Ada kaum lelaki yang menyukai sikap manja ini. Mereka akan mudah cair dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh kaum Hawa. Sudah pasti ia akan membuatkan si dia benar-benar jatuh cinta padamu tanpa kamu perlu berusaha bersusah-payah.
Gadisku, kemanjaan adalah sifat yang sudah tertanam dalam diri setiap wanita. Ia juga boleh dikatakan sebagai sifat istimewa seorang wanita. Tanpa kamu perlu berusaha untuk mewujudkan sifat kemanjaan ini, ia akan lahir dengan sendirinya.
Bersikap manja di hadapannya bukanlah bermakna kamu menunjukkan sikap gedik. Gedik adalah sikap yang tidak disukai oleh kebanyakan kaum lelaki, malah kaum wanita juga tidak menyukai sikap gedik ini.
Menjadi gadis yang manja juga bukanlah bermakna kamu perlu menangis sehingga menghentakkan kaki-kaki kamu. Kadang-kadang, hanya dengan kata-kata sudah dapat menonjolkan sikap kemanjaan dari dalam diri kamu.
Mengeluarkan perkataan alaaa... juga sudah dapat menunjukkan sikap manja diri kamu. Kemudian ditambah pula dengan mengerutkan muka / dahi kamu, si dia pasti lebih cair saat memandang dirimu.
Namun, berhati-hatilah ketika kamu menunjukkan sikap manja padanya. Dikhuatiri ia akan disalah tafsir sebagai umpan mahu menggunakan si dia. Kamu harus menggunakannya di tempat dan masa yang sesuai agar apa yang kamu harapkan berhasil dengan sempurna.
Menjadi gadis dambaan lelaki adalah sesuatu yang sukar dicapai. Namun, amat mudah mahu memikat hati seorang lelaki. Kerana kaum wanita sudah terkenal dengan gelaran penggoda. Ia berlaku secara automatik tanpa kamu perlu memaksa diri menjadi seorang penggoda. Sebagaimana kamu melihat lelaki kacak yang melintas dan serta-merta membuatkan jantung berdegup kencang, begitu jugalah perihalnya kamu pada kaum lelaki. Ia adalah fitrah. Tinggal lagi kamu perlu menggunakannya dengan sebaik mungkin.