Abstrak Cinta Aku & Dia - 23
BAB 23

ZACK menjeling orang di sebelah dengan ekor mata. Orang di sebelah hanya membuat wajah selamba. Masa bertembung di pintu lif tadi, sempat juga memberi salam. Selepas itu, putus bicara. Dia pun tak tahu nak berbual apa. Jadi, senyap sajalah.

Sudahlah hanya mereka berdua saja yang berada dalam lif. Kerana terasa kekok dengan situasi itu, Zack melihat jam tangan. Sekadar mahu berbuat sesuatu. Baru pukul lapan pagi. Awalnya dia datang hari ni..

Selalunya, lif yang dinaiki untuk ke tingkat 14 ini bergerak laju. Tapi hari ini terasa perlahan pula.Terkedek-kedek macam kuda padi. Dari tadi bergerak, baru sampai tingkat enam. Bertambah janggal rasanya apabila senyap begini. Macam pasangan yang sedang bergaduh pula. Eceh!

Zareen mengekalkan wajah selamba. Sempat mengukir senyum nipis dan kemudian merenung ke arah nombor-nombor di sebelah pintu lif. Terasa agak resah namun cuba dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu terlepas laku seperti semalam. Segan apabila memikirkan hal semalam. Dia sendiri tidak pasti kenapa perlu terasa hati apabila melihat Kate dan Zack begitu rapat. Cemburu

Zareen hanya mengenali Kate sebagai kenalan biasa. Saling mengenali setelah mengunjungi agensi pelancongan di tempat Kate bekerja. Tidaklah rapat. Andai terjumpa, tetap menyapa. Dia memang tahu bahawa Zack dan Kate sangat rapat. Walaupun Zack mengatakan Kate hanya teman biasa namun kemesraan mereka seolah-olah menunjukkan mereka punya hubungan lebih dari kawan.

Zareen menggeleng perlahan. Apa perlunya dia memikirkan hal Zack dan Kate, lebih-lebih lagi, di waktu begini Dengan siapa Zack hendak berkawan, itu hak individu. Siapalah dia untuk masuk campur dalam hal Zack, bukan

Ehem. Zack pura-pura batuk.

Zareen menoleh dan senyum.

Awal Cik Reen sampai hari ni Akhirnya, Zack menegur juga.

Adik saya hantar, kenalah datang awal. Lagipun, saya ada meeting dengan Mr. K pukul sembilan. Jawab Zareen.

OhZack terangguk-angguk sambil merenung lama ke arah Zareen tanpa Zareen sedari. Senyum sinis terukir dibibir. Terdetik di hati untuk bertanya tentang hal semalam.

Cik Reen

Ya

Saya nak tanya soalan, boleh

Tanyalah.

Kenapa semalam, Cik Reen macam marah aje Zack melontar soalan.

Zareen tersenyum sumbing. Tak menjawab.

Awak cemburu ke saya keluar dengan Kate Zack menyoal lagi. Wajah Zareen yang berubah riak jelas di matanya. Tergamammungkin Biarkan. Dia menyembunyikan senyum.

Jawablah Zack menyambung kata.

Zareen menarik nafas panjang. Kenapalah soalan ini yang diberi padanya pada waktu begini

Kenapa pulak saya nak cemburu Zareen berusaha mengawal suara.

Zack senyum, sedikit sinis. Gaya macam cemburu

Zack. Awak nak keluar dengan siapa pun, itu hak awak. Saya tak ada hak nak masuk campur Balas Zareen.

Ting! Akhirnya sampai juga ke tingkat 14. Zareen lega. Sekurang-kurangnya topik tentang itu dapat dimatikan.

After you Zack bertindak budiman dengan membiarkan Zareen keluar dulu dari lif.

ThanksZack. Ucap Zareen, lalu melangkah keluar.

Zack mengiringi dari belakang. Senyap sehinggalah sampai di meja kerjanya.

AnywayCik Reen... Zack berkata apabila langkahnya terhenti di hadapan meja sendiri.

Zareen turut berhenti berjalan. Dia memandang Zack, menantikan lelaki itu menghabiskan ayatnya.

Cemburu tanda sayang

Zareen terkelu, namun masih cuba mengekalkan wajah selamba. Tergeleng seketika dan akhirnya tertawa kecil.

See yaZack. Langkah diatur meninggalkan Zack untuk ke bilik pejabatnya.

Zack hanya mengekor dengan pandangan mata. Senyuman terus kekal di bibir.

Zareen melangkah masuk ke bilik pejabatnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menyimpan beg tangannya di dalam laci meja.

Komputer dihidupkan. Kemudian dia duduk dan menyandarkan badannya di kerusi. Buat seketika fikirannya melayang. Nafas dihembus perlahan. Merasa sedikit kesal dengan diri sendiri. Malam tadi puas dia mengingati diri sendiri supaya lebih mengawal sikapnya.

Berstatus seorang pengurus janda anak satu. Sepatutnya, dia bersikap lebih matang. Bukan tergedik-gedik seperti gadis remaja yang baru kenal akan cinta monyet. Tapi bila berhadapan dengan Zack, semuanya jadi serba tak kena pula. Tak tahu mengapa, bila ada Zack, sikap tenang yang menjadi cermin dirinya hilang. Sudah lama dia tidak berperasaan beginisemenjak Asyraf pergi.

Zareen memejamkan mata. Secara tiba-tiba, dia merasa bersalah dengan arwah Asyraf. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia membuka mata. Telefon bimbitnya diperiksa.

(Akmal Omar)

Salam Reen. Abang dah sampai KL. Abang free pukul tiga nanti. Abang nak minta kebenaran Reen, nak bawa Irfan keluar. Boleh

Zareen menaip di telefon bimbit, membalas mesej Akmal.

(Zareen Hakim)

Wasalam. Boleh. Nanti Reen beritahu Zara, abang nak ambil Irfan petang nanti kat taska.

(Akmal Omar)

Thanks.

Bicara di telefon bimbit mati begitu saja. Akmal.

Zareen menarik nafas panjang lalu kembali memejamkan mata.

THE NICKYS

SELESAI membuat persembahan, Zack berjalan ke arah Kate dan Audrey serta tunang Audrey, Andy atau nama sebenarnya, Andrew. Ketika diperkenalkan awal tadi, Zack menyangka Andy berbangsa India, rupanya bukan. Andy berbangsa Serani.

Mereka berbual-bual seketika sebelum Andy dan Audrey mula berborak sesama sendiri, berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka.

Zack mencapai gelas berisi Coke di atas meja lalu isinya disedut beberapa teguk.

Zack, apa you rasa Tanya Kate.

Zack memandang Kate dengan muka tanda soal, tidak memahami tujuan Kate bertanya soalan itu secara tiba-tiba.

Apa you rasa, bila Liana tinggalkan you

Baru Zack faham soalan yang dilontarkan oleh Kate tadi. Wajah Liana menjengah minda seketika. Nafas dihela perlahan.

Apa rasanya ditinggalkan kekasih

Pastinya terluka dan kecewa. Namun Zack tidak pernah meluahkan kekecewaannya kepada sesiapa. Pada ibunya, dia cuma mengatakan dia dan Liana tidak serasi. Pada Hanif, dia sekadar memberitahu bahawa hubungannya dengan Liana telah putus.

Selebihnya, ditelan sendiri dan dia berharap luka di hatinya akan terubat seiring dengan peredaran masa. Lagipun, tak macholah anak jantan nak meratap hiba sebab ditinggalkan awek.

Zack...Panggil Kate setelah Zack mendiamkan diri agak lama.

Sucks. Jawab Zack setelah meneguk Coke lagi.

Kate memandang Zack, menantikan kata-kata seterusnya.

Minggu pertama, I rasa okey. Infact, rasa macam lega. Rasa macam, semua masalah yang I ada, dah selesai. Zack menyambung kata.

Minggu kedua, I mula rasa macamsomething is wrong. Macam ada benda hilang dari hidup I. Rasa kosong.

Minggu ketiga. I mula rindukan dia. Muka Liana ada kat semua tempat. Nak makan, nak tidur, nak mandi I akan teringat dia.

Minggu keempat. I cant stand it. SoI called her.

You called her Kate menyoal kembali.

Zack mengangguk.

Apa yang you cakap pada Liana

Tak banyak. Just, tanya khabarthats all.

Kate mengangguk.

Sebenarnya, masa I bercinta dengan Liana, I jarang call dia. Sehari sekali atau dua kali. Tapi, lepas putus dengan Liana, I rasa I call dia tiga, empat kali sehari. Mungkin lebih... Terang Zack.

KenapaYou rindu pada dia

MaybeI dont know. I cuma nak Liana tahu yang I masih sayangkan dia dan I masih ambil berat pasal dia. Liana pun ada beritahu yang dia terkejut sebab I call dia banyak kali. Liana cakapkalaulah I buat macam ni masa bercinta dulu, mungkin kami tak akan break-off. Zack melepaskan keluhan.

Kate mendiamkan diri. Wajah Zack dipandang lama. Dia tahu, masih ada yang terbuku dalam hati Zack, yang ingin diluahkan.

DuluLiana selalu komplen yang I tak serius dengan dia." Zack berterusan meluahkan perasaan yang selama ini disimpan sendiri.

"Apa yang Liana selalu komplen" Soal Kate.

"I jarang call and I jarang spend time dengan Liana. Lagi, dia kata I selalu lebihkan kawan-kawan I dari dia. Liana cakap, I tak faham dia. Shes my girlfriend but she didnt feel like she is my girlfriend.

Oh Kate turut sama melepaskan keluhan.

She also said thatI was not romantic at all

Kate ketawa besar kali ini menyebabkan Zack turut tergelak.

Sebab itu, Liana mahu putus dengan you

Lebih kurang macam tulah. Jawab Zack.

Mula-mula, I tak ambil serius pun dengan perangai Liana. I cuma rasa yang dia mengada-ngada.Tapi bila Liana minta putus, baru I sedar yang I silap. Dia girlfriend I, kan Jadi, I sepatutnya tunjukkan yang I ni sayangkan dia. I sepatutnya buat dia rasa istimewa tapi I tak buat macam tu. Thats my fault and I admit it.

Soon the sixth week. I cakap pada Liana yang I masih sayangkan dia. I akan berubah. I akan call dia every three hours kalau itu yang dia nak. Ill buy flowers for her. I will say I Love You to her every single day.I akan buat apa saja yang dia nakasalkan dia balik pada I.

IZack menarik nafas panjang sebelum menyambung kata. I even asked her to marry me.

GoshZackKate mengangkat muka memandang Zack. Then, what she said

She saidshe needs some times to think about it.

Kate terangguk-angguk lagi.

Two weeks after that, she updated her Facebook. She is in relationshipwith someone else.

Oh...shoot. Dia tak beritahu you apa-apa pasal tu

Nope. But I guess,it is her way of telling me the answerindirectly. Lepas tu, I pun tak call dia lagi.

So, that is my story.Zack mengakhiri cerita. By the way, Liana dah bertunang. Good for her. Dia dah move on so I rasa, I pun patut lupakan dia.

What Zack bertanya apabila Kate merenungnya agak lama.

Macam mana you pun boleh move onso easily

Zack menarik nafas. Not that easy. Liana is still in my friendlist...dalam Facebook. Every time I nak unfriend dia, mesti tak jadi. I stalked Facebook dia once in a while. Macam loser Akui Zack.

Kate tersenyum.

SoLiana is the first girl that you fell in love with Tanya Kate.

No.

No Kening Kate terangkat.

Liana is my first girlfriend. Masa I sekolah dulu, I pernah ada crush dengan one girl. Nama dia Farizah.

Kate tersenyum. What happen to her

Nothing happen. We're still in touch with each other. Tapi, dia dah lain, tak macam dulu. Perubahan Farizah terlalu banyak sampai I rasa, I tak kenal lagi siapa dia. Jawab Zack.

Kate meneguk air mineral.

Zareen dengan you, macam mana Soal Kate lagi.

Zack senyum dan mengangkat bahu, tanda dia tidak ada jawapan kepada soalan itu.

I thoughtyou like her Kata Kate.

Zack kekal tersenyum.

Why dont you tell Zareen, that you like her

Zack menggeleng.

Zack. You know what This is why Liana chose somebody else, not a loser like you.

Kata-kata Kate membuat Zack tersentap.What are you trying to tell me

You didnt fight strong enough to get her back. You justlet her go. If you love somebody, you should not let them go so easily. You should fight for it.

Ohfight for it. Okay. Zack ketawa sinis.

Jadi, ini sebabnya you tunggu Kevin sampai sekarang Walaupun you sedar yang Kevin takkan balik lagi pada you Balas Zack, separuh menyindir.

Kali ini, giliran Kate pula tersentap.

He will come back! Kate berkata sambil menggetap bibir.

Its been more than a year. Kalau Kevin sayangkan you, dah lama dia balik. Or at least, a phone call. Ini langsung tak ada. Even Facebook Kevin pun dah delete

Shut up.

Fight for it...konon. Buang masa aje you tunggu Kevin.

Kate memandang tajam ke arah Zack.

You should move on, Kate. Kevin will not come back and you know it.

Damn you, idiot!

Yeah. Tell that to yourselfidiot. Balas Zack.

You Kate tidak dapat meneruskan kata-kata.

Hey Kali ini, Audrey menegur.

Zack dan Kate menoleh. Baru mereka sedar, Audrey dan Andy sedang memandang mereka dengan kening terangkat.

Katecalm down. Audrey berkata perlahan lalu memegang tangan Kate.

And you. Audrey memandang Zack. Behave

Zack memutarkan biji mata. Pengawal Keselamatan Kate sudah memberi amaran. Buat seketika, masing-masing terdiam...agak lama. Dia memandang Kate yang sedang masam mencuka.Terasa bersalah pula. Dia menghembuskan nafas kasar lalu mengambil sebatang gula-gula Chupa Chups berperisa strawberi di atas meja. Setelah pembalutnya dibuka, dia menghulurkannya kepada Kate.

You are still an idiot. Kata Kate tetapi jarinya tetap mencapai Chupa Chups dari Zack.

Zack ketawa sambil menggeleng.

Zack.

Zack menoleh ke arah Joe Johari. Joe Johari memberikan isyarat untuk mereka memulakan persembahan sekarang. Zack menoleh ke arah Kate.

Pergilah Kata Kate. Rajuknya sudah hilang.

Zack senyum dan mengangguk lalu bangun mengikut langkah Joe Johari.

TAMAN MELAWATI

SEBAB anjing tu tamak, dia pun buang tulang dalam mulut dia. Lepas tu, dia terkam pulak anjing yang dalam sungai tu. Lepas terkam, baru anjing tu tahu. Rupanya, anjing yang dia nampak dalam sungai tu, bayang-bayang sendiri. Jadi, anjing pun basah kuyup, tulang pun tak dapat. Zareen mengakhiri kisah rakyat bertajuk Anjing Dan Bayang-bayang.

Irfan pula bertepuk tangan.

Sudah menjadi rutin harian Zareen, akan bercerita kepada Irfan sebelum tidur. Tak kiralah cerita apa, asal terlintas di fikiran. Cerita rakyat, cerita dongeng, kisah para Nabi. Pada Irfan, janji ada cerita walaupun mungkin telah diulang-ulang sebelum ini. Jika tidak, Irfan akan membuat muka merajuk.

Tahu tak, apa maksud cerita ni Sengaja Zareen menduga.

Tahu. Irfan menjawab dengan penuh keyakinan.

Apa

Anjing tu laparsebab tulang dia terlepas. Jawab Irfan menyebabkan Zareen ketawa.

Memanglah anjing tu lapar. Tapi dia lapar sebab dia tamak sangat. Kalau dia tak tamak, tak terkam bayang-bayang sendiri, mesti dia dapat makan. Maksudnya, kita tak boleh tamak. Kalau tamak, jadilah macam anjing tu. Dahlah basah kuyup, perut pun lapar.

Orang tamak, selalu rugi. Terang Zareen.

Ooohhh Irfan terangguk-angguk.

Irfan, dah malam sayang. Irfan tidur ya

Tapi, esok tak school. Irfan nak tengok kartun dulu.

Tak boleh sayang. Irfan kecik lagi, tak boleh tengok TV selalu.

Irfan mencebik . Kata-kata mama tidak dibalas tanda merajuk. Tangannya membelek-belek patung mainan Iron Man.

Ayah yang belikan patung tu ke Tanya Zareen, mahu memujuk.

Haah.. Jawab Irfan.

Tadi, Irfan pergi mana dengan ayah

Pergi main kat taman. Lepas tu, ayah bawa Irfan makan keepsi. Bessttttt Irfan mengangkat ibu jarinya.

Zareen tersenyum.

Lepas tu, ayah bagi Iron Man ni.

Lagi Irfan pergi mana dengan ayah

Tak pergi mana. Tu jeeee.

Oh Zareen mengangguk.

Mama

Ya

Kenapa ayah tak duduk dengan kita

Zareen menghela nafas lalu dilepaskan perlahan. Ayah kan kerja kat kampung.

Kawan Irfankan, ayah dia dengan mama diaduduk sekali

Sebab ayah kawan Irfan tak kerja kat kampung. Zareen memberi jawapan ringkas.

Suruhlah ayah kerja kat sini

Zareen menghela nafas lagi. Irfan. Kan mama dah cakap dulu. Ayah tak boleh duduk dengan kita. Ayah tu, bukan ayah betul Irfan.

Ayah betul dengan ayah tak betul, lain ke mama

Lain.

Ayah betul Irfan, dalam syurga kan mama

Zareen terdiam.

"Mama...." Panggil Irfan. Suaranya dikuatkan apabila Zareen tidak bersuara.

Zareen segera mengukir senyuman. Soalan jujur dari Irfan mengundang sebak dalam hati. Rambut Irfan diusap perlahan.

Ya. Ayah betul Irfan dalam syurga. Jadi, kalau Irfan nak jumpa ayah dalam syurgaIrfan kenalah jadi anak yang baik. Dengar cakap mama. Belajar rajin-rajin. Tak boleh nakal-nakal. Balas Zareen, perlahan. Irfan dilihat terangguk-angguk.

Tapi, Irfan nak jumpa ayah selalu. Masa kat kampung, hari-hari boleh jumpa ayah. Kata Irfan lagi. Ayah kali ini, merujuk kepada Akmal.

Mamamama sayang ayah tak

Kenapa Irfan tanya macam tu

Ayah cakap, kalau nak jumpa hari-harimama kena sayang ayah dulu. Baru boleh jumpa hari-hari

Zareen mendiamkan diri dan tersenyum sumbing. Tidak tahu apa hendak dibalas kepada Irfan.

Mamamama mesti sayang ayahtau. Nanti, Irfan boleh jumpa ayah hari-hari

Tau mama Tau Mama sayang ayah tau Irfan terus bersuara apabila Zareen masih mendiamkan diri.

Yalahyalah Akhirnya Zareen menjawab juga. Dah. Irfan tidur ya

Yey Irfan seperti teruja.

Dah, tidur. Suruh Zareen lagi. Pukul sepuluh setengah dah ni

Okey Balas Irfan lalu baring mengiring di katil.

Mama..mama Lima minit kemudian, Irfan bersuara lagi.

Apa dia, sayang Kan mama suruh tidur... Suara Zareen sedikit meninggi kali ini.

Nak kiss Jawab Irfan lalu bangun. Pipi kanan Zareen dicium.

Yang iniayah punya. Irfan berkata lagi setelah pipi kiri Zareen dicium menyebabkan Zareen tersentak sedikit.

Ayah suruh cakap I love you kat mama Irfan kembali berbaring di katil untuk tidur.

Akmal. Zareen menggeleng. Akmal memang pandai melayan karenah Irfan dan dia tahu betapa sayangnya Irfan pada Akmal.

Ayah cakap, kalau nak jumpa hari-harimama kena sayang ayah dulu. Baru boleh jumpa hari-hari

Terngiang-ngiang kata-kata Irfan sebentar tadi di telinganya. Betapa Akmal benar-benar berharap. Namun sehingga hari ini, Zareen masih belum mampu memberikan jawapan.

Zareen memejamkan mata. Wajah arwah Asyraf terbayang-bayang di minda. Bersilih ganti pula dengan wajah Akmal yang memang seiras arwah. Dan entah bagaimana, terselit pula wajah Zack di antaranya. Dia melepaskan keluhan.