RETRO BOLA SEPAK - 22
Pada 4 Februari 1892, Majlis Bolasepak telah menolak dan tidak meluluskan permohonan pendaftaran kelab Everton Football Club and Athletic Grounds Limited atau Everton Athletic, memandangkan salah satu kelab yang menganggotai majlis telah pun menggunakan nama Everton.

Everton Athletic secara rasmi ditubuhkan di kalangan perintisnya sekitar bulan Mac 1892.

Sebelum itu, padang Anfield disewa oleh kelab Everton F.C..

Atas sebab-sebab yang tidak dapat disepakati terutamanya hal kenaikan kadar sewa Padang Anfield, Everton FC berhasrat untuk menamatkan tempoh pajakan padang tersebut dan berpindah ke padang baharu.

Diringkaskan cerita pemilik tanah bernama John Houlding dan sahabat-sahabatnya akhirnya sepakat menubuhkan Everton Football Club and Athletic Grounds Ltd, sebuah kelab yang menumpukan aktiviti bola sepak dan olahraga.

Kelab Everton membantah tindakan Houlding menubuhkan kelab baharu. Mereka masih menggunakan padang Anfiled kerana khuatir si Houlding akan cuba mengambil alih identiti kelab mereka.

Everton Athletic yang baharu ditubuhkan menggunakan latar warna biru sebagai warna rasmi.

Selepas permohonan rasmi ditolak oleh Majlis Bolasepak, Houlding kemudiannya menggerakkan lagi usaha mendaftarkan kelab beliau itu secara sah.

April 1892, merupakan detik terakhir Everton FC menggunakan padang Anfield.

Dek kerana nama Everton dilarang digunakan, maka ianya pun ditukar kepada Liverpool Football Club and Athletic Grounds Company Limited atau secara ringkasnya Liverpool FC, bersempena nama Kota

Liverpool.

Jun 1892, Liverpool FC didaftarkan secara sah.