Mungkin ya dan mungkin juga tak, Kharlissa membalas.
Kay call I pagi tadi, katanya dia akan tiba di KL awal pagi esok.
Hmm, boleh je kita jumpa tanpa pengetahuan dia kalau you mahu. I tak kisah. Lagipun kita bukan buat apaapa. Kita hanya kawan.
I tak mahu Kay salah anggap. I sebenarnya amat senang bersama dengan you. Kalau boleh I nak jadikan you girlfriend I, akui Norman tanpa teragak-agak.
Lebih baik kita hanya kawan, Kharlissa tersenyum manis.
Norman hanya ingin menikmati sedikit kegembiraan bersama Kharlissa malam itu. Pun hati Kharlissa masih tetap pada Khairul Rasheed.
Kharlissa tidak pernah melampaui batas. Norman sedar hakikat itu. Kharlissa sekadar jinak-jinak merpati, amat sukar untuk ditangkap dan ditawan. Selepas makan malam Norman mengajak Kharlissa bersiarsiar mengelilingi kota raya. Cahaya lampu jalanan bergemerlapan, suasana begitu meriah apa lagi malam ini adalah malam minggu. Namun semuanya berakhir apabila kereta itu kembali ke kawasan kondo.
Malam ni nak mandi kolam lagi tanya Norman ingin mencuri sedikit lagi masa bersama dengan Kharlissa. Dia ingin melihat Kharlissa berbikini lagi. Seksi. Bentuk badannya amat menggiurkan.
Kharlissa menggeleng cepat. Dahulu dia hanya ingin memperalat Norman. Dia punya rencana tetapi malam ini dia tidak punya niat apa-apa selain daripada keluar untuk berhibur semata-mata.
Kalau macam tu, kita duduk-duduk saja di taman sambil hirup udara malam. Lagipun, I nak beri you sesuatu sebagai kenangan.
Okey, apa dia tanya Kharlissa sambil mengekori Norman yang berjalan terlebih dahulu menghala ke sebuah bangku batu yang terdapat di taman.
Norman menyeluk poket seluar dan mengeluarkan seutas rantai leher dari emas putih. Rantai leher itu mempunyai loket berbentuk bulan sabit. Ianya amat cantik berkilau. Norman segera mengalungkan rantai itu di leher Kharlissa yang jinjang.
Sangat cantik lebih-lebih lagi bila you yang pakai, puji Norman.
Terima kasih.
Kharlissa, sebenarnya I tak pernah beli hadiah untuk perempuan. You perempuan pertama yang I beri hadiah. Sebenarnya I dating dengan ramai perempuan sebelum ni. Adalah lebih kurang tiga belas orang dalam senarai I. I tak pernah pun ada niat nak beri mereka apaapa. Jauh sekali nak serius. I hanya nak suka-suka, bila dah jemu I tinggalkan aje mereka tanpa pesan, cerita Norman panjang lebar.
Kharlissa mengangguk. Agh! Aku tak peduli Norm. Berapa pun perempuan yang dah kau dampingi!
Kharlissa memegang loket yang terletak elok di dada. Memang cantik rantai leher pemberian Norman. Khairul Rasheed tidak pernah membelikan Kharlissa rantai. Namun dia pernah memberi seutas rantai tangan mutiara dari Sabah. Itu sahaja perhiasan yang pernah diberikan lelaki itu kepadanya.
Norman mengeluh.
Entahlah, kenapa I cerita semua ni dengan you. Rasa macam perpisahan kita kian dekat. Kay akan balik. I tak dapat duduk rumah dia lagi. I tak dapat jumpa you hari-hari. I rasa macam kehilangan pulak, luah Norman lagi tanpa berselindung.
Kharlissa merasakan satu peluang terbuka luas. Dia segera berkata lunak, Norm, you rasa I dengan Kay akan berkekalan hingga ke alam rumah tangga Sebenarnya I rasa Kay makin jauh dari I. Dia tu banyak simpan rahsia. Sebenarnya I tak suka lelaki yang terlalu kuat berahsia macam Kay. I suka lelaki yang berterus terang macam you.
Norman merenung Kharlissa, kemudian bertanya, Kalau you suka I, kenapa you tak tinggalkan saja Kay
Kharlissa menggigit bibir.
Tinggalkan Kay Hmm... entahlah, Dia melepaskan keluhan kemudian berkata, You rapat dengan Kay. Kay percayakan you lebih dari dia percaya pada I.
Memanglah! Kami berkawan sejak sekolah menengah sampai sekarang.
Hebatnya. Pasti semua rahsia dia dalam tangan you kan
Bukan semua. Bukan semua perkara, Lissa! jawab Norman.
Norm! Kalau you begitu suka pada I, you beritahulah I apakah pekerjaan sebenar Kay. I rasa dia bukan seorang pengurus pemasaran yang biasa, Kharlissa merayu sambil memaut lengan Norman.
Kenapa you nak tahu sangat pasal kerjaya Kay Norman bertanya, sedikit rasa curiga bergayut di hati.
Kharlissa merenung Norman dengan lembut menggoda. Jari-jarinya yang runcing menyentuh pipi Norman dan mengusapnya perlahan. Dia berkata lembut, merayu, Tak boleh ke I tahu, Norm Apa salahnya kalau I tahu perkara sebenar. Kalau dia betul-betul tipu I selama ni, I akan tinggalkan dia.
Norman hampir-hampir membuka mulut tetapi terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Norman menggagau telefon bimbit di dalam poket seluar. Dia melihat nama Khairul Rasheed tertera di skrin.
Kau kat mana Aku dah ada kat rumah ni. Cepat balik, ada barang aku hilang. Barang penting!
Kau dah balik
Ya, aku sampai rumah lebih kurang pukul
sembilan tadi.
Aku ada kat bawah. Okey aku naik sekarang. Aku pergi makan dengan... Suara Norman tersangkut di kerongkong. Dia segera memutuskan panggilan dan berpaling cemas pada Kharlissa.
Kay dah balik. Dia ada kat atas sekarang.
Kharlissa terus berdiri, ada debar yang menusuk dada.
I naik dulu. You naiklah kemudian sikit. Nanti dia tahu pula kita keluar bersama.
Kharlissa mengangguk, membiarkan Norman yang tergocoh-gocoh naik ke rumah Khairul Rasheed, di lantai enam.
Sebaik sahaja masuk, Khairul Rasheed terus menerkam ke arah Norman, Kau ada bawa sesiapa masuk rumah aku semasa aku tak ada
Norman menggeleng dengan cepat. Namun dalam hatinya tahu dengan pasti, dia pernah membawa Kharlissa masuk untuk minum teh. Kemudian dia tertidur. Apabila tersedar, malam telah beranjak ke pagi dan Kharlissa sudah lama pulang ke rumah tanpa dia sedari.
Kenapa
Kau tahu tak pistol revolver aku hilang Revolver tu bukan aku punya. Bapak aku punya tau!
Revolver kau hilang Eh... siapa pula yang ambil tanya Norman.
Masakan Kharlissa berminat dengan pistol revolver tersebut. Mustahil! Tak mungkin Kharlissa yang ambil.
Namun hanya Kharlissa seorang yang dibawa masuk ke rumah itu sepanjang ketiadaan Khairul Rasheed. Masakan dia mahu berterus terang dengan Khairul Rasheed mengenai hal tersebut. Tidak. Lagipun dia tidak pasti benarkah Kharlissa masuk ke bilik Khairul Rasheed malam itu.
Lagipun bilik kau berkunci Kay! Siapa yang nak curi Mungkin kau yang salah letak, Norman segera memberikan pendapat yang amat bernas.
Khairul Rasheed menggaru kepala yang tidak gatal. Dia cuba mengingat. Mungkin benar dia tersalah letak. Tetapi di mana Dia sedikit gelisah. Revolver itu mahu diserahkan kepada Dato Salihin.
Alah, relaks la. Mesti ada kat mana-mana tu.
Mungkin juga aku salah letak, akui Khairul Rasheed perlahan.
Dia yakin benar ingatannya masih kuat. Dia meletakkan revolver itu bersama dengan S & W .38 di dalam laci meja tulisnya. Bagaimana hanya revolver itu sahaja hilang Sedangkan S & W .38 masih utuh di dalam laci itu. Siapakah pencurinya
KEDATANGAN wanita muda itu segera mencuri tumpuan. Namun dia tidak pedulikan sesiapa. Skirtnya pendek dan sendat, membalut punggung yang menggiurkan setiap lelaki. Kakinya yang panjang, bergerak lembut tanpa tergesa-gesa bersalut but pendek menutup buku lali berwarna merah. Lututnya yang putih melepak membonjol cantik membuat lelaki yang ada di mana-mana menoleh dua kali. Dia masih tidak kisahkan mereka. Biarkan sahaja. Mungkin mereka pertama kali melihat perempuan cantik.
Blouse hitamnya agak longgar, bersulam manik. Dia duduk penuh gaya di salah satu bangku kosong, mengeluarkan akhbar The Star. Dia langsung tidak membuka kaca mata hitam. Dia bukannya membaca, hanya membelek-belek dengan fikiran melayang jauh. Tiada satu tajuk berita pun dibaca dan melekat dalam kepala.
Kenapa aku datang ke sini lagi Untuk apa Aku mahu menunggu ibu. Sudah lama aku tidak datang menunggu ibu di sini. Kali terakhir aku datang ke sini, aku terserempak dengan Ario. Kharlissa terimbas kembali pertemuan pertama kali dengan Ario.
Sudah tiga pagi berturut-turut Khairul Rasheed keluar awal tanpa pesan. Kharlissa menduga dia pergi kerja. Sekarang Khairul Rasheed agak sibuk. Keluar awal dan pulang agak lewat. Namun lelaki itu tidak pernah lupa membelikannya bunga mawar merah. Setiap hari bunga itu mengisi tong sampah. Dia bencikan bunga mawar...
apalagi mawar merah. Namun kekasihnya itu tidak tahu!
Sudah tiga bulan dia bekerja dengan Dato Emmer.
Kepercayaan sudah berada dalam genggaman. Hanya dia yang masih menangguhkan masa untuk menjalankan tugasan yang diberi Maxy. Entah mengapa dia harus berlengah-lengah begini.
Hari ini dia mengambil cuti sakit padahal dia tidak sakit langsung. Dia mahu berfikir langkah selanjutnya. Perlukah dia menghapuskan Dato Emmer Soalan itu sering menghantuinya, tidak kira siang atau malam.
Dia berdiri dan mulai melangkah tergesa-gesa. Kala itu dia terlanggar seseorang yang sedang bergerak ke arah bangku. Beg tangan wanita itu jatuh akibat rempuhan bahunya.
Maaf! ujarnya sepatah. Wajah dan mata mereka bertembung dalam jarak yang dekat.
Kharlissa langsung tidak membuka cermin mata hitamnya. Dia tidak suka orang asing merenung ke dalam matanya yang hitam pekat itu. Mata itu adalah jendela hati. Orang yang bijak boleh membaca segala rahsia hati melalui mata.
Wajah wanita di hadapannya itu mengganggu fikiran Kharlissa secara tiba-tiba. Wajah itu seperti pernah dilihatnya. Seseorang yang dia kenal tetapi dia tidak ingat siapa. Apakah ini semua hanya bayangan mimpi ataupun dia pernah melihat gambar wanita ini di mana-mana
Tiba-tiba dia melihat wajah itu wujud di hadapannya.
Tak mengapa! balas wanita itu.
Saya yang bersalah, akuinya kemudian.
Tak. Bukan salah puan. Saya yang tak berhatihati! ujar Kharlissa beria-ria, membantu mengutip bedak dan lipstik yang termuntah keluar dari beg tangannya yang terdampar di lantai.
Terima kasih, ucap wanita itu pula.
Mata mereka bertembung lagi. Kali ini Kharlissa merenungnya lebih dalam dan lama. Biarpun tadi dia mengambil keputusan untuk pergi, tetapi kini dia duduk di sisi wanita itu, lalu bertanya lembut, Puan mahu ke mana
Err... saya hanya mahu berehat di sini saja, jawab wanita itu cuba mengukir senyuman, Anak ini pula
Saya hanya buang masa, jawab Kharlissa bersahaja.
Buang masa Kenapa masa yang amat berharga ini harus dibuang-buang nak
Jangan panggil saya anak, pinta Kharlissa.
Perkataan anak itu membuat dia jadi sensitif. Dia tidak suka wanita itu sudah dua kali memanggilnya anak. Panggilan itu terasa menyakitkan hatinya. Dia bukan anak sesiapa. Dia tidak ada ibu, tidak punya ayah. Entah di mana ibu kandungnya sekarang. Sejak berada di sini, dia langsung tidak berusaha mencari. Dia leka dengan perkara lain. Masih tidak berubah hidupnya biar di mana dia berada. Masih dibelenggu tugasan dari Maxy. Tugasan yang akan membuat seluruh hidup Kharlissa berubah, menjadi lebih buruk daripada sebelumnya. Dia terpaksa menambah bilangan mangsa yang akan dibunuh kejam. Kenyataan itu membuat Kharlissa jadi benci pada diri sendiri.
Wanita itu sekadar mengangguk, tidak akan mengulangi kesilapan memanggil gadis itu sebagai anak. Lalu dia jadi hilang minat dan keinginan untuk memanjangkan perbualan dengan Kharlissa. Dia termenung jauh, sesekali menyeka air mata. Kharlissa jadi hairan. Apa yang menyedihkan wanita ini
Puan! Puan sakit tanya Kharlissa mendadak jadi prihatin.
Wanita itu menggelengkan kepalanya dengan cepat.
Saya sihat. Terima kasih kerana bertanya, katanya dicelah sedu sedan yang memilukan. Dan air matanya terus mengucur tanpa sedar.
Kalau tak sakit, mengapa puan menangis
Saya ada masalah.
Hidup kita sentiasa dibelenggu masalah puan, kata Kharlissa perlahan seolah-olah untuk dirinya sendiri. Kau mahu menghabiskan masa dengan saya dan mendengar cerita saya tanya wanita itu dengan lembut, sambil memandang wajah Kharlissa.
Kharlissa menggangguk dan tersenyum.
Saya ada banyak masa puan. Boyfriend saya harihari sibuk tak ada masa untuk saya. Rasanya saya boleh layan cerita puan, Kharlissa cuba berlucu.
Wanita itu tergelak kecil. Air matanya mulai mengering.
Apa kata kita pergi minum. Puan boleh bercerita di kafe. Kat sini bising, Kharlissa mempelawa.
Ya, baiklah, Wanita itu lekas-lekas bersetuju.
CERITALAH puan, pinta Kharlissa sambil meneguk minuman jus epal yang masih memenuhi gelas.
Macam mana saya nak mulakan ya, jawab wanita itu dengan nada teragak-agak. Dia menarik nafas dalamdalam, Kau belum berkahwin kan
Kharlissa mengangguk.
Perkahwinan memang impian setiap insan yang bercinta, kata wanita itu lagi sambil mengukir senyuman.
Manisnya alam perkahwinan. Saya berkahwin di
usia yang sangat muda. Lapan belas tahun. Suami saya orang asing. Dia datang ke kampung saya kerana menjalankan satu projek kerajaan, bina jalan dan balai orang ramai. Dia orang Jepun, beritahu wanita itu dengan lembut.
Orang Jepun Kharlissa bertanya dengan nada agak terkejut.
Ya, jawab wanita itu dengan senyuman.
Setahun selepas berkahwin, projek dia pun siap. Saya tengah mengandung masa tu. Dia pulang ke Jepun tetapi berjanji akan kembali ke Malaysia. Dia ingin terus menetap di sini, itulah rancangannya. Kami akan punya anak.
Kharlissa diam dan mendengar dengan tekun. Debaran di dada tidak dapat ditahan-tahan. Ia berdegup bersama dengan helaan nafas wanita itu. Wanita itu bercerita dengan lembut dan berlengah-lengah. Dia meneguk minuman jus oren yang mulai cair lantas melimpahkan titisan ais di permukaan meja.
Tapi dia tak pernah pulang ke pangkuan saya. Saya pula setia menanti. Dia terus mendiamkan diri. Lepas sepuluh tahun baru saya terima berita, sepucuk surat dari Jepun. Surat itu tak saya fahami langsung isinya. Lalu saya ke sana ke mari, mencari orang yang boleh membaca dan memahami bahasa Jepun.
Selama perkahwinan puan dengan dia, bagaimana
cara puan berkomunikasi tanya Kharlissa.
Macam ayam dan itik. Bahasa isyarat, jawab wanita itu sambil menggigit bibir, Akhirnya surat itu diterjemah. Dan saya memahami isinya.
Apakah yang terjadi
Dia meminta maaf, tak dapat balik ke pangkuan saya kerana dia dipaksa kahwin. Dia juga sudah menukar agama, bukan beragama Islam lagi. Dia sudah kembali ke agama asal. Secara automatik perkahwinan kami terlerai. Dia mengambil masa yang lama, mencari kekuatan untuk beritahu saya perkara sebenar. Dia tidak mahu saya terus menantinya lagi. Dia mahu saya melupakannya. Tetapi bagaimana mungkin saya melupakan dia Setiap hari saya melihat wajah dia. Wajah anak saya seiras bapanya.
Wanita mengesat air mata yang kian melebat.
Kharlissa menahan nafas. Perasaannya bercampurbaur. Dia bagaikan sedang mendengar kisah hidupnya sendiri, bukan lagi kisah hidup wanita di hadapannya itu.
Saya mahu mencarinya di Jepun tapi saya tak ada duit. Emak ayah pula dah lama tak ada. Saya menumpang kasih emak saudara. Hidupnya susah. Kerja menoreh getah setiap hari. Badan saya selalu sakit-sakit tak tahan kerja teruk. Masa tu saya fikir, lebih baik saya mati. Tapi macam mana dengan anak saya
Anak puan Lelaki atau perempuan
Perempuan. Wajahnya sungguh comel, seperti orang Jepun.
Spontan Kharlissa menyentuh kaca mata hitamnya. Sejak tadi dia memang langsung tidak membuka kaca mata hitam itu. Lalu wanita itu tidak mungkin dapat melihat bola matanya. Apalagi matanya yang mulai pedih sekarang, digenangi air jernih yang akan gugur bila-bila masa sahaja.
Siapa nama anak puan tanya Kharlissa dengan agak kasar.
Namanya Kharlissa. Kharlissa Yusuf Takamura.
Tekak Kharlissa mulai kering. Dia meneguk minuman jus epalnya dengan rakus. Gelas kurus tinggi itu segera menjadi kering namun tidak dapat menghilangkan rasa dahaga dalam diri Kharlissa. Dia berat hati hendak meminta gelas ke dua. Kala itu hatinya amat pilu.
Suatu hari saya membawanya keluar dari kampung. Saya tak sanggup lagi menoreh getah setiap hari. Lagipun saya selalu kena cerca dengan mak saudara saya. Mulanya dia baik. Dia suruh saya kahwin dengan orang kaya. Tapi sejak kahwin dengan Yusuf Takamura, dia mulai bencikan saya. Katanya, suami saya tak guna, Dia menarik nafas lagi, kemudian menyambung cerita.
Kharlissa mulai gelisah. Dia mengisar punggung beberapa kali. Jika diikutkan hati yang jahat dan marah, dia ingin berlalu pergi.
Saya datang ke Kuala Lumpur. Saya tak tahu hendak buat apa di sini. Saya ingin membawa Kharlissa keluar dari kampung, supaya dia mendapat kehidupan yang lebih baik. Kehidupan baru, sedangkan saya sudah tidak ada kehidupan lagi. Saya ingin mengakhiri penderitaan saya dengan kematian. Sungguh memalukan. Saya cuba membunuh diri tapi tak sanggup mati di depan anak saya.
Apa Kharlissa benar-benar terkejut.
Saya sungguh-sungguh bodoh, ibu yang tak berguna. Saya tinggalkan anak saya di sini. Anak yang baru berumur sepuluh tahun. Saya tinggalkan dia supaya dia tak rasa sedih, bila saya dah tak ada lagi. Saya nekad nak akhiri penantian saya yang panjang itu dengan kematian.
Tapi puan tak mati kan Sambut Kharlissa dengan nada suara yang agak meninggi.
Ya, saya tak mati. Saya diselamatkan oleh seorang lelaki. Saya sengaja berdiri di tengah jalan tetapi kereta dia tak melanggar saya. Saya langsung tak cedera, kata wanita itu lagi dengan wajah menahan sendu.
Nasib puan memang baik, kata Kharlissa antara dengar dan tidak.
Puan tahu apa yang berlaku pada anak puan bentak Kharlissa seperti marah.
Wanita itu menggeleng. Beberapa titis air matanya gugur.
Hari tu saya memang gila. Hampir-hampir tak siuman kerana terlalu kecewa. Kalau saya siuman masa tu, takkanlah saya sanggup berdiri di tengah jalan dan membiarkan kereta melanggar saya. Dan lebih gila lagi saya tinggalkan anak saya yang masih belum mengerti apaapa seorang diri, di tempat yang tak pernah dia jejaki.
Saya datang cari dia semula tapi dia dah hilang. Mungkin dia sudah diambil orang. Anak yang comel dan cantik. Saya pasti dia amat disukai! Sedu sedan masih terdengar terbit dari bibir wanita itu.
Saya harap sangat hidupnya gembira dan bahagia walaupun di mana dia berada sekarang. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah saya dapat putarkan balik masa.
Kharlissa merengus kasar lalu terus berdiri dengan cepat, Jangan mengarutlah puan. Masa tak mungkin boleh diputar semula! Kalau masa boleh diputar semula, saya pun tak ingin berada di sini. Lebih baik saya pergi!
Dia meninggalkan wanita itu termangu memandangnya yang berpaling dengan pantas. Kharlissa berjalan laju tidak menoleh lagi ke belakang. Pandangannya kabur ditutupi air mata. Dia teresak. Namun kakinya yang cantik dan panjang itu terus jua melangkah, tidak menentu. Dia tidak tahu berapa jauh sudah dia berjalan.
Namun dia terus jua melangkah dan melangkah. Air mata terus menitis di sebalik kaca mata hitam, membasahi wajah. Dia tidak percaya bahawa sebentar tadi dia sudah bertemu dengan ibu kandungnya, dan wanita itu menyesali tindakannya yang lalu.
Namun mengapa Kharlissa rasa begitu benci kepadanya