SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 22
Satu limpahan cahaya terang tersimbah! Ah, apa lagi dramanya!

Limpahan cahaya itu memadat sebelum membentuk satu imejan tubuh manusia, diiraskan kepada seorang wanita yang cukup dikenali oleh mereka yang berada di dalam rumah itu. Limpahan cahaya itu kini semakin pudar, memberikan kontra kepada imejan seorang wanita yang berdiri tegak di hadapan mereka. Buhaira, Pujangga, Isaiah dan Razief tekun memerhati sebelum menunggu wanita hologram itu menjelma jadi.

Mama ... Razief berbisik lembut.

Anakku Razief. Semua yang ada, dengarkan aku.

Pujangga tidak sekali-kali menyangka bahawa manusia separuh mesin juga mampu menangis. Tetapi diseka tangisannya demi mendengar butiran amanat yang bakal disampaikan Juwita.

Aku kini berada di dalam satu avenue, tersorok jauh dari Makmal Keabadian. Adapun kita selama ini tersalah faham; bahawa Jaafar itu bukanlah seorang pemberontak, malah penjajah kejam yang mula mabuk dengan kerusi kuasa milik Tuan Pemerintah.

Ju, Bagaimana dengan Tuan Pemerintah

Dia belum menghubungi aku Pujangga. Masih hilang belum ketemu. Aku kini telah berada di dalam fasa-fasa terakhir sebelum ciptaanku yang terakhir disempurnakan.

Mama ... perkataan terakhir itu menghiris kemanusiaan Razief.

Razief anakku. Adapun kamu itu istimewa, maka selayaknya kamu menjadi pemacu kepada ciptaan mama yang terakhir ini. Pujangga, apa kamu masih ingat akan Kubah Pemancar MahaBoson Cik Siti Wan Kembang

Iya Juwita. Ciptaan mu yang maha berkuasa itu!

Iya, bongkah itu bukan sekadar medan penghalang serangan nuklear MahaBoson. Cik Siti Wan Kembang itu sebenarnya adalah satu kunci...

Hanya Juwita dan Pujangga sahaja yang memahami perbualan ini. Pembaca juga barangkali terkeliru.

Kunci

Iya, kunci untuk sebuah kemanusiaan baharu,

Pujangga...

Tidak Juwita! Inilah kemanusiaan baharu. Tiada lagi masa depan, kerana hari inilah masa depan kemanusiaan kita!

Pujangga, aku mempersiap sebuah kata kunci yang hanya kamu bisa membukanya, dan Jaafar tentu sekali akan gagal melakukan itu. Andai Cik Siti Wan Kembang telah berjaya dibuka, kamu bawa bersama manusia-manusia yang kamu percaya masuk ke dalam...

Juwita ...

Dengarkan aku, kakak Pujangga. Aku telah menanggalkan Cincin Munsyi ku untuk dipakaikan kepada Razief; nescaya dia akan terus mendapatkan ilmu tentang apa yang perlu dilakukannya melalui transmisi Photographic Memory.

Juwita ...

Aku masih selamat di sini, Pujangga. Dan Razief, mama akan selalu ada disamping kamu.

Mama ...

Mama akan berada lebih dekat dari urat lehermu, anakku.

Limpahan hologram itu hilang. Dunia terasa kelam. Bulan Puasa bakal menjelma. Tentulah ada perkaitannya!

***

Dia mematikan peranti pemancar itu setelah segala pesanannya kepada Tinta Pujangga dan Razief telah berjaya melalui proses transmisi tanpa ada sedikit pun gangguan daripada radar pengesan seliaan Jaafar. Dia menanggalkan Cincin Munsyi yang pernah digunakannya suatu ketika dahulu untuk menyalin Kalam Tuhan seperti yang dilafazkan oleh Buhaira di Dataran Pembebasan.

Kalam Tuhan Bukankah dahulu dia memanggilnya dengan nama Dongengan Timur Tengah

Cincin Munsyi itu diletakkan di dalam sebuah kotak titanium, bersebelahan dengan Cakera Prometheus. Cakera setebal 50 cm itu diangkat sekuatnya; 50 kilogram padu, begitu sahaja. Bentuk cakera itu kelihatan sungguh ganjil sekali, menyerupai Eurydice pulchra, iaitu sejenis isopod karnivor yang direkodkan berasal dari zaman Carboniferous.

Cakera itu bukan perkara baharu di dalam hidupnya. Manusia sejak dari zaman proto-Human dahulu lagi telah memeta jujukan gen supaya dapat memahami komposisi penciptaan insan dengan lebih mendalam. Sains membenarkan itu; sains membenarkan peluang dan ruang yang tidak terhingga batasnya dibuka seluasnya.

Cakera Prometheus itu dibiar bersambungan dengan seliratan wayar-wayar yang sudah sempurna menyalin segala maklumat yang penting untuk misi bahtera nanti. Misi itu kelihatan sungguh misteri namun di penghujung nanti, kita semua akan dapat membacanya.

Bukanlah suatu perkara yang aneh, bila satira tidak disekuelkan.

Selesai sahaja menghantar pesanan dan memastikan bahawa perisian di dalam cakera Prometheus sudah sempurna disalin; juga Cincin Munsyi telah berada di tempat yang sepatutnya, Juwita mengaktifkan terompah anti-Graviti untuk langsung kembali ke Makmal Keabadian.

Gedung berpintu merah itu dikatup sesempurnanya.

Ruang makmal itu masih sunyi; barangkali semua saintis yang sepatutnya tekun beribadat di sini telah memilih untuk melayan kebaculan mereka padahal nafsu Jaafar barangkali hanya untuk menakluk Kubah Gemawan. Berkali-kali dia cuba menghubungi Tuan Pemerintah, tetapi masih gagal untuk berkomunikasi.

Padahal babak cerita dialah yang membuka segala-galanya!

Barangkali hari ini merupakan hari yang penting buat Mama Juwita; kelapangan perasaan di dalam kekalutan medan tempur merupakan suatu perasaan yang aneh namun tidak langsung terasa janggal. Monolog dalamannya pudar sebaik sahaja bunyi langkah semakin kuat, tersudut dari hujung koridor makmal.

Srikandi Mama Juwita ... Cincip menunduk patuh di hadapan Juwita.

Cincip, apa ditabrak garuda sehingga begini jadinya

Srikandiku, adapun kami ini gentar akan serangan Jaafar, lalu pulang ke pangkuan keluarga; kalaukalau riwayat ini tertanggal dari papan litar tubuh kami.

Cincip, lalu mengapa kamu masih di sini

Kerana aku melihat ada pengaktifan yang tertera di dalam makmal, srikandiku.

Dan kamu tiada langsung gentar akan bala tentera

Jaafar

Aku ini berkhidmat untukmu, Srikandiku.

Bangunlah Cincip, dan kembalilah ke bongkah kediamanmu.

Mama Juwita mula beransur-ansur untuk beredar meninggalkan Makmal keabadian itu; fikirnya Kapsul Angklung milik Tinta Pujangga masih lagi tersedia, lalu dia ingin membelah awan untuk melaporkan rancangan awal pemberontakan kepada delegasi WU.

Juwita mempertingkat aruh kakinya menuju ke depot Kapsul Angklung milik Tinta Pujangga. Kebaya labuh dan Kain Batik yang dipakainya berkibar mengikut langkah kaki, sebelum tubuh tua itu berhenti bergerak dan batang tubuhnya menjadi keras.

Tusukan itu menikam tepat ke jantungnya dari belakang.

URGH! ... Ttt ... Ttoo ... ARGHH ...!!!

Cincip menikam batang tubuh Mama Juwita

bertubi-tubi dengan Keris Saber yang membelah tulangtemulang Juwita dengan pancaran laser maha tajam dan memusnahkan. Saat pertama kali Keris Saber itu menusuk rodok jantungnya, seluruh badannya menggelupur kepanansan sebelum arus elektrik merenjat sistem sarafnya.

Mampuslah kamu, Srikandiku!

Juwita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Darah yang bertakung dan juga yang tumpah mengalir keluar telah melemaskan kerongkongnya.

ARGH ... ak... aku me... menyembah .... bah..

tu... Tuhannya.... Buh... Buhaira!

Renjatan elektrik menghanguskan tempurung kepala Juwita, sedang wayar-wayar mikro yang berselirat di sebalik bola matanya tiba-tiba mengembang dan pecah. Pecahan itu menghasilkan jujukan letupan yang merobek mukanya, hancurlah ia menjadi cebisan daging-daging dan wayar yang berbau hangus.

Tubuh tuanya yang berasap, rebah dengan penuh kehinaan di atas lantai Makmal Keabadian itu. Seperti ikan yang lemas di hamparan padang pasir, Mama Juwita sememangnya sudah tidak mampu bertoleransi dengan tikaman demi tikaman yang diluncurkan oleh Cincip sambil mengilai tawa. Hilaian itu memuncak gema, seolah seorang diva soprano yang disorak bravo!

Adapun sama ada itu lafaz Syahadah atau sudah melebihi takat halkumnya Juwita, frasa itulah frasa yang terakhir sebelum Srikandi separuh mesin itu diceraikan riwayat dari kujur tubuhnya.

Harimau mati meninggalkan belang, Srikandi mati terkena renjatan! Cincip sudah tidak putus-putus mengilai ketawa.

***

Satu limpahan cahaya terang tersimbah! Ah, apa lagi dramanya!

Srikandi itu diselimutkan Buhaira dengan hamparan bebulu biri-biri, menghangatkan pagi musim salju yang bakal tiba beberapa hari lagi. Kedinginan suhu itu bagaimanapun tidak mampu menandingi kemarahan Pujangga terhadap Laksamana Jaafar, sehingga perlu ditenangkan oleh Buhaira saat dia memberi minum air minuman istimewa kepada Srikandi neo-Human itu.

Satu limpahan cahaya terang tersimbah! Ah, apa lagi dramanya!

Kecantikan Srikandi itu tidak pernah berubah, bahkan tidak pernah pudar. Dahulu dialah satu-satunya gadis berkebaya yang selalu menjadi tumpuan pelajar di sebuah universiti kuno bernama Harvard. Gadis itu kini telah menjadi seorang Srikandi, malah telah berpenat lelah mengembalikan jejak-jejak kemanusiaan walaupun pandangannya terhadap ketuhanan dan proto-Human mengelatkan sanubari Buhaira.

Satu limpahan cahaya terang tersimbah! Ah, apa lagi dramanya!

Razief dan Isa sedang mempersiap sarapan di dapur; kedua-dua anak muda itu sudah seperti pasangan sahabat karib walau kerap kali juga mereka saling sindirmenyindir malah bertumbukan. Namun begitulah resmi adik-beradik; walau melepasi jeda masa, pertalian darah dan misteri hubungan kimianya belum mampu untuk difahami oleh radas yang bernama Sains.

Buhaira tidak menyangka bahawa percubaannya secara suka-suka mendermakan spermanya untuk pengkajian seorang saintis di Harvard pada zaman kuno dahulu memungkinkan dia kini tinggal sebumbung dengan anak-anaknya merentas limitasi ruang, masa dan waktu. Isa dan Razief tidak langsung mengetahui akan sejarah itu; malah Buhaira tidak pun bercadang untuk memberitahu.

Rahsia dinamakan sebagai rahsia kerana rahsia itu perlu dirahsiakan!

Kau... kau boleh jatuh cinta Dari jauh Buhaira mendengar Isa menduga.

Apa kau gila Isa Aku ini masih lagi manusia!

Tapi... bukankah badanmu dicanting oleh papan litar

Jadi Razief berhenti seketika dari menceduk Sup Barli, sambil memandang Isa.

Jadi.... Kamu... kamu pun mampu berkahwin,

Zief

Apakah idea jahat yang sedang tertanam di kepalamu sekarang

Kalau kau mampu berkahwain Zief, maknanya organ ... organ ...

Ah Isa! Kau jangan bersusah menyibuk perihal struktur organ kahwinku! Tentulah! Aku ini masih seorang manusia tulen, cuma lebih baik daripada kamu! Hahaha ...

Ah, berlagak! Bahu Isa ditepuk oleh Razief berkali-kali sambil ketawa.

Mereka berdua kini telah tiba di ruang tamu. Buhaira juga sudah mula berbual-bual dengan Pujangga yang baru sahaja bangun dari tidur nyenyaknya (begitulah adanya watak seorang Diva).

Abah, srikandi Tinta; jemput makan.

Panggil aku Pujangga. Isa, apa kamu ini seumur dengan si pencuri

Pencuri Apa maksudmu, srikandi

Si kembar yang suka memukul curi itu. Aku panggil dia si pencuri. Apapun, kalian semua ini sebaya

Mungkin juga... tapi kenapa, srikandi

Kerana Darius 1

Begitulah; dalam memahami percakapan Tinta Pujangga, perlu di semak rentas sejarah untuk menggali perihal Raja Parsi, Darius 1. Buhaira dan Pujangga saling berpandangan, sedang Razief dan Isa masih lagi ketinggalan jauh, dihirishiris dengan kehairanan.

***

BOOM!!! BOOM!!! BOOM!!!

Serangan demi serangan semakin rancak membedil Kompleks Mega Kubah Gemawan. Banyak sekali Tentera Cyborg Tuan Pemerintah dibunuh curi oleh Tentera Cyborg Laksamana Jaafar yang dikemudi oleh Iskariot. Seperti Iskariot di dalam zamannya Jesus, Sang Iskariot ini juga mudah untuk dijual beli dengan emas dan harta.

Walaubagaimanapun, strategi serangan Iskariot yang pertama lebih tertumpu pada Kompleks Keabadian Tenaga dan Kuasa.

Kebergantungan neo-Kuala Lumpur untuk berfungsi sebagai sebuah tamadun dipusatkan kepada kebergantungan terhadap tenaga hasil daripada pelakuran nuklear dari Torium dan Uranium. Iskariot tidak langsung berniat untuk meletupkan Komples Tenaga itu; dia tidak sebodoh itu. Apa mahu tulang-temulangnya turut tersejat

Demi Zat Dewata al-Jaafar, mulakan serangan pertama!

Arahan Jeneral Muda Judas Iskariot II disambut tempik oleh bala Tentera Cyborg Jaafar yang mula terbang dari kaki langit menuju ke perkarangan Kompleks Keabadian Tenaga dan Kuasa. Air-glider milik Tentera Cyborg Jaafar mempunyai laras bedilan laser yang maha memusnah. (Jaafar membahagikan tenteranya kepada Pasukan Tentera Cyborg Jaafar dan Pasukan Tentera neo-Human Jaafar atas cadangan Iskariot). Tentera Cyborg Jaafar itu meluncur laju dengan pelarasan bedilan laser yang sedia mengaktif bilabila masa sahaja.

Demi Zat Dewata al-Jaafar, mulakan serangan pertama!

Menghampiri kompleks itu, kepulan asap tibatiba memenuhi sempadan kompleks Keabadian Tenaga dan Kuasa. Melalui proksi secara virtual, dalam diam; Tuan Pemerintah juga telah melaksanakan serangan yang pertama walaupun sehingga ke akhir cerita ini, keberadaannya dan keengganan wataknya untuk muncul masih menjadi misteri. Serangan pertama Tuan Pemerintah itu dibuka dengan bedilan ad-Dukhan yang mengeluarkan gulungan asap, berkepul-kepul lagikan busuk baunya.

Asap itu berjaya direntas Tentera Cyborg Jaafar, namun asap itu bukanlah senjata utama Tuan Pemerintah; melainkan hanya sekadar ucapan salam untuk bertegur sapa. Di permulaan pemberontakan Jaafar, Tuan Pemerintah telah mula diam dan memutuskan hubungan dengan Pujangga, Jaafar mahupun Juwita. Barangkali marah, barangkali takut akan ugutan Jaafar.

Selesai sahaja hembusan asap gila ad-Dukhan memenuhi ruang udara Kompleks Keabadian Tenaga dan Kuasa, segerombolan serangga-serangga kecil menyerupai belalang mula terbang tinggi, mengelilingi bala Tentera Cyborg Jaafar. Belalang itu diperbuat daripada bongkah besi ultra ringan, dan akan menghasilkan letupan gergasi apabila mana-mana jasad mahupun objek menyentuhnya.

Strategi pertama ini sungguh memberi keuntungan kepada Tuan Pemerintah kerana dia tidak perlu menghantar gerila pasukannya untuk membunuh bala Tentera Cyborg Jaafar. Gerombolan 999 belalang itu (yang dinamakan neo-JUTA) telah berjaya meletupkan sebilangan besar tentera Cyborg apabila mereka secara rambang tersentuh dan melanggar neo-JUTA. Kebanyakan tentera Cyborg yang sempat mengelak pula berlanggar sesama sendiri lalu terbabas.

Rantaian letupan yang dirampaikan oleh neoJUTA telah menghasilkan satu pembakaran kumulatif besar-besaran, betul-betul di kawasan sempadan Kompleks Keabadian kuasa dan Tenaga. Iskariot yang melihat gerombolan belalang neo-JUTA dari kanta Cyborgnya mula menyuruh saki-baki tenteranya untuk berundur seketika dari serangan keatas kompleks itu memandangkan dia sendiri masih lagi belum pasti apakah senjata kedua Tuan Pemerintah akan semakin merugikannya. Kepalanya masih belum mahu dipenggal oleh Jaafar, lalu Iskariot berundur seketika untuk menyelamatkan bilangan tentera Cyborg yang masih tersisa.

Tuan pemerintah telah menang setakat ini. Namun di manakah hologramnya

***

Apa kamu mahu terus tinggal disini Mereka berempat masih lagi bersarapan ketika Pujangga bertanyakan Razief.

Mana mungkin; maksudku, aku selesa di sini

Buhaira, Isa, namun tempat sebetulnya aku adalah bersama-sama dengan mama.

Itulah yang sebaiknya. Buhaira bersetuju.

Lalu mahu aku khabarkan cara untuk kita menyelamatkan mama Pujangga mencadang.

Tapi... dengan mengorbankan nyawa kami Isa kelihatan gundah.

Wahai pemuda Isa ... Tinta Pujangga bangun lalu bersimpuh di sebelah Isa sambil memegang bahu pemuda itu. Pujangga menyambung

Jikalau Jaafar itu sendiri tegarnya menderhaka kepada Tuan Pemerintah, apa kamu fikir dia akan membela nasib proto-Human Maka sudah terhantuk baru terngadah itu; sakit sekali perasaannya Isa, Buhaira. Apakah kamu lupa, bahawa bala tenteranya dahulu yang memerangi bapa kamu dan 555 orang pengikutnya, malah memusnahkan Kalam Tuhan kamu dalam tragedi Lupus Tuhan Apa Buhaira tidak pernah menceritakan itu

Ada ... Isa menjawab, sebelum Pujangga kembali menyambung.

Sungguh aku bukan ingin mengungkit Isa, Buhaira, tetapi ini adalah sejarah. Bukankah pewartaan aku dahulu telah berjaya memenjarakan kamu di Dataran Pembebasan dan Lautan Kemakmuran ini Nescaya kalau diikutkan nafsu Jaafar, apa kamu sudah jadi fosil atau berada di alam lain menurut kepercayaanmu. Bantulah kami memerangi Jaafar, wahai Isa dan Buhaira. Kumpulkan. Demi segenap inci tubuh aku yang tidak berpencipta ini, aku Srikandi Tinta Pujangga bersumpah untuk mengembalikan kedamaian hidup bersama di neoKuala Lumpur tanpa ada strata yang mengelaskan. Dan aku adalah ilmuan yang jujur dan tidak khianat; Isa, Buhaira.

Sup Barli yang dihidang dihirup perlahan. Mereka terus berbincang sesama, sedang musim salju sudah hampir tiba. Malah, Bulan Orang Puasa sudah mula menjelma. Apakah Buhaira mengizinkan peperangan di Bulan Orang Puasa