Suatu ketika si guru menceritakan tentang seorang muridnya yang sangat sukar dididik dan diajar. Anak ini kelihatan agak lambat menerima pelajaran, katanya. Beberapa kali kita cuba cara yang dirasakan tepat untuk membantu anak ini. Namun, seperti belum membuahkan hasil yang membahagiakan.
Beberapa waktu berlalu, saya masih terus berkomunikasi dan berusaha membantu murid ini agar boleh menjadi lebih baik. Namun, berbagai-bagai cara telah dicuba ternyata belum juga berhasil. Kali ini rupanya kami berdua sedang diuji oleh Tuhan. Setelah lebih dari satu tahun berselang, saya bertemu lagi dengan guru tersebut. Dia bercerita dengan wajah yang gembira bahawa dia berjaya membuat kemajuan bermakna bagi muridnya itu.
Wah, saya juga ikut bahagia mendengar berita baik itu. Namun, saya jadi penasaran cara apa yang ditemui oleh si guru tadi sehingga berjaya membuatkan muridnya menjadi lebih baik dan berprestasi lebih bagus.
Dengan penuh penasaran saya bertanya kepadanya, Ibu, bagaimana caranya sampai boleh berjaya
Begini, Ayah. Suatu malam ketika saya sedang beribadah, saya teringat murid saya itu. Ketika itu saya cuba membayangkan wajahnya baik-baik... Lalu perlahan-lahan saya mengadukan hal ini kepada Tuhan. Saya berkata, ya Tuhan... Kami sudah berusaha keras untuk membuat anak ini menjadi lebih baik, kami sudah menggunakan bermacam-macam cara untuk membantunya tapi kami belum juga berjaya. Kami sudah tidak tahu lagi untuk berbuat bagaimana. Ya Tuhan, tolonglah kami, kami hanya ingin anak ini menjadi lebih baik. Kemudian saya bersujud sambil menitikkan air mata dan berharap supaya permohonan saya dikabulkan.
Lalu guru itu menyambung, Sungguh di luar dugaan, keesokan harinya mulai terjadi perubahan dan peningkatan yang sangat signifikan terhadap kemampuan belajar si anak. Saya bukan main gembira. Betapa begitu banyak misteri dalam diri anak kita yang masih belum kita ketahui dan begitu banyak misteri dalam diri murid kita yang belum berhasil dikupas oleh pengetahuan. Namun ternyata, tidaklah demikian bagi Tuhan. Segala yang tidak mungkin bagi kita, selalu mungkin bagi Tuhan.
Ibu bapa, saya sungguh terharu mendengarkan kata-kata guru tadi. Tidak disedari air mata saya menitis membasahi pipi. Lalu, pada malam harinya dalam sujud kepada Tuhan saya merenung. Wahai Tuhan, seandainya sahaja di negeri ini ada lebih banyak guru yang begitu mencintai muridnya dan mahu mendoakan muridnya secara sungguh-sungguh, saya yakin sebesar apapun persoalan yang kita hadapi akan mampu kita pecahkan... Tentunya dengan izin dan kekuatan-Mu, Tuhan.
Seandainya di negeri ini ada lebih banyak guru yang begitu mencintai muridnya dan mahu mendoakan muridnya secara sungguh-sungguh.