Konsep kenegaraan itu luas meliputi pelbagai aspek. Negara adalah rakyat, rakyat adalah Negara. Rakyat dan Negara adalah satu unsur yang bernafas dalam nukleus yang sama. Jatuh bangun sesebuah Negara bergantung kepada kukuh dan ampuhnya asas manusiawi yang pelbagai. Ketaatan beragama, kesempurnaan sahsiah, kemurniaan akhlak, keteguhan undangundang dan perlembagaan, kemasyhuran ekonomi, kesantunan sosio-budaya dan kekuatan teknologi merupakan struktur utama yang mendokong letak duduk sesebuah Negara. Rakyat dalam konteks ini menjadi penggerak dan pemacu yang berfungsi mengawal asas manusiawi tersebut supaya ia terdorong kearah ketamadunan yang tinggi nilai dan akal budi.
Ko dengar lagi aku nak sambung
Ketaatan beragama, kesempurnaan sahsiah dan kemurniaan akhlak adalah kombinasi unggul yang sewajibnya disisipkan dalam hela nafas rakyat yang hidup dalam sesebuah Negara. Ketelusan pentadbiran dan pengurusan, sistem perundangan yang bebas pengaruh, fahaman politik dan pelbagai ragam gerakan harus berkolaborasi bersama sifat-sifat mulia manusia. Jika demokrasi menjadi akal, maka diktatorlah otaknya. Jika liberalisasi menjadi piagam, maka komunis dan kapitalislah menjadi imbangannya, lalu Islam pentadbirnya. Jika keadilan menjadi puisi, maka kesaksamaanlah pendeklamasinya. Namun harus kau ingat. Atas segala yang terbit dari proses kemanusiaan itu, maka agamalah pelindungnya! Tanpa spiritual agama yang susuk, lupakan saja kerajaan Nabawiyah. Kerana yang bakal muncul tidak lain hanyalah Negara Firaun berakyatkan Yahudi!
Begitu juga hal yang sama mesti diwar-warkan dalam konteks pembangunan ekonomi, sosio-budaya dan kemajuan teknologi. Rakyat dalam sesebuah Negara berdaulat perlu bertanggungjawab menggembleng tenaga, menjana idea-idea segar lagi bernas dalam merealisasikan kecemerlangan kerajaan bertamadun, lalu menepis ancaman kolonialisma moden yang semakin gedik menyelinap ke dalam seluruh batang tubuh. Budaya hedonism, kefahaman agama yang bersifat pluralis ditokok dengan kebejatan akhlak muda mudi yang tak terbendung harus dilihat sebagai ancaman penjajahan pasca alaf baru yang sangat membimbangkan.
Oleh yang demikian,
Eh, ko dah tido Bedtime story aku belum habis lagi woih!
Aku alihkan posisi badan anak aku bagi dia tidur sedap-sedap. Aku cium dahi dia supaya aman tidur dia walaupun atas toto saja.
Aku hairan, kenapa pula bini aku kata malam-malam sebelum ni bedtime story beliau haram tak jalan
Untuk menjawab kehairanan aku, aku teks bini aku yang tengah
Konsep Kenegaraan Yang Sempurna
bertungku kat dalam bilik. Pukul dua belas malam bertungku apa cerita aku pun tak tahulah.
Cerita apa awak kasi sama Fateem malam-malam Jari aku pantas tekan send.
Tit! Tit! Handphone aku bunyi perlahan tak lama lepas tu. Malam makin dingin bersama nyamuk-nyamuk liar yang ganas cuba menggigit kaki aku.
Cerita biasa-biasa saja. Sang Kancil dalam hutan. Kadangkadang cerita pari-pari dan puteri raja. Kenapa
Aku fikir sebentar. Kalau aku balas, nanti terguris pulak hati bini aku. Baik aku diam dan tidur sambil membalas dalam hati saja.
Patutlah Fateem tak mau tidur. Awak cerita hal-hal dongeng. Dahlah dongeng, primitif pulak tu. Macam manalah dia nak percaya. Grow up my darling! Please grow up!
p/s: Siapa ada internet lebih tolonglah sedekahkan pada aku satu weh!