SEMBANG TEPI JALAN - 23
15 Ftbrtuiri 2005 Pada waktu petang biasanya di Pasar Seni akan ada beberapa pemuzik jalanan biasanya akan busking, termasuklah aku. Bagi menghargai dan mempromosikan arena busking ini, aku adakan satu sesi temubual dengan mereka. Aku nukilkan salah satu temubual aku dengan rakan seperjuangan aku, saudara Nik. Aku selalu menjadi rakan busking-nyz. Alasan memilih dia kerana dia banyak memainkan lagu-lagu dari penyanyi Indonesia Iwan Fals dan Sawong Jabo. Dia juga ada membuat lagu-lagu sendiri dan aku ada perancangan untuk membuat satu projek album dengannya. Berikut ialah temubual kami. 1. Dah berapa lama kaumain muzik Main muzik tnklah lama tapi semenjak form tiga jugaklah, dan aku pernah tubulikan band tapi semua dah hancus. Muzik yang kami mainkan masa tu Rock Grindcore, Punk dan macam-macam lagilah. Oleh kerana aku suka menyanyi jadi akulah vokalisnya masa tu dan sampai sekarang aku masih bernyanyi. 2. Boleh bagitau kenapa kausuka busking Seperti manusia lain juga aku ada cita-cita dan minat atau hobi. Jadi aku anggap busking ini sebagai hobi aku dan untuk menghayati apa itu erti kehidupan. 3. Apa kefahaman kau tentang makna hidup Soalan ni menyentuh pada bab kerohanian. Bagi aku sejahtera adalali makna hidup. Makan pakai, tempat tinggal itu semua santapan jasad. Apa guna kalau badan atau jasad ajer yang besar malahan roh kita kecil atau tak diben perhiasan Tentu tak seimbang. Jadi jasad pun perlu dijaga, begitu juga dengan rohani. Jadi perseimbangan keduanya akan mencapai kesejahteraan. 4. Boleh cerita sikit, kaubusking untuk kepuasan atau duit Kedua-duanya saling berhubung-kait dan saling memerlukan. Kepuasan hanya apabila kita diberi tepukan dan duit pulak untuk kita meneruskan hidup. 5. Influence dalam muzik Kalau pengaruh dalam muzik yang aku mainkan belum ada lagi tapi kalau pengaruh dalam busking mereka datang dan pergi. 6. Idola Nabi Muhammad s.a.w. 7. Penerimaan masyarakat pulak niacamana Setakat ni bagus. Belum ada lagi media atau mana-mana pihak yang melabelkan kami sebagai sampah. 8. Visi, cita-cita dalam muzik Aku nak jadi seorang penyanyi dan punya studio rakaman sendiri, senang cerita aku nak berjaya dalam muzik mengharumkan nama aku, keluarga, agama, negara dan bangsa aku sendiri. 9. Boleh ke busking ni menjamin masa depan Apa saja yang kita buat kita mesti yakin, jujur dan tabah dan berani. Keemp sikap ni mesti ada dalam diri kita. 10. Pandangan kau tentang muzik masa kini macamana! Apa pula peranan media Muzik sekarang bagus-bagus belaka, tapi pandangan aku tentang muzik- 65 muzik di Malaysia ni, muziknya bagus tapi mesej yang nak disampaikan dalam lagu-lagu kosong dan tak membuat pendengar berfikir. Banyak yang mengkhayalkan tak ubah seperti candu, ganja, morfin dan sebagainya yang mengkhayalkan. Peranan media langsung tak membawa sebarang perubahan. Aku cadangkan kepada media supaya mmembikin satu channel khas 24 jam sehari di tv yang menggabungkan muzik seluruh dunia sampai yang di bawah tanah sekali pun, barulah ada kepelbagaian. 11. Okay Nik, terima kasih sebab buangkan masa kau sikit untuk sesi borak-borak ni. Teruskan berkarya, keep it up. Maaf jika aku banyak membebel,tapi aku akan buat apa saja demi cinta aku pada muzik. Terima kasih kerana menemuramah aku. Okaylah. Tangan aku pun dah penat menulis, harap kita akan dapat lebih faham mereka dengan adanya ruangan borak-borak dengan busker ini, jumpa lagi.