Jip yang membawa Zulkifli dan juruterbang Setia Jaya masih berhenti di tepi simpang tiga. Sesekali bebe rapa ekor kera tertinjautinjau seperti ingin mengetahui apa yang sedang berlaku atau siapa yang berada di dalam kenderaan tersebut.
Zulkifli dan juruterbang itu masih nyenyak. Mereka seper ti berada di atas tilam empuk dan dihawai oleh penya man udara kelas satu. Tidur mereka tidak terusik. Mimpi mereka tidak diganggu.
Setitik embun yang jatuh daripada hujung daun yang berada di atas jip tersebut, menyentakkan Zulkifli daripada tidurnya. Sertamerta dia memandang sekeliling. Melihat kehijauan dan keanehan dalam kehidupan hariannya.
Dia terpandang seseorang. Kalaulah bukan kerana egonya, barangkali dia sudah menjerit.
Jalil Zulkifli bertanya penuh kehairanan.
Dia memandang sekeliling. bagaimana pula Jalil bo leh muncul dan berada di dalam kenderaan pacuan empat ro da itu bersamasamanya bilakah masanya Jalil tiba di situ bagaimana dia langsung tidak menyedari kehadiran Jalil Sedangkan semua pintu kenderaan pacuan empat roda itu telah dikunci dari dalam.
Mungkin juruterbang itu yang membukakan pintu un tuk Jalil. Tetapi bagaimana pula juruterbang itu boleh me nge nali Jalil sedangkan mereka belum pernah dike temukan.
Tibatiba pandangannya mendarat pada tompokan da rah yang masih mengalir di kusyen jip. Zulkifli merenung wajah Jalil. Tiada tandatanda seperti manusia normal melainkan kepucatan sematamata.
Jalil! Jalil!
Panggilan Zulkifli membuatkan juruterbang di hada pan, terjaga dan lantas berpaling.
Kenapa tanyanya sambil menggosok kelopak mata. eh, siapa ni
Zulkifli merenung wajah juruterbang itu dengan penuh kehairanan. Ternyata andaianandaian yang dibuatnya tadi, tersasar.
Jalil! Zulkifli tidak dapat memberitahu lebih daripada itu. Dia kembali merenung Jalil yang sudah kaku. Dingin.
Siapa
Zulkifli masih mendiamkan diri. Dia tidak dapat menerangkan kedudukan sebenarnya.
Menyedari sesuatu yang lebih penting perlu dilakukan, si juruterbang itu bergegas keluar dari jip dan berjalan ke bahagian belakang. Zulkifli turut sama melakukan seperti mana yang dilakukan oleh juruterbang itu.
Ketika itulah mereka terpandang seorang lelaki tua, bersama seekor ular menghadap mereka kemudian ber paling dan berlalu.
Zulkifli dan juruterbang itu saling berpandangan an tara satu sama lain. Mereka kehairanan. Dalam pada itu, mereka cuba mengaitkan apa yang telah berlaku dengan kehadiran orang tua misteri itu.
Tetapi mereka tidak boleh lama berfikir. Mereka harus menyelesaikan masalah yang timbul sekarang.
Jalil! Zulkifli sekali lagi cuba untuk menggerakkan Jalil.
Juruterbang itu meraba nadi bahagian leher Jalil. Ke mu dian dia menghela nafas panjang dan memandang Zulkifli dengan pandangan letih.
Dia sudah mati!
Zulkifli terkejut. Dia memandang sekitar. Perasaan takut tibatiba sahaja tumbuh segar di hatinya.
bagaimana jikalau ada saksi dan mengaitkan dia dengan kematian Jalil bagaimana jikalau pihak berkuasa mendapat tahu dan menuduh dia dan juruterbang itu yang melakukan pembunuhan terhadap Jalil apa yang harus dilakukan, sedangkan dia langsung tidak mempunyai alibi yang kuat untuk mempertahankan kebenarannya bagaimana pula sean dainya lelaki tua itu menceritakan kepada orang kam pung tentang kematian Jalil di dalam jip dengan luka pa rah dan darah di kusyen sudah cukup untuk membuk tikan pembunuhan Jalil itu.
Fikiran Zulkifli benarbenar berkecamuk. Dia tidak mahu dipenjarakan dan digantung sehingga mati kerana pembunuhan yang tidak dilakukannya.
Orang tua itu.... Wajah orang tua misteri bersama seekor ular yang membeliti pergelangan tangannya, me ngim bau ke ingatan Zulkifli.
Sekali lagi mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Sekali lagi juga, perkara saksi timbul di benak Zulkifli.
Kita kena cari dia dan terangkan segalagalanya. Ka lau tak...
Tak! Kita tak boleh cari dia dan terangkan semua ini kepada dia. Dia takkan faham dan dia juga takkan percaya. Kita kena hapuskan dia. Zulkifli benarbenar diamuk keresahan.
Tapi...
Jangan fikirkan soal itu. Kita kena bunuh dia juga. Kalau tak, kita akan disabitkan dengan kesalahan ini. Kita akan... Zulkifli tidak menamatkan katakatanya. Dia terus menuju ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin jip.
Juruterbang itu yang turut berasa resah, bagaikan terpaku di tempat dia berdiri. Dia hanya memandang sahaja tanpa tahu apa yang harus dibuatnya.
Kenapa awak berdiri di situ lagi awak nak jalan kaki Zulkifli menjenguk dan meninggikan suara.
Seorang lelaki tua bersama seekor ular....
Hanya memerhati tanpa sebarang katakata atau de ngu san. Sesekali dia tersenyum sambil mengusap kepala ular yang bersisiksisik.
Sudah sampai masanya bagi kita semua melihat sendiri keajaiban ular aku! Dia bersuara sebaik sahaja jip yang mengandungi Zulkifli, juruterbang dan mayat Jalil berpatah balik. angin pagi yang bertiup, menggugurkan embun di hujung daun. burungburung yang rutin hidupnya, mencari makan untuk anakanak dan tembolok sendiri sudah bersedia untuk menjalankan kewajipan.
Seketika, apabila jip tersebut sudah hilang daripada pandangan, orang tua itu mula bergerak. Melungsur ba gaikan mendapat bantuan angin dan menghilang di balik batangbatang pokok di tengah hutan.
Pandangan Zulkifli benarbenar meliar. Pemanduan nya menjadi tidak tentu arah. berulang kali juru ter bang yang berada di sebelahnya mengarahkan dia supaya mem bataskan pergerakan matanya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya tetapi Zulkifli degil.
Orang tua tu mesti ada di manamana. Dia takkan bo leh berjalan secepat kilat dan hilang macam tu saja, kata Zulkifli tanpa memandang ke arah juruterbang di sebelahnya.
Masalahnya bukan orang tua tu saja. Tuan mungkin akan membunuh saya sekali, balas juruterbang itu dengan nada cemas.
Jurang yang berada di kiri dan kanan jalan tersebut, men jadi tumpuan matanya. betapa ngerinya jikalau jip yang dipandu oleh Zulkifli itu menjunam dan meletup. Dia akan menjadi rentung, malah Zulkifli dan mayat Jalil juga. Mereka akan berkubur di dalam hutan, yang jauh dari petempatan manusia. Yang jauh daripada tanah per ku buran seorang manusia biasa.
Zulkifli benarbenar dirasuki perasaan takut. Takut ke matian Jalil akan diketahui oleh pihak berkuasa. Takut orang tua yang tidak diketahui buta melaporkan segala kejadian tersebut kepada polis atau orang kampung. Takut jikalau orang tua itu salah seorang daripada penduduk kampung yang mencari rezeki dengan hasil hutan.
apa cara pun, kita kena cari orang tua tu.
Tapi janganlah sampai kita pun turut mati sama.
Serentak dengan itu, Zulkifli menghentikan perjalanan jip tersebut. Dia merenung wajah juruterbang di sebelah nya dengan pandangan tajam.
Kalau awak tak suka cara saya memandu, awak boleh turun dan berjalan kaki keluar dari hutan ni! Zulkifli berkata dengan keras.
Juruterbang itu tidak membalas katakata Zulkifli. Dia hanya termenung sambil memandang hutan hujan yang sayupsayup kelihatan di tengah jurang tersebut.
Zulkifli berpaling. Terlihat mayat Jalil bagaikan me min ta untuk diselamatkan secepat mungkin. Ketika itulah satu fikiran terlintas di fikirannya. Sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh manusia normal atau ketika dia men jadi pengarah urusan Setia Jaya.
Kita kena buang mayat ni!
Katakata Zulkifli memeranjatkan juruterbang ter sebut. Dia berpaling. Wajahnya berubah. Terlalu berubah.
buang
Zulkifli mengangguk. Dia cuba tersenyum. Tetapi se nyu mannya terlalu tawar. Senyumannya terlalu tidak ceria. Tidak seperti ketika dia berjaya menjawat jawatan selaku pengarah urusan Setia Jaya.
Kita kena buang kalau nak selamat. bekas darah di kerusi belakang itu pun kena dibersihkan.
Tiada sebarang ulasan. Juruterbang itu melemparkan pandangannya ke tebing di selekoh tidak jauh daripada tempat mereka sedang berdiri sekarang.
Orang tua misteri yang mereka temui sebaikbaik sa haja mereka keluar dari jip tadi, seakan melambai mereka sambil memperlihatkan ularnya.
Tuan! Tu! Dia tidak berpaling kepada Zulkifli.
apa Zulkifli tidak mengerti.
Tu! Muncung mulutnya begitu panjang.
Zulkifli menghalakan pandangannya. Matanya ter beliak. nafasnya seakan berhenti. niatnya sebentar tadi untuk membuang mayat di kerusi belakang jip tersebut, hilang begitu sahaja.
Orang tua tu!
Zulkifli tidak menunggu apakah jawapan yang akan di berikan oleh juruterbang di sebelahnya. Dia terus me nolak pintu di sisinya dan berlari ke arah orang tua ber serta ularnya itu.
Juruterbang itu tidak sempat menahan. bahkan dia juga turut keluar dari jip dan menyertai Zulkifli. Tanpa mereka sedari, jip itu mula melungsur perlahanlahan dan menghampiri jurang di tepi jalan.
Sebaikbaik sahaja Zulkifli dan juruterbang itu sudah ber diri berhadapan dengan orang tua tersebut, mereka ter dengar sesuatu jatuh. Mereka berpaling. Orang tua itu tersenyum.
Jip tu jatuh! jerit Zulkifli.
Gesaan membuatkan dia berlari sekuat hati ke arah jip tersebut, tetapi dia sudah terlambat. Terlalu terlambat. Jip itu sudah jatuh. Menjunam dan satu letupan yang cukup besar menggegarkan kawasan hutan tersebut.
Zulkifli dan juruterbang itu hanya mampu memandang. Mereka tidak dapat berbuat apaapa lagi.
Satu perasaan asing tibatiba menguasai benak dan jiwa Zulkifli.
Semua ni orang tua tu punya pasal. Kita dah tak ada ken deraan. Kita kena berjalan kaki. Tanpa bekalan maka nan dan minuman.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Sepakat mengatakan, mereka harus mengerjakan orang tua itu dengan sepuaspuas hati.
Tetapi sesungguhnya, mereka telah melihat sesuatu yang tidak pernah mereka jangkakan selama ini. Orang tua itu telah tiada. Yang ada hanyalah seekor tedung hitam yang sedang menari dengan lenggokan dan tarian maut. bisa yang mampu menghantar seorang
lelaki sihat ke alam kubur dalam masa tiga puluh saat sahaja, disembur kan ke udara. Manakala taring yang mampu menyuntik kan bisa berwarna kuning kental, dipamerkan walaupun sepatutnya ketika rahangnya terbuka, taring itu tidak kelihatan.
Mana orang tua tu pergi tanya Zulkifli tanpa menghiraukan tedung hitam yang membayangi kematian mereka.
entah... kata juruterbang di sebelahnya. Dia ber paling sebentar dan ketika itulah sang ular yang menanti masa, meluncur bagaikan sebuah jet pembawa peluru berpandu. Luruannya menghala tepat ke kaki juruterbang.
Juruterbang malang itu tidak sempat mengelak. Dia hanya mengangkat kaki apabila terasa ada taring halus melekat di kulit dan daging kakinya.
Tedung itu melungsur pantas dan menghilang di da lam semak. barangkali sedang mencari jalan untuk me ngum pulkan bisanya semula.
Ular itu... Juruterbang itu tidak dapat menghabiskan katakatanya. Darahnya terasa panas. bisa sudah mula menyerang segenap urat saraf.
Sebahagian daripada kakinya bagaikan diganggang bara arang batu. Kesakitan itu terlalu pantas menyerap dan bergerak. Dia tidak mampu lagi menahan kesakitan itu.
Tuan! Tolong saya! Dia cuba bersuara meminta pertolongan daripada Zulkifli.
Tetapi Zulkifli terlalu takut untuk terus berada di situ. Dia berlari pantas. Dia tidak menoleh lagi. Malah ketika lelaki yang menjadi orang terpenting yang membawa dia ke bumi Kenyalang ini tumbang menyembah bumi, dia berlari semakin pantas.
Tidak berapa jauh dari situ, lelaki tua buta bersama te dung hitam yang tidak bermaya, tersenyum senang. Ke pala tedung hitam yang rapat dengan kulit lengannya diusap perlahanlahan.
Kau sengaja menempah celaka apabila kau cuba mengganggu kehidupan orang lain, Zulkifli. Masa untuk menamatkan segala permainan kau, sudah sampai, Zulkifli. Lelaki tua itu bersuara terlalu perlahan.