AIRISH! pintu itu diketuk. Tiada jawapan.
Afiqa dihinggapi rasa hairan. Entah bila Airish balik, dia langsung tak sedar. Tahu-tahu sahaja
keretanya sudah terparkir elok di garaj.
Saya masuk ni ternyata soalan itu tidak juga memberi sebarang jawapan.
Akal Afiqa tanpa berfikir panjang menghantar arahan pada otaknya. Lantas, pintu itu dibuka seluas mungkin. Dicari-cari wajah yang ditunggunya seharian itu. Mana dia ni Seketika kemudian, Afiqa menggeleng melihat Airish yang sudah berselubung dalam selimut tika itu.
Kenapa dengan lelaki ni Sakitkah Wajah pucat itu ditenung. Bibir lelaki itu yang turut berubah warna. Paling mengejutkannya adalah tangan lelaki itu menggeletar. Tangan Airish dicapai Afiqa. Kuat benar lelaki itu menggeletar.
Afiqa cemas. Dahi lelaki itu disentuh. Ya, Allah! Panasnya!
Airish! Awak sedar tak ni...
Tubuh Airish digoncang-goncangkan sedikit. Lelaki itu masih memejamkan rapat matanya menyebabkan Afiqa disapa debaran yang kian rancak.
Airish...
Mata lelaki itu akhirnya terbuka. Afiqa menghembuskan nafas kelegaan. Dahi Airish disentuh lagi. Panasnya.
Tanpa melengahkan masa, Afiqa membawa bekas berisi air bercampur ais dan tuala bersih di tangannya. Dengan pantas dia melabuhkan punggung di sisi katil lalu membasahkan tuala tersebut dengan air berais. Tuala tersebut dibasahkan dahulu di leher Airish sebelum dibasahkan sekali lagi dan diletakkan ke dahi suaminya itu.
Lama matanya tertacap pada tubuh yang mengigil di sebalik selimut tebal itu. Rasa kasihannya tertumpah. Jelas matanya menangkap gigilan di tubuh dan di bibir lelaki itu. Lantas, langkahnya disusun menuju ke arah biliknya. Telefon bimbit dicapai sebelum mendaratkan jarinya di papan kekunci itu. Selang beberapa saat, Afiqa beransur ke arah dapur.
Makanlah..., Afiqa menyuakan semangkuk bubur ayam.
Airish hanya menggeleng.
Makan sikit, alas perut awak tu. Lepas tu baru boleh makan ubat, ye... pujuk Afiqa lembut.
Bukan dia tidak tahu perangai lelaki ini. Manja bukan main bila jatuh sakit.
Airish kaku. Badannya mengeras sebaik sahaja mendengar pujuk rayu Afiqa. Mulutnya dibuka juga. Menurut kehendak isterinya. Sesudu demi sesudu bubur itu masuk ke dalam mulutnya. Kerongkongnya terasa perit setiap kali hendak menelan.
Tak sedap!
Afiqa mengetap giginya. Sudu suapannya sengaja dimasukkan kasar ke dalam mulut lelaki itu.
Aduh, perlahanlah sikit! Saya sakit ni....
Peduli apa saya. Menyesal saya jaga awak!
Airish tersenyum sendiri.
Dahlah, aku tak nak. Aku dah tak boleh nak telan... nanti aku muntah, kau jugak yang susah, Airish merengek manja dengan harapan rengekannya akan mendapat simpati Afiqa.
Afiqa yang mendengar, kaku dibuatnya. Alahai. Naik lemah lutut aku. Perlu ke merengek macam tu Akhirnya Afiqa mengalah. Dia menghulurkan segelas air suam kepada Airish. Lelaki itu meneguk perlahan air
tersebut dan menelan ubat yang baru sahaja diletakkan di tapak tangannya oleh Afiqa.
Cantik.
Afiqa tercengang. Bila masa lelaki itu pandai memujinya Tubuh Afiqa mengeras tiba-tiba. Kepalanya yang terasa sungguh berangin membuatkan dia kaget. Rambutnya yang berjuntaian di dahi akibat angin penghawa dingin menyebabkan Afiqa tidak mampu berkata-kata.
Cantik betul bila kau tak pakai tudung. Aku uwek!
Membulat mata Afiqa memandangnya. Habis bubur yang ditelan lelaki itu dimuntahkan atas ribaannya. Afiqa kehilangan kata-kata. Dipandang belakang Airish yang masih menunduk. Lelaki itu masih lagi mengerang, memaksa agar dimuntahkan semuanya.
Afiqa memejamkan mata. Tangannya naik
menyentuh belakang Airish. Lalu, belakang itu diusapusap lagi. Tubuhnya tidak bergerak, menadahkan segala muntah lelaki itu ke atas ribaannya. Berkali-kali air liurnya ditelan. Tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Rasa mual yang mahu datang, ditahan sekuat mungkin. Bimbang akan mengguriskan hati suaminya.
Sekian beberapa minit berlalu, Airish berhenti. Kepalanya diangkat, menentang pandangan Afiqa. Isterinya itu hanya tersenyum. Mata Afiqa kelihatan berair.
Aku mintak maaf.
Tak apa... awak dah lega
Airish hanya mampu mengangguk.
Kalau macam tu, saya pergi bersihkan diri dulu, ya
Airish menghantar pandang pada Afiqa yang sudah bangun sambil tangannya menaikkan baju meninggi. Menadah muntah Airish daripada menitis ke atas lantai. Langkahnya dilajukan sekuat mungkin.
Sampai sahaja di kamar mandi, takungan berisi muntah suaminya itu dilembangkan ke dalam mangkuk tandas. Bau yang memualkan menyebabkan Afiqa gagal menahan rasa.
Uwek! giliran Afiqa memuntahkan segala isi perutnya.
Rasa perit di perutnya ditahankan. Tangannya yang melekit dengan muntah dibilas dengan sabun beberapa kali.
Mandi lagi! Nasib... oh, nasib!
HAMPIR mencecah tengah malam. Suhu badan Airish masih lagi sama. Tidak berubah paras panasnya itu. Afiqa semakin diburu cemas. Belum pernah dia menjaga orang sakit.
Apa aku nak buat ni
Afiqa tidak mampu berdiam diri lagi. Tangannya mengigil. Tidak pernah dia serisau ini. Melihat demam Airish yang sungguh panas itu sangat menakutkannya. Lelaki itu masih lagi mengerang kesejukan di dalam selimut.
Bunyi deringan handphone menyentakkan Afiqa. Terus, telefon bimbitnya dicapai. Segumpal nafas lega dihela apabila Katrina yang menelefon.
Rina! Tolong aku, sambut Afiqa laju.
Kenapa Kau kenapa Katrina mulai berdebar. Mendengar sahaja suara cemas Afiqa membuatkan jantungnya berdetak seribu.
Airish demam panas. Aku risau sangat Tak pernah jumpa lagi dengan orang yang demam panas macam ni. Macam mana ni desak Afiqa.
Talian yang sunyi sepi di hujung sana membikin bimbang Afiqa semakin mengganas.
Assalamualaikum, Fiqa.
Afiqa terdiam. Agak kaget apabila suara Zuraidah yang mengisi ruang menggantikan Katrina.
Waalaikumsalam, mama..., ceritanya diulang kembali pada mama angkatnya itu.
Cuba Fiqa guna ibuprofen. Ubat tu boleh turunkan suhu badan kalau demam dah teruk sangat.
Apa tu Mana Fiqa nak cari tengah-tengah malam macam ni Afiqa resah sendiri.
Masih ada ke farmasi yang buka tengah-tengah malam begini Aduhai! Nak sakit pun tengah malam macam nilah! Nak dibawa ke hospital, lelaki itu merengekrengek tak mahu. Macam budak kecil! Akalnya dikerah sekuat mungkin. Cuba mengingati deretan jalan raya berdekatan perumahannya. Berharap benar wujudnya farmasi atau klinik di situ.
Cuba cari dulu. Ada klinik yang buka 24 jam.
Afiqa menjeling waktu yang bedetik tika itu. Sudah mahu menjangkau ke arah sebelas malam. Lantas, tanpa membuang masa, baju sejuk dan tas tangannya dicapai usai menamatkan panggilan bersama Zuraidah.
Tidak lama selepas itu, Afiqa kembali terkocohkocoh masuk ke dalam bilik. Turun naik nafasnya menahan getaran di dada. Di tangannya tergengam kemas plastik kecil bewarna putih dan segelas air suam. Airish, bangun... makan ubat ni.
Kepala Airish diangkatnya sedikit. Airish sekadar menurut. Tidak banyak berbicara. Ubat itu disuapkan Afiqa sendiri diikuti beberapa teguk air suam.
Teruk sangatlah demam awak, Airish. Esok kita ke kliniklah. Tak! Kita ke hospital! bergetar suara Afiqa memecah halwa pendengaran Airish. Dahi Airish ditampalkan Cool Fever yang dibelinya di 7-Eleven bersebelahan klinik. Mujur ada untuk dewasa.
Tak nak...! rengek Airish terus.
Mana boleh tak nak kalau macam ni. Panas ni.
Saya takutlah..., suara Afiqa berubah nada. Air mata yang bergenang ditahankan sebaik mungkin. Sebaknya menjadi-jadi.
Kau menangis
Saya takut ni. Janganlah nak main-main. Panas sangat ni. Saya tak pernah jaga orang sakit macam awak ni. Kritikal.
Pipi Airish disentuh sebelum tangannya naik menggosok-gosok lengan suaminya itu. Dia sudah hilang idea. Mahu bergantung harap pada siapa. Bella Gadis itu sedang outstation. Mama dan papa Airish Sumpah, dia tidak berani!
Jangan risau... nanti baiklah demam ni. Aku
sejuk....
Sejuk Nanti saya ambilkan selimut lagi.
Tak nak... peluk aku.
Mata Afiqa membulat. Peluk
Peluklah!
Suara arahan itu bagaimanapun kali ini tidak menjengkelkan Afiqa, sebaliknya dirasakan seperti meminta pertolongan pula. Tidak tahulah jika telinganya yang sudah tersalah dengar.
Airish menarik lengan Afiqa dan membaringkan tubuh gadis itu di sebelahnya. Afiqa yang belum bersedia apa-apa, langsung kaget. Kuat pegangan Airish pada bahunya. Langsung tidak diberi ruang untuk Afiqa tidur dalam keadaan selesa. Kepalanya rapat bersandar di dada Airish dengan badannya yang mengiringi menghadap Airish yang sedang berbaring itu.
Just stay like this. Thisll works.
Afiqa kaku. Sempat matanya menyoroti pelukan hangat Airish pada bahunya. Bibirnya tersenyum sendiri. Boleh mampus dia jika Airish tahu dia sedang tersenyum begini!
OH, awak dah bangun gemersik suara Afiqa berdendang di siang hari sewaktu Airish baru sahaja bangun dari ulitan mimpi.
Senyuman berbalas sesama sendiri tatkala Afiqa datang membawa dulang sebelum diletakkan di hadapan Airish. Ternyata, apron yang tersarung di tubuh Afiqa membuahkan ketawa kecil di bibir Airish. Afiqa mencebik. Dah sembuhlah tu.
Afiqa duduk di birai katil. Matanya sempat menjeling Airish tapi dilarikan segera tatkala pandangan mereka bertaut. Rasanya tak boleh nampaknya untuk dia berbalas pandangan Airish buat masa ini dek rasa malunya pada insiden semalam. Dahi Airish disentuh dengan belakang telapak tangannya.
Alhamdulillah. Panas awak dah surut sikit.
Airish kelihatan tercengang. Dahinya disentuh tibatiba. Kemudian, dia mengeluh berat.
Kenapa Afiqa menyoal. Pelik dengan sikap suaminya yang tidak terjangka itu.
Airish sekadar menggeleng seraya tersenyum tawar.
Makan tau. Ni ubat ni sekali.
Airish mengangguk sahaja tanpa sebarang banyak bantahan. Afiqa tersenyum senang. Langkahnya kemudian disusun ke bawah semula. Ada banyak kerja yang perlu dibereskan.
Di dalam kamar Airish pula berbeza ceritanya. Airish masih lagi menghadap akan hidangan yang disediakan Afiqa. Satu suapan pun tidak berjaya dilunaskan sendiri. Kepalanya terasa seperti mahu dihantukkan ke dinding sahaja.
Kau dah gila, Airish!
Dadanya disentuh. Jelas rentak jantungnya sudah lari dari tempo yang normal. Terus, bagaimana Sudu itu dipandang lagi. Kenapa dengan aku ni Takkan tibatiba tak berselera pulak. Aku nak dia suapkan aku ke
Takkanlah!
TING TONG!
Bergegas Afiqa menuju ke arah pintu utama. Apron masih tersarung di tubuhnya belum lagi sempat ditanggalkan. Baru sahaja pintu dibuka, biji matanya pula yang bagaikan mahu melompat keluar dari soket mata apabila terpandang susuk tubuh yang sedang berdiri di luar.
Selamat pagi.
Sapaan Dhia Anna benar-benar mengejutkan Afiqa. Tajam matanya menikam pada anak mata hitam gadis itu yang asyik memanjangkan lehernya ke dalam ruangan rumah. Afiqa yang perasan tentang itu, pantas turut menggerakkan kepalanya mengikut rentak di mana kepala Dhia digerakkan.
Assalamualaikum!
Wajah Dhia memerah. Termalu dia dibuatnya kerana terlanjur mengucapkan selamat pagi.
Hm... waalaikumsalam....
Ada apa soal Afiqa. Dingin.
Airish ada Macam mana dengan dia
Bagaimana Dhia boleh tahu keadaan Airish Rasanya, dia hanya memberitahu Katrina dan mamanya sahaja.
Alhamdulillah. Sihat sejahtera.
Benci sungguh Afiqa melihat wajah Dhia yang kurang percaya itu.
Oh, I ingatkan dia demam.
Afiqa menghembuskan nafasnya lembut. Cuba mencari kekuatan. Bukannya dia takut, tapi mencari kekuatan agar terus bersabar. Kalau tak, dah lama aku tarik rambut perempuan ni sampai botak kepala dia!
Cik Dhia Anna, Tengku Airish Shah itu adalah suami saya. Saya tahu macam mana nak uruskan kalau dia demam sekalipun. Jangankan kata demam, kalau dia sihat begini pun saya tetap uruskan dia. Makan, minum, pakaian... semuanya saya yang uruskan. Jadi saya rasa tak manis Cik Dhia bertandang seawal pagi macam ni kat rumah orang memandangkan suami saya sudah ada isteri yang mampu menjaganya, ujar Afiqa tegas dan berbaur sinis. Geram, ditambah pula dengan perasaan sakit hati.
Maaf, I cuma bimbangkan keadaan dia sebab semalam dia berlakon dalam hujan lebat dengan saya. Sebelum balik semalam, dia bersin tak berhenti sampai cemas I dibuatnya. Tapi, kalau awak dah cakap dia sihat, baguslah.
Terima kasih sebab sudi bertandang ke sini, balas Afiqa. Suaranya masih lagi dingin, malah bertambah beku pula. Langsung tiada riak wajah yang manis dipamerkan.
Sama-sama. Saya balik dululah....
Hati Afiqa bersorak riang apabila melihat langkah itu disusun keluar menuju ke kereta yang diparkir.
Dengan kasar, pintu rumah ditutup sejurus kereta yang dipandu Dhia meluncur meninggalkan kawasan rumah. Timbul dalam mindanya, apakah sebenarnya hubungan Dhia dan Airish dulu. Terlalu rapatkah Ya, dia memang sedia tahu yang mereka bekas kekasih namun benarkah mereka serapat itu
Ditenangkan secepat mungkin perasaannya sendiri. Cepat-cepat Afiqa membuang rasa marah dan cemburunya buat seketika. Airish masih kurang sihat. Itu lebih penting untuk difikirkan. Apabila direnung semula, bagus juga lelaki itu jatuh sakit. Maknanya, Airish akan lebih meluangkan masanya bersama dirinya. Dia harus menggunakan peluang ini untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang kesukaan dan perkara yang tidak disukai Airish.
Sikap ambil berat terlajak gadis itu tadi membuatkan Afiqa dapat membaca perasaannya yang sebenar. Sedarlah Afiqa bahawa dia sudah ada pencabar baru!
Dhia!
AFIQA mengeluh kelegaan. Badannya disandarkan lesu pada kepala sofa. Untung Airish hari ini tiada sebarang jadual untuk penggambaran. Kalau tidak, mahu jenuh jugalah dia mahu menjawab nanti. Lebih-lebih lagi pada Dhia. Pasti rahsia dia membohogi perempuan itu akan terbongkar pula. Kaca televisyen yang menayangkan cerita yang entah apa dipandang kosong sahaja.
Kau tengok cerita apa ni
Tubuh Airish yang dihenyakkan secara tiba-tiba membuatkan kerusi itu terasa mahu terbalik ke belakang. Afiqa merenung tajam pada Airish yang tersengih sebelum tertawa.
Kenapa
Tak sangka aku. Berat jugak kau ni.
Spontan tangan Afiqa terhenti menyeluk plastik berisi Super Ring itu.
Cis, sempat lagi nak mengutuk! Baik awak demam terus. Biar terlantar aje atas katil tu, tak payah nak bangun-bangun lagi.
Aku pun berharap macam tu jugak. Seronok ada orang yang jaga aku.
Afiqa tersengih jadinya. Menyambung suapan jajannya yang terhenti gara-gara Airish itu.
Tak sangka betul aku ada makhluk cantik depan aku masa tu.
Afiqa menunduk malu.
Masib segar lagi dalam ingatan aku, senyumannya, lirikan matanya, lenggok tubuh badannya dan yang paling penting....
Afiqa yang menunduk tersenyum tanpa henti. Menunggu sambungan kata-kata Airish itu.
Rambutnya. Rambutnya yang mengurai panjang. Sungguh cantik sekali.
Kata-kata Airish yang seterusnya bagaikan dibisukan Afiqa. Sudah tidak mendengar ayat seterusnya. Minat untuk mendengar Airish bermadah tamat di situ. Terus dicubitnya Airish, kuat.
Woi! Sakitlah!
Padan muka! Siapa suruh benda tu jugak yang awak ingat
Kau perasan kenapa Ada aku cakap perempuan tu kau ke
Afiqa terdiam. Terasa seperti mahu mendaratkan penamparnya sahaja di pipi Airish. Namun, Airish nampaknya lebih pantas bertindak tanpa Afiqa sedari.
Chup!
Afiqa tergamam seribu bahasa. Ciuman Airish yang melekat di pipinya sungguh masih jelas terasa kehangatannya. Adakah ciuman itu disengajakan atau tidak Pipi Afiqa berona merah.
Thanks for everything.
Suara halus itu membuatkan Afiqa tergamam lagi. Bulu romanya pula usah dikata. Terpacak tegak dibuatnya dek jarak bibir Airish, dengan telinganya yang sungguh rapat. Dia rasa kekok pula berada dalam keadaan begitu. Kepalanya sudah membuat berbagai andaian yang jelasnya sungguh tidak elok untuk didengari.
Telinganya dijaga penuh berhati-hati. Bimbang Airish akan bertindak ganas dengan mengigit telinganya. Habis punah ranah telinganya nanti.
Apa ni Tak malu ke
Aku bukan macam kau.
Afiqa mencebik. Bosan melayani perangai Airish. Jajannya dimakan penuh lahap. Rancangan di televisyen diberi perhatian.
Tadi Dhia datang.
Apa dia nak
Berapa lama hubungan awak dengan dia
Soalan Airish ditolak ke tepi. Gadis itu terus menyoal apa yang terbenam dalam benaknya sejak tadi.
Entah. Aku tak ingat.
Afiqa mencebik. Tak ingat Tak ingat tu, maksudnya lamakah hubungan awak dengan dia
Kenapa kau nak tahu ni
Saja, tak boleh
Tak boleh!
Afiqa mencebik. Tangannya naik berpeluk tubuh. Ligat kepala otaknya berfikir bagaimana mahu memaksa Airish agar memberitahunya tentang perhubungan di antara lelaki itu dan Dhia. Sungguh dia paling benci apabila perkara itu tidak henti-henti menghantui dirinya.
Kau cemburu
Membuntang mata Afiqa dibuatnya.
Gila ke Takde maknanya!
Airish tersengih seraya menggeleng beberapa kali.
Badannya diregangkan menghilangkan segala sengal yang dirasainya. Spontan, tangan Airish didaratkan di kepala sofa. Afiqa yang baru sahaja mahu menyandar ke belakang terkejut apabila ada tangan menjalar tiba-tiba.
Apa ni Afiqa cuba menjauhkan diri.
Airish pantas menjatuhkan tangannya jatuh ke atas bahu Afiqa. Terus, tubuh gadis itu dibawa dekat padanya. Afiqa yang belum sempat bertindak apa-apa terdorong ke dalam pelukan Airish.
Lepaskan saya! Afiqa berpura-pura marah.
Senyuman yang terpalit di bibir disembunyikan kemas dalam poketnya. Begitu juga dengan lesung pipitnya dibawa terus masuk ke dalam sarangnya kembali.
Airish terus mengeratkan pelukannya membuatkan Afiqa hanya terdiam.
Airish, I wanna to clarify something.
Airish tidak menjawab namun telinganya dipasang sahaja mendengar butir bicara Afiqa seterusnya.
I think I should tell you. Masa saya kecik, saya dah bergelar anak yatim piatu. Saya juga tak punya saudara mara macam orang lain. Kadang-kadang, saya rasa cemburu tengok orang lain ada ibu dan ayah. They were so damn lucky, nafas Afiqa sempat ditarik sebelum dihembuskan perlahan.
Akhirnya Allah yang Maha Pengasih hantar satu keluarga yang sangat baik untuk saya. Tiba-tiba saja saya dapat kembar yang cantik, tapi sombong. Dia selalu cakap yang dia tak suka kami jadi kembar. Malang untuk dia, were stuck together, Afiqa tersenyum sendiri.
Tanpa dia sedari, tangan Airish erat menggenggam tangannya. Afiqa yang melihatnya hanya diam. Tidak berkata apa-apa cuma genggaman itu berbalas jua.
If I think about it, that is the path way for me to met him. Seorang lelaki yang sangat santai. Paling penting situasi dia sama macam saya. Saat pertama kali saya bertembung pandang dengan dia, my heart flutters without any reasons. Then, I taught it was my destiny to be with him. After that....
Apa kau nak cakap sebenarnya ni pintas Airish laju.
Apa hubungan awak dengan Dhia balas Afiqa juga laju.
Airish tersenyum sinis. Pelukannya dileraikan. Lantas, dia berdiri tegak menghadap Afiqa.
Dah, lupakan! Saya tak akan ceritakannya! Airish menapak laju ke arah anak tangga.
Hey! Saya tak habis cakaplah lagi! tempikan Afiqa yang bergema segenap ruang tamunya dibiarkan sahaja.
Pintu biliknya dihempaskan Airish dengan kasar. Tangannya naik mencekak pinggang.
Huh! Balik-balik si penyangak tu jugak yang dia cerita! Hebat sangat ke mamat tu!
Airish memejamkan matanya. Mencari kesabaran. Rasa mahu ditempiknya terus dalam bilik ini. Biar lapang habis jiwa dan raganya. Terasa sangat seksa apabila berada dalam keadaan begini.
Afiqa masih lagi duduk di ruang tamu. Hatinya meruntun pilu tiba-tiba. Rasa sebak yang bertandang segera dikawal. Jarinya naik menyapu lembut air mata yang mula bergenang di tubir matanya. Dia tidak mahu menangis. Oleh itu, dia perlu hentikan air matanya dari mengalir. Cukup di situ.
Cukuplah.