MY DARLING ANGEL - 23
HAZIQ, jom kita ambil agar-agar ni lagi dekat dapur. Kita makan dekat atas ya

Masuk dulu ya Mak Ngah.

Loceng tiba-tiba berbunyi menandakan ada tetamu yang baru tiba. Elzaara segera membuka pintu dan terjengul Pak Ngahnya yang baru sampai. Encik Ibrahim masuk dan bersalam dengan semua orang. Lyn yang mengerti bahawa ibu dan Bapa mereka seperti ada perbincangan serius, turut bangun dan mengekori langkah Elzaara dan Haziq ke dapur.

El, Mak Long ada buat makan-makan ke Soal Lyn sebaik sahaja mereka tiba di dapur.

Haziq yang jumpa agar-agar di dalam bekas makanan terus sahaja memasukkan agar-agar tersebut ke dalam mulutnya tanpa mempedulikan Acu dan Aciknya yang sedang berbisik berdua.

Engkau, kalau bab makan laju je, kan. Tapi, eh kejap... siapa yang cakap ibu aku ada buat makanmakan Aku tak tahu pun yang ibu nak buat makanmakan hari ni Elzaara terasa seperti kepelikan mendengar pertanyaan Lyn. Setahunya mereka tiada ada buat apa-apa rancangan makan-makan, tapi tak tahulah seandainya ibunya terlupa untuk memberitahunya.

Erm, andaian aku je kot tu. Abaikan jelah.

Elzaara menuangkan air sirap ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Lyn dan Haziq. Dia mengeluarkan pizza dari peti ais dan memanaskannya ke dalam oven. Sementara menunggu pizza siap untuk dipanaskan dia mencapai sekeping agar-agar.

Aku tengok kau ni lain macamlah hari ni, Lyn.

Kau kenapa

Erk! Nampak sangat ke Soal Lyn.

Nampak apa Soalan dibalas dengan soalan.

Ketara sangat ke perubahan mood aku hari ni

Hmm.. aah! Nampak sangat kau lebih ceria hari ni. Muka pun macam berseri-seri.

Kaulah orang ketiga lepas Kak Lisa dan Mak aku tanya soalan yang sama. Tak ada apa-apalah. Lyn cuba mengelak daripada menjawab soalan Elzaara.

Hah, Kak Lisa mana Dia tak datang sekali ke

Tak. Dia pergi dating dengan boyfriend dia.

Uit Semalam dating, hari ni pun dating lagi ke Kak Lisa tu Dahsyat!

Ala, biasalah tu orang bercinta, berkepit jelah dua puluh empat jam. Kalau aku ada boyfriend pun aku nak berdating juga macam dia. Biarkan jelah Kak Lisa tu.

Ni, aku ada benda nak bagi tahu kau ni.

Hah, apa dia

Ish, berdebarlah pula aku rasa. Lain macam aku nak cakap dengan kau ni, Lyn mengurut dadanya bagi mengurangkan kegelisahan di dalam hatinya.

Apa bendanyalah kau ni. Cakap jelah. Tiba-tiba nak berdebar bagai. Ayat drama betul. Apasal

Aku rasakan... Haish... El. Aku rasa macam, erm aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku ni tapi yang pasti aku rasa aku dah jatuh cinta.

Elzaara melopong mendengar pengakuan Lyn yang baginya sungguh kelakar. Pelik betul Lyn ni. Sebelum ini, tidak pernah pula dia meluahkan perasaannya terhadap mana-mana lelaki. Kenapa pula tiba-tiba ni

Hurmm, takkan dengan mamat Inggeris tu pula kot Ke aku yang salah dengar ni Tapi, kalau betul, memang cari nahaslah minah ni. Baru kenal sehari dua dah boleh jatuh cinta Memang sah pelik!

Cuba kau ulang balik apa kau cakap tadi Lyn Aku rasa aku tak jelaslah apa yang kau cakap tadi. Elzaara mengerutkan dahinya konon-kononnya dia tidak memahami bait-bait kata yang baru sahaja dilontarkan oleh Lyn sebentar tadi.

Aku dah jatuh cinta dengan seseorang.

Lebar senyuman Lyn apabila mengungkapkan bahawa dia sudah jatuh hati kepada seseorang. Nadanya yang kuat dan jelas betul-betul menusuk ke telinga Elzaara buat kesekian kalinya.

Dengan siapa

Brian William!

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Elzaara tersedak apabila nama mamat Inggeris itu terpancul dari bibir Lyn. Hampir sahaja tersembur keluar air sirap yang sedang diteguknya. Bagaikan mengena pula tekaannya tadi yang Lyn dah jatuh cinta dengan mamat Inggeris itu.

Haziq langsung tidak mempedulikan tingkah laku Acu dan Acik Lynnya dan dia membuat hal sendiri dengan menyelongkar isi di dalam peti ais.

Lyn pula dengan segera menghulurkan gelas air sirap yang diletakkan semula ke atas meja oleh Elzaara kepadanya. Elzaara meneguknya dengan rakus kerana tekaknya terasa sedikit perit dek tersedak tadi.

El, kau ok ke ni Sorry, sorry aku buat kau tersedak pula.

Lyn menepuk-nepuk perlahan belakang Elzaara untuk meredakan rasa perit yang ditanggung oleh sepupunya. Dia langsung tidak menyangka bahawa Elzaara akan terkejut sehingga tersedak sehingga sebegitu rupa.

Ehem! Ehem! Aduh peritnya tekak aku. Suara aku pun dah bertukar rupa dah. Ehem! Diadjust semula suaranya yang serak kembali normal.

El, sorry, sorry. Aku tak tau pula kau nak terkejut sampai macam ni sekali.

Weh, kau ni buat lawak antara negeri ke lawak antarabangsa ke apa Senang-senang aje kau boleh jatuh cinta dengan seseorang. Dahlah kau tak kenal mamat tu betul-betul lagi tiba-tiba kau kata kau jatuh cinta dengan dia. Kau sedar tak ni, Lyn Mengarut kot semua ni! Tempelak Elzaara secara tiba-tiba.

Aku sedarlah El. Aku normal lagi dan aku masih waras. Aku bukannya berada di awang-awangan untuk menyatakan apa yang aku rasa sekarang ni.

Apa sebabnya kau boleh jatuh cinta dengan dia Satu apa pasal dia pun kau tak tahu dengan jelas. Kau jangan buat kerja gilalah Lyn!

Aku...

Jangankan sebab dia handsome, macho, ada business sendiri kau boleh terpikat dengan dia Lyn. Lelaki ni ada macam-macam topeng. Masa mula-mula mengorat memanglah baik, pijak semut pun tak mati tapi bila dah dapat, macam sampah kau diperlakukan. Lelaki ni bukan boleh dipercayai pun. Kita buat baik pun dilayan macam sampah. Ada tu ayat sikit punya manis, tapi akhlak tak serupa manusia langsung!

El, kau janganlah bersikap prejudis sampai macam ni sekali. Tak semua lelaki macam tu. Aku faham kau masih lagi trauma dengan apa yang jadi dengan arwah Kak Fira, tapi aku yakin yang Brian tu tak macam tu. Aku tengok dia tu caring, baik, penyayang, pandai layan budak-budak. Aku yakin seratus peratus yang dia memang jenis baik-baik. Lagipun Kak Lisa kenal rapat dengan dia sampaikan family dia pun Kak Lisa kenal.

Ni bukan soal aku trauma atau pun tidak. Ya, memang apa yang jadi dengan arwah Kak Fira tu sebagai salah satu puncanya, tapi kau mungkin tak ingat masa sekolah rendah dulu aku pernah cerita dengan kau pasal kejadian yang memalukan tu dulu. Lyn mengerutkan wajahnya.

Pasal apa ya Yang mana satu

Kau ingat, pasal kejadian aku kena masuk bilik kaunseling gara-gara aku bertumbuk dengan seorang budak lelaki

Oooo... budak lelaki yang cium pipi kau tu

Ha! Bukan setakat cium, dia boleh dengan selamba aje peluk aku depan budak-budak lain. Kalau kau kata tak ingat, memang free je mulut kau kena sumbat dengan gelas ni karang! Gelas diangkat sebagai amaran.

Laaa, kau berdendam dengan budak tu sampai sekarang ke

Itu bukan pointnya. Yang aku nak highlightkan dekat sini ialah sikap lelaki melayan perempuan. Kau fikir ada ke lelaki yang betul-betul ikhlas dalam dunia ni tanpa mengambil sebarang kesempatan Kalau betul ada, kenapa sekarang banyak kes penceraian, kes penganiayaan anak perempuan, isteri, adik, Mak. Kenapa mereka bersikap lebih teruk daripada binatang Kau pernah terfikir tak macam tu

El, kau kena buang sikap prejudis kau tu. Tak semua lelaki macam tu. Dalam dunia ni ada lelaki yang berkualiti dan ada juga yang langsung tak ada nilainya. Pokok pangkalnya kita kena tepuk dada tanya iman. Kita kena tengok lelaki tu dalam banyak sudut. Jangankan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kau kena fikir positif. Aku yakin yang Brian tu tak macam tu. Kau tolong doakan untuk aku ya

Hm... ikut kaulah Lyn. Aku cuma bagi pendapat aku je. Apa yang kau perlu tahu aku sayangkan kau, aku cuma tak nak kau alami perkara yang sama macam mana arwah Kak Fira alami dulu je. Cukuplah dulu aku dah kehilangan Kak Fira, sekarang aku tak nak kehilangan sesiapa lagi dalam hidup aku.

Elzaara dan Lyn berpelukan sesama sendiri, Aku pun sayangkan kau juga. Kaulah sahabat dunia akhirat dan sepupu yang paling aku sayang! Aku tau kau ambil berat sangat pasal aku. Terima kasih sangat-sangat ya.

Weh, dahlah tak payah nak sedih-sedih. Macam nak buat drama air mata je, bosan aku. Jom layan movie dekat atas lagi best, Elzaara merenggangkan pelukan mereka berdua dan terus menukar topik lain bagi mengelakkan mereka berdua terus hanyut dalam drama air mata sebabak tanpa skrip mereka itu.

Lyn kesat airmata.

Eh, kalau kau nak tau, sebenarnya kan, aku dah dapat agak yang kau suKakan mamat Inggeris tu. Aku duk perhati je kau daripada hari Haziq hilang dulu sampailah semalam. Tengok gaya kau semalam pun aku dapat teka apa yang kau sembunyikan. Nak cover line perasaan konon, tapi tak reti. Kau menggelabah semacam pun aku dah tau. Perli Elzaara.

Lyn hanya tergelak mendengar perlian Elzaara.