ibunya menampar Abriel tidak dapat dilupakan oleh Jaejoong. Berulang-ulang kali adegan itu berulang-ulang di benaknya. Dan dia, lelaki yang seharusnya melindungi gadis itu, tidak dapat melakukan apa-apa untuknya. Lelaki seperti apa dia
Dia telah dikawal ketat dan tidak dibenarkan keluar dari rumah yang sudah seperti penjara Guantanamo itu. Kemudian ibunya telah membuat ancaman yang tidak boleh dia abaikan. Inilah satu-satunya cara. Membuat sidang akhbar sambil membaca kenyataan media yang disediakan oleh ibunya padahal sebenarnya dia ingin melempar dan mengoyakkan kertas-kertas itu.
Dengan nyawa orang yang paling dicintai dalam taruhan, ini juga dikira satu pengorbanan kan Ibunya tentu saja tidak akan benar-benar membunuh Abriel tetapi mungkin akan membuat hidup gadis itu sengsara. Kata-kata yang keluar dari mulut perempuan paling berkuasa dalam keluarga Park itu tidak boleh dipandang enteng. Sudah beberapa kali dia melihat kemusnahan hidup seseorang kerana kemarahan ibunya yang tidak dapat dikawal itu. Dan mereka adalah orang yang mempunyai reputasi, kedudukan dan kuasa.
Tidak! Abriel tidak akan dapat melawan kuasa ibunya. Gadis itu akan menderita. Jaejoong tidak sanggup memikirkannya. Membuatnya mual.
jjj
Jaejoong melirik Yoohwan yang baru saja sampai dan kini sedang duduk di depannya sambil membaca buku. Lelaki itu kelihatan gembira Ada sesuatu yang berlaku. Ketigatiga temannya yang lain pula kelihatan sedih seperti ada seseorang yang baru saja meninggal.
Jadi, apa yang kita nak buat sekarang soal Ilwoo. Jaejoong tahu, yang dimaksudkan dengan kita itu sebenarnya adalah dirinya. Ya, apa yang harus mereka lakukan selanjutnya.
Apa yang kita boleh buat Jaejoong hyung sudah buat kenyataan rasmi begitu. Jadi kita tunggu saja beberapa hari lagi sampai keadaan menjadi reda, kata Kibum.
Aku tak setuju! ujar Yoohwan serius dari sebalik bukunya. Semua menoleh ke arahnya. Lee Yoohwan. Apa yang kau dah lakukan soal Ilwoo yang kelihatan semakin tertekan. Jaejoong merenung lelaki itu tajam.
Aku dah cakap pada media yang dia adalah kekasih aku, ujar Yoohwan tegas.
Suasana tiba-tiba berubah dingin. Ada tenaga yang sedang membara di dalam bilik itu. Yoohwan melihat wajah panik tiga temannya lain dan amarah di mata Jaejoong.
Kenapa soal Jaejoong dengan suara serak, menggambarkan betapa sukarnya dia mahu menuturkan kata-kata itu.
Kenapa Entah. Mungkin supaya dia tidak merasa seperti sudah dibuang. Atau mungkin sebab aku memang suka pada dia, ujarnya. Mungkin yang kedua itu lebih tepat.
Pang! Bunyi gelas pecah. Cangkir yang dipegang Jaejoong terlepas dari tangannya. Kau desis Jaejoong.
Kenapa Hyung marah Selepas hyung memutuskan dia di siaran TV nasional, hyung tak berhak untuk marah! balas Yoohwan kasar.
Aku cuma mahu melindungi dia! ujar Jaejoong mempertahankan diri.
Melindungi dia Tidakkah kau terfikir yang satu-satunya cara untuk kau melindungi dia adalah dengan berada di sampingnya Dia ada kekasih yang kaya dan ternama tapi untuk melindungi dirinya dia terpaksa meminta bantuan kawan-kawan. Memang kau pandai melindunginya.
Kau tak faham! sekali lagi Jaejoong berseru nyaring.
Memang aku tak mahu faham. Dan mungkin dia juga tak mahu faham. Kau sudah melepaskan dia bila kau berkata begitu. Dia bukan milik kau lagi, balas Yoohwan lebih tegas dan kuat. Da bingkas bangun dan mahu beredar. Namun spontan Jaejoong menarik kolar bajunya, wajah mereka kini bertentangan. Yoohwan boleh melihat air mata kemarahan dan kekecewaan yang hampir menitis dari tubir mata Jaejoong. Sebaliknya Jaejoong boleh melihat tekad dan kesungguhan di mata Yoohwan.
Kalau kau berani sentuh dia, aku akan musnahkan hidup kau, getus Jaejoong.
Bukan aku yang patut kau musnahkan, kata Yoohwan. Lihat diri kau sendiri di dalam cermin! Dia menepis cengkaman Jaejoong lalu pergi. Semua mata tertumpu kepadanya sebelum kembali semula kepada Jaejoong.
Apa maksud Yoohwan soal Junho bodoh.
Kibum menyerahkan telefon pintarnya kepada Junho sambil berkata. Mungkin ini maksudnya.
Junho menyambut telefon itu dan membaca artikel yang ditunjukkan Kibum tadi. Matanya membulat besar seperti tidak percaya. Yoohwan pergi ke tempat kerja Abriel selama empat hari berturut-turut
Pap! Ilwoo menunjal geram kepala Junho. Namun sekelip mata Jaejoong merampas telefon bimbit itu dan membacanya. Seketika kemudian, kedengaran bunyi telefon bimbit pecah kerana dilontar dan keluhan Kibum yang pasrah melihatnya.