BLACK WIDOW - 22
SEGALA-GALANYA berwarna-warni dan Ayu kembali ceria. Suara Neng Jenab yang riang. Sama seperti dulu. Tidak lagi suram dan perubahan ini amat menggembirakan Ayu.

Mereka berbual panjang, melewati hampir satu jam. Ayu meletakkan gagang dan masih lagi tersenyum. Nenek tak sangka Ayu ingat lagi pada itik kaca itu. Eh... tak sangka Ayu pandai mencantumkan itik itu.

Apalah ncnek ni... Ayu memang sengaja tempah itik tu, biar mereka berpasangan.

Ayu tersenyum. Mengingati perbualan mereka....

Riang aje... kalau tidak muram semacam! Aku dah okey dengan nenek aku!

What" Kathy mencerun mata. Before this, you tak okey ke

Ayu mengeluh. Ada krisis... ala... kan kau tau reason aku tinggal di sini148

Yap... regarding your tunang tu kan So... you kan dah putus

Sebab putuslah nenek aku marah... dekat sembilan bulan aku tak bertegur sapa!

Oh... I see... sekarang dah okeylah

Ayu angguk.

Kedengaran hon membingit. Alamak... van pun dah sampai... okey Ayu... I pergi dulu!

Ayu senyum. Beginilah tugas pramugari, sentiasa sibuk dan sentiasa perlu rapi. Kerapian diri adalah kemestian, dan walaupun di dalam masalah, wajah mesti sentiasa manis.

Entah kenapa, kebosanan melanda. Hari masih muda tetapi dia melangut solo tanpa teman dan taulan. Sedang orang lain bekerja di pejabat, dia bercuti di rumah. Manakala, orang lain sedang bercuti dan berlibur dia pula bertugas di angkasa.

Kebosanan ini telah mengundang wajah itu. Lelaki yang berwajah lembut, perawakan menarik. Mungkin lelaki itu bakal menjadi mangsa roullete cintanya yang sentiasa berputar dan memperdaya. Dia berasa puas mengecewakan lelaki. Itu adalah balasan di atas kehilangan mahkotanya. Kaum lelaki perlu dikecewakan, biar melutut dan menyembah.

Ayu kembali ke katil, melontar tubuh sambil memejamkan mata. Sudah sekian lelaki dikenalinya, ditinggalkan tanpa pesan. Setiap kali cinta mula berputik, Ayu menghilang sederas detik.

Si hitam kaki lapan muncul, sudah menjadi rutin setiap kali Ayu bersendirian.

Walau melukakan tetapi juga dilukai...

Walau dibenci tetapi cuma yang hasad

Ayu bagai akur kepada kata-kata itu.

Setiap kali temannya turun, mengulu tubuh Ayu... 149

setiap kali kata-kata hikmat itu bermain di bcnak.

- Kau ditindas Ayu... sedangkan kau tiada dosa.

- Ya... aku cuma menjadi tawanan.

- Sebab itulah kami mahu kau terus menodai cinta... biar lelaki tahu apa erti duka.

- Tapi... aku tidak suci lagi!

- Itu hanya di mata manusia, tidak di mata kami yang hodoh ini!

- Ah... kalian hodoh, tetapi jiwa kalian cantik dan murni. Aku lebih gembira berkawan dengan kalian.

- Untungnya engkau kerana terpilih mewarisi habitat kami. Kau tentu tidak tahu sejarah hidup kami bukan

Ayu menggeleng.

- Kami adalah makhluk kecil yang berjiwa besar - memberontak apabila dilukai - menyengat apabila dinodai. Di dunia kami yang kecil, yang jauh tcrpencil masih ada makhluk luar yang mengganggu dan kami hanya membunuh... apabila sawang kami dibinasakan.

- Apa kena-mengena dengan aku

- Ibarat mahkota kau yang telah dihancurkan, kau perlu meracun lelaki - kecewakan mereka bagaimana kau dikecewakan.

- Ya... aku akan lakukan.

Tetapi... mungkinkah aku jatuh cinta Ayu

terjaga, membuka matanya luas-luas dan rayapan labah-labah semakin dirasakan.

Ya... bagaimana kalau aku jatuh cinta

Entah kcnapa wajah Imran muncul; lelaki muda yang ditemuinya semasa penerbangan. Lelaki ltu ada gaya - ada tarikan tersendiri dan matanya ada keikhla150

san.

Ah, Murad dulu pun begitu... tapi lebih teruk daripada seekor haiwan bertaring!

Telefon berdering!

Dengan pantas dikembankan tubuh dan kele- suan semakin tara. Gagang dicapai.

Hello... may I speak to Ayu, please!"

Er...

Ayu... guess who

Imran!

Mata Ayu memancar lerang dan hatinya mula berbunga.

Segera wajah Imran tergambar jelas. Lelaki itu sering ke luar negara menguruskan pemiagaan ba- panya. Padan dengan pangkat Datuk yang dimiliki oleh bapanya. Imran pula sentiasa menjaga imejnya. Dirinya sentiasa kemas dan rapi menambah lagi kekacakan yang sedia ada pada wajahnya,

Ayu tetap seorang manusia biasa walaupun dirinya pelik - didatangi labah-labah dan memahami perbualan mereka. Walaupun dia cuba menghindar untuk tidak jatuh cinta, tetapi siapalah dirinya

Ayu ingat lagi keharuman Aramis yang berbau di tubuh Imran. Kelunakan suara serta penampilan lelaki itu amat memikat. Malah, setakat ini tiada tanda-tanda untuk Imran melanggar susila Timur.

I sudah lama meminati you!

Ayu ketawa. Ah... ramai lelaki yang kata begini pada I!

Imran ketawa. Yeah, you're right. I tak salah- kan you! I tak nafikan bahawa I ni ramai girlfriend. Malah, ada antara mereka yang rapat macam I punya sweetheart! Imran senyum. Sudah ramai wanita yang 151

menjadi mangsa I. Maksud I penilaian dan pandangan I terhadap mereka... dan tak seorang pun yang menarik di had!

Ayu senyum. Agaknya you tunggu bidadari dari langit tak

Imran ketawa. Maybe... dan rasanya bidadari tu sudah pun turun ke bumi. Lagipun... I mengenali dia pun di langit juga!

Ayu tersepit. Dia tahu siapa bidadari yang dimaksudkan. Tapi... kalau tak silap I, bidadari yang you maksudkan ada ramai, beraneka rupa dan ragam!

Betul... tapi I hanya tertarik pada seorang bidadari yang namanya bermula dengan M dan berakhir dengan U!

Wajah Ayu membara merah dan mujur Imran tidak ada di sisi melihat perubahan reaksinya.

MASA terus berlalu. Sejak Imran menelefonnya tempoh hari, lelaki itu lebih sering menghubunginya. Ayu pula amat tenteram dengan perkembangan itu. Sekurang-kurangnya hidup lebih terisi.

Bermula dari situ, sepasang belangkas muncul di airport. Setiap kali Imran berangkat ke luar negara, Ayu akan menghantarnya jika tidak bertugas. Begitu juga setiap kali Imran kembali.

Dan, jika Ayu pula bertugas dan Imran tiada urusan pemiagaan, dia pula yang menanti.

Ayu mula menyedari dirinya mulai bermain rindu. Dan lelaki yang dirindui adalah Imran sendiri! Bagaimana dengan sumpahnya untuk tidak jatuh cinta

Ayu berasa tenang kerana semenjak kebelaka- ngan ini damai mencerna. Dia sering menelefon Neng Jenab, berbual mesra dan neneknya itu semakin 152

galak ingin bercakap. Kalau kurang daripada setengah jam, neneknya akan merungut dan dikatanya Ayu dah tak sayang.

Maka, hendak tak hendak Ayu terpaksa juga melayaninya. Begitulah orang tua, fikir Ayu.

Itu tentang nenek! Dan batuk....

Ah, manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan...

Deringan telefon menyentak dan Ayu bergegas lalu menyambar gagang. Hallo!

Boleh bercakap dengan Ayu Ada getaran di dalam suara yang amat dikenalinya itu.

Ha... ni Ayu... ada hal apa mak

Ayu! Disusuli pula dengan suara tangisan. Ayu... nenek kau.... Kata-kata itu tidak sempat dihabiskan dan Ayu mendengar suara raungan.

Kenapa dengan nenek Adakah nenek telah... tidak! Tidak! Tak mungkin.153

NENG JENAB berkalih baring, berkisar apabila bahagian hempapan tubuhnya panas. Nafas dilepaskan - panjang dan hangat. Mata masih terpejam tetapi dia dapat melihat dengan jelas wajah arwah suaminya.

Mengingatkan wajah itu segera mata dibuka, merenung sepasang itik kaca yang sengaja diletakkan di bucu katil. Dia bagai ingin sentiasa dekat dengan itik kaca itu. Kedua-duanya lambang cinta, sebuah keharmonian yang kini telah bersatu teguh membawa keindahan.

Yang retak bercantum itu cinta Andek suami dan kekasihnya yang paling setia.

Yang elok teguh - itu cinta Ayu, cucu dan buah hatinya yang paling nakal.

Dua perlambangan yang membawa satu erti kasih sayang!

Neng Jenab terbatuk lagi. Terasa perit di dada hingga ke ulu hati. Diurutnya dada kempis yang telah