Ada seorang lelaki Malaysia bekerja di Singapura sebagai Wireman. Beliau terjatuh dan mengalami luka di tangan kanan beliau. Terdapat satu luka yang besar dan panjangnya lebih 4 inci di pergelangan tangan dan satu luka kecil sepanjang 1 inci di tapak tangan. Beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di sana dan rasanya doktor tersebut macam tak pernah kerja di Unit Kecemasan. Luka yang kecil dijahitnya manakala luka yang besar dibiarkan. Dia cakap kat pesakit biar luka itu sembuh sendiri dan tak perlu dijahit. Orang tak sekolah tinggi pun tahu luka tersebut perlu dijahit tapi doktor enggan menjahitnya. Beliau diberi satu suntikan dan dibekalkan Ponstan 250mg, Doxycycline 100mg dan Famotidine untuk elak gastrik bila makan antibiotik.
Beliau berjumpa dengan aku petang tadi dan meminta pendapat aku tentang luka dan rawatan yang diberikan oleh doktor di Singapura. Aku rasa aneh, pelik dan hairan kerana luka yang besar memang teruk keadaannya. Sampai hati doktor tu tak nak jahit luka tersebut. Hairan juga aku kerana luka yang di tapak tangan taklah seteruk mana tapi 3 jahitan diberikan. Aku juga hairan kenapa Doxycycline dan bukannya Cloxacillin yang diberi kepada pesakit.
Sepanjang 45 minit aku menjahit lukanya, dia tak henti-henti membodohkan doktor Singapura tu. Walaupun mereka sama sebangsa, dia memang memaki hamun doktor tersebut sepuas hati. Aku tak sempat nak ambil gambar luka dia. 10 jahitan kesemuanya. Bila dia tengok luka di tangannya dah cantik barulah dia berhenti memaki hamun. Dia kata aku nak charged berapa banyak pun, chargedlah. Dia tak kisah. Yang penting tangannya dah nampak seperti asal.
Rasanya kemerosotan kualiti doktor-doktor sekarang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di luar negara juga.
Tadi ada satu patient lain. Aku rujuk beliau ke hospital untuk x-ray tulang belakang kerana dia mengadu sakit pinggang dah 4 tahun. Pemeriksaan x-ray beliau normal tetapi doktor di hospital beritahu dia kena penyakit batu karang pula. Lumbosacral x-ray untuk tengok batu karang Belum sempat dia duduk dan nak bertanya pasal batu karangnya, doktor dah siapkan preskripsi ubatnya. Dia tak tahu batu tu kat mana. Besar ke kecil Bahaya ke tidak Yang dia tahu, makan ubat sampai habis. Tiada penerangan pasal penjagaan, pencegahan ataupun rawatan susulan.
Memanglah Unit Pesakit Luar tu ramai patient. Tapi takkanlah tak boleh luangkan sedikit masa untuk memberi penerangan kepada pesakit Pada aku, doktor itu merawat x-ray dan bukannya pesakit. Confirmed ke tu batu karang dan bukannya phlebolith ataupun benda-benda asing yang ada di dalam usus
Doktor dah makin ramai sekarang. Kalau kat hospital kerajaan, nisbah doktor: pesakit dah makin mengecil. Tapi kenapa kualiti perkhidmatan masih tak juga berubah Rasanya mutu perkhidmatan masih macam dulu-dulu juga. Doktor-doktor sekarang kurang skil untuk bertanya soalan kepada pesakit sedangkan 70-80% penyakit boleh diketahui hanya dengan bertanya soalan-soalan kepada pesakit. Doktor-doktor sekarang lebih bergantung kepada ujian darah dan x-ray berbanding dengan mengambil sejarah riwayat pesakit dalam mengenal pasti sesuatu penyakit.
Aku menyokong cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua doktor-doktor baru mengambil peperiksaan sebelum boleh menjadi Houseman. Ianya patut diwajibkan untuk semua doktor baru sama ada yang grad daripada luar atau dalam negara.