MY PRETTY BOY - 23
TUN TUNKU HARITH berdiri di sebalik cermin. Wayar yang berselirat di tubuh Tunku Hardie dipandang sayu. Hiba rasa hati melihat keadaan anak terunanya yang bersendirian di dalam wad VIP, ICU.

Sabarlah, Papa. Doakan abang Hardie selamat, pujuk Tunku Hazreen sambil menyeka air mata yang semakin deras mengalir di pipi Tun Tunku Harith.

Baru minggu lepas bertemu dengan Tunku Hardie di THSC dan berjanji untuk makan malam bersama dan diserikan pula dengan kehadiran sang kekasih hati Tunku Hardie, bakal menantunya kelak. Dia tak kisah jika jodoh anak-anaknya bukan dari keturunan darah kerabat asalkan tahu menjaga nama baik keluarga. Itu saja syaratnya.

Namun apa yang dibayangkan tak seindah yang dirancang. Tunku Hardie yang bertugas di THSC sejak 6 bulan yang lepas berubah sebegini drastik dalam sekelip mata. Lepas satu, satu dugaan datang bertimpa-timpa. Entah ceruk mana silap sampaikan tempias musibah menimpa anaknya.

Dari kejauhan Tun Tunku Harith melirik ke arah kelibat yang sedang duduk tunduk memandang ke bawah. Di sekeliling pula kelihatan beberapa orang lelaki yang lengkap dengan uniform dan songkok menemaninya di situ. Tun Tunku Harith mengerut dahi. Setahunya, di wad VIP, ICU ini hanya dibenarkan untuk kaum kerabat saja.

Siapa pula mereka Dan, siapa pula yang membenarkan mereka masuk ke kawasan wad ni

Kebetulan di saat dia sedang dibelenggu tanda tanya, lalu seorang doktor yang ditugaskan untuk mengawasi perkembangan Tunku Hardie di bilik itu.

Wait a minute, Azmeer. Siapa mereka semua tu Soal Tun Tunku Harith serius.

Terhenti terus Azmeer untuk menjenguk ke dalam bilik. Dia yang ditemani oleh Luqman dan Huzer ikut sama terhenti berdiri di belakangnya.

Mereka yang sebenarnya inform THSC tentang Tuan Hardie. Nampaknya seperti ada perkara serius yang berlaku antara Tuan Hardie dengan wanita tu. sekilas Azmeer melihat mereka yang berkumpul di hujung penjuru.

Dia yang mengarahkan mereka semua tunggu di situ dari berterusan mengganggu kerja pasukannya di dalam wad, lebih-lebih lagi wanita yang berpakaian menjolok mata, tak habis-habis terpekik terlolong memanggil nama Tunku Hardie dari luar cermin. Naik rimas dan jelak dibuat mereka bertiga.

Thank you, Azmeer. Takpa biar saya pergi jumpa mereka, ujar Tun Tunku Harith sambil menepuk perlahan bahu Azmeer yang bertugas merawat Tunku Hardie malam ini.

Azmeer beredar pergi masuk ke dalam wad VIP, ICU sambil ditemani oleh Luqman dan Huzer manakala dia pula menghayun langkah menghampiri mereka dengan seribu satu tanda tanya.

Assalamualaikum semua. Saya Tunku Harith, ayahanda pada Tunku Hardie. Saya diberitahu tadi, kamu semua yang informs pihak THSC. Kalau tak kerana kamu, entah apa agaknya terjadi pada anak saya.

Waalaikumussallam Maafkan kami semua, Tun

Panggil saja Tun Harith. Saya MD di hospital ni, celah Tun Tunku Harith seraya mengukir senyum hingga kelihatan lekuk di kedua-dua belah pipi.

Masing-masing bergilir-gilir menghulurkan tangan bersalaman dengan pemilik hospital yang ternama ini.

Tun Harith, ingat saya lagi Tegur salah seorang yang muncul di celahan mereka yang berdiri berdepan dengan Tun Tunku Harith.

Ustaz Azli, kan Apa tak kenalnya. Ramai-ramai di sini nampak macam ada perkara serius aje ni, ustaz.

Ya, Tuan. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin kami beritahu pada Tuan tapi memandangkan situasi yang tak sesuai, saya rasa kita

Biar saya yang bagitau cepat Maria mencelah.

Siapa kamu Apa yang terjadi sebenarnya, ustaz Rona wajah Tun Tunku Harith berubah serta-merta bila wanita seksi yang bangkit dari kerusi berani menyampuk perbualan mereka.

Ni ke soulmate Hardie Gumam Tun Tunku Harith antara percaya dengan tak.

Se sebenarnya begini tu.. Tuan

Q

AMRA AIN menanti dengan sabar di Pudu Sentral.Buntu! Bas terakhir ke Brinchang jam

5 petang tadi. Sekarang ini apa yang perlu dia lakukan Menunggu atau...

Malam semakin larut, semakin susut penumpang di sini berlalu pergi menaiki bas yang tiba. Tinggal hanya dia dan beberapa penumpang yang sedang menanti bas menuju ke destinasi masing-masing. Sementara menunggu, Qamra Ain keluarkan BB Z10 dari dalam poket sweater. Terpampang gambar mereka berdua memenuhi skrin sesentuh itu. Hatinya kembali sebak, tatkala melihat pada senyuman nakal Tunku Hardie di dalam gambar.

Tergamak kau lakukan begini pada aku, Hardie hati ini remuk-redam dek kecurangan kau! Jika kau teguh memilih Maria, mulai saat ini nyah kau dari kehidupan aku rintihnya perlahan sambil menyentuh skrin sesentuh dan berakhir pada bibir ceri Tunku Hardie.

Qamra Ain memejam mata serapat yang mungkin hingga memaksa air mata keluar menitis di kedua-dua belah pipi. Di baki masa yang ada, dia menghabiskan masa dengan melenyapkan kesemua gambar kenangan dalam memori kad. Tiada satu pun yang tertinggal. Biarlah, wajah itu luput terus dari ingatannya.

Qamra Ain tersedar dari lamunan serta menyeka air mata dengan belakang tapak tangan. Dia bangun sambil menyandang beg galas ke belakang dan tangan kiri pula menarik troli bagasi. Sambil berjalan, BB Z10 terus dimatikan.

D

IA switches off pula! rungut Reza Rizman. Jenuh sudah mendail nombor talian Qamra Ain sejak mendapat tahu tentang berita kemalangan Tunku Hardie dari Maria. Selepas menerima panggilan kecemasan, terus dia bergegas ke THSC. Setibanya di sana, ramai sungguh yang berada di luar wad VIP, ICU yang menempatkan Tunku Hardie.

Maria yang duduk hanya mampu menangis semahu-mahunya. Selepas mendapat berdas-das tembakan pedas dari Tun Tunku Harith, dia tak mampu lagi berdaya tahan. Entah apalah nasibnya selepas ini. Apa yang dia tahu adalah kerabat Tunku itu mula memandang benci padanya, lebih-lebih lagi Tun Tunku Harith. Masih terbayang lagi di ruang mata wajah menyinga lelaki berumur itu melontar kata-kata sinis terhadapnya.

Padan muka kau, Maria kerana berjaya menempah lubang maut kau sendiri!

Tambahan pula maklumat daripada pihak JAWI tentang penangkapan mereka berdua menyemarakkan lagi api kemarahan Tun Tunku Harith. Sekelip mata, impian untuk menjadi permaisuri hidup Tunku Hardie berkecai sudah dek tersilap mengatur agenda. Tun Tunku Harith berkeras tak mahu pernikahan berlaku antara dia dan anaknya.

Tergamak kau lukakan hati Qamra, sahabat baik kau sendiri, Avon!

Maria pantas mengangkat kepala, Ma mana kau tau nama tu

Kau ingat aku tak tau Avon, mistress Datuk Zackry. Sejak dari awal lagi aku curiga tentang kau, Maria. Disebabkan Qamra, aku selidik kegiatan kau selepas lelaki tua yang tiba-tiba muncul di A-AH. Aku tak sangka kau perempuan sejijik itu. Aku pernah ceritakan pada Qamra, tapi malangnya disebabkan kepercayaan Qamra pada kau, dia lebih pertahankan kau dari mendengar nasihat aku! Reza Rizman membongkar rahsia yang selama ini disimpan rapi sambil berjalan mundar-mandir di hadapan Maria. Kau jangan nak berlagak baik, Reza! Kalau kau di tempat aku, kau juga akan bertindak seperti aku! Bukan aku tak tau, yang kau juga ada hati dengan Qamra, kan Aku yakin yang kau juga mahu hubungan mereka tamat supaya perempuan kampung tu jadi milik kau!

Maria mengerling tajam ke arah Reza Rizman yang sedang bersandar di tepi dinding dengan senyuman yang sinis.

Reza Rizman tersentap dengan kata-kata itu. Dia membalas renungan ke arah Maria dengan cerlungan yang tajam.

Hei! Jangan samakan aku dengan perbuatan keji kau! Walaupun aku cintakan Qamra, aku tak sampai ke tahap seperti mana kau menganiaya dia! Aku hormati cintanya yang telus terhadap Hardie. Dan, kau tak ubah seperti prostitute murahan yang hanya tahu meliuk-lentok lantas menghancurkan cinta mereka! Berdas-das lontaran kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Reza Rizman pada Maria.

Ya! Memang patut pun lelaki itu memberi gelaran pelacur padanya. Sikap cemburu dan iri hatinya pada Qamra Ain mendorongnya melakukan perbuatan sekutuk itu. Sekian lama dia cuba menawan hati Tunku Hardie namun Qamra Ain juga yang dipilih.

Apalah sangat yang ada pada si gadis naf itu jika dibandingkan dengannya yang cukup serba-serbi. Dia mewah dengan kemewahan yang diberikan oleh Datuk Zackry. Namun, dia tidak puas selagi tidak mendapat perhatian jejaka kacak seperti Tunku Hardie. Lantas, direncanakan agar Tunku Hardie layu dalam dakapannya.

Dek rasukan Ablasa, perasaan meluat dan iri hati semakin membuak-buak. Peluang mula datang bergolek bila mendapat tahu bahawa Reza Rizman juga menyimpan rasa cinta pada Qamra Ain. Sejak itu dia mula menyucuk jarum pada Tunku Hardie, menghamburkan fitnah sehingga lelaki itu termakan juga kata-katanya.

Sebenarnya, anak dalam kandungannya ini merupakan benih Datuk Zackry. Namun, sengaja dia akui kandungan ini merupakan anak Tunku Hardie semata-mata mahu Tunku Hardie bertanggungjawab dan mengahwininya.

Sekarang, mana hendak diletak muka lagi Bila keluarganya tiba nanti, episod drama arahannya bakal tamat. Pujuk rayu bagaimana sekalipun, Tun Tunku Harith tetap berkeras dengan keputusan muktamad yang dia harus berambus pergi dari hidup Tunku Hardie.

Aku aku cintakan Hardie, Reza. Malah lebih dari Qamra cintakan dia, tapi aku dendam dengan Qamra sebab rampas Hardie dari aku!

Kalau kau cintakan jantan rebutan tu sekali pun, bukan begini caranya kau lukakan hati Qamra. Kau Haish! Entahlah, aku tak tau nak cakap apa dengan kau. Kau fikirlah sendiri, Maria. Kau tau tak dengan siapa kau berdepan sekarang Tun Tunku Harith, kerabat yang berpengaruh. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kau dan keluarga kau bakal dapat malu sekelip mata aje.

A aku tau aku salah. Apa yang aku nak buat sekarang Aku malu, Reza.

Malu Baru sekarang kau tau erti malu Kenapa kau tak fikir tentang perasaan Qamra Aku tau semua ini agenda kau, kan

Apa apa maksud kau Aku tak tau apa-apa! Maria menafikan dakwaan Reza Rizman.

Aku tau kau yang telefon JAWI dan rancang segalanya. Tahniah aku ucapkan sebab kau berjaya, Maria! Hati kau memang busuk! Patut pun kau dapat balasan begini. Dipandang hina oleh keluarga jantan yang kau kejarkan tu!

Puas hati kerana dapat juga dipatahkan kata-kata Maria di malam ini. Rancangan Maria untuk ditangkap khalwat bersama Tunku Hardie sudah diketahui lebih awal. Itupun, bila dia terdengar perbualan Maria bersama lelaki yang tak dikenali berhampiran dengan kaf di A-AH. Pantas dia pergi mencari Qamra Ain untuk memaklumkan perkara itu secepat mungkin, tapi hampa. Gadis itu tak ditemui di mana-mana.

Bukan dia tak berusaha untuk menghubungi Qamra Ain. Tapi, semua usahanya menemui jalan buntu. Qamra Ain langsung tidak dapat dihubungi sehingga petang menjelma. Namun, sebaik dia menerima panggilan Qamra Ain, dia sudah menduga perkara tersebut berlaku seperti yang dirancang Maria.

Kau tau tak betapa rapuh hati Qamra kerana perbuatan kau keluh Reza Rizman.

Dia juga turut berasa simpati dengan nasib Qamra Ain. Hanya dia yang tahu sejauh mana dalam cinta Qamra Ain pada Tunku Hardie. Sepanjang 4 tahun, waktu Qamra Ain hanya untuk jejaka yang terlantar di wad VIP, ICU sekarang ini.

Dia yakin, Qamra Ain tak menahu tentang tragedi yang menimpa lelaki yang pernah bertakhta di hati perawan itu. Mahu saja dia maklumkan pada Qamra Ain berita buruk yang menimpa Tunku Hardie. Namun bila difikirkan tentang emosi gadis itu masih belum stabil, dibiarkan dulu. Cadangnya, esok pagi dia cuba hubungi semula.

Masing-masing diam menikus. Tiada apa lagi yang perlu dibualkan. Reza Rizman menyampah untuk berkata apa-apa lagi. Dia bagaikan tak mengenali lagi Maria. Serabai, berpakaian menjolok mata. Jika dulu, Maria suka berbaju kurung walaupun tak bertudung. Nampak ayu di mata tapi sekarang tak ubah seperti perempuan meroyan yang hilang suami di lautan dalam. Hilang terus selera.

Aku nak jumpa, Qamra! Aku nak minta maaf! rayu Maria dalam kepura-puraan.

Jatuh terus harga diri hanya kerana minta maaf pada budak kampung seperti Qamra Ain Aku takkan puas selagi aku tak lenyapkan budak kampung tu dari hidup aku, Reza! Dendamnya masih tersemat dalam hati.

Untuk apa lagi Kau tak layak tunjuk diri kau depan dia! Kau kau tak setaraf dia lagi, Maria! Hati kau dah kotor dan jangan kau calitkan kotoran hina kau tu pada Qamra! Aku takkan benarkan kau dekati dia lagi, faham! Keras Reza Rizman melarang. Takut sesuatu berlaku jika mereka berdua bertemu tanpa pengetahuannya.

Pertelingkahan mereka terhenti bila Reza Rizman ternampak seorang doktor yang baru keluar dari wad VIP, ICU sedang menyampaikan sesuatu pada Tun Tunku Harith. Di kejauhan juga dia melihat lelaki itu terjelepok di kerusi sambil ditenangkan oleh anak perempuannya selepas mendengar hujahan doktor lelaki tadi. Reza Rizman mengerut dahi. Ada sesuatu yang perlu dia tahu.

Kau taulah nasib kau lepas ni Reza Rizman memberi kata pembayang sebelum beredar pergi mendapatkan mereka bertiga di hadapan wad VIP, ICU.