CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 23
BANG sungguh-sungguh ke nak kahwin

Adengan Ika Soal Ika keras.

Abang nak Ika jadi isteri abang. Abang serius dan tak ada niat langsung nak main-main dalam soal ni. Abang dah bincang dengan mak dan ayah. Nanti mereka ke rumah Ika dan meminang.

Ika tercengang. Langsung tak menduga Idlan benar-benar serius.

Ya Allah abang ni! Kenapa abang buat keputusan tak bincang dulu dengan Ika

Macam mana abang nak bincang Setiap kali abang buka mulut fasal ni, Ika selalu mengelak. Tolonglah terima abang semula. Ika tak kesiankan abang Beri abang peluang tebus kesilapan dulu.

Ika menyilangkan tangan ke dada. Fikirannya buntu. Dia sangsi dengan niat Idlan. Samada lelaki itu melamarnya atas dasar cinta atau hanya ingin menebus kesalahan saja

Ika tak faham dengan abang. Bersungguhsungguh abang nak kita kahwin. Niat abang cuma nak tebus kesalahan atau memang betul abang sukakan Ika

Idlan hampiri Ika yang bersandar di sisi kereta. Niat nak pegang tangan Ika tak dilakukan kerana Ika lekas-lekas berganjak. Bagaimana cara nak yakinkan Ika untuk diberi kepercayaan

Ah, susahnya. Ika selalu mengelak dan cukup menjaga tingkahnya. Hanya dalam keadaan tertentu saja dia berkesempatan menyentuh tangan Ika. Setakat ini, hanya ketika menyarung cincin secara paksa dan ketika gadis itu memapahnya apabila diserang Tengku Afnan tempohari.

Ika lupa apa yang abang katakan sebelum ni Abang sukakan Ika.

Suka tak bermaksud cinta. Ika terus dengan pendirian sendiri. Itu yang dipegangnya hingga kini. Dia berkata begitu disamping dalam percubaan menipu hati sendiri.

Kalau abang suka, ia bermaksud cinta, balas Idlan sambil merenung tepat ke wajah Ika yang menunduk. Ika langsung tak mahu bertentang mata.

Ika membatukan diri. Dia mengaku, kehadiran Idlan begitu istimewa dalam hidupnya. Tak ada lelaki lain pernah rapat dengannya kecuali Idlan, Abangnya Afi Lukman dan ayahnya sendiri. Selama ini pergaulannya dengan lelaki sangat terbatas.

SELESAI solat istikharah, telekung dilipat bersama sejadah. Dia melangkah rapat ke katil dan melabuh duduk dengan selesa. Bibir mengukir senyum. Hati berasa tenang dan lapang. Betulkah apa yang terlintas dalam bayangannya tadi

Dia menggeleng seolah tak percaya. Namun, siapa dia untuk menolak petunjuk itu. Hati berasa aman dan tenteram, apa lagi dia mahu Bukankah itu dah cukup untuk dia buat keputusan

Beep! Beep!

Ika capai telefon bimbit. Dah jam 1.30 pagi. Idlan tak tidur lagi Tengah-tengah malam buta pun dikirimkan WhatsApp padanya.

Idlan:

Abang tak boleh tidur

Ika senyum tawar. Sehari dua ini, makin rancak Idlan kirimkan WhatsApp. Kadang-kadang kalau tak dibalas, Idlan akan buat panggilan. Lelaki itu tak pernah tunjuk sikap berputus asa. Sering mengambil peluang memujuknya untuk diajak berkahwin.

Ika:

Kenapa tak boleh tidur

Idlan:

Abang teringatkan Ika

Ika letak tangan kanan atas dada. Satu perasaan indah menjentik tangkai hati apabila Idlan beri jawapan begitu.

Ika:

Abang tak ingat pada isteri abang

Sekadar ingin menduga isi hati Idlan, Ika membalas dengan pertanyaan sensitif.

Idlan:

Ingat. Mana boleh tak ingat. Dah nama pun isteri...

Dup!

Perasaan cemburu menerjah tiba-tiba. Diusap dadanya perlahan. Dia yang bertanya, bukan salah Idlan kalau lelaki itu berterus-terang. Lain kali tak usah ditanya soalan sensitif. Dah tentu jawapannya pun sensitif.

Ya Allah. Tak eloknya dia berperasaan begitu. Isteri Idlan lebih berhak untuk Idlan ingat selalu. Jadi, tak sepatutnya dia cemburu.

Dia beristighfar. Cuba ditenangkan hati. Mohon aura negatif pergi jauh-jauh.

Ika:

Insya-Allah dia akan ingat pada abang

Idlan:

Kalau dia ingat, kenapa dia tak call Jangan kata nak call, nak WhatsApp pun tak pernah

Ika:

Kalau macam tu, kenapa abang tak call dia dulu Tanya khabar dia

Idlan:

Abang selalu call, tapi dia macam tak nak bercakap. Suara pun dingin. Dah benci sangat kat abang agaknya.

Ika:

Tak baik abang kata macam tu. Seorang isteri takkan benci suami sendiri. Lebih-lebih lagi suami yang tak pernah buat salah dengan dia

Idlan:

Ika tak tahu kedudukan sebenar. Hakikatnya

cuma abang yang tahu. Bila abang tak ikut kehendak, dia anggap itu kesalahan besar abang pada dia

Ika mengeluh. Apa yang diceritakan Idlan, buatkan simpatinya bertambah. Pelik betul isteri Idlan. Dapat suami baik pun, masih tak tahu menghargai. Idlan bukan tak ada rupa, duit pun ada. Entah apa perempuan tu tak puas hati Langsung tak tahu bersyukur.

Ika:

Abang...

Idlan: Ya

Ika:

Ika ada perkara nak beritahu. Tapi, bukan dalam WhatsApp macam ni.

Idlan:

Abang call.

Ika:

Nak cakap dalam telefon pun rasanya tak sesuai. Ika nak cakap perkara ni depan-depan abang

Idlan:

Perkara serius

Ika:

Sangat serius...

Idlan:

Okey. Bila Ika nak jumpa abang

Ika:

Petang esok. Lepas habis kelas menjahit

Idlan:

Okey. Pagi esok abang hantar. Tengahari abang ambil

Imacam ni. Rasa bersalah pada isteri abang. KA rasa bersalah setiap kali kita keluar

Ika mulakan perbualan. Milo ais depan mata langsung tak diusik.

Ika tak perlu rasa bersalah. Dia dah tak kisah abang buat apa dan keluar dengan siapa. Idlan betulkan duduk. Memandang Ika sesungguh hati.

Itu kata abang. Kita tak tahu apa ada dalam hati dia.

Abang lebih kenal dia dari Ika. Abang tahu dia macam mana.

Ika mengangkat muka. Pandangan lembut dilempar pada Idlan yang menyedut air melalui straw. Malam tadi, begitu mudah dia buat keputusan. Tapi, apabila mengenang dirinya akan berkongsi kasih dengan perempuan lain, dia jadi bimbang. Bimbang kalau dia tak kuat dan akhirnya terluka sendiri.

Terasa tangannya disentuh, Ika segera menariknya lalu berdeham kencang, memberi amaran pada Idlan supaya tak melakukan hal seperti itu lagi. Dia tak suka.

Maaf. Abang risau bila Ika diam. Muka Ika nampak pucat. Ika tak sihat

Ika sihat. Tak sakit apa-apa. Mungkin sebab Ika tidur lewat malam tadi. Tu yang abang nampak macam tak sihat. Sekarang, Ika fikirkan fasal kita. Sebenarnya...

Begitu berat mulut nak tuturkan kata. Tapi, dia perlu memberi jawapan segera kerana tak mahu Idlan terus mendesak dari hari ke hari.

Cakaplah. Abang tak sabar nak tahu keputusan Ika.

Sebelum tu, Ika nak minta maaf dulu. Jawapan ni mungkin akan kecewakan abang. Ika dah fikir masakmasak. Ika... tak boleh terima abang sebagai suami. Ika bukan fikir soal kebaikan kita aje, tapi orang sekeliling juga. Isteri abang, keluarga Ika, terangnya penuh hatihati. Bimbang kalau Idlan terluka.

Idlan menyandar di kerusi. Berasa hampa dengan keputusan Ika. Dia tunduk sambil berpeluk tubuh. Liur diteguk perlahan. Terasa pahit dan kelat.

Nampaknya, tak ada peluang untuk abang hidup bahagia...

Ika jatuh kasihan melihat keadaan Idlan. Lelaki itu tidak tahu, dia buat keputusan itu bertentangan dengan kehendak sendiri. Sememangnya dia tidak mahu Idlan tahu. Itu lebih baik. Sedang dalam hati berbeza ceritanya. Lamaran Idlan, mahu saja dia terima atas dasar cinta dan keluarga.

Siapa cakap abang tak ada peluang untuk hidup bahagia Kalau bukan dengan Ika, tentu dengan perempuan lain. Tapi, Ika rasa abang patut balik ke sana dan selesaikan masalah abang dulu. Bukan dengan cara macam ni. Maksud Ika, cara abang ni tak betul. Abang nak kahwin dengan Ika, tapi dalam masa sama, masalah abang belum selesai. Abang dah ada masalah, lepas tu abang nak tambah lagi masalah lain Ika tak boleh terima abang bukan sebab pentingkan diri. Tapi, Ika fikir fasal diri abang juga. Ika tak nak abang susah. Mana nak jaga hati isteri abang, nak jaga hati Ika lagi. Kita kena fikir semua perkara dan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi, ujar Ika panjang lebar. Bicaranya lancar. Memberi penjelasan demi penjelasan supaya Idlan faham.

Idlan melepas keluhan panjang. Berat hati mahu terima keputusan Ika. Dari hari ke hari, dia semakin sayang. Waktu berganti waktu, perasaan sayang bertukar pada cinta. Tapi, apa hasil dia dapat dari terus mendekati Ika dan tak henti-henti memujuk gadis itu supaya menerimanya Dia tak dapat apa-apa. Langsung tidak.

Tak apalah. Kalau itu keputusan Ika. Abang tak mampu cakap apa-apa lagi. Abang tak suka paksa orang. Kalau Ika dapat terima abang, biarlah ikhlas. Bukan kerana terpaksa atau kasihankan abang. Tapi, kalau Ika dah putuskan begini, abang terima dengan berat hati. Idlan bingkas dari kerusi.

Ika tercengang. Idlan merajuk Marah Lekaslekas dia mengekori Idlan ke tempat pembayaran.

Selepas membayar harga minuman, Idlan berjalan ke tempat parkir dan langsung tak berpaling. Dia buka pintu kereta, mengarahkan Ika masuk dengan wajah tak berperasaan. Ika kelihatan bingung.

Sebelum masuk kereta, dia mencuri pandang wajah Idlan. Wajah itu kemerah-merahan. Seperti menahan seribu rasa kecewa. Adakah Idlan benarbenar terluka dengan keputusannya

Ika mengeluh lemah. Tak nak fikir apa-apa lagi, dia menutup pintu kereta. Suasana dalam kereta sunyi sepi. Idlan menahan gelodak rasa kecewa. Ika pula bimbang kalau Idlan marah padanya.

Abang...

Tak menjawab panggilan Ika, Idlan fokus pada pemanduan. Stereng dipegang kemas. Masih menahan rasa luka yang tak mampu diluah dengan kata-kata.

Hanya diam membisu dah cukup caranya dia meluah rasa kecewa itu pada Ika. Dia harap Ika faham.

Ika serba salah. Idlan langsung tak menjawab. Atau lebih tepat lagi, lelaki itu macam sengaja tak beri perhatian.

Abang marah Ika

Idlan masih diam. Pura-pura sibuk memandu. Pedihnya bukan sedikit apabila Ika menolak lamaran kerana perasaan cinta dan sayangnya bukan perkara main-main.

Kalau kata-kata Ika di restoran tadi buat abang kecil hati, Ika minta maaf. Ika tak ada niat sikit pun nak buat abang kecewa. Selama ni, Ika senang berkawan dengan abang.

Hanya kawan Itu yang Ika anggap pada abang Hanya kawan Suara Idlan menekan.

Ika mengangguk. Mengiakan pertanyaan walaupun dalam hati menyimpan seribu pembohongan. Dia sayangkan Idlan dan tak percaya boleh jatuh hati pada lelaki itu. Entah apa istimewanya Idlan, dia tidak tahu.

Abang marah Ika, kan Soal Ika untuk kesekian kali. Dia tak mahu Idlan menyimpan kemarahan. Kalau betul marah, baik Idlan berterus-terang atau lepaskan saja kemarahan itu padanya.

Taklah, sepatah Idlan menjawab tanpa menoleh. Lagaknya keras macam patung tak bernyawa. Marah Jauh sekali perasaan marah itu ada. Sekarang ini, dia rasa macam orang putus cinta.

Ika meneliti wajah Idlan. Mencari kepastian. Kalau betul abang tak marah, boleh tak abang jangan

buat muka macam tu

Buat muka macam mana

Muka masam macam tu la...

Ika nak suruh abang senyum

Kalau abang boleh senyum, senyum ajelah.

Jangan buat muka macam tu lagi.

Idlan mendengus halus. Abang tak boleh tipu diri sendiri. Kalau abang suka, abang cakap suka. Kalau tak suka, abang cakap tak suka. Kalau marah, abang tak mampu senyum untuk selindung perasaan sendiri. Hipokrit namanya. Menipu diri sendiri lebih teruk dari kita menipu orang lain, bidas Idlan dan terus menghidupkan pemacu CD.

Lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah nyanyian Rossa bersama Pasha dari Kumpulan Ungu, mula kedengaran. Lagu yang sama ketika Ika menaiki keretanya sebelum ini. Ika pernah beritahu lagu itu menjadi ringtone pada telefon bimbitnya.

Ketika lagu kegemaran menyapa telinga, Ika tunduk meramas tangan. Perasaan bersalah makin membuak-buak. Terasa dada macam disepak-sepak dari dalam. Kata-kata Idlan sebentar tadi macam menyindir. Seolah-olah Idlan tahu dia sedang berbohong dengan sembunyikan perasaan cinta untuk lelaki itu.

Sekali lagi Ika minta maaf. Keputusan yang Ika buat, bukan abang saja rasa terluka. Kalau abang tahu hati dan perasaan Ika macam mana, tentu abang tak bersikap macam ni depan Ika.

Maksud Ika, apa

Ika menahan nafas seketika. Rasa sesak kini berhimpun di dada. Perlu ke dia berterus-terang selepas menolak lamaran

Tak peduli dengan persoalan di kepala, Ika terus menyatakan isi hati sebenar, Ika juga sukakan pada abang. Ika... cintakan abang...

Mendengar pengakuan berani mati itu, sertamerta Idlan menekan brek. Tubuh Ika terdorong ke depan. Gadis itu mengusap dada. Jantung berdebar kencang. Aduh, gila betul Idlan. Nasib baik kereta tak masuk longkang!

Idlan tanggalkan tali pinggang keledar. Dia memusing tubuh menghadap Ika secara bertentangan. Wajahnya penuh mengharap.

Cuba Ika ulang sekali lagi...

Berkali-kali Ika meneguk liur. Kenapa dia bodoh sangat meluah perasaan cinta pada Idlan Tengok sekarang apa dah jadi Idlan kembali menunjuk sikap mendesak seperti sebelum ni.

Perlahan-lahan Ika menoleh. Ika cintakan abang...

Kalau Ika ada perasaan tu, kenapa Ika tolak lamaran abang Cincin tu, sebagai bukti kan, Ika cintakan abang. Kalau tekaan abang salah, takkan sampai hari ni Ika belum tanggalkan Idlan menunjuk ke arah cincin di jari manis Ika.

Cincin yang dia sarungkan secara paksa tempohari. Kalau diikutkan geram, mahu saja dia tarik tangan Ika dan menayang cincin itu depan mata Ika.

Ika mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Idlan. Ditelan hidup-hidup kemarahan Idlan pada dirinya.

Idlan menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, macam mana nak yakinkan Ika sekali lagi supaya terima lamarannya semula.

Kali terakhir abang tanya. Sudi tak Ika jadi isteri kedua abang

Perkataan isteri kedua yang digunakan Idlan buat Ika malu pada diri sendiri. Dia tak sanggup mengalih perhatian Idlan dari Irdiana padanya. Nampak sangat dia jahat. Tak mustahil akan dituduh sebagai perampas. Kalau Idlan masih bujang, alangkah bagusnya. Kalau duda sekalipun, dia sanggup terima asalkan dia tak dituduh sebagai perosak rumahtangga orang.

Ya Allah, kenapa dia diletak dalam situasi begini Jawablah, Ika.

Ika menggeleng laju. Walau apa sekalipun, dia tetap dengan keputusan serupa, Ika tak boleh jadi isteri kedua abang.

Tak boleh atau sengaja tak mahu Tempelak Idlan bersungguh-sungguh.

Tak boleh, suara Ika mendatar.

Cakap saja Ika sengaja tak mahu. Jawapan mudah untuk abang faham. Kalau Ika tak sanggup jadi yang kedua, bila-bila masa abang boleh ceraikan dia.

Ika terpanar, Jangan, abang!

Kenapa

Rumahtangga abang boleh diselamatkan lagi kalau abang mahu. Kenapa abang macam tak bersungguh-sungguh nak selesaikan masalah dengan dia Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, bidas Ika.

Idlan menarik nafas. Cuba ditahan perasaan bengang dengan pendirian Ika. Ia makin menyesakkan dada.

Ika tak duduk dalam situasi abang. Jadi, Ika takkan faham. Abang lebih kenal hati budi isteri abang. Berkali-kali abang cuba buat dia gembira semula. Cuba buat dia bahagia. Tapi, hasilnya tetap sama. Dia tak pernah bersyukur dengan apa yang abang beri. Apa lagi yang boleh abang harapkan dari dia Suara Idlan tertahan-tahan. Sebak memayungi tangkai hati hingga buatkan dia meletak kepala di stereng.

Ika mengalih pandangan. Tak sanggup melihat Idlan dalam keadaan begitu. Kalau Idlan itu perempuan, sudah tentu lelaki itu akan menangis. Tapi, kalau dah namanya lelaki, takkan begitu mudah air mata akan menitis keluar.

Maafkan Ika. Anggap saja dari awal lagi kita tak ada jodoh. Sebab tu Allah temukan abang dengan dia. Abang doalah banyak-banyak. Minta supaya rumahtangga abang kembali pulih. Ika pun akan doakan perkara sama untuk kebahagiaan abang.

Idlan mengangkat muka. Saat itu Ika terkejut apabila terpandang bawah mata Idlan yang basah. Lelaki itu menangis

Kenapa Ika kejam pada abang Idlan bersandar pada tempat duduk. Tak sangka dia boleh menangis depan Ika. Bodoh betul.

Idlan memulas kunci kereta. Abang akan hantar Ika balik.

Ika mengangguk. Tapi, sebelum tu Ika nak tahu, abang marah Ika tak

Tak...

Betul abang tak marah

Ya...

Terima kasih. Lepas ni abang balik sana, ya. Ika nak abang berbaik-baik semula dengan isteri abang.

Ika tersenyum palsu. Pura-pura teruja apabila memberi nasihat. Di mulut kata lain, dalam hati pula lain. Tak apalah, dia sanggup korbankan perasaan sendiri agar perhubungan Idlan dan isteri pulih kembali.