DIARI CINTA ROMEO - 23
Lepas kejadian malam tu, hati aku betul-betul tawar. Jiwa aku lemah. Otak aku penat. Aku tak sangka lemahnya aku hanya dengan perkara macam ni.

Aku pernah dengar pepatah mengatakan,

Orang yang menangis ialah bukan orang yang lemah, tapi mereka menangis kerana sudah terlalu lama tabah

Ya, mungkin aku tak menangis. Tapi aku dah terlalu lemah. Kerana terpaksa bertahan dan selalu bertahan untuk hubungan ini. Sampai masa aku putus asa. Sebab aku pun manusia yang ada hadnya. Memang benar aku cinta, memang benar aku sayang tapi aku dah terlalu tenat untuk semua ni.

Petang tu lepas exam, direct aku terus keluar. Dengan niat aku nak lupakan semua ni walau aku tahu ia mustahil. Pergilah sejauh Negara China, duduklah sejauh Planet Pluto dan bersemadilah di laut ketujuh sekalipun, perkara ni memang takkan dapat aku lupakan. Benda ni dah sebati dengan aku.

Ibarat irama dan lagu yang tak mungkin dipisah-pisahkan. Aku tahu, aku hanya nak sedapkan hati aku. Dengan harapan bila aku keluar, aku akan dapat ketenangan yang aku cari. Aku akan dapat lupakan dia walau sebentar dan apa yang penting, aku dapat jauhkan diri daripada dia, lupakan dia.

Aku : Assalam mak cik. Jom keluar. Makan. Dah lama plankan

Noris : Wslm. Pakcik belanja Okay =p

Aku : Ala sendiri-sendirilah. Tengah sengkek ni. Hee

Noris : Hee, okay tp kalau orang ajak kawan reramai leh tak

Aku : Ramai bape orang tu

Noris : 5 orang. Orang, Mun, Wawa, Nik dengan Nana. Nik dengan Mun puasa.

Aku : Okay je. Nanti boleh buka terus. Tapi jangan lambat tau. Pukul 6 tggu dkt stsn U.

Noris : Okay, nanti apa-apa kita roger.

Aku mesej bakal kakak ipar aku merangkap tunang abang aku. Sebenarnya kami dah lama rancang untuk keluar makan sama, Cuma kesibukan membataskan peluang tu dan aku rasa hari nilah hari yang paling sesuai.

Aku cerita sikit tentang dia. Aku takut siapa-siapa yang terjumpa atau terbaca diari ni tertanya-tanya siapa bakal kakak ipar aku ni. Aku ni cuai. Jadi tak mustahil perkara tu akan terjadi. Nama dia Noris Eka Raudzah Binti Ishak. Sedapkan nama tu Dia ni student MAHSA. Course Jururawat. Ada nak tahu apa-apa lagi

Oh lagi satu, dia ni senior masa dekat sekolah rendah dulu. Jadi kitorang memang dah kenal lama dah. Kisah dia dan abang aku memang unik. Couple ala beruk-beruk atas pokok. Lepas masuk sekolah menengah, break. Nama pun cinta beruk. Habis sekolah, masing-masing jumpa, then couple balik. Tak lama lepas tu, terus tunang. The End.

Habis exam, aku solat, tukar baju dan terus cabut. Sampai roommate aku tanya pun aku buat bodoh je. Dia nak ikut. Tapi aku cakap, Adakalanya, aku perlu bersendirian. Sorry roommate. Aku terpaksa. Aku pakai simple. Selipar Jepun. Aku gerak. Cuaca mendung. Aku tak kisah. Kepala aku bercelaru. Fikiran aku buntu. Hati aku kematu.

Banyak benda aku fikir. Tentang exam tadi. Dah la aku tak baca apa-apa. Terus jawab. Macam mana kalau aku gagal Apa perasaan mak bapak aku Mesti diorang sedih. Mesti diorang malu. Fikir CapitalM pulak. Kenapa dia buat aku macam ni Tapi aku tak boleh nak salahkan dia. Dia mangsa keadaan. Tapi dia cinta aku, sayang aku. Jadi dia patut buat apa yang sepatutnya. Budak Lelaki ni pun satu. Dah dapat cinta, kau main-mainkan dia. Kau ada perempuan lain. Argh, kau memang tak guna. Aku pulak, dah tahu dia dah berpunya, gatal nak try jugak. Dah takde perempuan lain dalam dunia ni selain dia ke Aku pun sama, tak guna jugak.

Kepala aku serabut. Aku terus melintas jalan. Depan UM. Aku nampak kereta tu. Laju sangat. Memang laju. Tapi aku terus melintas. Aku tak fikir apa-apa. Sampai kereta tu brek kecemasan, berasap. Bunyi hon panjang. Baru aku perasan. Baru aku sedar. Kurang satu meter, kereta tu nak cium aku. Kalau dia cium, aku maut. Aku angkat tangan. Tanda maaf. Empunya kereta buat muka tak puas hati. Tekanan punya pasal. Aku tak boleh fikir rasional. Tindakan dan fikiran aku tak selaras. Memang betul-betul gila. Aku sengih. Memang gila.

Sampai stesen U, aku mesej Mak cik.

Aku : Wahai Tuan Puteri, di manakah kedudukan Tuan Puteri sekarang. Sudah sepurnama Beta menuggu di sini.

Noris : Patik baru habis kelas. Sorry kalau lambat. Haa, bongok!

Aku : Tidak mengapa Tuan Puteri. Beta setia di sini. Cuma Beta risau sekiranya Tuan Puteri lambat, Tengku Mun dan Tengku Nik akan berbuka lewat nanti. Eh, Tuan Puteri jadi datang berlima

Noris : Jadi tuanku. Usah khuatir, mereka sudah dibekalkan dengan air masak Tuanku.

Aku : Amboi, nampaknya beta hari ni menjadi hero gadis-gadis. Haa. Memandangkan Tuan Puteri baru habis kelas, adakah Tuan Puteri mengenakan sepersalinan Jururawat

Noris : Ya, adakah berdosa Patik nak cepat tadi. Kelas habis lambat. Jadi tak sempat nak tukar sepersalinan.

Aku : Beta redha. Hee. Nampaknya Beta akan dikelilingi Jururawat ala-ala berwibawa gitu. Haa. Jalan sesak ni Tuan Puteri. Adakah Tuan Puteri berlima datang menaiki bas Sampankan ada. Mengapa tidak digunakan

Dia tak reply. Mungkin dalam perjalanan. Aku saja gunakan bahasa begitu, nak hiburkan hati. Walaupun sebenarnya nak sedapkan hati. Sebab aku faham kakak aku ni macam mana. Dulu selamba dekat sekolah rendah, main kejar-kejar. Sekarang jadi kakak aku pulak. Culture shock aku. Tapi aku buat tak tahu je dan aku anggap dia masih kawan aku sama masa dekat sekolah rendah dulu. Kadang-kadang kami guna gua lu sebagai kata ganti pertama diri kami. Bukan kurang ajar, tapi aku dah cakap tadi, dia kan kawan aku bukannya kakak aku.

Sementara menunggu, aku perhati keadaan sekeliling. Orang ramai keluar masuk tren. Laju menuju destinasi masing-masing. Tak hirau orang sekeliling. Kalaulah ada yang faham aku saat ni Jalan jammed dari Kota Darul Ehsan sampai Jalan Klang Lama. Nama pun Federal Highway. Kalau tak jammed, bukan federallah namanya. Menara TM yang gemuk dan dikelilingi tiga menara tong gas. Aku pun tak tahu tu menara apa. Tapi design menara tu macam bentuk tong gas. Ada billboard KFC. Beri Laluan. Ayam Segar Sedang Dihantar. Tersenyum aku. Teringat kenangan dulu masa buat partime dekat KFC Simpang Rengam sementara tunggu UPU keluar. Wan, Najib, Ziela, Nozie, Nani, Atiq, Suhaili, Bob, Zaidi, Kak Ada, Miss Siti, Miss Sue, Miss Lily. Aku rindu suasana tu. Tapi apa yang pasti, aku takkan kembali dengan kerja tu.

Handset aku berdering. Tertera nama Noyis (Nama manja, konon)

Pakcik, orang dah sampai Noris

Ha dekat mana Takde pun Aku

Tengah beli token Noris

Oh, okay-okay. Eh beli tiket ke Kampung Baru. Kita makan steak hari ni Aku

Okay Noris

Siap beli token, kami naik tren. Mun senyum-senyum dengan aku. Nik sibuk dengan phone. Untunglah orang ada boyfriend dan bahagia. Sebab ada yang ada boyfriend tapi tak bahagia. Wawa tegur aku dulu.

Apis, Selamat Hari Guru! Wawa

Terima kasih. Hadiah takde Aku

Ala dah agak dah, mesti mintak hadiah. Alah, hari tu Hari Jururawat dia lagi tak wish langsung. Wawa

Eh, nurse pun ada hari istimewa jugak Sibuk je nak ikut cikgu Aku

Eh mestilah. Kitorang pun berjasa jugak pada anak bangsa Wawa

Semua tergelak. Wawa memang seorang yang periang. Gaya dia yang ala-ala manja memang buat semua tersenyum dengan telatah dia. Aku tersenyum. Terpaksa. Kalaulah mereka tahu yang hati aku tengah ribut. Tapi aku tak boleh sedih-sedih. Aku akan hiburkan diorang hari ni. Aku tak boleh tunjuk depan diorang yang aku sedih. Sebab aku yang ajak diorang. Nanti apa diorang cakap.

Noris pulak menyibuk, menyampuk.

Sabahan mana Noris

Aku dah panik. Tak jangka dia akan tanya soalan ni. Apa aku nak jawab ni. Nak menipu atau tak Aku gugup dan gagap. Noris memang tahu tentang aku dan CapitalM. Tapi tak banyak. Macam mana dia boleh tahu Kan dah cakap tadi, dia kawan aku.

Ar..er..dia..er..ar dia takde. Dia ada hal. Sebenarnya dia tak tahu pun orang keluar ni Aku.

La yeka Baru nak tengok biras orang. Hee Noris

Aku fikir pantas. Cepat-cepat aku tukar topik. Sebelum dia tanya lebih-lebih. Bukan aku tak nak cerita hal sebenar. Tapi tujuan aku keluar ni pun nak lari dari dia. Nak lupakan dia. Tak nak cerita tentang dia. Senang cakap, segalanya tanpa dia.

Eh tadi cakap berlima. Mana lagi sorang Aku

Oh Nana. Dia naik dekat KL Sentral nanti Noris

Oh okay Aku

Sepanjang perjalanan ke Kampung Baru, aku senyap je. Diorang kecoh. Gembira. Suka tengok. Aku Layan feelinglah. Tak nak nampak sedih, aku palingkan muka ke tingkap. So biarlah mereka dengan cerita mereka. Apa yang penting, diorang gembira. Sampai Kampung Baru, terus gerak ke Steak House. Lebih kurang 1km jugaklah dari stesen LRT.

Sampai dalam pukul 7.00. Suasana maghrib. Aku tengok KLCC. Cantik. Aku teringat dekat CapitalM. Sebab aku pernah terlintas nak melamar dia dekat SkyBridge. Tapi sekarang, apa pun tak jadi. Aku tak sempat beritahu dia pun. Biarlah. Aku tengok semua orang usha-usha aku. Yela, aku diapit lima orang gadis sunti. Apa aku kisah Banyak lagi benda aku nak fikir daripada menjawab persoalan-persoalan dibenak kau.

Weekdays. Jadi orang tak ramai. Kitorang amik port dalam. Suasana suram. Usai order, masing-masing layan feeling. Nik macam biasa. Tak lepas phone dia. Mun usha-usha line. Cari balak kot. Noris, Nana dengan Wawa tak habis-habis dari tadi. Gelak memanjang. Apa entah yang kelakar sangat. Kena rasuk maghrib-maghrib ni baru tau. Aku diam jela. Tengok phone, takde mesej. Biarlah. Aku pun dah tak harap apa-apa. Dan aku tak sedia lagi nak terima apa-apa. Betul-betul tawar dah hati aku.

Azan. Mun dengan Nik buka puasa. Yang lain pun apa lagi, dah tak tengok kiri kanan dah. Bedal apa yang depan mata. Aku cepat selesa dengan diorang ni walau kami tak rapat. Jadi bila dengan diorang, tak terasa sunyi sangat. Ada je yang buat aku ketawa. Sampai paru dengan kerang pun boleh jadi isu. Wawa tak boleh makan kerang sebab nanti pengsan. Mun pulak tak biasa paru, nanti sesak nafas. Noris dengan Nana ni ada je nak kenakan orang. Aku senyum panjang.

Hari yang panjang. Lepas makan, kami solat dekat Masjid Kampung Baru. Ingat nak lepak KLCC tapi esok Noris ada kelas pagi. So, terpaksalah balik awal.

Aku sampai bilik lebih kurang pukul 9.30 malam. Cadang tadi nak kenakan Wawa, makan char kuew tiau kerang Stesen U, tapi full houselah pulak. Aku tengok Wawa dah senyum lega. Takpe Wawa, lain kali kita makan okay. Balik, terus mandi dan update #DiariCintaRomeo ni. Aku puas. Walau aku tak mampu untuk ketawa, sekurangnya aku dah mampu untuk tersenyum gembira. Terima kasih kakak aka kawan. Terima kasih Noris, Wawa, Mun, Nana dan Nik. Terima Kasih.