Kristal Berdarah - 23
BAB 22

Gelap subuh sudah menghilang. Tetapi kesejukannya menggigit hingga ke tulang hitam ditambah pula dengan udara pergunungan yang basah dan sejuk. Kabus tebal masih menyerkup alam sekeliling di kaki gunung. Titisan air yang terpelowap itu menunggu usikan sinaran suria. Dan apabila matahari menampakkan diri, kabus itu akan menipis perlahanlahan dan terus hilang kerana proses pengeringan.

Suhaili sedang duduk di birai belakang jipnya. Dia cuba memberikan tumpuan sepenuhnya pada novel yang dibaca. beberapa orang kanakkanak suku pribumi datang ke padanya sambil memberikan beberapa kuntum bunga hutan yang segar dan harum.

Suhaili berasa aneh dengan pemberian itu. namun dia tidak pula menolak. Selesai memberikan bunga, budakbudak itu berlari dan hilang ditelan belukar dan semak berhampiran kawasan perkhemahan itu.

Pelik betul! budakbudak pun pandai bagi bunga Suhaili bertanya kepada dirinya sendiri.

Dia cuba meneruskan bacaannya semula. Keharuman aroma bungaan yang diberi kepadanya lebih menarik mi nat. novel yang sedang dibaca tertangkup di atas paha. Dia menunduk sedangkan bunga yang tadinya terletak di atas lantai belakang jip, berada di genggamannya.

Suhaili menarik nafas panjang. Matanya terpejam dan seluruh keharuman yang dimiliki oleh bungaan tersebut me resap jauh ke saluran pernafasannya.

Ramlan aslani keluar dari pintu khemah yang tersing kap. Dia berpakaian seperti seorang ahli perniagaan.

Ternyata dia tidak mampu berpisah dengan briefcasenya. Briefcase itu tetap di tangan dan sebentar nan ti akan tersandang ketika dia meniti di atas tali yang men jadi jambatan.

Kau nampak macam salah seorang daripada peng anut ajaran animisme dulu kala.

Suhaili ketawa. Dia tidak menoleh. Matanya masih terpejam sedang seluruh pernafasannya diharumi oleh aro ma bunga di tangannya.

Kalau aku katakan, aku anak dara, kau takkan per caya, kan

Hehehe... Ramlan ketawa kecil. Dah tentulah. Tapi aku rasa, orang yang paling terperanjat besar ialah Salman.

Suhaili bangun dan mendekati Ramlan. Dia tibatiba sahaja bertukar menjadi murung. Kau tahu, suatu masa dulu, kejadian tu hampir menimpa aku.

Ramlan teringatkan kisah yang pernah diceritakan oleh Suhaili suatu masa dahulu ketika mereka mulamula berkenalan. betapa Suhaili sering mengimpikan keha diran seorang lelaki yang bakal menjadi suami suatu masa nanti. Dan kerana sifatnya yang pemilih, dia hampir men jadi anak dara tua. Tetapi akhirnya dia sedar, bahawa tidak semua impian seorang manusia boleh terlaksana dan terkabul. akhirnya dia menerima lamaran seorang lelaki dan ternyata tindakan yang dilakukannya itu adalah tepat. Lelaki itu adalah seorang jutawan dan sekarang, kekayaan Suhaili membuatkan dia dihormati dan disanjung.

Sudahlah! Kau dah ceritakan segalagalanya kepada aku. aku rasa versi cerita tu tak berubah lagi, kan Ramlan cuba tersenyum.

Suhaili menarik muka. Seperti berkecil hati dengan katakata Ramlan sebentar tadi.

anak kau selalu tidur lewat sejak kebelakangan ini. aku tak tahu ke mana dia pergi setiap malam. Tapi yang past inya, dia akan balik dengan badan yang berpeluhpeluh dan but yang kotor.

ah! Tempat ni memang aneh. Tapi kenapa pula kau mest i risau tentang hal itu biarkan sajalah. Dia dah de wa sa. Dia tahu apa yang dia buat.

Ramlan mengangkat kedua bahunya. Sukar untuk mem biarkan saja perkara tu... er... novel apa yang kau baca tu

biasa. cinta dan misteri kehidupan. Mujurlah ada novel ni... kalau tak... tak tahulah apa yang aku nak buat. Kau banyak habiskan masa di tempat tu, sedangkan Salman pula tak boleh diharapkan untuk jadi kawan yang baik.

Ramlan merasakan ada sesuatu di dalam nada Suhaili. Dia tidak mahu masalah peribadi dicampur adukkan dengan kerja. Tambahan pula dia sememangnya berasa keliru...

Sekarang ni aku nak pergi tengok kakak kau.

Phewww! Macam yang aku jangkakan.... tak boleh ke kau tukar cara kau berpakaian aku takut dia jatuh ha ti apabila terpaksa berhadapan dengan kekacakan kau. Suhaili ketawa pada hujung katakatanya.

Ramlan menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh Suhaili, tetapi dia tetap berpegang kepada prin sip nya... tugas adalah lebih utama daripada peribadi.

Dia seorang wanita yang menarik. aku suka ber dam ping dan bercakap dengan dia. aku sering berharap yang aku tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia. Kalaulah aku dapat membaca buku yang ditulisnya... mungkin itu akan memberi kelebihan kepada aku untuk mematikan segala hujahnya.

Mungkin dia sendiri tak tahu, apa yang dia hendak. Kau tahu, dulu dia selalu buat perkara yang anehaneh bahu Ramlan terangkat lagi. aku ingin siapkan kerja aku. Kita mungkin dapat apa yang kita mahukan. aku kena pergi sekarang. Selamat tinggal. Ramlan memu la kan langkahnya.

Selamat jalan, Ramlan sayang.... kalau kau perlukan aku, aku ada di sini, suara Suhaili berbisik. Hanya dia sa haja yang mendengar. Ramlan sudah jauh di hadapan.

Di seberang sana, seorang wanita sudah menanti kedatangan Ramlan. Suhaili tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas, tetapi dia dapat mengagak siapakah wanita itu.

Tenang Ramlan. Kau sudah sampai penghujung nya, kata Salimah atau Khadijah sebaik sahaja Ramlan berjaya menamatkan penitiannya di jambatan gantung tersebut.

Khadijah tersenyum melihat wajah Ramlan yang pucat setiap kali menyeberangi jurang tersebut. Mungkin Ramlan berasakan jambatan itu tidak selamat dan jurang itu adalah penamat riwayatnya.

Kau apa khabar

baik.. sebelum saya terpaksa menyeberang dengan jambatan ini.

Khadijah ketawa. Kau tentu teringin nak tengok seki tar tempat ini. Selalunya, setiap kali ada pelawat yang datang ke sini, mereka tak sabarsabar nak tengok dunia kami. Tetapi kau lain, kau terpaksa ikut jalan belakang. Dan yang paling penting, setiap kali kau nak jumpa aku, kau terpaksa menggeletar dulu.

Ya! Ramlan tidak menghiraukan tawa Khadijah.

Tapi saya tak mengganggu penghuni tempat ni ke

Tak! Tak ada sesiapa pun yang akan sedar tentang ke hadiran kau. Mereka terlalu sibuk dengan kerja yang berlambak.

Ramlan tidak pasti apa yang sedang difikirkan oleh Khadijah sekarang ini. Dia hanya merenung wajah Khadijah yang masih memperlihatkan sisasisa kecan tikan zaman mudanya.

Jadi, aku harap kau tak perlulah risaukan hal tu.

Mereka jalan beriringan sambil berbual. Ramlan memuji keindahan kawasan persekitaran bangunan tua berwarna putih itu.

Tempat ini sungguh menakjubkan. Malah ia lebih mengkagumkan dari tempattempat yang pernah saya lawati sebelum ini.

Ramlan merenung wajah Khadijah. Khadijah terse nyum.

Tindakan puan buat saya terkejut.

Panggil saja, Khadijah.

Tapi puan adalah adik Puan Suhaili.

aku masih tetap seorang wanita, kan

Ramlan mengangguk, akur dengan katakata itu.

Mereka terus berjalan. beberapa orang wanita yang berselisih dengan mereka, merenung Ramlan dengan tajam. namun pandangan yang dilemparkan oleh Khadijah, membuatkan mereka melangkah secara tergesagesa.

Untuk apa awak datang ke sini adakah encik Rosli menghantar awak untuk mencari sesuatu apa yang awak tulis dalam buku tu Ramlan menggunakan perkataan awak sahaja. barangkali terpengaruh dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.

Khadijah tidak menjawab. Ramlan dibiarkan bermain dengan persoalannya sendiri.

ini adalah bilik kerja aku. Masuklah, pelawa Khadijah sambil menunjuk bilik yang berselerak dengan ser pihan kaca dan kristal di lantai.

Palitan warna ada di manamana. Lukisanlukisan yang sudah siap, tersadai lesu di dinding bilik. Kristal yang terukir dan dibentuk terletak di atas meja, di tepi jendela yang terbuka.

aku sedang menyiapkan sebuah ukiran kristal tentang api. Tempahan salah seorang pelanggan setia aku. Khadijah menguntumkan senyuman. Melahirkan rasa bangga di atas katakatanya sebentar tadi.

Ramlan berpaling. Melihat apa yang dimaksudkan oleh Khadijah. Tetapi tidak pula bertanyakan soalan ten tang kerjaya wanita di sebelahnya. Dan sesungguhnya dia mempunyai perkara lain yang perlu diselesaikan dengan seberapa segera. Masa semakin suntuk dan masa juga semakin menghimpitnya.

awak tahu bagaimana keadaan Puan Suhaili sekarang ni

Tak.... entahlah! aku tak fikir tentang dia...

Dia seorang wanita yang degil dan keras hati. Tetapi kerana sifatnya itulah yang meletakkan dia di tangga kejayaan sekarang ini. Siapa yang tak kenal dengan Puan Suhaili Tan Sri Wan Hasyim. Seorang businesswoman paling berpengaruh dan terkenal di Malaysia.

aku juga, Salimah berkata perlahan. Kemudian ber fikir sejenak dan menukar nada suaranya. Tapi aku tak tahu yang dia dah jadi seorang peniaga yang berjaya.

Kenapa awak datang ke sini Kali kedua Ramlan ber tanyakan soalan itu.

Khadijah atau Salimah tetap seperti biasa, tidak ter buruburu menjawab tentang kedatangannya di tempat yang sebegitu terpencil.

Ramlan semakin bosan dengan keadaan tersebut. Tug as nya akan menjadi bertambah sukar sekiranya Khadijah masih mendiamkan diri dan tidak mahu menjawab se ba rang soalan berkaitan kehadiran Khadijah di kaki Gunung Kemuning. Untuk itu Ramlan harus menukar soalan.

awak benarbenar seorang karyawan sejati. Tapi sayang, dunia luar tak melihat atau memahami apa yang telah awak lakukan.

Kau tahu, kesakitan aku taklah sepedih yang kau sangka kan. aku sebenarnya dah jumpa cara untuk me nyingkirkan kesakitan tu.

Khadijah masih tidak mahu menjawab soalan Ramlan, sebaliknya menghulurkan tangan, memperlihatkan parutparut luka yang melekat pada kulitnya yang putih kuning.

Ramlan tidak sanggup melihat parutparut di tangan Khadijah. Dan dalam masa yang sama, tidak memahami apa yang cuba diperkatakan oleh Khadijah.

namun memikirkan mendengar setiap tutur kata Khadijah adalah salah satu daripada usaha untuk memud ahkan kerjanya, dia masih boleh bersabar. Malah akan te rus bersabar seandainya itu yang diperlukan di dalam meli cinkan tugasnya.

Maafkan saya. Saya tak sangka awak sanggup bersu sah di tempat ini sematamata...

Setiap masa, keadaan menjadi semakin teruk dan ru mit. Pernah beberapa kali aku terfikir yang aku meng a nia yai diri aku sendiri. Tapi aku tak sanggup menolaknya. Sama seperti encik Rosli.... ah! Sudahlah. Mari aku tunjukkan seluruh tempat ini kepada kau.

Mereka berjalan keluar dari bilik kerja Khadijah itu. ber jalan di sepanjang koridor dan menuju ke belakang bangunan tersebut.

Pandangan Ramlan seolaholah ditarik untuk meng arah kepada tingkaptingkap bilik kecil di bangunan tersebut. Dari luar tingkap tersebut, Ramlan melihat ke mu dahan yang disediakan. Semuanya dilengkapi dengan lampu berkuasa elektrik. ada yang menyala dan tidak ku rang juga yang sudah dimatikan. Semuanya meme ningkan Ramlan untuk berfikir.

Kini mereka sampai ke tempat yang dituju. Sebuah pondok yang tidak berdinding, bertiang enam, beratap rumbia dan mempunyai sebuah bangku kecil diperbuat daripada kayu di tengahtengah ruang lapang, terletak berhampiran tebing jurang dalam. Seolaholah memper si la kan setiap pengunjung pondok tersebut untuk mere nung sejenak jurang yang boleh mematikan mereka.

Maafkan saya kerana banyak bertanyakan soalan tentang diri awak, Khadijah.

Khadijah merenung Ramlan. Tersenyum mendengar Ramlan yang jauh lebih muda daripadanya memanggil namanya sahaja.

Lebih baik kalau kau gunakan aku menggantikan saya. Kau nampak macam seorang peguam yang terlalu mementingkan status kerjayanya.

Ramlan aslani ingin menjelaskan tujuannya tetapi memilih untuk mendiamkan diri.

Ramlan, tak ada apa yang perlu aku maafkan. aku pun sebenarnya ada banyak masalah yang tak boleh aku fikirkan. Tindakan kau membuatkan aku terpaksa meng ingati segala masalah tersebut. Tapi

jangan risau, kau tak bersalah. Yang bersalah ialah aku.

aku tak faham. Segalagalanya kembali seperti dua hari lepas. Hanya satu sahaja yang menampakkan kema juan. antara mereka sudah tidak ada benteng lagi.

Sekali lagi Khadijah tersenyum. Ramlan tidak mengerti mengapa Khadijah tersenyum.

Jangan fikirkan sangat dengan katakata aku. Seme mangnya sudah lama aku ingin meluahkan segala pera saan yang terbuku dalam hati aku. Dan sekarang aku dah jumpa orangnya. aku tak kisah sama ada kau faham atau tidak. Yang penting, kau jadi teman pendengar aku yang setia.

Ramlan melabuhkan punggungnya di bangku kayu di tengah pondok yang terbuka. Dia tertarik dengan pano rama indah yang terbentang di hadapannya.

Sebuah gunung tegak berdiri dengan dataran beralun ditumbuhi pokokpokok kecil yang menghijau. Di kirinya, terbentang sebuah dataran lain yang lebih rata dengan berjurangkan sebuah ngangaan muka bumi yang luas tanpa menampakkan dasarnya.

Sebuah jip dengan tiga buah khemah berdiri di tepi dataran itu. Ramlan tidak nampak sesiapa pun di situ.

angin lembut yang bertiup, menghembus dan menya pu mukanya dan Khadijah yang rapat di sebelahnya. Daundaun kecil menghiasi rantingranting... entah apa namanya, di tepi pondok, menarinari seperti seorang penari gamelan patah jari. Sayupsayup di celah daundaun hijau penghias hutan, ter bentang sebatang jalan tanah merah. Dan di jalan tanah merah tersebut, ada titik kecil yang sedang bergerak.

namun Ramlan tidak menghiraukan keadaan tersebut. Dia menyangkakan seekor binatang hutan sedang ber ge rak mencari makanan pengisi perut. Kepentingannya... adalah Khadijah atau nama sebenar sebelum dia sampai ke daerah ini, Salimah.

Kau yakin, tak ada perkara yang perlu kita bincang kan Maksud aku... sesuatu yang kau perlu....

akui, aku rasa.

aku dah banyak buat silap sepanjang hidup aku. Tapi aku tak malu untuk mengaku. Walau macam mana pun, tak perlulah aku mengaku lagi di depan kau. aku tak mah u jadi bangsa Jepun yang terpaksa mengaku kesalahan jenayah perang pada tahun 40an walaupun generasi baru mula melupakannya.

Khadijah begitu serius. Tiada garis kedut di wajahnya yang menandakan dia tersenyum.

Kau nampaknya tertarik dengan buku aku. aku rasa kau terlalu memaksa aku. apa sebenarnya yang kau dapat dari Suhaili anak mata Ramlan ditenung tajam. Sedangkan ta ngan nya sudah bersentuhan dengan lengan peguam itu. Telapak tangannya yang sudah kematu itu bersatu dengan telapak tangan pemuda di sebelahnya. Ramlan tidak mengendahkan keadaan tersebut. Dia sudah terlalu biasa.

Macam nilah... aku ada banyak kerja yang perlu dise lesaikan. Datang esok. Mungkin kita boleh berbincang panjang tentang hartaharta peninggalan arwah ayah aku tu.

Ramlan bangun. Tautan tangan mereka terlerai. aku nak baca apa yang dah kau tulis. Wajah Khadijah berubah. Merah padam.

Kau peguam Suhaili. Kau juga adalah kawan dia!

aku juga kawan kau.

aku dah bakar buku tu. Tetapi pembohongan yang dilak ukan terlalu jelas pada wajah Khadijah yang mem perlihatkan kejelitaan masa lampau.

Tolonglah Khadijah. aku ingin membacanya. aku perlu tahu isi kandungan buku itu. Tak ada kaitan dengan kerja kau di sini. Ramlan terhenyak.

Khadijah, kenapa kau ke sini apa yang kau dah jumpa Dan...

Ramlan tidak begitu pasti untuk meneruskan soalan nya tetapi dia bertekad untuk mengetahui. Tekad itu sema kin kuat dan membara.

apa yang dah berlaku kepada Shariman

Salimah tibatiba bangun dan dia menjerit tidak me nen tu.

Pergi kau dari sini! Pergi! Kau memang peguam celaka!

Seketul batu di atas tanah yang menjadi lantai pondok diambil. batu itu digunakan untuk dilemparkan ke kepala Ramlan. Lemparan tersebut membuatkan dahi Ramlan yang tersuak daripada rambut yang semakin jarang, menganga dan mengalirkan darah merah.

Ramlan terperanjat dengan tindakan yang

dilakukan oleh Khadijah. Dia berusaha untuk menekup darah yang mengalir di dahinya itu. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Pandangannya mula berbinarbinar.

Sepatutnya batu tu kena mata kau! biar kau buta! Sial punya manusia! Pergi kau dari sini!!!!

Darah masih mengalir dari rekahan jari yang menekup bekas luka itu. Darah merah sudah menitik di bahu baju. Ramlan pantas melarikan diri. namun briefcase yang menjadi teman setia tetap tidak dilupakan.

Dia berlari kencang ke arah jambatan gantung dan kini tidak lagi berasa takut untuk menyeberang jambatan tersebut. Ketakutannya lebih kepada apa yang berlaku se bentar tadi. Dia masih hairan bagaimana Khadijah mam pu bertukar sikap dalam sekelip mata!

Salimah terhenyak di bangku kayu di pondok berham piran jurang dalam. batu yang digunakan untuk mence derakan Ramlan ditatang kemudian dibaling ke jurang yang memisahkan tanah pondok itu dengan dataran berbalam di hadapannya.

Dia tidak berupaya lagi menahan sebak yang menyesak dada. Dia tunduk. bahunya berhinggut dan air mata pa nas, mengalir keluar dari celah jari yang menekup muka.

Dan ketika itu, wajah Shariman dengan segala peris tiwa mula mengimbau ke ingatannya. Ramlan benarbenar mengingatkan dia kepada kisah silam.