JAGUH DEKLAMASI - 23
PENGENALAN

Mulai tahun 1987, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) telah diberikan mandat oleh Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) di peringkat negeri dan kebangsaan.

Penganjuran SDPK buat pertama kalinya bermula dengan tajaan daripada Jawatankuasa Induk Perayaan Bulan Kemerdekaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara dan lain-lain.

Sejak tahun 1987 hingga 2010, SDPK telah diangkat menjadi acara rasmi dalam Perayaan

Bulan Kemerdekaan Malaysia anjuran Jawatankuasa Induk Penganjuran Bulan Kemerdekaan. Penganjuran SDPK ini telah diluaskan bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan, malahan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu bermula pada tahun 2010, penganjuran SDPK tidak lagi mendapat tajaan daripada Jawatankuasa Induk Perayaan Bulan Kemerdekaan. Atas kesedaran semangat patriotik dan untuk memartabatkan sastera tanah air, GAPENA dan DBP terus menganjurkan SDPK dari tahun ke tahun.

OBJEKTIF

Dengan hasrat untuk menyemarakkan semangat kebangsaan, dan meraikan kemerdekaan bangsa dan negara Malaysia melalui pendeklamasian puisi-puisi patriotik serta seni sastera, maka SDPK ini diadakan dengan objektif-objektif yang berikut:

Menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia melalui kegiatan kesusasteraan.

Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan peserta dan masyarakat Malaysia.

Meneguhkan perpaduan kaum melalui Pengucapan Puisi.

PENYERTAAN DAN FORMAT SAYEMBARA

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Johan SDPK (1987 2013) tidak dibenarkan menyertai.

Hanya 100 orang peserta terawal yang mendaftar penyertaan sahaja akan diterima menyertai SDPK 2014.

Tiada yuran penyertaan.

Sayembara akan diadakan dalam peringkat saringan dan akhir, atau dijalankan secara terus ke peringkat akhir bergantung pada bilangan penyertaan.

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu puisi yang terdapat dalam Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan: Lantera Zaman, terbitan GAPENA 2014. Peserta dikehendaki / diwajibkan membeli antologi tersebut. Antologi tersebut boleh didapati di Rumah GAPENA Kuala Lumpur atau Kedai Buku DBP (Senarai Pengedar Buku DBP, rujuk LAMPIRAN)

Pemenang akan dipilih berdasarkan penghakiman dan sistem juri yang ditetapkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alatalat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Keputusan hakim muktamad.

Penyertaan hendaklah menggunakan borang rasmi yang boleh didapati di laman web yang berikut: www.dbp.gov.my atau Facebook: GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia). Borang penyertaan hendaklah die-melkan kepada urus setia selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum sayembara berlangsung.

TARIKH DAN TEMPAT SAYEMBARA

Sayembara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diadakan pada 28 September 2014 (Ahad) di Sanggar Tun Sri Lanang, Tingkat 31, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sayembara peringkat negeri Selangor akan diadakan pada 11 Oktober 2014 (Sabtu), tempat akan ditentukan kemudian

Sayembara peringkat Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober 2014 (Sabtu) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negara Negeri Sembilan (JKKNNS), Seremban

Sayembara peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 12 Oktober 2014 (Ahad) di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahamd Shah, Jabatan Penyiaran Negeri Pahang, Kuantan.

Catatan: Sayembara akan bermula pada pukul 9.00 pagi.

HADIAH SAYEMBARA PERINGKAT KEBANGSAAN

Johan : Piala Pusingan Tun Ghafar Baba,

Mantan Timbalan Perdana Menteri,

Wang Tunai RM5,000.00, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan

Naib : Wang Tunai RM3,000.00, Hadiah Johan Iringan dan Sijil Penyertaan

Ketiga : Wang Tunai RM2,000.00, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan

Sagu : Wang Tunai RM300.00, Hadiah hati Iringan dan Sijil Penyertaan (peserta yang berjaya ke peringkat akhir)