SEMBANG TEPI JALAN - 22
26 Met 2005 "Apa bikin bebV' "Nothing, 1 am a bit busy kat sini..tengah produce album kawan, Nik. Dalam proses pembikinan. Dia punya potensi untuk maju. Ada semangat untuk hidup dan berjuang dalam bidang yang dia minat." Ya, muzik perlukan kecintaan telus dari had. Kita tidak membicara tentang keadaan muzik di Malaysia. Jangan salah faham. Kita hanya membuat apa yang kita suka lakukan sebab di Malaysia, arena muzik tidak ada. Malaysia cuma ada dunia hiburan. Aku tidak berminat dengan suasana muzik di sini. Tidak perlu dibicarakan mengenai itu sebab tidak mendatangkan faedah kalau difikirkan. Semua artis pada aku hanyalah manusia yang perlu cari makan untuk hidup. Inilah permainan hidup. Seperti Nik, dia punya konsep yakni folk yang punya melodi yang bagus kalau dikomersialkan. Dia miliki kualiti suara yang baik. Luahannya pula jujur dan lepas. Cuma teknik nyanyiannya kena betulkan sikit. Itu biasa. Apa yang penting dia tahu apa dia hendak dan apa yang dia sedang buat. Bila kita bicara tentang folk, serta-merta perkara ini hilang nilai komersialnya. Ini kerana tiada usaha untuk mengkomersialkannya walaupun melodinya pop. Oleh itu media agak kurang membantu. "Hang tau, kalau boleh aku tak nak bergantung pada media Melayu atau stesyen-stesyen tv dan radio. Kita perlukan satu komuniti yang menyokong produk-produk yang sebegini. Kita tak beruntung macam muzik underground sebab pengaruh tu datang mendadak - masuk ke dalam pemikiran budak- budak yang sedang membesar. Muzik trash atau metal yang underground 61 senang masuk ke sini. Bila kumpulan underground tempatan buat album atau gig tentunya mendapat sambutan hebat dari para remaja tadi. Ianya berkesinambungan saliaja." Muzik undergroundsecara amnya juga jujur dengan cara mereka. Dari segi psikologinya budak-budak suka sesuatu yang rebel, marah dan perkara itu ada dalam muzik underground. Tetapi, bagaimana pula dengan folk Folk itu masih baru di sini. Di sini folk dimainkan dengan konsep unplugged. Kumpulan-kumpulan lama seperti Kembara, Harmoni, Aimen menyanyikan lagu-lagu seperti ini. Iramanya bersifat kerakyatan dan muziknya jujur. Liriknya bercerita tentang emosi, luahan, kehidupan, ketuhanan, kemanusiaan dan tentu sekali ini sesuatu yang baik untuk pemikiran kita sebagai manusia yang berfikir tentang hidup dan kejujuran. Perkembangan tentang arena terkini tentang apa yang diperjuangkan oleh sekelompok kecil kita ada menampakkan hasil. Sebenarnya terdapat ramai ahli muzik dan penghibur tempatan di luar sana. Contohnya Azmyl Yunor yang baru melahirkan albumnya dengan berkonsepkan folk tetapi dalam Bahasa Inggeris. Bciiau mendapat liputan yang baik dalam akhbar berbahasa Inggeris. Susah untuk kita mendapat tempat dalam akhbar Melayu seperti liputan yang diberikan. Penduduk Malaysia tidaklah ramai sebenarnya. Lebih kurang 21 juta sahaja. Daripada jumlali itu, yang dengar muzik mungkin satu juta atau lebih barangkali. Jumlah itu pula terbahagi kepada berbagai-bagai bangsa. Bagi album Melayu mungkin 500,000. 70-80 peratus yang dengar di radio memperolehi lagu-lagu stereotaip popular masakini terutamanya di kampung-kampung. Masyarakat bandar kurang mendengar lagu Melayu. Mereka lebih suka mendengar muzik top 40. Pilihan lagu-lagu popular Bahasa Inggeris dan pengaruh Malaysian Idol, Akademi Fantasia yang mendominasi pasaran muzik masa kini khasnya. Oleh itu, di mana letaknya perjuangan muzik folk dan yang sealiran dengannya Jumlahnya sangat minoriti. Itulah kenyataan. Tetapi hidup ini satu perjuangan! Kita perlukan cabaran untuk suasana yang baru. Ada impian tetapi tidak mahu bermimpi. Aku realistik dalam menghadapi kenyataan ini. Aku harap rakan-rakan seperjuangan seperti Azmyl, ArifF Akhir, Nik, Mei Chern, Pete Teo dan ramai lagi akan mampu bersaing dalam industri muzik yang tenat ni. Pada masa yang sama terfikir juga bagaimana kumpulan Arqam suatu masa dahulu begitu berjaya dalam perjuangan mereka dari segi ekonomi tanpa bergantung langsung pada kerajaan atau sesiapa untuk membantu mereka dalam merealisasikan impian mereka. Secara personal, aku masih menghormati Ustaz Asaari dan pengikut-pengikutnya yang telus dengan konsep kasih-sayang. Sehingga kini pun mereka masih lagi hidup dan berjaya dalam komuniti mereka sendiri. Cuma nama Al-Arqam sahaja yang diharamkan.