CINTA RIMAU - 23
Nasi beras perang dengan sambal cili api dan telur dadar terhidang di depan Hasya, hanya sesudu dua dijamahnya. Sungguh dia tidak berselera malam ini. Di atas meja makan panjang yang memuatkan lapan kerusi itu turut kelihatan scarf dengan logo Channel, lambang keanggunan aristokrat; pemberian Regina selain bank draft bernilai USD5,000 sebagai bayaran untuknya mengintip pergerakan Bahrain. Bertuah sungguh Regina bersuamikan Bahrain. Lelaki itu nyata sangat berhati-hati mengatur langkah; setiap keputusan yang diambil, ditimbang tara terlebih dulu agar tidak dihimpit sesalan di kemudian hari.

Why dont you kiss me on the lips

Fikiran Hasya menerawang ke detik-detik indah sewaktu mereka bersama selepas makan malam beberapa malam yang lalu. Dia bertanya Bahrain kenapa ciumannya hanya singgah di dahi dan bukannya bibir; tersasar daripada telahannya yang percaya Bahrain akan mengucupnya setelah memeluknya erat ketika sama-sama berjalan sewaktu menghantarnya ke jip tadi. Bahrain termanggu. Tergamakkah dia memberi harapan kepada gadis yang telah mengembalikan semula senyuman dalam hidupnya, sedang dia sendiri tidak pasti ke mana arah hubungan itu nanti Air muka Hasya yang sugul semakin menambah sakit di dadanya. This girl is precious I dont want to hurt her. What do I do Hati Bahrain berdegup kencang dengan seribu satu persoalan yang tiada jawapan.

Im not meant for you.

Pernyataan Bahrain itu meremukkan hati Hasya redamnya umpama kaca yang terhempas ke batu. Bahrain memeluknya dengan penuh kasih sayang; sekali lagi mencium dahinya. Im too old for you I cant take care of you, jawapan Bahrain yang membuatkan mata Hasya mula berkaca.

Look, you cant use your remarkable mathematical brain in love equation, Bahrain love was never logical, bentak Hasya dengan ekspresi wajah serta tangannya yang begitu animatik sekali yang menurut pengiraan Bahrain, sangat menghiburkan.

Ill see you soon you take care of yourself, itu pesanan terakhirnya.

Hasya lantas menarik tangan Bahrain sebelum mengucupnya satu tindakan yang benar-benar menyentuh perasaan Bahrain. Hakikat tangannya itu yang tidak pernah dikucup isterinya sendiri meskipun di pagi Aidilfitri, menyedarkan Bahrain betapa rasa patuh itulah yang didambakannya dari seorang wanita yang bergelar isteri selama ini.