angka 6.45 pagi. Kelibat Nadhirah tidak kelihatan lagi.
Awal lagi dia dah turun tadi tolong Mama. Semua juadah dah siap, so Mama suruh dia naik atas dulu bersiap.
Mama masak apa untuk hari ni
Ada ketupat, kuah lodeh, ayam masak ros, rendang daging, kuah kacang, sambal tumis udang dan sambal goreng.
Uish banyak tu. Semua dah siap ke Dah siap dah. Tinggal rendang ni je.
Habis Mama bilanya nak bersiap
Mama tengah tunggu rendang ni kering sikit lagi. Sekejap lagi siaplah. Ujar Hajah Habibah yang masih lagi belum bersiap.
Tak apalah kalau macam tu, Faliq tunggu rendang ni. Mama pergilah bersiap. Sekejap lagi dah nak keluar pergi masjid. Lambat pula kita nanti.
Betul ni
Betul la.
Pegang senduk ni, kacau dia perlahan-lahan. Faliq jangan berangan ke lain pula. Make sure rendang Mama ni tak rentung tau.
Orang tahulah. Jangan risau.
Mama pergi mandi dulu. Sekejap lagi, orang catering nak datang tau. Faliq tolong suruh dia orang letak laksa johor dengan mee jawa yang Mama tempah tu dekat atas meja di luar. Mama dah setkan tempat dekat ruang tamu. Please monitor them. Nanti entah macam mana diorang susun.
La, banyaknya juadah kita Ma. Ingatkan dah habis dah. Faliq terkejut.
Memanglah banyak. Kan Nadhirah ada. Mestilah nak kena banyak hidangannya. Ujar Hajah Habibah yang sedang sibuk menggantungkan apronnya.
Mama buat semua ni nak bagi dia makan ke Manalah dia mampu nak habiskan semua ni Ma. Faliq seakan-akan tidak percaya.
Alah, Faliq jangan risaulah. Lagipun Abah kan ramai kawan. Saja lah Mama sediakan lebih. Hajah Habibah berlalu menuju ke biliknya.
Ada-ada ja Mama ni tau! Ma... ada butang baju melayu lebih tak Faliq terlupa nak bawa balik. Faliq baru teringat akan tujuan asalnya tadi.
Ada. Sekejap lagi Mama bagi.
Faliq terus menyarung apron yang ditinggalkan mamanya sebentar tadi. Risau juga jika kuah rendang mamanya terpercik kena baju raya barunya.
Aik, makan sorang nampak Haji Mazlan yang sudahpun segak berbaju Melayu biru muda dan bersamping menegur anak terunanya yang sedang bersantap di meja makan sendirian.
Orang baru nak rasa Abah. Tak makan lagi. Faliq ketawa. Hampir dia tersedak ketupat apabila ditegur Abahnya secara tiba-tiba. Faliq memulakan sesi merasa sebaik sahaja dia menutup api rendang yang sudah sedia untuk dimakan.
Meh sini sikit. Abah nak merasa juga. Mangkuk kecil berisi ketupat dan kuah lodeh yang berada di hadapan Faliq bertukar milik. Abahnya turut mengambil tempat di meja makan.
Mama tak siap lagi ke abah
Belum siap lagi. Masa Abah keluar tadi dia tengah melilit selendang. Rasanya dalam 15 minit lagi siaplah kot. Macam lah tak tahu. Mama kalau bersiap, mesti lebih dari 45 minit. Ujar Abahnya yang kelihatan leka mengunyah ketupat.
Eh, apasal tanya Soal Haji Mazalan lagi.
Orang dah lapar dah ni. Faliq memegang perutnya yang berkeroncong
Abah pun lapar juga. Nah ambil mangkuk ni.
Abah dah tak nak ke
Bukan tak nak. Kau pergi tukar letak mangkuk besar sikit. Kuah lodeh nak lebih, ayam masak ros nak lebih, kuah kacang nak lebih. Ketupat lebih. Kita kongsi.
Apasal nak kongsi pula
Nanti kalau Mama kau nampak kita dah makan semua sendiri, dia akan membebel. Kalau kita kongsi mangkuk tu, kita boleh la cakap yang kita berdua cuma baru nak merasa juadah raya yang dia masak. Kita tak makan betul-betul lagi. Haji Mazlan dan Faliq mula berpakat. Sejak dahulu lagi mereka berdua sangat sepakat jika mahu menyelamatkan diri.
Idea Abah ni memang bernas. Okey, kita tukar mangkuk, kita rasa ketupat ni lagi. Faliq mencapai mangkuk yang digunakan sebentar tadi dan menukarnya dengan mangkuk yang lain.
Ala, dah makan ke Hajah Habibah yang sudah selesai bersiap menegur kedua beranak yang kelihatan sedang enak menjamu selera di dapur.
Tak adalah. Kami baru je nak merasa. Jawab Haji Mazlan dan Faliq serentak.
Amboi sehati sejiwanya. Ni dia butang baju yang Faliq minta. Satu set butang baju Melayu berbatu putih diletakkan di atas meja makan.
Thanks Ma.
Makan cepat. Kalau dah siap nanti tolong Mama angkat semua ke luar. Kita sarapan di luar. Hajah Habibah memberi arahan.
PA, SELAMAT hari raya.
Selamat hari rasa sayang. Sihat tak Kenapa pakai local number Papa ingatkan tahun ni Nadhirah Boracay.
Nad sihat sangat. Nad tak jadi pun nak ke Boracay. Nad masih berada di Malaysia, beraya dekat rumah kawan.
Kawan Alana kerja, kan Nad beraya di rumah siapa Lelaki ke perempuan Ada nada kurang senang kedengaran di hujung talian.
Tan Sri Malik bimbang tentang keberadaan anak bongsunya ini. Dia tidak tahu pula sekiranya Nadhirah ada teman lain. Selama ini, Nadhirah hanya kelihatan bersahabat dengan Alana sahaja.
Kawan lelaki. Jawab Nadhirah pendek.
Your boyfriend Only both of you Teka Tan Sri Malik serkap jarang.
Jiran Pa, bukan teman lelaki. Nad datang beraya rumah his parents. You dont have to worry, Pa. I know how to take care of myself.
Of course I am worried. Nad anak dara Papa tau.
Papa tak nak ada benda tak elok berlaku pada Nad. Semua okey, Pa. Nad beraya sekejap je di sini, lagi dua tiga hari baliklah.
Baguslah kalau macam tu. Jangan lama-lama sangat tau di sana. Balik KL cepat.
Nad faham. Orang call nak minta maaf ni. Papa dengar tak
Papa dengar. Nad cakap je...
Papa, Nadhirah nak minta maaf sekali lagi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lagi dua tiga hari Nadhirah balik KL. Kita jumpa nanti okey
Papa maafkan. Jaga diri di tempat orang. Ada apa-apa call Papa segera.
Selamat hari raya, Pa. Bye.
Bye sayang. Anything happen, call me. Pesan Tan Sri Malik berulang kali.
Jam sudah berganjak ke angka 8 pagi. Nadhirah sempat membelek penampilannya di hadapan meja solek sebaik sahaja talian telefon diputuskannya.
Baju yang dibeli Faliq elok sahaja terletak ditubuhnya. Nadhirah sudah bersiap mengenakan baju kurung yang dihadiahkan Faliq. Sehelai selendang hitam yang dihadiahkan oleh Hajah Habibah turut kemas dikenakan oleh Nadhirah memandangkan mereka bakal berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Setelah selesai menyiapkan diri, Nadhirah menyusun langkah turun ke bawah. Anehnya, langkah demi langkah yang diaturnya menuruni tangga terasa sedikit janggal seolah-olah ada yang memerhati.
Faliq Helmi Mazlan, tutup mulut. Kedengaran suara Haji Mazlan menegur Faliq di ruang tamu.
Nadhirah yang terkejut dengan suara Abah Faliq terus memanggungkan kepala memandang bawah. Wajahnya bertukar rona. Merah menyala wajahnya terasa sebaik sahaja matanya mendarat ke ruangan bawah. Bagai ada sesuatu yang menarik Nadhirah untuk terus memandang Faliq yang berdiri di bawah. Sedang dia leka, mata mereka bertaut tanpa dirancang. Haji Mazlan, Hajah Habibah dan Faliq kelihatan sedang memerhatikannya turun kebawah. Patutlah langkah terasa janggal sejak tadi.
Baju sama warna. Awak sengaja kenakan saya ke Faliq Nadhirah berbisik sendiri. Dia seakan-akan dapat menghidu helah Faliq yang begitu selamba memandang tepat ke arahnya kini.
Dia sebenarnya terpegun dengan apa yang sedang berlaku. Mereka berdua kelihatan amat sedondon. Masing-masing mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna royal blue, bersongkok dan berselendang hitam. Mereka kelihatan amat sedondon sekali. Nadhirah yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu merasa begitu segan.
Am I missing something here Soalan itu terpacul laju dari mulut Haji Mazlan. Faliq rancang ke pakai baju sedondon
Mana ada. Faliq tak tahu pun baju dia warna biru. Jawab Faliq dengan laju tanpa memandang wajah Nadhirah.
Apa abang ni tanya soalan macam tu. Malulah dia orang. Tegur Hajah Habibah yang turut berada di situ. Dia seolah-olah dapat mengesan riak wajah Nadhirah yang kelihatan merah. Mungkin malu diusik begitu.
Eh, okeylah kita pakai sedondon warna biru muda, dia orang pakai warna biru tua. Ujar Haji Mazlan yang masih lagi dalam mood cukup bahagia.
Dah. Jangan diusik budak-budak tu lagi. Jom duduk di depan. Kita tak bermaaf-maafan lagi, kan Ajak Hajah Habibah. Tangannya laju menarik tangan Nadhirah untuk turut serta.
Sudah menjadi tradisi keluarga kecil ini untuk bersama dalam sesi bermaaf-maafan ini sebelum mereka keluar ke masjid. Selalunya, ke semua mereka akan berhimpun di ruang tamu dan menunggu giliran masing-masing untuk bermaafan. Memandangkan kali ini hanya Faliq dan Nadhirah sahaja yang ada, maka sesi ini akan berakhir dengan cepat.
Abah, Mama. Faliq minta maaf. Ucap Faliq yang sedang duduk mendepani ibu bapanya.
Senaraikan. Ujar Haji Mazlan.
Apa Faliq sedikit terkejut dengan permintaan Abahnya.
Setiap kesalahan yang Faliq buat. Abah nak tahu juga. Kesalahan yang mana satu nak dimaafkan.
Abah ni kan. Dah tua-tua macam Faliq ni pun nak kena juga ke Bantah Faliq yang nyata segan kerana Nadhirah ada di situ. Abahnya seakan-akan mengambil kesempatan untuk mengenakannya cukup-cukup.
Kenalah. Tradisi. Jawab Haji Mazlan.
Faliq minta maaf sebab selalu sangat sibuk. Selalu janji nak balik rumah, tapi tak balik-balik, selalu buat Abah dengan Mama risau. Itu je kesalahan yang Faliq rasa Faliq buat tahun ni, kan Soal Faliq dengan yakin.
Siapa cakap
Ada lagi ke
Okey. Abah senaraikan. Yang paling besar sekali, Abah pesan dekat Faliq untuk beli jersi Manchester City tapi Faliq salah beli. Faliq pergi beli jersi Manchester United dekat Abah. Itu tidak boleh diterima. Itu adalah kesalahan Faliq yang paling diingatinya tahun ini.
Faliq dah garu kepala. Nadhirah tersengih.
Keduanya, Faliq belikan selendang sutera dekat Mama je masa anniversary perkahwinan kami. Hadiah Abah tak ada. Lepas tu, cuti dua minggu abang Farhan bagi, Faliq balik sini seminggu je. Dan yang terakhir ni dah lama sangat Faliq janji dengan Mama dan Abah.
Faliq janji nak kahwin tahun ni, itu pun tak jadi juga. Macam mana tu
Senarai kesalahan yang diutarakan Haji Mazlan mengundang tawa Hajah Habibah dan Nadhirah. Tak disangka bahawa panjang juga jumlah kesalahan yang dilakukan Faliq.
Uish Abah ni. Buat malu orang je tau. Ye la. Faliq minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Faliq minta halal makan minum semua. Faliq harap tahun depan Faliq dah tak ulang dah semua tu lagi. Bab kahwin tu, lain kali kita cakap, Faliq dah ada calon, tapi tak tahu dia nak dekat Faliq ke tidak. Faliq menyalami kedua ibu bapanya.
Aik, lain macam je jawapan. Betul Faliq dah ada calon ni Haji Mazlan memandang Faliq dan Nadhirah bergilir-gilir.
Dah.
Siapa Hajah Habibah turut kelihatan sedikit teruja.
Rahsia. Selamba Faliq menjawab sebelum ketawanya pecah berderai.
Sama aja jawapan yang Faliq bagi tiap-tiap tahun. Kecewa Mama tau. Hajah Habibah merungut tatkala melihat Faliq yang sudahpun ketawa sendiri.
Abah pun. Haji Mazlan turut menyampuk.
Dahlah. Malas Faliq nak layan Mama dengan Abah ni. Melalut aja kerjanya. Jomlah kita ke masjid. Faliq berdiri. Dia sedar jika dia terus berada di situ Abahnya akan terus menerus menyakat dia dan Nadhirah.