SAJAK-SAJAK GUSTAVO - 22
Tiada parti tiada keramaian subuh sunyi sendiri.

Tiada parti tiada lilin dinyalakan mencium sepi harijadi.

Tiada parti langsung tak hairan selagi dahi senggama bumi.

Tiada parti tiada minah seksi tak peduli tak peduli geli geli geli

Tiada parti di sini tiada parti di tiada parti tiada.

Tiada parti di sini kerana pintunya sudah kau kunci.

Dan, tahi suci aku tak dibenarkan kembali.

27 September 2014

SoHo 2, Damansara Perdana