Dude! I'm Getting Married - 23
BAB 23

PAGI lagi Jai dah keluar. Dia tak nak tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Kadang-kadang dia juga sangkut dalam kesibukan jalan raya walaupun menunggang motosikal. Pagi tu dia kena menghadiri seminar di UPM.

Tergopoh gapah Jai menapak ke dewan kuliah satu setelah bertanya beberapa orang pelajar di situ. Sepuluh minit lagi seminar akan bermula.

Aduh!! Tersembam Jai atas lantai. Dia dihempap seseorang.

Erk!! Mukanya dah sejengkal dari muka gadis tu. Rasa tubuh gadis tu menghempap kuat kena tubuhnya. Terasa hangat bila bersentuh dalam cuaca dingin pagi macam ni. Haish! Setan punya otak aku ni! Fikir benda tu!

Awak

Seri cepat-cepat bangun. Dia betulkan baju kurung dan tudung yang dah terselak.

Maaf! Saya tak sengaja!

Tak apa.. Jai turut bangun. Dia sapu punggungnya yang terasa kebas. Tubuh Seri betul-betul atas tubuhnya tadi.

Seri kutip kertas dan fail yang jatuh berselerak atas lantai.

Maaf..saya terpijak kulit pisang tadi. Licin.. Seri tunduk. Banyak kali dia minta maaf. Aduh..malunya aku! Patutlah Jai panggil aku cik Kalut! Dulu aku hempap tubuh Koci, sekarang ni Jai pulak! Malunya mak ai

Jai turut kutip fail Seri.

Err..awak..awak buat apa kat sini

Saya nak ke seminar.

Seri senyum hambar. Rasa kekok bila dapat tahu Jai dah ada Lisa. Dulu dialah orang yang paling teruja bila terserempak dengan Jai.

Awak ada apa kat sini Jai tanya bila lihat Seri hanya diam membisu.

Seminar juga.. Seri menjawab malas. Mesti seminar yang sama.

Seminar Chemical and Microbiological Testing tu ke Jai tanya lagi.

Seri dongak. Alamak! Seminar yang sama ke

Kalau macam tu..jomlah. Dah nak start ni. Jai ajak Seri ke dewan kuliah satu.

Abang Jai!!

Dua kepala berpusing serentak. Lisa dah sengih dari jauh. Seri tunduk semula. Memang dah terang Lisa dengan Jai. Dia segera beredar dari situ. Buat apa nak sibuk hal mereka.

Seri! Tunggu! Jai tahan Seri dengan tangan yang didepa luas.

Seri dongak. Ada apa

Err..awak dan Acik tu.. Belum sempat Jai habiskan kata-kata, Lisa dah berdiri rapat dengannya.

Saya pergi dulu.. Seri melangkah laju ke dewan kuliah.

Jai hanya pandang Seri berlalu pergi. Dia jeling Lisa di sebelah.

Awak nak apa Awak buat apa kat sini

Seminar! Lisa senyum. Selamba dia peluk lengan Jai.

Jai rentap. Dia terus ke dewan kuliah. Lisa ikut belakang Jai.

Sepanjang seminar berlangsung, Jai jeling Seri yang duduk jauh di depan. Lisa pula tak habis-habis mengendeng. Walaupun jarak dia dan Lisa agak jauh tapi Lisa sentiasa cari peluang mendekati Jai bila waktu rehat.

Hmmmereka ni kerja kat makmal mana Jai jenguk Seri yang khusyuk mendengar syarahan dari pensyarah Jerman yang dijemput oleh pihak penganjur seminar. Sebaik seminar berakhir, Jai segera mendapatkan Seri yang terkocoh-kocoh keluar dewan.

Seri!!

Jai mengejar Seri yang laju melangkah meninggalkan bangunan dua tingkat itu menuju ke tempat letak kereta.

Seri..tunggu la kejap. Jai dah geram. Seri macam buat tak kenal.

Awak nak apa Seri menoleh.

Err..saya..saya.. Jai dah tergagap-gagap. Apa aku nak cakap tadi..adoi..

Kalau awak tak ada apa-apa, saya nak balik. Seri pandang Jai yang terkial-kial di depannya. Terkebil-kebil! Apa mamat ni nak Dah macam orang bisu pulak

Nama penuh awak apa

Seri beliakkan mata.

Jai luku kepala sendiri. Aduh! Apa aku tanya ni Nama penuh Adoiya!!

Seri pandang Jai. Memang betul la..kalau Jai sukakan aku, dah lama dia tahu nama penuh aku. Masa dalam projek NHES dulu lagi. Ni..sampai sekarang Jai masih tak tahu nama penuh aku. Buat apa aku nak bagi tahu dia Dah sah dia dan Lisa tu bercinta. Untuk apa aku beritahu dia semua tu

Seri..awak ok ke Jai pandang Seri yang diam tiba-tiba.

Err..maaf. Saya tak ada sebab nak beritahu awak nama penuh saya. Tu! Buah hati awak dah tunggu. Seri muncungkan mulut ke arah belakang Jai. Lisa dah menapak ke arah mereka.

Seri terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan kampus UPM.

Jai tak hiraukan Lisa yang nyata dah gila. Macam perigi cari timba! Aku ni timba mahal! Bukan calang-calang perigi boleh senang-senang nak dekat denagn timba!

Dia terus beredar dari situ menuju ke tempat letak motosikal di bangunan sebelah. Lisa ditinggalkan sendirian di situ.

SERI lempar tas tangan dan fail atas meja sofa. Tak sangka dia akan bertemu lagi dengan Jai. Lisa pula muncul tiba-tiba. Nasib baik aku tak kerja satu makmal dengan Lisa. Kalau tak, aku racun minah tu dengan arsenik ke, merkuri ke, tak pun lebih senang curah asid sulfurik pekat atas muka! Gatal gedik!

Astaghfirullah..apa aku fikir ni.. Seri mengucap panjang. Fikirannya dah jadi jahat.

Awal Ucu balik hari ni

Seri dongak. Mama dah senyum.

Err..Ucu ada seminar ma..

Oh..patut la awal..macam mana kerja Datin Rubiha duduk sebelah Seri.

Baik je.. Suara Seri lemah.

Kenapa ni Macam tak makan seminggu..cuba cerita dengan ma.

Ma..macam mana kita nak tahu orang tu suka kat kita

Datin Rubiha pandang Seri. Berkerut keningnya mendengar soalan Seri.Ucu..suka kat orang tu ke

Seri tunduk. Dia dah buntu. Dalam hatinya hanya ada Jai. Bila makan, nampak muka Jai, mandi pun terbayang muka Jai. Aku ni dah angau ke apa

Kalau Ucu nak tahu orang tu suka ke tak, Ucu lihat pada mata dia. Masa dia cakap dengan kita, dia pandang tepat ke mata kita ke..atau dia larikan mata dia..

Err..maksud ma Seri dongak.

Kalau dia suka kita..selalunya dia akan pandang tepat pada mata kita bila bercakap dan dia akan larikan mata dia bila kita pandang balik ke arahnya. Orang kata..pura-pura sombong tapi sebenarnya dia suka. Cara dia cakap pun dah tunggang terbalik. Tergagap-gagap. Itu tandanya orang tu suka kita. Sama jugak kalau dia suka buli kita, sebenarnya dia suka kat kita. Dengan cara macam tulah dia boleh dekat dan kenal kita. Ucu faham sayang

Seri pandang mama yang dah senyum meleret. Teringat kenangan bersama Jai masa projek NHES dulu. Memang dia selalu kena buli dengan Jai. Tapi..Koci pun suka buli aku masa kerja di syarikat pembinaan dulu. Aduh..pening!

Tapikalau dia betul-betul suka dan cinta kat kita, dia akan berterus terang. Gentleman! Mama senyum lagi.

Seri diam. Kalau yang tu..memang taklah. Mana ada mamat tu berterus terang dengan aku. Mamat tu buat dek je. Bermakna Jai hanya suka sekadar kawan saja. Koci pulak..dah terlebih terus terangnya! Selamba dek je usik aku ni bakal bini dia!

Ucu dah ada special ke

Seri dongak. Dia menelan liur.

Err..nak kata ada..Ucu pun tak pasti ada. Nak kata tak ada..entahlah.. Seri mengeluh.

Hmmsusah macam ni. Ada tapi tak ada. Tak ada tapi ada..macam mana tu Usik mama lagi.

Seri senyum. Dia sendiri tak pasti. Takkan aku nak tanya Jai..awak suka saya tak Awak nak nikah dengan saya tak Eii!! Aku bukan perigi..nak kena pergi cari timba! Patutnya timba yang cari perigi!

Nampaknya anak ma ni dah dilamun cinta tak

Seri tunduk lagi. Malu bila sebut hal cinta. Selama ni dia tak pernah ada rasa macam tu. Bukan tak ada siswa yang dekat dengannya tapi dia tak ada perasaan tu. Nak buat macam mana. Bukan boleh dipaksa-paksa!

Ucu..kita kena ingat..cinta tu suci tapi kalau tak kena gaya, ia akan jadi kotor. Jadi, ma harap Ucu tak jadi hamba cinta. Ucu tu perempuan. Kena jaga batas pergaulan. Jangan kerana cinta, Ucu serah segala-galanya. Mama pandang Seri yang dah sugul.

Ma..Ucu tahu jaga diri. Ma janganlah risau. Kalau dah tak ada jodoh dengan dia..Ucu terima je. Lagipun, kita bukan hidup untuk cinta manusia. Kita hidup untuk cinta Tuhan dan nabi. Cinta bukan Tuhan. Seri rangkul bahu mama.

Hmm..pandai anak ma ni..macam tu la. Tak salah bercinta tapi jangan hanyut dalam dunia cinta.. Mama balas pelukan Seri.

Ehem!!

Seri dongak.

Amboi! Drama sedih apa pulak ni Acik sengih. Dia cium tangan mama.

Awal abang balik Dah habis kerja ke Kenapa balik sini Selalunya balik rumah bujang abang tu Seri senyum.

Whoa!! Satu-satu! Nak jawab yang mana satu ni Acik tarik hidung Seri yang mancung.

Seri ketawa mengekek.

Hari ni..tak banyak kerja. So, tak payah stay back. Abang balik rumah dulu la. Nak makan masakan adik abang ni! Sekali lagi Acik tarik hidung Seri.

Seri tepis manja. Mama dah ketawa mengekek. Terhibur melihat gelagat dua beradik tu.

Hmm..apa drama tadi Tak sempat abang nak tonton. Acik duduk sandar sebelah Seri. Tangannya merangkul lembut bahu Seri.

Mama tunduk. Dia jeling Acik dan Seri yang dah berpeluk bahu. Risau. Janganlah mereka ni rapat sampai berpeluk bagai..

Apa pulak drama Ingat ni cerita kat tv ke Seri cubit paha Acik.

Ya la..sorang peluk bahu. Sorang lagi dah baca skrip sedih..drama la tu! Acik sengih. Seronok dapat usik Seri dan mama.

Banyaklah abang punya drama! Cebik Seri.

Ni..kebetulan Ucu dan Acik ada kat sini..ma ada benda nak cakap sikit. Mama senyum. Dia pandang Acik dan Seri silih berganti.

Seri dan Acik masing-masing dah pandang mama tak berkelip, menunggu apa yang bakal ibu mereka nak kata.

Tadi...ada orang datang merisik Ucu. Mama senyum semakin lebar.

Seri tergamam. Dia pandang Acik yang turut tercengang.

Siapa ma

Mereka datang dari jauhdari Kelantan.

Kelantan Jai pun asal sana juga. Takkan keluarga Jai Acik keliru.

Acik kenal ke Acik menelan liur. Rancangannya dah tergugat.

Tak rasanya.. Mama jawab pendek.

Tapi macam mana dia kenal Ucu Ma kenal ke dia orang tu Acik tak puas hati. Segala rancangannya dah terbabas. Dia perlu berterus terang dengan mama dan papa.

Katanya..dia kenal Ucu masa Ucu kerja kat sana dulu..apa tu..NHES Mama berkerut kening.

Seri dongak. Matanya dah bulat. Takkan keluarga Jai

Err..Ucu kenal ke Acik berpaling pada Seri, mencari kepastian.

Err..entah..yang Ucu tahu..Ucu pernah pergi rumah Jai.. Seri berkata perlahan.

Hah Acik terlopong.

Seri tunduk.

Wait! Jadi selama ni Ucu dah kenal Jai

Seri angguk.

Dan Ucu pernah kerja dengan Jai Acik terbeliak.

Seri angguk lagi.

Acik tepuk dahi. Dia geleng.

Kenapa Mama pula bingung melihat gelagat Acik.

Ma pasti ke tu rombongan dari keluarga Jai Acik tanya pula mama.

Siapa Jai Mama berkerut dahi. Apa budak-budak ni cakap ni Siapa pulak Jai ni

Ma..Jai tu kawan Acik. Acik dari dulu lagi nak satukan dia dengan Ucu ni. Acik terpaksa berterus terang.

Hah Seri dongak. Matanya dah bulat. Tepat memandang Acik.

Ya! Abang yang rancang nak satukan Ucu dengan Jai. Selama ni Ucu masak untuk Jai. Jai yang nak makan masakan Ucu. Dan masa kat restoran tu..sebenarnya abang nak Ucu berkenalan dengan Jai.Acik tunduk. Dia kena berterus terang.

Jadi yang kena kek kat muka dulu tu pun Jai ke Seri tercengang.

Acik angguk.

Seri tunduk. Tak sangka selama ni abang sendiri nak kenalkan aku dengan Jai. Dan tak sangka juga Jai tu sebenarnya kawan abangnya sendiri.

Err..rombongan merisik tu dari keluarga Jai ke ma Acik dah resah. Kalau benar, dia lega.

Entah..tapi mereka hanya wakil dari keluarga pihak lelaki.

Errdia ada bagi gambar tak Acik dah tak tentu arah.

Tak ada pulak..ma pun lupa nak minta. Lupa nak tanya siapa orang tuanya. Kenapa Mama dah keliru. Gaya Acik dah lain macam.

Acik tarik tangan ibunya ke tempat lain. Seri hanya pandang kelakuan mama dan abangnya. Kenapa mereka ni Nak main sorok pulak! Rahsia apa pulak ni Seri bengang.

ACIK kembali bersama mama dengan wajah tersenyum. Seri dah penasaran. Senyum-senyum pulak dia orang ni..

Mana aci! Main sorok macam tu! Seri merajuk.

Ma rasa yang datang merisik tadi tu..tentu keluarga Jai. Macam mana Ucu terima tak Mama senyum. Dia kenyit mata pada Acik.

Entah! Seri muncung. Bincang belakang-belakang!

Kalau dah muncung tuterima la tu. Acik usik. Dia jeling mama di sebelah.

Seri bingkas bangun. Dia sambar tas tangan dan fail. Laju melangkah naik ke bilik. Mimpi apa Jai pinang aku Kan dia dah ada Lisa Kalau betul sekalipun, buat apa Hati dia untuk Lisa bukan untuk aku!

Dummm!!

Tengok tu! Tak habis-habis keras kepala! Acik geleng. Bunyi kuat pintu dihempas jelas memekak di gegendang telinga.

Mama turut geleng.

Ma..nanti Acik tanya Jai.. Acik minta diri untuk ke bilik.

Lepas makan malam, dia terus pulang ke rumah bujangnya. Dia perlu dapatkan kepastian dari Jai sendiri.