Kini hanya tinggal bebanan agung di bahu Iskariot; Cincip telah melakukan segala-galanya dari awal sehingga ke akhir cerita. Setakat ini, perancangannya telah berjaya, namun gangguan daripada Alif Lam Lam Ha mungkin akan mencemarkan pelan yang dirancangnya sedari bab yang pertama lagi. Apakah Alif lam Lam akan menjelma di pengakhiran seterusnya lalu menggagalkan usaha Cincip untuk merasai kemanisan takhta Apakah perkara perihal takdir atau kebetulan itu wujud Apakah Alif Lam Lam Ha itu Akbar Katakanlah!
Jaafar telah memanggil Iskariot setelah Cincip puas dimaduinya.
Laksamanaku.
Iskariot, Cincip telah berjaya mendapatkan
akses untuk mengguna pakai Army Bug milik neoKuala Lumpur yang tersimpan di dalam depot Makmal Keabadian. Aku mahu kita bangkit, kerana mengikut perancanganku, hari ini kita telah berjaya menggulingkan ilusi yang selama ini mengepalai neo-Kuala lumpur!
Namun, bukankah keberadaan Tuan Pemerintah dan Tinta Pujangga juga adalah sebab utama kita menangguhkan serangan dan menyasarkan Dataran Pembebasan
Iskariot ...
Iya, Laksamanaku ...
Siapa Tuanmu!
Lak..Laksamaku... Kamu... Kamulah tuanku.
Iskariot menggigil.
Lalu kamu tidak berfikir bahawa aku ini lebih pintar daripadamu
Iya, Laksamanaku...
Lalu apa harus aku menerangkan bahawa kita perlu merampas Kubah Gemawan dahulu sebelum kita menggunakan segala aset neo-Kuala Lumpur untuk menggulung Dataran Pembebeasan
Menjunjung perintah, Laksamanaku. Ampunkan aku.
Pergilah dengan bala Army Bug mu, sebelum aku menceraikan kepalamu!
Mohon izin, laksamanaku.
Iskariot perlahan-lahan berundur dari takhta Jaafar, sedang Laksamana pemberontak itu masih memikirkan bagaimana Pujangga akan membalas serangannya kali ini. Dia tahu srikandi tua itu berpengaruh, namun segala aset dan senjatanya masih tertanam di dalam menara pejabatnya. Mana mungkin pengemis di Dataran Pembebasan itu akan melawan bala tentera maha canggih yang dipimpin Jaafar Sedangkan tasik terbelah yang tercantum kembali pun mampu direnanginya dengan mudah, inikan pula segerombolan manusia purba yang jahil tentang taktikal!
***
Cuaca semakin sejuk. Hati Pujangga hangat membara.
Sudah siapkah senarainya, Aaron
Sudah Srikandiku. 10 000 proto-Human kesemuanya.
Raja Darius 1. Pujangga berbisik lembut.
Buhaira hanya tersudut sambil tersenyum di perkarangan gelanggang itu, tersamping di sisinya adalah Razief dan Isa yang sudah melepasi tahap penilaian terakhir. Aaron Mustaffa menjadi pelatih utama dibantu oleh pasangan kembar Jacob dan Joseph yang turut mengemudi penilaian pemuda dan pemudi proto-Human.
Tiada diskriminasi gender, kali ini.
Gelanggang itu dipagari oleh pelepah pohon kurma dan dikelilingi oleh obor yang selalu dicucuh nyalaannya, sedang salju hampir hampir turun beberapa hari lagi. Pemuda yang datang semua tegap-tegap belaka, dan pemudi yang turut diundang selayaknya menjadi srikandi juga.
Masing-masing memperlihat ketangkasan setelah dicucuh semangat nasionalisme oleh Pujangga semalam. Anehnya, sehingga ke babak pengakhiran sebegini, barulah semangat nasionalisme menjadi modal pancing untuk kesepaduan dan keselamatan bersama.
Kita bersekutu ketika dilanda badai ketakutan, bukankah
...Buhaira, kamu usah ikut serta.
Ini bala tenteraku, Pujangga. Mana mungkin mereka berpergian sedang aku-
Aku mampu mengepalai ini, Buhaira
Sedang aku mengenali proto-Humanku sendiri.
Buhaira...
Genggam bara api, biar arang ku jadikannya, Pujangga!
Abah, Srikandi, adapun kita ini masih belum
bersedia untuk berjuang.
Khabarkan aku mengapa, Isa. Isa mula terlibat sama.
Srikandi, kekuatan 10 000 tentera kita takkan mampu menandingi kekuatan mesin-mesin Jaafar yang unggul itu.
Isa, Buhaira, apa kamu pernah mendengar perihal Raja Darius 1 pada zaman dahulu kala
Tidak pernah, srikandi. Razief turut berminat untuk ikut serta.
Mereka dan 10 000 bala tentera kepunyaanya.
Pewaris Cambyses yakni Raja Darius 1 telah berjaya menakluk sembilan jajahan dengan keunggulan pemerintahannya.
Lalu siapa Darius 1 di kalangan kami Buhaira menduga.
Bukan Darius 1 kebanggaanku, melainkan sistem bala tenteranya!
Khabarkan kami, Srikandi. Isa dan Razief bersuara serentak.
Bala tentera mereka pada masa itu digelar sebagai Ten Thousand Immortals atau Sepuluh Ribu Tentera Abadi.
Apa, mereka juga separuh mesin sepertimu,
Srikandi
Aku ini hanya sebahagiannya mesin, Isa. Banyak bezanya! Adapun Ten Thousand Immortals ini semuanya manusia biasa, namun mereka cukup banyak penggantinya, sehinggakan kematian seorang askar pun mampu diganti dalam sekelip mata. Adapun Herodotus mengatakan bahawa mereka ini dilimpah upah emas yang tidak terhingga banyaknya, dengan segala kemewahan sampai mencapai keabadian jumlah tentera, tidak pernah berkurang pun riwayat mereka.
Namun, kami tidak punya harta sebagai alas motifnya. Buhaira menjelaskan.
Buhaira, adapun nanti kamu akan punya segalagalanya bila kita akan hidup bersama di neo-Kuala Lumpur. Demi aku yang tidak bertuhan ini, segala bicara dan janjiku adalah jujur, seumpama ilmu dongengan kamu yakni Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah.
Itu nabi kami, Muhammad Yang Terpuji, Srikandi. Malah Baginda menjadi insan unggul yang menawan musuh walaupun di Bulan Orang Puasa.
...Namun, bagaimana pula dengan keabadian kami, Srikandi Aaron mula mencelah. Sudah tamat sesi pemilihan barangkali.
Aku akan cuba menghubungi Srikandi Mama
Juwita, barangkali dia masih berkebal di Makmal Keabadian untuk merangka strategi seterusnya.
Cuaca semakin sejuk. Hati pujangga hangat membara. Semangat mereka marak menyinga!
***
Demi zat Dewata al-Jaafar, takbir!
Serentak dengan itu, Iskariot melancarkan
ribuan Army Bug yang melepas layang ke ruang udara neoKuala Lumpur menuju ke singgahsana Tuan Pemerintah. Langit seakan mendung saat robot pemusnah sebesar kumbang itu terbang dengan laju sebelum jasad titanium mereka bercantuman dengan permukaan Singahsana Tuan Pemerintah. Serentak dengan itu, kesemua Army Bug diletupkan supaya dapat meruntuhkan kekebalan singgahsana Tuan Pemerintah.
Langit tiba-tiba mendung walau Army Bug sudah terletup lupus.
Langit tiba-tiba mendung walau Army Bug sudah tiada. Sunguh, langit tiba-tiba mendung walau Army Bug sudah tiada. Ia perlu diulang-ulang supaya menjadi zikir kerana langit tiba-tiba mendung walau Army Bug sudah tiada, malah gagal memecahkan tembok maha kebal Tuan Pemerintah.
Langit semakin gelap.
Kilat berdentuman dan angin mulai bertiup kencang. Tiadalah segala kecelakaan ini layak dikelaskan sebagai bencana alam melainkan ini adalah tanda-tanda kekuasaan Tuan Pemerintah yang agung lagikan kudus. Pada zaman kuno dahulu manusia sudah pandai membenih awan supaya membiakkan hujan; Tuan Pemerintah yang maha canggih ini pula berjaya membiakkan cas atmosfera supaya berjaya mencipta guruh mahupun halilintar.
Celaka!
Iskariot semacam tahu bencana alam itu adalah sebenarnya tandatangan Tuan Pemerintah yang kini sudah tiba di neo-Kuala Lumpur. Beberapa hari lalu, jajahannya terus diserang menyebabkan sang Raja itu baharu turun mencemar duli dan meranap musnah pemberontakan yang ada.
Laksamanaku, bersegeralah ke sini!
Kepulan awan seolah digulung-gulung sebelum dibancuh dengan pewarna maha pekat. Petir yang menyabung apa sahaja seringkali menggetarkan binaan mesin yang tercantum di dalam jasad Judas Iskariot.
Jaafar al-Hussien yang memacu air-glider nya segera tampil mendapatkan Iskariot dan gerombolan bala tenteranya di suatu padang maha luas. Kepala tuanya mendongak ke langit tinggi; kalau-kalau ini adalah pekerjaan Tuan Pemerintah ataupun Tinta Pujangga yang sudah lama menghilang. Angin bertiup kencang, hampir-hampir menerbangkan tengkolok singket yang dipakainya. Semua bala tentera Laksamana Jaafar al-Hussien sudah bersedia dengan acuan Keris Saber kalau-kalau Tuan Pemerintah menghantar bala tentera yang masih setia sebagai tanda perkenalan.
Ternyata tidak. Tuan Pemerintah ingin tampil solo.
BOOMM! PRAKK! PRAKK! PRAKK! BOOM!!!
Panahan petir terus rancak membelah medan tempur, namun tanda-tanda kewujudan Tuan Pemerintah masih belum kunjung tiba. Lagaknya seperti Tuhan, mahu turun ke bumi menyaksikan perbuatan manusia terlarang. Selepas angin kencang mendominasi, panahan petir itu menjadi surah kedua kedatangan Tuan Pemerintah mementang Jaafar.
BOOMM! PRAKK! PRAKK! PRAKK! BOOM!!!
Peluh mula mencumbui wajah Jaafar. Ini pertandingan di antara hidup dengan mati.
Tunjukkan dirimu!!!
Jaafar menjerkah, melawan panahan petir yang tidak langsung menggetarkan pembuluh darahnya. Iskariot yang tersamping hanya mampu bersedia dengan serangan maha hebat Tuan Pemerintah.
Langit semakin gelap, ada suara bergema hebat.
Malah aku sudah wujud sebelum Tuhan!
Suara itu meremangkan Jaafar. Lebih garau dari kebiasaanya.
Malah aku sudah wujud sebelum Tuhan! Dan aku masih wujud selepas Tuhan sudah lama mati! Aku disambut dan berselindung dari bab terdahulu kalau kamu rajin mengulang baca. Dan walau sudahpun roboh, aku sempat terbang dan diselamatkan. Aku takkan hilang dan dimatikan. Malah aku sudah wujud sebelum Tuhan.
Suara maha kuat mula melolong!