Aku sekeluarga dalam musafir ke Kuala Lumpur. Tujuan kami ke Kuala Lumpur amat murni iaitu ingin membeli baju raya aku, seluar raya beserta kasut. Aku memandu kereta Waja di lorong paling kanan dengan kelajuan skala sedap-sedap pecut. Jarum meter kelajuan maintain dekat angka 120km/h. Kalau ada speed trap pun aku tak debar dada. Boleh saja kalau aku nak pergi 200km/h tapi mengenangkan aku di lebuhraya PLUS dan bukan di litar lumba, aku batalkan niat. Rasa hormat dekat Menteri Kerja Raya masih bersisa dalam jiwa aku.
Sedang aku memandu sambil berzikir, entah kereta siapa di belakang main angkat lampu dengan aku. Tak sempat aku nak tengok cermin belakang, kereta tersebut iaitu Toyota Wish kaler biru makin mendekatkan diri dengan kereta aku ke tahap beberapa sentimeter. Cilakak! Dia nak langgar aku ke Sudahlah datang dekat, tak bagi salam. Tak ada budi bahasa langsung! Agak terganggu juga fikiran aku dengan provokasi macam tu punya gaya. Aku rasa brader dalam kereta tu kena kejar dengan Jabatan Agama sebab tak puasa.
Aku memperlahankan kelajuan, signal kiri pun aku petik sekali. Tapak kasut Crocs China aku sedikit-sedikit mengenakan daya pada pedal brake. Sebagai pemandu lebuhraya yang ada akhlak, aku juga memberi respect pada lori bawa mercun yang lembab di lorong kiri. Jadi aku tak boleh menerkam masuk kiri macam orang gila. Nanti boleh jadi berlaga dengan lori mercun. Strategi di situ, aku tekan balik minyak. Idea aku nak potong dulu lori mercun tersebut barulah aku boleh masuk kiri tanpa merisikokan diri dan keluarga. Toyota Wish biru di belakang dah tak segan silu lagi sekarang. Dia main hon pula dengan aku. Sedang elok aku melepasi lori mercun dan bergerak ke kiri dengan budi bahasa,
Tiittt...tiiittt...titttt...Zas!
Gampang punya kereta! Serentak aku switch dari zikir kepada makian yang berhak. Kucar kacir pengendalian stereng bila ada laknatullah yang buat perangai potong kiri tanpa memikirkan hati dan perasaan keluarga aku. Bawa kereta macam nak pergi neraka jahanam dia punya laju! Aku dah sedia nak tekan butang NOS serentak butang turbo. Aku nak kejar sampai dapat. Mujurlah DNA ketenangan muncul saat-saat macam tu. Maka berlawanlah DNA ketenangan dengan DNA gangsterism dalam jiwa aku. DNA ketenangan akhirnya menang. Walaupun menang, tapi dalam hati masih ada bara! Pengendalian kereta aku stabilkan semula dengan kelajuan rendah di lorong kiri. Dada masih berdebar-debar.
Gampang tu apa ayah tanya Fateem standard semua dia nak tahu.
Gampang tu drebar kereta tadi. Kita panggil dia gampang. Aku menjawab sambil melepas panas di hati.
Petang tadi dalam pukul lima setengah.
Kerja Bastard
Aku sekeluarga dah sampai Tanjong Malim. Keadaan jalan antara pasar ramadhan dengan Masjid Tanjong Malim memang lahanat dia punya sesak. Kereta aku adjust dia punya kelajuan ke level siput babi. Kenapalah ramai sangat orang nak membeli belah ni Masak sendiri diam-diam di rumah tak boleh ke Aku merungut entah apa-apa.
Ayah, tu gampang tadi, Fateem beriya-iya tunjuk hala ke masjid.
Aku nampak ada Toyota Wish biru baru selesai parking dalam kawasan masjid. Kelihatan seorang pak haji dengan pakaian ulama-ulama turun berjalan ke masjid. Aku tinjau-tinjau, nasib baik nombor plate tak sama.
Ayah, gampang tu nak pergi mana pula ayah Fateem begitu tenang menggampangkan pak haji berkenaan tanpa ragu-ragu lagi.
Aku jadi bingung nak explain. Betul bendul pun susah juga. Tanpa fikir tapis-tapis aku jawab cara mantik...
Gampang tu nak pergi taubat dekat masjid.
Bini aku di sebelah geleng kepala memikirkan teknik didikan aku yang semakin menyimpang dari skema Tarbiyatul Aulad.
Ah, esok-esoklah aku adjust balik!
NOTA KAKI:
Ayah, taubat tu apa ayah Taubat tu makan aiskrim.
Ateem nak taubat ayah.
Jangan harap!