Termenung dan menangis bagaikan rutin wajib setiap hari. Meratapi dan memanggil Qaireen tanpa henti. Tikar sejadah langsung tidak disentuh. Bukan Dato Zayd dan isterinya tidak membawa Adwan untuk berubat. Moden dan tradisional, semuanya mereka dah cuba.
Mujur saja Zuhayr Affan punya kenalan seorang pakar psikiatri. Mereka sekeluarga banyak merujuk pada teman anaknya itu. Menurut rakan Zuhayr Affan, Adwan mengalami kemurungan yang berpunca dari kehilangan Qaireen. Namun ianya masih dalam kawalan. Adwan masih boleh dipujuk dan ditenangkan sekiranya secara tiba-tiba sikapnya berubah dari tenang kepada marah.
Untuk sementara waktu ini, Amanda dengan rela hati menjaga Adwan. Nasib Akid memahami dan memberi izin. Seluruh keluarga berharap sangat Amanda dapat memulihkan semangat Adwan yang hilang itu.
Along macam mana Dato Zayd yang sudah siap berpakaian pejabat berdiri di alang pintu. Menjenguk Adwan sekejap sebelum dia ke pejabat. Urusan hotel kini di bawah tanggungjawabnya seorang semenjak Adwan berkeadaan begini.
Macam inilah, Papa. Lemah suara Amanda membalas. Dia baru saja masuk ke situ untuk memberi Adwan makan.
Tak mengapalah. Bukan kita tak berusaha. Papa pergi hotel dulu. Assalammualaikum, Dato Zayd merenung wajah Adwan yang sudah dipenuhi jambang seketika sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.
Along nampak tak muka Papa tadi Amanda pandang muka Adwan. Dia melabuh punggung di birai katil.
Adwan diam. Tiada reaksi pada wajahnya. Hanya merenung kosong. Langsung tak terusik dengan katakata Amanda.
Kesian Papa. Dia tunggu aje Along bangun. Bantu dia dekat hotel. Kalau Reen tahu Along macam ni, mesti dia bising. Amanda sambung bicaranya.
Bubur ayam yang masih panas ditiupnya perlahanlahan. Tanpa sedar sebenarnya dia telah menjentik hati Adwan bila menyebut nama Qaireen.
Adwan menoleh pandang Amanda. Bibirnya bergerak-gerak. Menggumam sesuatu tetapi tidak berbunyi.
Makan, Along. Amanda suakan sesudu bubur dekat mulut Adwan. Senyuman manis turut diukirnya.
Qaireen... Along nak Qaireen, akhirnya terluah juga kata-kata dari bibir pucat Adwan. Dia melemparkan pandangan sayu pada Amanda.
Janganlah macam ni, Along. Reen mesti sedih tengok Along macam ni. Amanda mengeluh.
Sudu yang disuakan tadi diletak semula ke dalam mangkuk bubur. Mangkuk bubur di riba diletakkan di atas night stand. Wajah Adwan diusap perlahan. Abangnya sudah tidak terurus. Bulu-bulu kasar sudah melatari muka abangnya. Lebat dan semak mata memandang. Tiada lagi wajah kacak idaman gadisgadis di luar. Tiada lagi aura playboy yang dibanggabanggakan.
Kalau dia sedih, kenapa dia tak ada dengan Along Mata Adwan bulat. Renungannya tajam.
Amanda tersenyum. Biar pun dia tidak tahu kosa kata apa yang perlu digunakan untuk menjawab pertanyaan itu, sekurang-kurangnya pagi ini Adwan mahu bercakap banyak. Lebih dari 3 perkataan yang selalu ditanya Mana Qaireen Along.
Bro, kau kena kuat. Adwan yang aku kenal bukan macam ni. Terimalah kenyataan yang Qaireen dah tak ada. Akid mencelah.
Perlahan-lahan dia menghampiri katil Adwan. Dia baru sahaja mahu memanggil Amanda untuk uruskan anak mereka sekejap bila tiba-tiba Adwan menyoal begitu pada isterinya. Kasihan Amanda yang terkelu lidah untuk menjawab.
Isteri aku dah tak ada Kau jangan menipulah, Akid. Kalau dia dah tak ada, mana mayatnya Mana Kau dah cari Ada jumpa Kenapa tak tunjuk pada aku Suara Adwan semakin meninggi.
Rimas bila semua orang seolah-olah mengandaikan yang Qaireen telah mati. Qaireen dia tidak akan mati. Qaireen dia akan sentiasa ada di sisi dia. Dia dah berjanji pada Qaireen akan membahagiakan isterinya itu. Dia belum pun mencurahkan segala kasih sayang yang dia ada. Malah mereka baru sekali berkongsi
rasa.
Abang Amanda menggeleng kepada Akid. Memberi isyarat agar jangan dikacau emosi Adwan.
Dia bangkit dari duduknya. Beralih ke sudut bilik. Membiarkan Akid melayan Adwan pula. Dia lelah dengan sikap abangnya yang seolah-olah sudah berputus asa. Matanya sudah kerap sangat mengalirkan air mata sejak bencana ini berlaku. Sama bengkaknya dengan mata Adwan.
Bro, kau nak Qaireen, kan soal Akid.
Adwan renung muka Akid. Tajam sama macam dia mencerlung pandang Amanda.
Akid hela nafas dalam-dalam. Kesabaran dia bagaikan teruji dengan tingkah Adwan. Bagaimanalah Amanda boleh bersabar menjaga Adwan saban hari jika beginilah sikap yang ditunjukkan lelaki ini
Kalau kau tak sembuh macam mana kita nak pergi cari Qaireen Kau nak Qaireen menangis bila dia tengok kau lemah macam ni Kau kena kuat, bro. Kau kena kuat! Dia cuba membangkitkan kembali semangat Adwan.
Adwan kalih pandang. Dia langsung tidak mempedulikan kata-kata Akid. Sehelai baju-t berwarna merah hati yang ada di tepi bantalnya diambil. Dia membawanya rapat ke dada.
Qaireennn... dia merintih lagi.
Baju t-shirt terakhir yang dipakai Qaireen sebelum malapetaka itu berlaku, dibawa rapat ke dada. Masih ada bau Qaireen terlekat di situ. Adwan memeluk erat t-shirt tersebut. Diciumnya berkali-kali, tak puas dengan itu, disarung pula t-shirt tersebut ke badannya.
Tunggu saya tau, sayang. Nanti kita jumpa. Adwan tersenyum.
Dia merebahkan badannya kembali ke atas tilam. Mata ditutup rapat. Suasana sunyi seketika. Akid sekadar memerhati. Namun, tiba-tiba kedengaran suara tangisan halus keluar dari mulut Adwan. Panjang tangisan tersebut sebelum perlahan-lahan menghilang.
Amanda yang melihat dari balik pintu, sudah berkali-kali mengelap air mata. Dia tahu apa yang abangnya rasa. Dia sendiri turut bersedih dengan kehilangan kakak ipar merangkap teman baiknya. Cuma dia tak sangka kehilangan Qaireen memberikan impak yang cukup besar dalam diri abangnya. Betapa dalam cinta abangnya pada Qaireen. Betapa kasihnya abangnya pada Qaireen.
Qaireen! Adwan menjerit tiba-tiba. Membuatkan Amanda dan Akid sama-sama tersentak.
Along! Amanda pantas menerpa ke katil Adwan.
Ssshhh... ditepuk-tepuk badan Adwan umpama menepuk bayi supaya tenang dan kembali lena. Ya Allah, beratnya ujian-Mu untuk abangku.
Akid yang melihat sepertinya sudah hilang kosa kata. Tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk Adwan.
Abang turun dululah, sayang, beritahu Akid.
Amanda angguk. Memerhati hingga Akid hilang di balik pintu sebelum matanya menghala semula pada Adwan.
Kenapa, Along Kenapa susah sangat mahu terima Qada dan Qadar Allah
Qaireennn seperti menyedari Amanda mengata dia, bibir Adwan menggumam lagi nama Qaireen.
Ssshhh Amanda menepuk-nepuk lengan abangnya.
BIBIK berlari anak naik ke tingkat atas. Bagai tak cukup tanah meniti setiap anak tangga.
Tercungap-cungap dia tika sampai di depan bilik Zuhayr Affan. Hanya anak majikannya ini seorang sajalah yang boleh diharapkan memandangkan tiada orang lain di dalam rumah.
Dia mengetuk pintu bilik Zuhayr Affan kuat. Berkali-kali. Lama menanti sebelum telinganya mendengar bunyi tombol pintu dipulas dari dalam.
Huh, bibik. Ada apa Mata Zuhayr Affan mengecil. Dia baru sahaja terlena tak sampai 10 minit bila terdengar ketukan bertalu-talu pada pintu bilik tidurnya.
Tuannya Adwan kata-kata bibik terputus. Dia masih mengambil nafas dek kalut naik ke tingkat ini.
Hmmm kenapa dengan Along tanya Zuhayr Affan acuh tak acuh.
Aaa.. Dia dia lagi mahu keluar. Bibik udah tahan, tapi dia marah. Bibik enggak tahu buat apa sekarang, cemas muka bibik memberitahu keadaan Adwan.
Ya Allah, Along! Suara Zuhayr Affan melengking tinggi.
Laju dia bergegas turun ke tingkat bawah. Walau sedikit penat sebab baru pulang bertugas syif malam, namun demi abangnya dia rela berkorban. Apalah sangat penatnya itu berbanding abangnya yang sanggup melupakan impian menjadi seorang jurutera demi menguruskan perniagaan keluarga.
Along! jerit Zuhayr Affan dari atas tangga bila melihat Adwan sudah hampir ke pintu utama.
Mukanya cemas. Sama pucat macam muka bibik yang turut berkejar ke tingkat bawah. Tidak tahulah apa akan terjadi kalau Adwan dapat keluar dari rumah. Cukuplah hanya Qaireen yang hilang jejak. Keluarga mereka tak sanggup lagi menanggung kesedihan untuk kali yang kedua.
Adwan yang sedang berjalan berhenti seketika. Menoleh pada suara yang memanggil namanya. Dia menanti hingga Zuhayr Affan mendekati dia.
Nak pergi mana Zuhayr Affan memeluk bahu Adwan. Lembut lontaran suaranya walau sedikit tercungap-cungap.
Qaireen. Adwan menyebut nama Qaireen. Sayu sahaja suaranya.
Ooo Qaireen. Nanti kita cari dia sama-sama, ya. Sekarang ni kau rehat dulu dalam bilik. Aku pun nak berehat juga. Kita segarkan badan dulu, okey Zuhayr Affan memujuk bersama senyuman manis.
Dia tunggu aku. Adwan menuding jari ke pintu. Cuba untuk menyambung langkah yang terhenti tadi.
Nanti kita cari sama-sama, ya pujuk Zuhayr Affan lagi.
Dia menarik Adwan mengikut langkahnya. Nasib sahaja kudrat abangnya lemah. Kalaulah kesihatan abangnya sudah pulih, sudah tentu dia tidak mampu berlawan tenaga dengan Adwan.
Kau janji Adwan tunak memandang Zuhayr Affan.
Insya-Allah. Kita minta pada-Nya. Mudahmudahan kita diberi petunjuk di mana Qaireen sebenarnya. Zuhayr Affan menjawab tenang.
Adwan hanya mengangguk.
Zuhayr Affan menarik nafas lega. Perlahan-lahan dia menuntun Adwan kembali ke bilik tidur abangnya. Sempat dia berbisik pada bibik untuk menutup rapat semua pintu keluar dan menguncinya.
Dia membantu Adwan berbaring semula di atas katil. Syukur bila abangnya tidak membantah. Selimut ditarik hingga ke dada abangnya.
Qaireennn dengan mata yang terpejam Adwan menggumam nama Qaireen. Tangannya menggenggam erat baju-t merah milik Qaireen.
Zuhayr Affan memicit pelipis. Sebelah tangan lagi mencekak pinggang. Hari ini dia terpaksa menjaga Adwan sendirian. Papa dan Mamanya pergi ke kampung Qaireen bersama-sama dengan Akid dan Amanda serta anak saudaranya.
Bik, tolong jaga Along sekejap. Saya nak mandi dulu. Duduk dekat luar bilik pun tak ada apa, arahnya bila nampak bibik menunggu di luar bilik.