GERAM dengan kejadian di pejabat siang tadi. Dirinya dirasakan seperti patung cendana. Bernyawa tapi kaku. Matanya beralih ke arah jam di dinding. Hampir sembilan malam. Sarah masih belum pulang. Mungkin ke rumah makciknya di Nilai. Zarina pula sudah berpindah sejak menjadi pramugari.
Satu pun tak ada cerita menarikAnis bingkas bangun dan mula menutup suis televisyen. Perlahan dia menapak ke tingkat atas.
Tengok tv pun, bosan dengan berita perkosaan dan rogol, bunuh, rompak yang saban hari terpapar di dada media. Laman facebook pula dibuka. Malam itu dia tiada kelas. Baru tadi dia terima e-mel dari pensyarah. Kelas dibatalkan. Jadi tiada nota untuk dia baca. Kelas praktikal pula hanya di hujung minggu.
Eh! Jay! Riak Anis mula ceria. Laju saja jarinya menekan papan kekunci menaip sesuatu.
Mawar Putih > Awak apa khabar
JS > Awak belum jawab salam saya
Mawar Putih > heheh. Maaf,teruja sangat. Waalaikumussalam.
JS > Awak sihat
Mawar Putih > Alhamdulillah
JS > Macam mana kerja
Mawar Putih > Till this date..ok la. Tapi..bos saya tu lain sikit
JS >Lain Maksud awak
Mawar Putih >Saya tahulah saya ni masih baru kat ofis tu tapi dia treat saya macam budak sekolah. Geram masih tak habis lagi ni
JS > Biasalah tu..lama-lama nanti okla. Macam saya ni..ada masalah pula..serba salah.
Mawar Putih > Masalah apa Kalau boleh saya tolong..
JS > Ingatkan bisnes ni senang, rupanya ada dugaan yang datang. Dugaan yang menjurus kepada kemaksiatan. Hmm..
Mawar Putih > Tak fahammaksud awak
JS > Saya kalau boleh tak nak cari rezeki dengan cara biadap. Biarlah rezeki tu halal..walaupun sikit. Apa pendapat awak
Mawar Putih > Hmmitulah dugaan bagi orang bisnes. Rasuah, perempuan semuanya habuan untuk mendapatkan sesuatu projek atau tender. Kalau wang yang kita kejar, semua tu bukan lagi jadi persoalan. Bedal saja! Tapi kalau berkat yang kita kejar, semua tu menjadi persoalan besar buat kita. Betul tak
JS > Betul tu..biar berkat rezeki. Terima kasih atas nasihat awak.
Mawar Putih > Bersyukurlah dengan rezeki yang ada, yang halal. Janganlah mengeluh tangan yang masih tidak dapat mencapai bintang tetapi bersyukurlah dengan kaki yang masih memijak bumi.
JS > Hmmtu salah satu nota awak yang saya pernah baca. Oh! Ya! Bila sebut nota niagaknya bila kita boleh jumpa Saya dah lama peram nota awak ni. Dah boleh buat pekasam!
Anis ketawa kecil. Hilang segala geram di hatinya. Pandai juga jejaka mat saleh ni berjenaka.
Mawar Putih > Awak ingat Alhamdulillahhmmsaya pun teringin nak jumpa awak. Tapi biarlah waktu kita bertemu nanti, awak sudah berubah menjadi seorang yang taat pada Allah.
JS > InsyaAllah..doakan untuk saya. Awaklah sahabat saya dunia akhirat. Dan saya tidak akan menolak sekiranya kita ada jodoh.
Mawar Putih > Awak lebih layak untuk gadis yang lebih baik dari saya. Saya ada banyak kekurangan..
JS > Saya bukan cari pasangan yang sempurna segala kerana saya tahu kita tak akan sempurna tapi saya mencari pasangan yang boleh menyempurnakan hidup saya sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang suami.Harta yang paling berharga buat seorang lelaki adalah seorang isteri yang solehah.
Sekali lagi Anis merenung kata-kata itu. Mungkinkah aku bertemu jodoh dengan jejaka yang tidak aku kenali Mungkinkah aku telah ditakdirkan dengan jejaka yang tidak pernah aku temui Ya Allah.
JS > Are you there
Mawar Putih > Ya...
JS > Maafkan saya. Saya faham kalau awak tak suka. Saya boleh terima.
Mawar Putih > Eh..bukan macam tu. Kita tak pernah jumpa dan belum saling kenal secara realiti.
JS > Ohkalau macam tuboleh kita berjumpa Nota awak ni kena pulangkan jugak.
Mawar Putih >Hmm..baiklah.
JS > Ok! Bila Hujung minggu ni boleh.
Mawar Putih >Err..hujung minggu ni Maaf..saya tak dapat. Ada hal penting..
JS >Tak apa. Mungkin lain kali.
Mawar Putih > Maaf ya. Bukan saya sengaja mengelak dari berjumpa dengan awak tapi saya benar-benar ada hal.
JS > Its ok.
Mawar Putih > Terima kasih kerana memahami.
JS > Kalau awak dah bersedia nanti, kita jumpa ya!
Mawar Putih > InsyaAllah
Anis lega. Jay faham situasinya. Masih ragu-ragu dengan Jay.
Telefon bimbitnya berdering kuat. Anis jeling skrin. Senyumannya semakin lebar.
Assalamualaikum mak!
Lama Anis berbual. Seketika kemudian telefon diletakkan perlahan atas meja. Kedua kakinya diangkat hingga rapat ke dada. Kedua lutut dipeluk erat. Panggilan telefon dari ibunya tadi berputar semula dibenak. Hujung bulan dia perlu pulang ke kampung. Nampaknya ada sesuatu yang penting. Tidak pula diberitahu masa berbual tadi.
Hmmapa pulak abang Man nak. Kalau pasal nikah, aku dah bagi kata putus dulu. Aku nak kerja dan berjaya dulu. Lagipun tak semudah tu aku nak terima lamaran dia. Ahpeningnya.. Anis menundukkan muka ke atas lutut. Sesekali dia merenung siling. Pandangannya dilempar pula pada skrin komputer.
Anis bingkas bangun menuju ke tingkap. Dia jenguk ke arah pintu pagar. Kelihatan Sarah keluar dari perut kereta berwarna hitam. Bukan kereta Razif. Jelas dia melihat Sarah tersenyum manis sambil melambai ke arah kereta itu sebaik kereta itu bergerak meninggalkan laman rumah.
Hmmsiapa pulak yang hantar Sarah Anis masih mengendap dari celah cermin tingkap. Cahaya lampu jalan masih belum cukup terang untuk dia melihat wajah jejaka yang sempat keluar menghantar Sarah hingga ke laman rumah.
Anis segera melompat ke atas katil sebaik pintu biliknya dikuak. Novel Dude! Im Getting Married! sempat disambar dari rak buku di tepi meja belajar. Membelek-belek kasar mukasurat yang belum dibaca. Dia kerling ke arah pintu. Nyata Sarah sudah tersenyum manis di situ.
Anis!!! Guess what Sarah meluru ke arah Anis. Kedua tangannya didepa luas. Tiba di katil, Anis dipeluk erat.
Eii!! Kau ni pun! Aku bukan laki engkau, nak cium bagai! Anis menepis muka Sarah yang ingin mencium pipinya.
Alahkaukan kawan baik aku. Takkan tak nak terima ciuman manis aku. Atau..kau menanti ciuman Prince Charming kau tu Sarah mula mengusik Anis.
Prince Charming Siapa Anis letak novel di sebelah. Matanya tepat memandang Sarah yang tersengih dari tadi.
Siapa lagi kalau bukan Imran!
Hish!! Choi!! Anis melempar bantal ke arah Sarah. Bercinta pun tak ingin! Berlagak! Lebih-lebih lagi bila dah jadi bos besar sekarang ni!
Sarah ketawa mengekek mendengar kata-kata Anis. Nampak sangat Imran dan Anis tidak sebulu. Namun jauh di sudut hati dia tahu, mereka berdua ada menyimpan rasa sesuatu.
Apa yang senang hati sangat ni Anis mula ubah topik.
Aku dan Zafran dah steady!! Sekali lagi Sarah memeluk Anis. Kali ini semakin kuat.
Maksud kauZafran balas cinta kau Anis pula yang teruja.
Sarah angguk.
Aku tumpang bahagia. Tapi kau kena ingat pergaulan kau tu. Jangan selalu keluar macam tadi. Malam baru nak balik. Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat cik Sarah oi! Anis mengingatkan Sarah.
Aku bukannya keluar berdua di tempat sunyi. Aku pergi makan jelah. Tempat ramai orang! Sarah masih pertahankan tingkahnya.
Memanglah tapi tak boleh diamalkan Anis pulangkan paku buah keras.
Kau ni lecehlah Sarah mula muncung.
Sarahaku bukan apa. Lebih baik sediakan iman sebelum maksiat!
Sarah pandang Anis dengan wajah keliru. Eh! Kiasan apa kau pakai ni
Tak kisahlah kiasan apa pun..janji kau faham. Anis betulkan baju tidurnya yang mula serebeh dipeluk Sarah tadi.
Baiklah Ustazah Anis Hanifah! Anak murid nak masuk bilik dulu. Nak mandi! Sarah cium bajunya sendiri dengan memek muka berkerut. Oh ya! Abang aku kirim salam!
Anis sekali lagi lempar bantal ke arah Sarah yang sedang menapak ke arah pintu bilik. Sempat dia mengelak bila bantal itu dilempar semula ke arahnya. Dia melihat Sarah yang mula hilang dari pandangan. Tak sangka, Zafran yang cuba memikatnya dulu kini sudah menjadi kekasih Sarah. Mungkin Zafran patah hati dengannya. Biarlah. Soal jodoh hanya Allah yang tahu. Manusia hanya merancang.