Petanda hujan lebat mahu turun.
Broomm. Broomm. Enjin kereta menderam kelemasan.
Aku, Cikgu, Fateem dan Faseeh sudah bersedia memulakan perjalanan ke Damansara. Hujan di Tanjung Malim tidaklah bererti One Utama kekurangan kasih sayang.
Aku masuk gear undur sambil kaki kiri memijak klac. Kemas!
Ayah dah baca doa naik kereta Tanya Fateem tiba-tiba.
Baca Bismillahirrahmanirrahim pun doa juga. Aku bagi penjelasan. Pedal minyak aku tekan lembut.
Lepas baca doa naik kereta, kita kena bukak radio ERA, tambah Fateem.
Aku jadi terkejut bukan kepalang. Apa kejadahnya lepas baca doa naik kereta kena buka radio ERA
Siapa yang ajar lepas baca doa kena bukak radio ERA Aku pula meminta penjelasan. Cikgu Kuala Kubu turut berkerut dahi.
Betul ayah. Lepas baca doa naik kereta, kita kena buka radio ERA.
Yelah. Tapi siapa yang cakap Kali ni aku naikkan suara kasi garang sikit.
Paknil cakap la ayah. Fateem jawab memetik nama gurunya. Yakin.
Mata redup Fateem aku renung, tajam!