Wajah wanita itu tenang. Kulitnya agak gelap. Tapi bersih. Wajahnya berseri, walaupun bibirnya pucat dan merekah. Wanita itu begitu khusyuk membaca tahiyat akhir dalam hati. Arfan tau sebab bibir putih wanita itu langsung tak bergerak. Terkunci rapat. Seperti melekat. Seluruh tubuhnya juga langsung tak bergerak. Keras. Malah dadanya juga sama. Hanya diam. Tiada turun naiknya seperti orang bernafas. Seolah-olah seperti, dia tidak bernafas.
Arfan memasukkan kunci dalam poket lalu cepat-cepat beredar. Ketika hendak keluar, lagi sekali dia lalu di tepi van jenazah dan dua orang lelaki tadi yang nampak tak keruan. Arfan berhenti untuk bertanya kali ini.
"Assalamualaikum... kenapa ni Nampak gelisah je" tanya Arfan pada lelaki-lelaki itu.
"Macam mana tak gelisah.... Mayat hilang," jawab oleh salah seorangnya.
Mata Arfan terbeliak. Tak percaya dengan pernyataan itu.
"Hilang Macam mana boleh hilang pulak"
"Tak tau.... Kita orang tinggal sekejap je tadi, pergi beli rokok. Bila balik sini tengok-tengok dah tak ada dalam van."
Dalam pada itu, beberapa orang wakil muslimah yang baru sampai, masuk ke perkarangan surau. Salah seorangnya adalah Ustazah Zaleha. Kedua orang lelaki itu terus menerpa Ustazah Zaleha dan memaklumkan situasi yang sedang berlaku. Wajah Ustazah Zaleha tenang saja mendengar berita itu walaupun dalam matanya ada sedikit riak panik. Yang lain-lain pula memang sudah tak senang duduk. Keadaan surau yang tadinya sunyi sepi sekarang seakan riuh.
"Arfan, tolong telefon bapak. Bagi tau dia apa yang berlaku. Cepat ya..." arah Ustazah Zaleha.
Arfan pun mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon bapanya untuk memaklumkan tentang perkara itu. Kemudian dia terus beredar untuk pergi berjumpa dengan kawannya yang sudah lima kali menghantar teks pesanan ringkas bertanyakan kenapa dia tak sampai-sampai lagi. Walaupun Arfan rasa agak bersalah meninggalkan mereka di surau dalam keadaan begitu, tapi dia kira tentu mereka dapat menanganinya tanpa bantuan darinya. Kalau dia tinggal di situ pun tak banyak yang dia boleh lakukan. Lagipun di dalam hati Arfan, dia yakin ada penjelasan tentang semua itu. Mungkin kesilapan teknikal. Atau kecuaian seseorang. Arfan tak pasti apa. Tapi dia tahu tentu ada penerangan di sebalik apa yang berlaku. Dia cuma berharap, kalaulah benar mayat itu hilang, ianya akan dapat dijumpai semula secepat mungkin.
Wajah bengis Remy menyambut kedatangan Arfan yang berkali-kali meminta maaf.
"Sorry la weh.... Kecoh dekat surau tadi."
"Apasal"
"Mayat hilang."
"Boleh plak camtu..."
"Betul..."
"Sudahlah kau.... Nak menipu agak-agak la."
"Tak percaya sudah.... Bang! Order bang...!"
Laung Arfan pada pekerja restoran tersebut. Dia lalu memesan kopi panas dan sate ayam sepuluh cucuk.
"Kau ada dengar tak" tanya Remy tiba-tiba.
Arfan menggeleng walaupun dia belum tahu apa yang Remy sedang maksudkan.
"Dekat Perlis semalam, ada beberapa buah kubur yang bertebuk. Bila dia orang gali, dekat dalam dah tak ada mayat. Lepas tu, ada saksi nampak, mayat-mayat tu merangkak sendiri keluar dari kubur masing-masing."
"Kau dengar mana ni"
"Aku ada la informer aku..."
"Kalau betul apasal tak masuk berita dan surat khabar pun" soal Arfan.
"Kau ni nama je wartawan. Tapi benda basic macam ni pun kau tak tau. Kau ingat semua berita dalam dunia ni masuk dalam akhbar ke Kau tau tak betapa banyak maklumat yang disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu di atas pelbagai sebab."
"Apa sebabnya"
"Banyak. Salah satu mungkin sebab tak nak timbulkan panik. Bayangkan la kalau semua orang tau yang ada mayat hidup semula dan keluar dari kubur. Tak ke huru hara Mesti semua orang takut. Sebab tulah kejadian-kejadian macam ni selalu dirahsiakan walaupun ia benar-benar berlaku," terang Remy dengan yakin.
"Dirahsiakan oleh siapa"
"Yang tu tak payah cakap la. Kau faham-faham sendiri jelah..."
Arfan hanya mengangguk. Kononnya faham. Tapi dia masih tak dapat menangkap siapa yang Remy maksudkan.
Setelah puas berjalan. Barang yang nak dibeli pun sudah dapat. Remy dan Arfan pulang ke rumah masing-masing. Jam menunjukkan pukul satu lima belas minit pagi ketika Arfan sampai di rumah. Sebaik masuk, kelihatan bapanya sedang duduk bersandar pada kerusi di ruang tamu.
"Eh... bapak tak tidur lagi"
"Belum..."
"Macam mana tadi"
"Dah jumpa dah..."
"Iya Apa cerita Jumpa kat mana"
Ustaz Amir mengeluh. Agak deras. Arfan tak pernah melihat bapanya begitu. Nampak runsing. Seperti sesuatu sedang mengganggu pemikirannya.
"Kenapa pak Cuba cerita kat Arfan..."
Ustaz Amir diam. Agak lama. Dia ragu-ragu untuk menyuarakan apa yang ada dalam mindanya waktu itu.
"Hmm... ni bapak cerita dekat Arfan je. Kalau boleh Arfan jangan bagitau sesiapa lah."
bersambung
Bab akan datang:
Ke manakah perginya mayat tersebut Bagaimanakah mayat itu boleh hilang