KILL ME WITH LOVE - 22
KAK, apa khabar Seru Khairul Rasheed sebaik sahaja melihat wajah Linda.

Kakak baik-baik je Kay, Jawab Linda.

Mereka ada seksa kakak lagi

Linda menggeleng.

Mereka duduk dalam sebuah bilik kecil yang bertutup. Seorang anggota polis berada di di tepi pintu. Dato Subki segera memperkenalkan diri kepada Linda. Linda hanya mengangguk, tanpa senyuman meniti di bibir. Wajahnya kelihatan langsung tiada seri.

Saya sedang usaha untuk percepatkan tarikh perbicaraan. Paling cepat minggu depan.

Linda diam sahaja.

Kak, kakak akan dapat keluar dari sini, kata Khairul Rasheed.

Serahkan saja semuanya pada Uncle Subki.

Linda mengangguk. Dia tunduk, enggan berbicara panjang. Khairul Rasheed agak kesal melihat perubahan sikap Linda yang baru.

Hari yang dinanti akhirnya tiba. Pertarungan antara peguam bela dan pihak pendakwa raya berlangsung sengit. Dato Subki sudah bersedia mental dan fizikal menghadapi perbicaraan ini. Dia sudah biasa menghadapi pelbagai kes yang lebih sukar. Segalanya amat mudah bagi Dato Subki untuk menyerang dan membalas serangan. Setelah perbicaraan demi perbicaraan, akhirnya bertemu jua titik pengakhiran. Mereka menanti keputusan juri.

Khairul Rasheed dan Dato Subki keluar untuk makan tengahari kemudian kembali ke mahkamah tepat jam dua petang. Juri akan membacakan verdict. Debaran melanda semasa juri mulai masuk seorang demi seorang. Khairul Rasheed gelisah memandang wajah Dato Subki. Lelaki separuh abad itu hanya tersenyum tenang.

Tidak bersalah.

Juri membuat keputusan dengan sebulat suara. Khairul Rasheed mengeluh lega. Dia terus meluru ke arah Linda.

Kak! Syukur alhamdulillah, seru Khairul Rasheed.

Betul kata uncle, ianya adalah satu kes yang mudah.

Dato Subki mendapat ucapan tahniah daripada pendakwa raya. Kelihatan mereka sedang berbual-bual sejenak, kemudian Dato Subki mendekati Linda.

Terima kasih, Dato, ucap Linda dengan suara lembut.

Sama-sama Puan Linda, balasnya.

Wow! Nampaknya kau datang semula dengan seorang peguam yang handal! terdengar suara Detektif Howard dari arah belakang Khairul Rasheed.

Dia bersama dengan Sarjan Boone. Lelaki itu nampak tidak selesa kerana dia telah menuduh dan melakukan penyeksaan terhadap Linda.

Ya! Kan aku dah pernah katakan kakakku tak bersalah! kata Khairul Rasheed sambil memeluk bahu Linda.

Kami akan saman anggota polis yang menyeksa Puan Linda, kata Dato Subki.

Tindakan yang melulu, ikut perasaan, prejudis. Kami orang Asia bukan seperti yang disangka orang Barat. Kami orang yang amanah, teguh memegang syariat dalam agama, tegas Dato Subki.

Maafkan saya Puan Martin. Saya hanya jalankan tugas, Sarjan Boone memohon maaf sambil menghulurkan tangannya pada Linda.

Linda memandang sepi. Dia tidak mempedulikan permintaan maaf daripada Sarjan Boone.

Detektif Howard juga menghulur tangannya pada Khairul Rasheed.

Harap kita tak perlu jumpa lagi, kata Khairul Rasheed sinis.

Yeah, hopefully. Tapi mungkin kita akan jumpa lagi sebab kes ni belum ditutup. Kami akan terus jalankan siasatan selagi penjenayah sebenar belum tertangkap, jawab Detektif Howard.

Tu aku tak mahu tahu. Yang penting kami akan segera tinggalkan tempat ni. Takkan datang lagi.

Jangan lekas buat keputusan macam tu, Encik Rasheed. Kau mungkin datang sini untuk bercuti. Honeymoon barangkali. Detektif Howard cuba untuk bergurau.

Honeymoon Khairul Rasheed ketawa, Aku belum fikir soal kahwin.

Khairul Rasheed, Dato Subki dan Linda beredar

tidak lama kemudian. Mereka menempah tiket perjalanan pulang ke Malaysia.

DI RUANG pejabat yang gah, Jackson tidak senang hati apabila mengetahui Linda sudah pun bebas. Malah Linda telah pun melantik Dato Subki untuk menguruskan perihal harta dan asetnya. Dengan masa yang tersisa sebelum berangkat pulang, Dato Subki berjanji untuk membantu Linda menguruskan penjualan rumah dan aset lain.

Dalam mesyuarat yang baru sahaja berakhir, Dato Subki yang menjadi wakil Linda menegaskan pendirian wanita itu mengenai saham-saham yang ditinggalkan. Buat beberapa ketika, Linda akan terus menjadi sleeping patners dalam syarikat yang suatu masa dahulu diterajui oleh Martin dan Jackson.

Jackson menghubungi Maxy. Namun seperti biasa dia tidak dapat berbicara terus dengan lelaki itu melainkan dengan pembantu khasnya. Jackson memberitahu dia ingin mencari seseorang yang masih misteri. Identiti diberi hanya sebagai anak perempuan Linda Martin, berasal dari Malaysia.

Apabila hal itu tiba di telinga Maxy, lelaki itu menghubungi Jackson.

Hal itu bukan mustahil untuk aku selesaikan,

Mr. Jackson. Tetapi mencari seorang yang amat misteri seperti itu aku memerlukan bayaran yang sangat tinggi, kata Maxy seperti biasa bayaran menjadi persoalan utama.

Berapa saja yang kau mahu. Katakan saja berapa yang perlu aku bayar! kata Jackson.

Maxy tertawa kecil.

Aku percaya anak perempuan Linda Martin berada di negara di mana dia pernah tinggal dan dilahirkan.

Di mana tanya Maxy.

Di Malaysia. Ada sejarah menarik tentang Linda Martin. Wanita itu sangat licik. Wanita yang pernah berkahwin sebanyak dua kali. Kedua-dua perkahwinannya gagal. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita ini

Siapa yang sebenarnya licik Mr. Jackson Kau atau dia Maxy tertawa lepas.

Tiada sesiapa yang mendengar perbualan sulit melalui satu talian rahsia yang tidak mungkin dapat dikesan oleh pihak berwajib. Jackson ikut tertawa mendengar kata-kata Maxy yang dirasakannya agak keterlaluan.

Dia tidak ingin meneruskan perbualan yang siasia itu. Dia hanya mahu Maxy mencari anak perempuan Linda Martin dan membunuhnya. Itu sahaja yang Jackson mahu. Berapa pun bayarannya dia tidak peduli.

KHARLISSA berjalan sendirian menuju ke kereta. Dia adalah staf terakhir yang meninggalkan pejabat. Kerja semakin banyak diamanahkan kepadanya. Dato Emmer semakin mempercayai Kharlissa. Terkadang Kharlissa seperti terlupa bahawa dia pernah menjadi seorang pembunuh upahan. Kerjaya sebagai seorang pembantu peribadi kepada pengarah syarikat berkaliber seperti Dato Emmer, membuat Kharlissa selesa dengan dirinya.

Semasa dia berjalan menghala ke kereta, dia terasa diekori. Terdengar derap kasut yang beradu dengan lantai simen. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa yang muncul. Tengkuknya terasa meremang sedikit. Kawasan syarikat itu terlalu sunyi, biarpun bangunan di hadapannya masih terang. Pengawal keselamatan ada di dalam bangunan dan hanya sesekali mengelilingi kawasan itu.

Kharlissa segera masuk ke kereta. Aneh rasanya. Suatu masa dulu aku adalah seorang pemburu. Tetapi kini aku merasakan aku adalah mangsa buruan!

Dia memandu tenang meninggalkan syarikat. Dia berhasrat ingin pulang sahaja. Beberapa kali dia mengintai di cermin dan melihat sebuah kereta mengekorinya dari jarak yang agak dekat. Kharlissa pura-pura berhenti di Seven Eleven. Dia membeli minuman dan roti. Kereta hitam yang mengekorinya turut berhenti tidak jauh darinya. Seorang lelaki kelihatan duduk tegak di kusyen pemandu, merenung ke arah Kharlissa.

Kharlissa memandu pulang lalu terus menyimpan kereta. Sebaik berada di dalam kawasan kondo, dia tahu keadaan lebih selamat. Kondo itu memiliki kawalan keselamatan yang ketat. Setiap tetamu harus mendaftar dengan pengawal keselamatan di pintu masuk. Namun penjenayah dan penjahat boleh sahaja masuk melalui pintu belakang.

Norm, I rasa ada orang ikut I, cerita Kharlissa.

Dia singgah di rumah Khairul Rasheed, tidak sabar untuk bercerita dengan Norman. Dia ingin meraih simpati daripada jejaka itu.

You tak apa-apa ke tanya Norman.

Tak. I hairan kenapa ada orang ikut I

Mungkin you ada secret admirer. Kalau ada orang cuba ceroboh rumah you, you jerit ajelah macam hari tu! Pasti I datang!

Thanks Norm, ucap Kharlissa bersama senyuman manis.