KAMU SANG PENCULIK - 23
ENTAH kenapa mataku mula berkaca. Ya Allah, kenapa dengan aku Niel merenungku tidak berkelip. Mata bundarnya seakan tersirat pelbagai makna. Malam ini dia berbaju Melayu maroon. Kali pertama aku lihat dia berbaju Melayu dan agak lain sekali.

Eh adik angkat Sha. Tak sangka boleh jumpa dekat sini, tegur Kak Zila. Tidak sedar sahaja dia sudah menghidupkan enjin Perodua Alza dan menurunkan tingkap di bahagian tempat duduk penumpang.

Aku cepat-cepat mengawal air mataku dari tumpah dan terus menoleh ke arah Kak Zila. Miza juga sudah masuk ke dalam kereta rupa-rupanya. Kemudian renunganku kembali terarah pada Niel.

Lima saat aku memandangnya dalam keadaan masing-masing membisu. Tanganku mula menarik pintu Alza dan serentak itu tangan Niel menarik perlahan lenganku. Benar-benar tersentak aku dibuatnya.

Automatik pandanganku kembali dilempar padanya. Lengan aku tarik sedikit dan pegangannya dilonggarkan. Dari raut wajahnya aku tahu dia kesal dengan tindakan refleksnya itu.

Sha nak balik dengan Niel ke Kau orang macam ada benda nak cakap aje. Teguran Kak Zila sekali lagi mencuri perhatianku.

Tak Kak Zila. Lagipun dah lewat ni. Nanti kemudian saya jumpa Kak Sha. Niel lebih pantas menjawab. Senyuman nipis dihadiahkan buat Kak Zila.

Aku pula hanya mampu memandangnya terkebilkebil. Langsung tiada patah kata yang dituju padaku. Atau memang benar tiada apa yang ingin diluahkan padaku lagi. Memang dia ingin tamatkan segala kaitan kami.

Seminggu yang lepas, dia masih di Jordan dan kini dia sudah ada semula di Malaysia. Namun langsung dia tidak mencariku. Dan jika benar dia ingin mencariku, rasanya sebulan yang lepas lagi dia sudah berbuat demikian. Bukankah ianya sudah terang lagi bersuluh untukku. Antara aku dan Daniel Izdihar, semuanya sudah berakhir.

Tanganku kembali menarik pintu Alza tanpa menoleh ke arah Niel. Pintu kututup dan hanya kedengaran suara Kak Zila mengucapkan selamat tinggal pada Niel yang masih di luar.

Aku pula hanya mampu tunduk bermain dengan beg telekungku. Perasaanku jadi berkecamuk tiba-tiba. Dia yang dahulunya boleh dikira agak rapat denganku kini bagaikan orang asing.

MEMPELAM epal yang baru dipetik, aku letakkan ke dalam besen kecil. Rugi juga jika dibiarkan gugur dan buruk. Maklumlah di bulan puasa ini macam-macam juadah lain yang tersedia. Buah-buahan seperti ini memang kurang dipandang. Ianya sudah masak jadi aku berkira-kira untuk menghirisnya dan letakkan sahaja di dalam peti ais. Memang sedap jika buah dimakan sejuk-sejuk.

Sha! Jeritan perlahan Kak Zila mengalihkan tumpuanku dari mempelam epal.

Aku menoleh dan kelihatan Kak Zila di muka pintu sambil mengangkat tinggi Samsung Galaxy A milikku.

Ada call untuk Sha, beritahu Kak Zila.

Siapa Soalku sambil melangkah masuk ke dalam pagar.

Pelik namanya. Bad Boy insaf. Jawapan Kak Zila benar-benar menyentak jantungku. Besen kecil berisi mempelam epal terus terlucut dari tangan dan semuanya bergolek di atas lantai garaj kereta.

Sha, okey tak Kak Zila cepat-cepat sarung selipar dan berjalan laju mendapatkanku.

Aku pula bagaikan baru tersedar dan terus tunduk mengejar mempelam epal yang sibuk bergolek. Mujur juga pagar telah ditutup. Jika tidak, alamatnya sampai ke jalan ia bergolek.

Biar akak yang kutip. Sha jawab panggilan ni dulu. Kak Zila tarik besen kecil dari tanganku dan Galaxy A dihulurkan padaku. Namun, Galaxy A tibatiba senyap.

Laa, tengok dah habis dah. Lama sangat dia tunggu nak angkat.

Tak apalah akak. Tak penting pun, balasku sambil tersenyum nipis.

Mana tahu penting. Macam dalam drama-drama Korea tu. Hero dan heroin mesti akan save nama pelikpelik dalam telefon. Siapa Bad Boy insaf ni Kak Zila sudah tersenyum penuh makna. Tak ada siapa pun akak. Cuma budak Niel Kak Zila laju mencantas ayatku.

Aku terkelip-kelip tidak tahu hendak jawab

apa. Untuk menutup gusar di hati, aku kembali laju mengutip mempelam epal di atas lantai.

Betullah, kan Mungkin ada benda yang dia nak cakap semalam, tapi tak boleh sebab dah lewat. Pergilah telefon dia semula, sambung Kak Zila. Aku hanya balas dengan gelengan dan meneruskan tugas kutip mempelam epal.

Masuk ke dalam rumah, aku terus ke dapur. Kak Zila pula naik ke bilik. Mempelam epal aku basuh cuci-cuci dan kulitnya aku kupas. Ketika tangan sibuk menghirisnya, mata tidak mampu lari dari mengerling Galaxy A yang turut diletakkan di atas meja. Adakah Niel akan membuat panggilan lagi atau senyap terus

Hinggalah aku selesai memasukkan hirisan mempelam epal ke dalam peti sejuk, Galaxy A masih membisu. Aku naik semula ke bilik. Lagipun sudah hendak masuk waktu asar. Ketika kaki baru sahaja hendak melangkah ke bilik air, Galaxy A berbunyi.

Spontan aku berlari ke katil semula. Skrin Galaxy A kutenung bagai hendak tembus. Nafas panjang kutarik sebelum tanganku menyentuh simbol telefon hijau.

Aku senyap, di sana juga senyap. Siapa yang harus beri salam dahulu sebenarnya

Assalamualaikum. Niel akhirnya mengalah.

Waalaikumussalam, balasku.

Mak cik apa khabar Macam skema pula soalan Niel.

Baik, Niel Aku juga jadi kekok.

Baik. Pendeknya Niel balas.

Kenapa kami jadi begini pula Sebelum ini kami elok sahaja selamba lalala. Sekarang bukan main kekok lagi. Tempoh hampir dua bulan ini benar-benar mengubah sesuatu.

Kenapa baru sekarang Niel nak cari akak Kenapa lepas hampir dua bulan Akhirnya soalan ini terpacul dari bibirku.

Sebab saya kalah dengan air mata mak cik semalam. Jawapan Niel yang spontan membuatku kejung di tempat kejadian.

Hampir sepuluh saat kami membisu.

Kenapa Niel hilang lagi Soalku lagi.

Sebab saya rasa ini yang terbaik. Pendek lagi jawapan Niel.

Terbaik untuk siapa Aku masih dengan soalan.

Untuk semua orang.

Jawapan yang terlalu ringkas untuk aku fahami. Namun, aku malas menyoal lagi. Sudah terlalu banyak yang kusoal. Punggung kulabuhkan ke atas katil dan bantal kucapai sebelum kupeluk erat.

Saya nak buat satu permintan dengan mak cik dan saya harap mak cik tolonglah tunaikan. Lain macam sangat suara Niel.

Akak cuba yang termampu. Berdebar aku ingin tahu permintaannya.

Tolong jangan tumpahkan air mata kerana saya. Saya tak layak untuk air mata tu. Permintaan Niel adalah sesuatu yang tidak mampu tercapai dek akalku.

Siapa cakap akak nangis untuk Niel. Semalam tu mata masuk habuk. Sebolehnya aku cuba menidakkan.

Hanya mak cik yang tahu punca air mata tu. Walaupun mak cik tak mahu mengiyakan apa yang saya cakap, tak apa. Cuma tolong janji untuk tunaikan permintaan saya tu. Sekali lagi Niel meminta.

Aku tarik nafas panjang sebelum membalas.

Akak cuba. Erm, Niel baik-baik aje, kan Minggu lepas akak berbuka di rumah ummi, Niel. Akak dapat tahu Niel ke Jordan. Topik kualih.

Alhamdulillah, saya baik-baik aje. Saya tahu mak cik ke sana. Kak Inayah bagitahu masa saya call tu. Apabila nama Inayah disebut Niel, fikiranku terus menerawang jauh pada persoalan Inayah. Agaknya sampai bila kami berdua mampu sembunyikan semua ini dari pengetahuan Inayah.

Mak cik jaga diri baik-baik ya Selalu ceria macam dulu-dulu. Saya tahu kehadiran saya banyak buat mak cik susah. Kata-kata Niel benar-benar menghentam kuat jantungku.

Niel, akak tak rasa macam tu pun. Memang dulu akak ada rasa tu, tapi itu dulu. Sekarang rasa tu dah lama pudar. Niel janganlah cakap macam tu. Agak gelojoh aku luahkan semuanya. Satu perasaan takut terus menjerut jiwa. Takut akan kehilangan dia.

Ya Allah, mengapa perasaan ini harus hadir

Mak cik, dah azan asar. Saya tak nak ganggu mak cik dah. Assalamualaikum.

Jiwaku benar-benar meruntun saat mendengar kata-kata Niel ini. Bagaikan akan ternoktah sekali lagi di sini.

Waalaikumussalam. Dengan berat hati aku membalas. Talian kumatikan dan kepala kusandarkan pada kepala katil. Fikiranku mula ligat dan hatiku mula berdoa.

Ya Allah Ya Tuhanku, andainya perasaan ini membawa kebaikan pada semua orang Kau mudahkanlah urusan perasaan ini. Jika ianya akan memudaratkan kami dan orang yang kami sayangi, Kau bantulah hamba-Mu ini untuk menghapuskan perasaan ini sedikit demi sedikit. Amin.

SYAWAL kali ini disambut seperti tahun-tahun sebelum ini. Ramai saudara-mara dan sahabathandai yang berkunjung ke rumah. Paling tidak kujangka ialah pada 2 Syawal, keluarga Syafiq siap pakej dengan Syafiq, hadir bertandang ke rumah keluargaku.

Aku buat selamba sahaja. Berbual dengan keluarganya pun seperti biasa. Seakan tiada apa yang berlaku. Maklumlah nama pun memang tiada perasaan pada Syafiq, jadi memang tiada apa mampu diubah.

Tahun ni Sha ada buat biskut raya ke Mak Cik Kalsom, ibu Syafiq menyoal sebelum menyua biskut Almond London ke mulut.

Aku senyum dahulu sebelum menjawab.

Tak ada mak cik. Semua biskut tunjuk aje. Tak reti nak buat biskut. Saya memang fail bab buat kerja rumah, jawabku dengan selamba.

Walaupun tidaklah fail mana pun, tapi dalam hati berniat agar cara ini dapat mengurangkan rasa berkenan mereka untuk jadikan aku menantu. Namun sangkaanku meleset apabila kedua orang tua Syafiq ini ketawa perlahan. Mama di sebelahku pula mencuitku sorok-sorok. Pastinya kurang berkenan dengan jawapanku.

Bagus sangat Sha ni. Terlebih jujur. Kalau mak cik, lagi suka orang macam ni. Tak perlu nak berbangga sakan dengan diri sendiri. Nak tunjuk kelebihan pada orang lain. Yang merendah diri macam ni mak cik suka.

Hampir tersedak aku dibuatnya dengan kata-kata Mak Cik Kalsom. Mujur juga bukan tengah makan kuih batang buruk ke, kalau tidak mahu habuk tepungnya aku sembur dengan percuma.

Akhirnya aku pilih untuk ke dapur sahaja. Sengaja aku reka alasan kononnya hendak isi balang kuih raya yang sudah hampir kosong. Namun, sempat aku jeling wajah Syafiq. Dia pastinya tersenyum bahagia sekarang. Suka sangat tengok keluarga kami benarbenar suka akan cadangan penyatuan kami ini.

Sudah kujelaskan padanya melalui peti mesej Facebook beberapa bulan yang lepas. Tapi, nampaknya kawanku yang ini memang tidak reti hendak putus asa. Tiba-tiba rasa macam hendak cari kekasih kontrak pula. Mungkin jika ada kekasih kontrak, barulah Syafiq mengundur.

Sampai ke dapur, aku lambat-lambat mengambil bekas biskut raya di atas meja. Dengan kadar perlahan aku susun biskut red velvet di dalam balang kecil. Entah kenapa hati ini jauh terbang memikirkan seseorang yang tidak sepatutnya aku fikirkan. Dia senyap menyepi selepas perbualan telefon kami dua minggu yang lepas. Langsung tiada SMS mahupun WhatsApp mengucapkan Salam Aidilfitri. Hanya ada WhatsApp dari Inayah sahaja yang muncul.

Kenapa Daniel Izdihar berubah begitu cepat. Sungguh, aku rindukan bad boy nakal yang suka mengusikku. Walau takdir pertemuan kami tidak seindah mana, malahan sedikit berkeadaan tragedi namun bagiku ia tetap memori yang cukup terkesan ke hatiku.

Kakak! Jeritan kecil itu benar-benar membuatkan gegendang telinga dan jantungku terkejut. Bibir kuketap sambil menoleh ke belakang.

Adikku yang seorang ini memang tak sayang kakak dia agaknya. Tak kasihan langsung pada jantung kakak dia ni.

Apanya Soalku sedikit kasar.

Pergi dapur nak isi kuih raya atau nak berangan Sedap sahaja aku diperli adik sendiri.

Sibuk ajelah adik ni. Pergilah layan tetamu tu. Bukan ke senior kesayangan awak Aku bulatkan sedikit mataku sambil tangan kembali menyusun biskut red velvet.

Kakak ni tak baiklah. Kasihan dekat orang tu ternanti-nanti. Tak baik tau biarkan orang ternantinanti macam tu.

Aku faham sangat maksud ternanti ini.

Hello, masalahnya akak dah jelaskan faham tak. Kakakmu ini tak pernah bagi harapan pada orang. Kalau tak suka, akan straight to the point.

Memanglah, tapi selagi kakak single dia akan rasa dia ada harapan. Lelaki yang betul-betul usaha nak dapatkan cinta seorang wanita ni kadang-kadang adalah lelaki yang terbaik tahu. Maksudnya dia betulbetul akan sayangkan kakak bila dia dah dapat kakak.

Fakta mana pula kau guna ni adik oi Aku tumbuk perlahan bahu adikku tanda tidak setuju dengan pendapatnya. Tak mahulah. Dah hati ni kata tak mahu, tak akan nak paksa pula. Dahlah nama nak dekat sama dengan adik.

Apa masalahnya Shauqi dengan Syafiq tu jauh sangat bezanya. Kakak panggil orang ni adik tak pun Shauqi. Abang Syafiq tu kakak panggil Syafiq, kan Tak sama pun. Tapi, kalau akak dengan Abang Syafiq memang sweet. Sha-Sya couple. Kata-kata adikku si Shauqi aku balas dengan jelingan tajam. Memang kami sudah begini sejak kecil. Selamba sahaja bercakap tanpa perlu bertapis. Tapi, yang penting hubungan kami dua beradik tetap utuh.

Atau kejap I miss you baby dekat wall Facebook tu Dia tu Belum sempat Shauqi habiskan ayatnya aku terus mencubit pipinya agak kuat. Padan muka. Siapa suruh pandai-pandai ungkit cerita lama.

Dua beradik ni buat apa lama sangat dekat dapur Suara mama merencatkan misi cubit pipi Shauqi. Kami sama-sama menoleh ke arah mama.

Keluarga Syafiq dah nak balik tu, bisik mama sambil memegang bahuku.

Kepala kuanggukkan perlahan sambil tersenyum nipis. Kami dua beradik akur mengekori mama ke ruang tamu semula. Aku lega kerana isu post Niel di wall Facebook tamat.

TAK lama lagi abah dah nak pencen. Kalau ada cucu seronok juga boleh temankan

abah. Abah tiba-tiba suarakan impiannya ketika kami sedang makan malam satu keluarga.

Aku yang baru sahaja memasukkan kuih batang buruk ke dalam mulut terus terbatuk kecil. Habis tersembur tepung batang buruk. Keluargaku semuanya makan nasi, aku sahaja yang makan kuih raya.

Kakak, nasib baik tak tersembur dalam pinggan Shauqi. Adikku laju mencelah.

Sorry mama, abah, adik. Terkejut sangat, balasku sambil mencapai gelas berisi air kosong yang dihulurkan mama.

Abah minta cucu dekat adik. Terus aku menyambung setelah air kosong melegakan tekakku yang sedikit perit tadi.

Akibatnya Shauqi pula yang terbatuk sampai tersembur nasi. Lagi tak senonoh dariku. Aku ketawa jahat sengaja ingin menyakat Shauqi. Yalah, hanya dia yang boleh kusakat.

Anak abah ni dah ada pilihan hati Soalan abah benar-benar menjeratku.

Automatik mindaku terbayangkan seseorang. Tidak kuminta, namun wajahnya nakal hadir.

Kakak. Panggilan mama membawa aku kembali ke alam nyata. Kepala kutoleh pada mama di sebelahku.

Ya mama. Senyuman nipis kuhadiahkan pada mama. Sempat aku kerling Shauqi yang duduk bertentangan denganku. Dari kening Shauqi aku sudah tahu, dia masih bertanda-tanya siapa gerangan penghantar I miss you di Facebook.

Abah, kakak banyak lagi kurangnya. Belum cukup sedia nak jadi isteri orang. Bila kakak betul-betul dah sedia, Insya-Allah calon tu akan muncul, kan Aku menyoal abah selembut mungkin.

Yalah kakak. Abah minta maaf sebab selalu sangat sebut perkara ni pada kakak. Mungkin faktor usia yang dah makin lanjut. Jadi serba-salah aku bila abah minta maaf.

Abah tak salah apa pun dengan kakak. Abah jangan minta maaf macam ni. Kakak faham sangat abah mahu yang terbaik untuk anak-anak abah. Abah beri kakak masa ya. Sehabis daya aku susun ayatku agar tidak mengguris hati abah. Senyuman berserta anggukkan abah membuatku lega.

Aku tahu abah dan mama akan sentiasa menyokong keputusanku.

SYAWAL kelima aku sudah kembali ke Kajang. Maklumlah bukan boleh cuti terlalu lama. Banyak kerja yang tertunggak di pejabat yang minta

diselesaikan secepat mungkin.

Hujung minggunya pula aku dijemput oleh Mak Cik Ruqayyah untuk ke rumah terbuka sempena

Aidilfitri. Seperti biasa aku tidak menolak. Sebenarnya Mak Cik Ruqayyah turut mengajak teman-teman serumahku, namun gawat juga jika mereka bertemu dengan Niel di sana. Pasti semua yang aku sorokkan dari Mak Cik Ruqayyah dan Inayah akan terbongkar.

Aku tiba di rumah Mak Cik Ruqayyah lebih kurang jam 5.30 petang. Seperti biasa kehadiranku disambut mesra oleh Mak Cik Ruqayyah. Ramai juga tetamu telah hadir. Aku sibuk bersalaman dengan tetamu wanita. Tetamu lelaki pula terdiri dari golongan pakcik-pakcik sahaja dan tidak ramai.

Cantik sangat Aliya hari ni. Mak Cik Ruqayyah memuji. Tersipu juga aku dibuatnya. Dari sebalik tirai wajahnya, aku tahu dia sedang tersenyum manis.

Biasa-biasa aje mak cik. Mungkin sebab ini kali pertama mak cik tengok Aliya berbaju kurung. Aku membalas sopan. Bagiku penampilanku memang biasa sahaja dengan baju kurung ungu lembut yang kosong. Hanya manik halus menghiasi hujung lengan. Tambah dengan selendang ungu gelap.

Aliya memang cantik pun. Kawan serumah Aliya semua tak dapat datang ya Mungkin belum ada rezeki mak cik nak berkenalan dengan mereka. Kata-kata Mak Cik Ruqayyah benar-benar membuatku serbasalah. Hakikatnya aku langsung tidak maklumkan pelawaan Mak Cik Ruqayyah pada Kak Zila dan Miza.

Betapa bersalahnya aku, namun aku belum bersedia untuk segala kemungkinan. Biarlah aku mencegahnya. Hanya senyuman nipis yang aku berikan pada Mak Cik Ruqayyah.

Inayah muncul dari dapur bersama sedulang cawan. Senyumannya lebar saat melihat aku. Usai cawan diletakkan ke atas meja kopi, dia terus menghampiriku. Tanganku dikucupnya dan aku dibawa ke sofa yang masih kosong. Kemudian dia menyambung tugasnya menuang minuman. Mak Cik Ruqayyah terus mengajak aku makan. Semua hidangan diletakkan di atas meja makan secara buffet. Tapi, aku malas hendak mengambilnya lagi.

Apabila Mak Cik Ruqayyah kembali berbual pendek dengan tetamu yang lain, aku jadi kekok tiba-tiba. Rasanya ini kali pertama aku ke rumah terbuka bersendirian. Selalunya berteman. Yalah mana mungkin aku mengharapkan Mak Cik Ruqayyah dan Inayah melayanku setiap masa. Ramai lagi tetamu mereka.

Anak ni kawan Inayah ke Seorang mak cik yang kebetulan duduk di sofa sebelah menegur mesra. Senyuman kuukir sebelum menjawab.

Saya kenal dengan Mak Cik Ruqayyah terlebih dahulu. Kami terserempak di pasaraya. Kemudian baru kenal dengan Inayah, jawabku penuh sopan.

Dah berkahwin Terkedu aku mendengar soalan mak cik ini. Mataku membulat sambil terkelip-kelip.

Jangan salah faham mak cik tanya macam tu sebab tengok anak datang seorang. Muka pun nampak masih muda. Jelas wajah serba-salahnya.

Tak mengapa mak cik. Masih belum kahwin. Saya Shaqina. Mak cik Senyumanku semakin manis untuknya.

Rozaini. Tapi, panggil Mak Cik Zai aje. Shaqina umur berapa Makin ramah pula Mak Cik Zai menyoal. Dua puluh lima mak cik. Sopan aku menjawab.

Oh sama umur dengan anak lelaki mak cik. Dia kerja di Cheras. Shaqina di mana Eh lain macam pula soalan Mak Cik Zai.

Saya di

Jemput makan mak cik. Tiba-tiba satu suara mencantas ayatku. Suara yang sangat aku kenali. Serentak itu dulang berisi balang-balang kecil biskut raya diletakkan di atas meja kopi. Bulat mataku saat melihat wajah selamba Niel. Dia bagai tiada perasaan melihatku di sini.

Aku pula, hanya Allah yang tahu perasaanku tika ini. Jantung dan hatiku sudah mula rancak tidak duduk diam. Ingatkan dia tiada di sini hari ini.

Susah-susah aje Fitri. Mak cik ni tak berapa sangat biskut raya. Tapi, terima kasih. Mak Cik Zai tersenyum nipis.

Sama-sama mak cik. Niel sopan membalas sebelum melangkah dari hadapanku. Dia sibuk meletakkan beberapa balang lain ke atas meja kopi satu lagi.

Kak Aliya, Inayah ambilkan makanan untuk akak ya Akak nak nasi impit atau mee sup atau yang lain Soalan Inayah yang agak mengejut itu sedikit menyentak minda yang mula sibuk memikirkan kemunculan Niel.

Tak apa, Inayah. Akak pergi ambil sendiri nanti. Aku paut lengan Inayah dan bangun dari duduk. Senyuman sempat aku hadiahkan pada Mak Cik Zai sebelum aku berlalu ke meja makan.

Banyak benar hidangan petang ini. Ada sate, nasi impit, kuah kacang, mee sup dan rojak ayam. Walau juadah di hadapan mata ini semuanya menyelerakan, namun minda ini masih kemas untuk Niel.

Ya Allah, redakan gelojak hatiku ini.

Mak Cik Zai tu nak ushar awak sebagai calon menantu pun awak tak tahu. Jangan terlalu lurus.

Mahu gugur jantungku saat kata-kata itu menjengah gegendang telinga. Automatik aku berpaling ke sebelah kanan. Wajah Niel terus menjamah mata. Terkejut sangat apabila mak cik bertukar jadi awak.

Niel pula selamba meletakkan ayam, tauhu, kentang rebus, hirisan mentimun dan sengkuang ke dalam mangkuk. Kemudian kuah kacang pula. Mangkuk yang sudah penuh terisi itu dihulurkan padaku yang masih memandangnya tidak berkelip.

Makanlah. Susah-susah ummi dan kakak masak. Niel tersenyum nipis ke arahku. Lambat-lambat aku mengambilnya.

Terima kasih. Suaraku cukup perlahan.

Awak nak duduk dekat Mak Cik Zai lagi atau nak saya temankan awak makan

Niel ni kenapa Hilang dan muncul Tenggelam

dan timbul Kejap mak cik, kejap awak Soalan pendek-pendek kutembak padanya. Wajahnya sedikit berkerut. Bagaikan tersedar sesuatu.

Mak cik pergilah duduk dulu. Mak Cik Zai dah tengok-tengok kita.

Tiba-tiba mak cik kembali. Agaknya Niel terlupa panggilannya padaku. Maklumlah sudah bermingguminggu kami tidak bercakap. Malahan sudah berbulan hubungan kami renggang tidak seperti dulu. Eh, bila pula kami rapat Tapi, semua peristiwa yang pernah berlaku pada kami bagaikan mendekatkan kami.

Mak cik. Sekali lagi Niel memanggil.

Aku terus alihkan pandanganku dari Niel. Kelihatan Mak Cik Zai sedang tersenyum ke arahku. Aku terus kembali ke sofa yang aku duduki tadi. Sambung berbual dengan Mak Cik Zai sambil makan rojak ayam.

Biarlah sekalipun Mak Cik Zai hendak jadikan aku calon menantunya, tiada kaitan pun dengan Niel. Biarlah dia hendak marah, geram atau apa pun. Aku tidak peduli.

SEDAR tak sedar sudah hampir ke jam 6.30 petang. Yalah aku sibuk berbual dengan Mak

Cik Zai hinggalah dia pulang. Kemudian Mak Cik Ruqayyah sambung berbual denganku. Sesekali aku berbual dengan Inayah dan tetamu-tetamu yang lain. Kebanyakan tetamu petang ini ialah rakan sekerja Inayah dan kenalan usrah Mak Cik Ruqayyah. Juga jiran-jiran terdekat. Saudara-mara semuanya jauh di Kedah jadi hanya jiran dan rakan yang dapat hadir.

Ketika semua tetamu sudah pulang, aku juga rancak membantu Mak Cik Ruqayyah dan Inayah mengemas. Niel turut membantu, namun seperti biasa aku dan dia hebat berlakon di hadapan ummi dan kakaknya. Tapi, agaknya jika mereka nampak insiden aku dan Niel di meja makan tadi, adakah mereka akan hairan

Aliya ni kalau datang sini mesti suka susahkan diri. Segan mak cik. Sempat Mak Cik Ruqayyah meluahkan ketika aku letakkan pinggan mangkuk kotor ke dalam sinki. Mak Cik Ruqayyah pula sedang membasuh pinggan. Dibantu oleh Niel yang menyusun pinggan, mangkuk dan cawan ke atas rak untuk dituskan airnya. Inayah pula mengelap meja di luar.

Mana ada susah pun mak cik. Tolong sikit aje pun. Datang tadi sedap aje terus makan. Jawapan wajibku untuk Mak Cik Ruqayyah. Walau baru beberapa bulan kami berkenalan, namun dapat kurasakan ikatan kami makin kukuh. Sudah tiga kali aku ke sini.

Tidur sini ajelah malam ni ya, Aliya Lagipun esok Ahad. Pelawaan Mak Cik Ruqayyah benar-benar menyentakku.

Entah kenapa mata ini sempat terkerling Niel di sebelah umminya. Dia juga sama sepertiku, seakan terkejut. Mata bundarnya sedikit bulat dan dia turut merenungku. Andainya Mak Cik Ruqayyah nampak drama kami berdua ini.

Eh tak apa mak cik. Aliya balik rumah juga kut. Terima kasih sudi ajak. Cepat sahaja aku menolak sesopan mungkin.

Tidur di sini dengan Niel yang juga berada di dalam rumah ini memang mustahil bagiku. Ikutkan hati mahu sahaja aku cepat-cepat meninggalkan rumah ini, tetapi keinginanku untuk membantu Mak Cik Ruqayyah benar-benar tinggi.

Guruh tiba-tiba berdentum dan aku automatik terpeluk Mak Cik Ruqayyah. Terkejut punya pasal. Mujur juga Mak Cik Ruqayyah di sebelahku, buatnya Niel memang haru.

Aliya takut guruh ke Mak Cik Ruqayyah menepuk perlahan belakangku.

Maaf mak cik. Aliya terkejut. Tak takut, cuma terkejut, jelasku dengan suara sedikit bergetar. Jika bunyi guruh itu sudah kujangka, pastinya aku akan okey sahaja. Tetapi, yang ini benar-benar mengejut.

Kepala aku alihkan dari bahu Mak Cik Ruqayyah dan senyuman nipis aku ukir. Baru sahaja dua saat tersenyum, bunyi hujan turun menerpa gegendang telinga. Sempat aku kerling tingkap di dapur.

Alamak hujan lebat pula. Aliya rasa kena gerak dulu. Cuak habis wajahku.

Hujan lebat ni. Aliya tidur sini aje ya Bahaya nak memandu dalam hujan lebat. Mak Cik Ruqayyah cuba memujuk.

Aku makin gawat. Mataku tertangkap lagi renungan Niel. Walau Mak Cik Ruqayyah di tengah kami, namun ketinggian Niel melepasi ketinggian umminya.

Tak apa mak cik. Aliya bawa kereta slow aje. Aku cuba berdalih. Dalih yang mengingatkan aku pada peristiwa aku menjemput Niel di taman. Waktu itu hujan juga turun lebat, namun tanpa kilat dan petir.

Mak cik bimbangkan keselamatan Aliya. Mak cik bertanggungjawab pada Aliya sebab mak cik yang ajak Aliya ke sini. Lembut sekali suara Mak Cik Ruqayyah. Aku jadi kalah. Perlahan-lahan aku mengangguk. Sungguh aku nampak Niel menghela nafas lega. Kemudian dia kembali menghadap sinki. Menyambung kerjanya. Aku pula kembali ke ruang tamu untuk membantu Inayah.

Azan Maghrib berkumandang tidak lama kemudian. Mak Cik Ruqayyah menyuruh kami bertiga mengambil wuduk. Tiba-tiba aku jadi gugup.

Jantungku berdegup kencang. Terasa tanganku sedikit menggeletar. Biasanya ini yang kurasa jika aku nervous.

Entah kenapa hati kecilku seakan menjerit menyatakan Niel yang akan jadi imam kami untuk solat Maghrib ini. Siapa lagi kalau bukan dia, kan Mampukah dia Jangan bersangka buruk dengan Niel. Mungkin luarannya tidak seindah mana, tapi dalamannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Inayah membawaku ke biliknya di tingkat atas. Lengkap dengan bilik air, jadi aku tidak perlu susah hati akan terserempak dengan Niel ketika hendak mengambil wuduk. Inayah memberiku salah satu telekungnya dan kami memakai telekung siap-siap di bilik Inayah. Sejujurnya kakiku sedikit menggeletar saat melangkah ke bilik solat yang memang disediakan khas oleh Mak Cik Ruqayyah.

Ketika kami sampai ke bilik solat, Mak Cik Ruqayyah sudah menunggu di dalam. Senyuman kupamer semanis mungkin buat Mak Cik Ruqayyah. Namun di sebalik telekung, tangan kananku menggenggam erat tangan kiri. Menanti dengan sabar imam muda itu muncul.