bab 23
JALAN-JALAN di kota raya semakin sesak dengan kereta yang menghimpit dari pelbagai arah. Lampu-lampu merah di bontot kereta masing-masing terserlah seakan mahu memberitahu betapa marahnya mereka dengan kesibukan jalan di situ.
Mata Ajai turut berpendar-pendar melihat kilauan cahaya brek kereta dari bahu jalan. Susahnya hidup di Kuala Lumpur. Di manamana tentu saja sibuk. Sudahlah bangunanbangunan padat, jalan raya pula sendat, Ajai bersungut.
Langkahannya semakin memanjang. Dia tidak mahu berhimpit-himpit di dalam monorel nanti. Bersaing bersama orang ramai yang pulang bekerja serta warga asing yang tidak terkira jumlahnya sangatlah mendesahkan. Dia perlu pulang awal supaya dapat mengulang kaji seperti selalu. Jika dia terlewat sedikit, pasti jadualnya akan berkalih. Kemudian, masa tidurnya terpaksa disingkatkan.
Badan yang sihat terbentuk daripada rehat
yang cukup, itulah yang sering diingatkan oleh penjaganya sejak awal tahun. Tahun yang bakal menyaksikan dia menduduki peperiksaan besar bersama teman-teman lain. Bukan teman-teman yang sama sewaktu di sekolah rendah dahulu. Malah, tidak ada seorang pun rakan barunya yang comot-comot seperti mereka di kampung.
Senyuman terukir di bibirnya kini. Lantas dia mengimbau memori lama zaman kanakkanaknya di kampung. Rakan-rakannya itu sekarang pasti sudah tidak berhingus lagi. Apit, Pejol, Epoi dan yang lain-lain tentu gembira bergelar remaja. Itu juga yang mereka dambakan sewaktu kecil. Saat menjamah jambu di bawah pokok, mereka berbual dan beranganangan memiliki motosikal. Asal melintas sahaja motosikal di hadapan, masing-masing berebut mengatakan itu motosikal idaman mereka. Epoi pula mengaku itu miliknya, tetapi telah dicuri oleh si penunggang yang tidak tahu apa-apa akan bicara kosong anak-anak kecil. Dusta-dusta sebegitu memang makanan budakbudak kampung. Angan-angan setinggi langit sudah sebati dalam diri. Maka, dari situlah persahabatan mereka menjadi lebih akrab sehingga kini.
Ajai, nanti di sana ajeh belikan mainan besar-besar untuk kan, ya Ajeh kaya nanti, bawa balik kampung banyak-banyak.
Ajai tersenyum mengenangkan permintaan
Apit. Kenangan bersama mereka tidak pernah
dilupakan. Ajai ada misi tersendiri di sini. Sejak dia melihat dunia luar dari Kampung Kelipuk, dia mula mendapat kekuatan untuk menyumbangkan jasa demi ranah asalnya. Maka sebab itulah petang ini dia di sini. Sanggup meredah kesesakan kota yang jarang-jarang dilihat sunyi sepi kecuali pada hari pertama Aidilfitri. Cikgu Isa juga membenarkannya ke sini. Ini bukan kali pertama dia bergelandangan di kota. Cuma, bezanya pemergian kali ini bersama misi insani. Alasan itulah juga digunakannya untuk meloloskan diri daripada perintah berkurung ciptaan Cikgu Isa menjelang
PMR.
Berdasarkan sumber rujukan kami, hanya ada dua maksudnya. Yakni suku kaum Orang Asli dan halkum. Tetapi, berkemungkinan besar terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain.
Hati Ajai mula berbunga. Kelopaknya pula mekar mengharum seisi negeri hati. Rasa mahu menjompak sahaja. Mujur kewarasan masih menguasai diri.
Tetapi, mengapa masyarakat kita menggunakan istilah jakun itu dengan konotasi yang lain. Lebih malang lagi, perkataan itu digunakan untuk tujuan menyindir. Bagaimanakah pula perasaan masyarakat Orang Asli Jakun Tentu mereka berasa tersinggung. Ajai berusaha untuk membuktikan kebenaran.
Walau bagaimanapun, dia turut mengakui apa yang diperkatakan pegawai terbabit. Mungkin ada daerah yang memaknakan istilah itu dengan maksud lain. Namun, apakah rasionalnya Adakah mereka tidak terfikir tentang sensitiviti suku kaum Jakun yang juga orang asal di tanah bertuah ini
Soalan yang itu saya tiada jawapan. Mudah kata, bertuturlah dengan laras yang sopan agar insan sekeliling tidak terasa dengan apa yang kita ujarkan. Kamus yang disediakan pihak kami itu jadikanlah sebagai rujukan.
Ajai hampir tiba di stesen monorel Hang Tuah. Kini, dia bersama pencuri masa yang lain berlumba secara senyap-senyap. Langkahan mereka diperbesar. Dalam gegasnya, masih terkesan lagi dialog bersama seorang pegawai di pusat rujukan bahasa sebentar tadi. Ajai tersenyum lebar. Mungkinkah ini suatu kemenangan awal Tetapi, bagaimanakah caranya pula untuk dia mempertahankan hak asasi bangsanya itu
Minta berhenti sekejap!
Sekonyong-konyong dua anggota polis lengkap yang beruniform biru gelap mematikan kemaraannya. Sendi-sendi di tubuhnya terkunci. Lantas dadanya bagai dipam laju seiring derau yang menyirap pembuluh darah.
Kamu dari mana Kamu ponteng sekolah Salah seorang daripada mereka
mene bak rambang. Bengisnya tiada, tetapi pertanyaan keras itu sudah cukup membuatkan getaran pada patela Ajai makin meligat.
Er ... tak. Saya tak ponteng sekolah, balas Ajai terketar-ketar.
Betul Lengkap berpakaian sekolah macam ini boleh datangkan syak. Minta kad pengenalan.
Sekali lagi gelisah membanting tembok jiwanya. Dia langsung tidak pernah berpeluang melihat kad pengenalan sendiri, apatah lagi untuk diperlihatkan kepada dua orang anggota polis di hadapannya kini. Ajai mula goyah. Serentak itu, banyak pasang mata merakami dirinya di tengah-tengah kota. Termasuk pelancong asing sama ada yang berkulit putih mahu pun berkulit hitam.
Cepat, tunjukkan kad pengenalan! Seorang anggota polis yang kumisnya agak tebal membentak.
Saya tak ada kad pengenalan.
Umur kamu berapa
15 tahun, perlahan dijawab Ajai.
15 tahun masih tak ada kad pengenalan Beginilah, kamu ikut kami ke balai. Kita cerita di balai.
Lengan Ajai ditarik. Kasar layanan terhadapnya. Dia buntu memikirkan cara untuk
menyelamatkan diri. Akhirnya, diturutkan jua pinta pihak berkuasa itu. Langkahnya bersama dua anggota polis ini dipimpin oleh doanya kepada Ilahi di dalam hati.
MALAM sedang bersiap-siap untuk datang. Di dada belau langit pula beberapa gumpalan awan jingga terkedek-kedek berkawad sempena menyambut kehadiran malam.
Tok Batin Kutam berdiri menyandarkan rusuk kanannya ke bingkai pintu rumah yang terbuka. Seperti biasa, anak-anak anjing peliharaannya akan berseronok-seronok di tepi bangsal. Sekejap bangkit menyondolnyondolkan muncung pada tayar kereta ketua kampung itu, kemudian tidak sampai seminit akan terduduk semula.
Pokok rambutan di hadapan rumah semakin memerah. Buah-buahnya merah terang bernyala umpama mata seekor serigala yang bersembunyi di celahan kelam malam.
Ingatan Tok Batim Kutam kembali ke tiga tahun lalu. Saat rombongan guru dari SMK Lembah Pantai menziarahi penduduk Kampung Kelipuk suatu kala dulu. Pulangnya mereka, ranting pokok di hadapan inilah yang menemani rombongan tersebut ke kota.
Tok Batin Kutam melepaskan nafas tuanya.
Serentak itu kakinya melangkah masuk ke perut
rumah. Ditinggalkan pemandangan senja yang setia di luar. Sejurus tiba di sofa kusam itu, dia melabuhkan punggungnya perlahan-lahan sambil kedua-dua belah tangan menongkat paha yang sudah longlai.
Wajah Ajai berlegar di cepu kepalanya. Rindu dia kepada cucu mendiang Tok Keman. Rasa rindu itu tidak hadir sendirian, malah ia hadir bersama jelmaan Tok Keman seperti dalam mimpinya malam tadi. Secebir mimpi yang membangkitkannya daripada terus hanyut dielus pawana malam.
Aneh sekali. Tok Keman berpesan kepadanya supaya mencari Lazim di Kuala Lumpur. Wajah Lazim pun sudah kabur di mindanya, masakan pula mahu dicari di bandar raya yang dia sendiri tidak pernah mesra. Yang paling memeranjatkan ialah pengakuan Tok Keman tentang status sebenar Ajai. Tok Batin Kutam benar-benar kusut. Pusing memikirkan konflik hidup Ajai.
Tokki tahu di mana Cikgu Isa itu tinggal Saya perlu mencarinya segera. Ini tanggungjawab saya.
Tok Batin Kutam teringatkan kata-kata Lazim saat pertama kali mereka bertemu.
Pemuda itu ada mengaku bahawa dia mengenali Ajai. Sepucuk surat yang sudah berkeremuk dijadikan bahan bukti. Lalu dibacakan apa yang tertulis di atas kertas putih itu bersungguhsungguh.
Hati Tok Batin Kutam mula bercabang ketika mata Lazim berladung. Namun, memikirkan kesungguhan Cikgu Isa, rasa insaniah menyelinap dalam kalbunya. Lazim mahu mendapatkan alamat Cikgu Isa semata-mata untuk menemui Ajai. Entah apa pula yang akan dilakukannya. Silap hari bulan, Lazim yang datang dengan kereta mewah itu sebenarnya seorang penculik. Maka sebab itulah dia tidak berani menyatakan tempat tinggal Cikgu Isa. Sebaliknya hanya nama guru itu sahaja yang dikhabarkan.
Namun, mimpi malam tadi seakan menyebelahi Lazim. Tok Keman menyuruhnya menemui pemuda itu di kota bagi menjelaskan identiti sebenar Ajai. Soalnya, adakah mimpi itu benar Bagaimanakah pula jika mimpi itu hanya mainan tidurnya Sudah tentu yang akan menjadi mangsa ialah Cikgu Isa. Jenuh guru itu menjaga Ajai selama tiga tahun. Cuma disebabkan secebis mimpi anehnya malam tadi, terkuburlah harapan Cikgu Isa untuk mempunyai teman hidup sehingga akhir sisasisa usianya.
Cikgu, jaga Ajai elok-elok, ya. Didik budak itu sehingga menjadi orang besar supaya nanti dia boleh jadi contoh kepada anak-anak Jakun di sini.
Ya, Tokki. Saya akan jaga dia seperti mana anak saya sendiri. Sementara hidup ni, saya mahu nikmati kehidupan selaku seorang bapa yang berbakti. Usah Tokki bimbang.
Baiklah. Cikgu jangan tinggal makan ubat. Jika teringin berubat di sini sekali-sekala beritahu saya. Nanti saya carikan poyang yang bagus.
Keluhan demi keluhan merayap di sekitar ibu rumah. Tok Batin Kutam tidak senang duduk. Pandangannya senantiasa berkalih di sekitar ruang tamu. Dia semakin buntu. Sama ada mahu melunaskan pesan mendiang Tok Keman dalam mimpinya atau terus berbuat dungu.
Tiba-tiba merecup hidayat dari akalnya. Dia berhajat untuk menunggu mimpi seumpama itu lagi. Andai Tok Keman hadir lagi mengganggu malamnya, nescaya akan diturutkan pinta sahabat lamanya itu. Jika benar-benar berlaku, dia perlu meninggalkan tugasnya di kampung ini sementara mencari Cikgu Isa nanti. Kemudian, barulah dia akan berkira-kira untuk menemui Lazim.
Sekarang, barulah dia boleh tersenyum. Lega segala sendi yang beralur di otaknya. Kebuntuan tadi menyebabkan otaknya berpeluh berfikir. Seluruh badan tua kerepot itu jadi lesu akibat terlalu berahi mentakwilkan mimpi.
Kain cukin yang terampai di tingkap pun dicapai. Semoga selepas mandi nanti keadaan akan bertambah baik.
BEBERAPA anggota polis dilihat berbincang sesama sendiri di sudut pintu masuk balai. Beberapa saat kemudian, Ajai muncul dari arah belakang dengan kemeja-T putihnya. Uniform sekolah telah pun dilucutkan sejak dia dikehendaki menyertai tahanan lain dalam bilik kurungan itu.
Cikgu Isa memerhatikan gerak Ajai. Sayu hatinya melihat anak jagaannya itu terpaksa mengharungi detik pahit selama beberapa jam di dalam lokap. Dia tahu, Ajai sangat asing dengan situasi segitu. Lagi pula mungkin dialah yang paling muda dalam kalangan mereka. Cikgu Isa cepat-cepat beristighfar kerana bencana itu berakar daripada kesilapannya.
Ajai yang diapit dua anggota polis lain menuju ke arahnya. Dia dapat melihat dengan jelas Ajai menundukkan kepala. Mungkin berasa malu akibat panahan mata orang sekeliling.
Cikgu Isa puas menyeranah dirinya sendiri. Pasti selepas ini Ajai akan menarik mukanya lagi. Paling sekejap pun dua hari.
Encik ini cikgu Ajai tanya seorang anggota yang tegap dadanya.
Ya, saya Cikgu Isa. Ajai di bawah jagaan saya, balas Cikgu Isa dengan nada perlahan.
Seraya itu, datang seorang pegawai polis menarik lengan Ajai. Mereka berdua menuju ke
kaunter. Cikgu Isa cuma memerhatikan sahaja tingkah kedua-duanya. Kemudian, dia melihat Ajai dihulurkan sebuah beg dan sehelai uniform sekolah milik remaja itu. Ajai menguntumkan senyuman kemesraan dan dibalas oleh anggota polis itu.
Cikgu, boleh saya tanya sesuatu Anggota polis tadi menyambung pertanyaannya.
Apa dia, encik
Ajai memang tak ada kad pengenalan
Cikgu Isa gemuruh. Dia tidak menyangka soalan begini akan timbul lagi kerana keterangan telah pun diberikan sejam yang lalu. Namun, sebagai menghormati profesion kepolisan, dia akur.
Benar. Saya ambil Ajai dari perkampungan Orang Asli dan dokumen tentang kelahirannya memang tiada. Jadi, sukar bagi saya untuk memohon kad pengenalan Ajai. Sekarang, memang saya sedang usahakan, jelas Cikgu Isa penuh yakin.
Cikgu, setiap individu di negara kita perlu memiliki kad pengenalan yang sah. Jika tidak, ia akan menjadi satu kesalahan. Tambahan pula, ia dapat membezakan status kewarganegaraan. Untuk pengetahuan cikgu, kebanjiran warga asing telah meningkatkan kadar jenayah di negara ini. Jadi jika Ajai gagal membuktikan dirinya rakyat yang sah di negara ini, kami boleh dakwanya sebagai pendatang
dan berkemungkinan besar dia mungkin juga seorang penjenayah.
Cikgu Isa terlopong. Sampai begitu sekali tingkat kesalahan individu yang tidak memiliki pengenalan diri. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaaan Ajai ketika disoal siasat di dalam lokap beberapa jam lalu.
Saya faham, encik. Saya sedang usahakannya. Minta maaf sekali lagi, Cikgu Isa mengakui kesilapannya. Serta merta tangannya dihulurkan untuk berjabat dengan pegawai tersebut. Lalu dia memohon mengundurkan diri dan meminta izin membawa pulang Ajai bersama. Urusan di balai polis itu pun selesai.
Dia dan Ajai keluar dari balai polis tepat jam 10 malam. Suasana kota pada waktu malam tidak banyak bezanya dengan siang. Kuala Lumpur tidak mungkin sepi selagi penduduk kota masih ligat beraksi seperti di siang hari.
Ajai, kamu dah makan Suara Cikgu Isa menyisip antara hiruk-pikuk kekalutan kota. Sedari tadi dia mengulum kata, baru kali ini berkesempatan diluahkan. Batuk-batuk kecilnya juga sempat menyelit.
Ajai tidak menjawab biarpun sedikit tergoda mendengar batukan guru itu. Retinanya diarahkan tepat ke tengah jalan. Sengaja dibiarkan kereta-kereta di datar hitam itu melenyek pandangannya. Mungkin dia lebih rela pandangannya dibelasah kenderaan yang
meluncur laju daripada memandang roman muka guru itu.
Cikgu Isa jelas dengan protes yang ditunjukkan Ajai. Lagak Ajai membuatkannya rasa bersalah. Terlalu berat dosanya kepada anak Jakun itu. Lautan jiwanya juga turut bergelora tidak keruan. Mahu saja dia merentap keluar jantungnya supaya berhenti melarikan darahdarah yang bersebati dengan resah.
Mereka terus berdiam diri. Cikgu Isa mengalah. Masalah yang dialaminya makin bercambah dari hari ke hari. Penyakitnya juga terus-menerus menghambat usia hujungnya. Tekanan mula dirasai dan menusuk-nusuk ke dalam rongga-rongga akalnya. Melihat tindakan Ajai sedemikian, dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Makanan akan dibeli bungkus sahaja dari restoran tepi jalan.