SELESTIAL - 22
Aku dengar jeritan demi jeritan. Dari dalam bilik kuarantin yang kedap udara ini, aku dapat rasa kesakitan manusia yang berada di luar sana. The Phosphorus barangkali meninggalkan sedikit bahagiannya di dalam jasadku agar aku dapat melihat apa yang dilakukannya ke atas penghuni-penghuni komuniti. Setiap tindakan The Phosphorus untuk merealisasikan sesi komunikasi dengan orang bumi gagal. Sudahnya dia bertindak pula secara parasitik yang membuatkan manusiamanusia ini berbunuhan sesama sendiri.

Tidakkah mereka lihat apa yang terjadi padaku

Jika The Phosphorus mendukung paranoia ke atas makhlukmakhluk ekstraterrestial yang lain, maka aku berani jamin, manusia itu sendiri jauh lebih parah paranoianya. Mereka lebih cenderung menganggap setiap yang muncul itu berniat jahat. Makhluk asing punya teknologi canggih dan baru sahaja balik membunuh pasukanku. Mungkin itu persepsi mereka.

Seperti mana aku sendiri percaya sebelum ini, The Phosphorus membunuh setiap orang rakan-rakan pasukanku untuk mempelajari apa yang terkandung dalam pemikiran manusia. Namun apa yang diberitahu The Phosphorus ada benarnya juga. Pasukanku sudah dibunuh ribut sebelum The Phosphorus sempat masuk campur dan menyelamatkan kami. Hanya kerana isu itu, komuniti manusia dan The Phosphorus sudah tidak dapat menyatu dengan pendamaian.

The Phosphorus berhenti memasuki jasad-jasad manusia setelah mendapati tindakan itu memudaratkan manusia. Seorang demi seorang dibunuh tatkala proses asimilasi berlaku. Manusia melihat kelompok yang dirasuki itu seolah zombi yang tidak dapat diselamatkan lagi. Aku kecewa melihatnya.

The Phosphorus bergerak dari segenap arah, selaku debudebu merah ke satu tempat yang cukup aku kenali. Sasarannya kini adalah GOD, yang merupakan nadi kehidupan kepada Space X2 ini. Aku berharap The Phosphorus tidak membunuh kami nanti. Aku tak tahu, adakah dia mengerti betapa ampuhnya nyawa kami ketika berada di Marikh ini. Kerosakan pada GOD akan membunuh kami serta-merta.

Ah, aku sendiri tidak percaya dengan sesiapa. Aku harus keluar dari bilik kuarantin ini dan menghalang pembunuhan sia-sia di luar sana dengan kapasiti ini. Mereka harus diselamatkan dari paranoia yang tiada maknanya.

*

Godaman demi godaman. The Phosphorus bijak menembusi lapisan demi lapisan perlindungan yang menyelaputi otak kepada sistem pengkomputeran komuniti yang kompleks. Aku sedar tindakan itu akan memberi isyarat kepada pihak pengawasan di bumi akan terdapatnya masalah kepada komuniti Marikh ini. Space X2 akan diambil alih oleh The Phosphorus.

Melihat menerusi minda The Phosphorus membuatkan aku percaya, The Phosphorus mahu membuktikan sesuatu kepadaku. Sebaik sahaja pintu kurunganku terbuka sendiri, aku bergegas menuju ke arah pusat kawalan tapak yang berada dalam bangunan yang sama. The Phosphorus telah membuka setiap pintu yang ada dan aku harus bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak membuka penutup kubah yang melindungi kami dari pancaran radiasi yang berkitar hebat di ruang atmosfera Marikh.

Mayat-mayat bergelimpangan dengan kesan tembakan pada tubuh mereka. Hanya kerana The Phosphorus memasuki tubuh mereka, mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri. Ia amat menyedihkan. Aku harus ketepikan emosiku ini dan menamatkan sebarang usaha The Phosphorus yang memudaratkan.

Aku khuatir, sekiranya pangkalan induk yang tidak jauh dari Marikh menghantar sebutir bom nuklear ke atas kami sekiranya mereka tahu penjajahan makhluk asing sedang berlaku. Namun The Phosphorus boleh dibawa berunding. Aku harus mengembalikan imej manusia yang tenang kepadanya.

Berhenti The Phosphorus! Kau tak perlu buat semua ni! Biar aku jadi orang pengantara!

Aku berteriak sepanjang perjalanan itu, dengan harapan The Phosphorus mendengarnya. Jarak aku dari pintu masuk ke bilik kawalan utama tinggal 20 meter sahaja lagi. Dan aku tidak dapat membayangkan bentuk The Phosphorus kali ini.

Aku memang dah berhenti dan aku tunggu kau di sini, Razali

Sebaik sahaja aku tiba di depan pintu, aku dapati The Phosphorus, dalam bentuk jasadku sedang berada di depan sistem kawalan utama, menungguku dengan tenang sambil duduk di atas kerusi. Beberapa orang staf bilik bergelimpangan mati.

Aku tak sangka semua akan jadi begini

Aku menggeleng. The Phosphorus tak bersalah. Ini hanya ketidakfahaman. Natijahnya buruk sekali. Sesal mengugah rasa.

Aku faham. Inilah kelemahan kami, selaku manusia. Maafkan aku, The Phosphorus

Jika mereka tak melawan, dan beri aku peluang untuk berkata-kata dengan mereka, pasti takkan jadi musibah ini

Tak payah cakap lagi. Kau nak apa sebenarnya

Kelihatan berat The Phosphorus mahu menutur kata kali ini. Aku menunggu dengan sabar.

The Things

Kenapa dengan The Things

The Things dah ada dalam diri kita semua. Mereka memantau kita dan membuat analisa tanpa henti. Setiap perlakuan kita, setiap kejadian, setiap perubahan dan setiap asimilasi yang berlaku. Aku temui DNA mereka dalam setiap manusia yang aku cuba masuki. Aku tidak percaya pada mulanya. Namun apabila aku masuk ke dalam sistem komputer ini, ia jadi jelas

Apa yang jelas

Teknologi yang kamu miliki ini, adalah hadiah dari The Things sendiri

Hah

Setiap teknologi yang kamu ciptakan untuk datang ke Marikh ini adalah hasil dari cetusan mekanisme intelektualiti yang diletakkan oleh The Things untuk berjuta tahun yang lampau. Manusia, adalah makhluk yang secara biologikalnya diubah oleh The Things agar menjadi pintar.

Aku faham sekarang, kenapa The Things kata terdapat cebiscebis mereka dalam setiap makhluk dalam alam semesta ini.

Apa yang aku cuba buat ini sia-sia!

Perlahan-lahan tubuhnya terurai menjadi debu merah kembali. Sebelum sempat dia lenyap sepenuhnya ke ruang yang ada, dia berbisik kepadaku.

Ingat, The Things memang berkuasa, tetapi dia bukan Tuhan kau. Itu jaminanku, Razali

Itu adalah kali terakhir aku mendengar suara The Phosphorus di Marikh.

Tanpa berlengah lagi, isyarat kecemasan dihantar kepada pangkalan induk angkasa agar bantuan dihantar lekas. Melihat kecederaan dan juga kematian yang ada membuatkan aku tidak mahu menetap di Marikh ini lagi.

Aku mahu balik ke bumi dan memadamkan memori ini. Kematian-kematian ini. Debu-debu merah ini. Kedinginan ini.

Semuanya harus mati. Ya, ia harus mati!