CARTA HATI - 23
SYAKILA tidak pulang ke rumah. Dia tidak mahu ditebak dengan pelbagai soalan dari Zainura jika dia pulang ke rumah. Zainura tu kalau berkaitan dengan Zairis, artis pujaannya... memang concern terlebih!

Jadi, kesempatan sepanjang tempoh bercuti ini akan digunakan dengan sebaiknya. Gadis itu bercadang mahu pulang ke kampung yang terletak di Sungai Buaya, Banting. Dah lama tak jenguk datuk dan neneknya. Sementelah pula, hanya itu saja keluarga yang Syakila ada. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia sewaktu dia kecil.

Lagipun jarak dari KLIA ke Sungai Buaya tidaklah terlalu jauh. Lebih kurang satu jam setengah sahaja. Haila... nasib baik dia angkut komputer ribanya sekali, jadi tak adalah dia kebosanan di kampung nanti.

Sebaik kaki menjejak tanah, diperhatikan rumah berukiran kayu jati yang masih tidak berubah. Cuma, warna rumah tersebut sudah sedikit pudar. Tanpa sedar terlukis senyuman pada bibirnya.

Assalamualaikum, Syakila memberi salam.

Dalam beberapa minit menunggu, barulah ada yang menyahut dari dalam rumah.

Waalaikumussalam, jawab seorang wanita yang dalam lingkungan awal 60-an. Terjengul kepalanya di muka pintu.

Lah Kila ke Kenapa nak balik tak bagitau Hajah Zubaidah terus mendapatkan Syakila. Senyuman mula terlakar di bibir.

Kila saja aje balik tiba-tiba. Lagipun, dah lama Kila tak jumpa nenek, Syakila mencapai tangan Hajah Zubaidah. Dikucup lembut tangan tua itu.

Hah, yalah. Nenek baru terfikirkan Kila tadi. Alihalih, dapat juga jumpa Kila.

Eh, masuklah. Macam tak biasa pula, kan seloroh Hajah Zubaidah.

Syakila hanya tersengih lalu mereka sama-sama melangkah masuk. Baru teringat gadis itu selalu berada di rumahnya sewaktu kecil dahulu.

Atuk mana soal Syakila apabila punggungnya dilabuhkan di kerusi. Mata memandang ke sekeliling rumah itu.

Atuk Biasalah, petang-petang macam ni kat kedai kopi, ujar Hajah Zubaidah.

Ohh

Kila nak minum

Tak apalah Nek. Nanti Kila ambil sendiri. Nenek dan Atuk sihat

Sihat orang tua, Kila. Macam yang Kila nampaklah. Kila masuklah, berehat dulu. Nanti dah siap masak,

Nenek panggil ya

Ala Nek... Kila nak tolong Nenek masak juga...

Iyalah, iyalah... Hajah Zubaidah tetap menolak tubuh Syakila ke dalam bilik.

Mahu tidak mahu, Syakila turutkan sahaja. Hajah Zubaidah tu macam itulah. Ada sahaja yang nak disibukkan kalau cucu-cucunya balik ke kampung. Macam-macam nak dimasak dan dihidangkan.

SEUSAI isyak, Syakila duduk mengadap televisyen bersama Hajah Zubaidah. Haji Mustafa masih tak nampak muka selepas makan malam tadi. Biasanya tak ke mana datuknya itu. Ke surau dihujung simpang kampung.

Kila, nenek nak tanya sesuatu ni. Boleh tak Suara Hajah Zubaidah tiba-tiba bertukar serius. Terhenti wanita itu dari menjahit baju.

Ada apa, nek Mata Syakila yang ditalakan ke arah skrin televisyen mula beralih arah pada wajah Hajah Zubaidah. Keningnya terjongket sedikit.

Nenek ada tengok dekat TV. Lepas tu, dekat surat khabar pun ada. Kila dengan seorang model yang entah siapa nama tu, memang ada apa-apa ke

Syakila terkejut dengan pertanyaan Hajah Zubaidah, Maksud, nenek Kila tak faham Dahi Syakila sedikit berkerut.

Kalau Kila ada hubungan dengan dia, bawala jumpa nenek, ya Nenek nak juga tengok orangnya. Hari tu tengok dekat tv, la ni nak tengok depan-depan pula.

Oooo... Maksud nenek, Zairis ke Nampak macam dia ada apa-apa dengan lelaki itu ke Mustahil!

Sekarang ini, misi Syakila cuma mahu membantu Zairis. Perasaan dia kepada lelaki itu sekadar kawan saja. Biarpun sudah berkali-kali, dia cuba menafikan perkara itu. Namun, hatinya tidak dapat menidakkan bahawa dia mulai menyenangi kehadiran Zairis semenjak peristiwa minggu lepas. Pemberian rantai ini, menjadikan kenangan buatnya.

Huwarrghhh.... mengantuknya! Kila masuk bilik dulu ya, nek. Syakila cepat-cepat mohon diri untuk ke bilik. Tidak boleh berlama-lama di ruang tamu. Nanti lagi banyak perkara yang Hajah Zubaidah tanya kepadanya nanti.

Nafas dihela perlahan. Misi akan bermula. Chaiyok, Syak! Fighting!