Namun, segala-galanya hampir selesai.
Ayu telah menanjak dewasa, membentuk hidupnya. Aton semakin tabah, matang dan tetap setia bersamanya. Dan, dirinya... menjadi pemerhati ge- nerasi - membakar semangat pengganti Pak Dek yang sebelum ini menjadi adipati. Kini, dia adalah serikandi yang menerajui generasi. Sampai bila
Batuk-batuknya semakin keras, terasa bagai ada besi berlaga di rengkung setiap kali ia terjadi. Dada diurut, berharap agar sakit berkurangan.
Ya Allah... aku berterima kasih pada Kau, yang telah memberi aku peluang untuk hidup di bumi-Mu. Sekali lagi batuknya menggema, menggegar setiap rongga tubuhnya....
Kau telah hamparkan padaku sebuah kehidupan yang amat bererti. Aku sedar di dalam kepayahan. Aku tahu kisah cucuku, asal-usulnya dan aku pohon keampunan dari-Mu! Maafkan anakku yang telah melanggar susila, dan terima kasih pada-Mu kerana aku dapat menahan hati dan perasaan sehingga ke hari ini.
Air mata berlinangan. Separuh duka, separuh ceria. Dia sedih kerana arwah suaminya tidak dapat bersama meraikan keriangan hatinya yang telah menerima kehadiran Ayu. Malah, sejak kebelakangan ini dia sering berbual dengan Ayu di telefon sehingga berjam-jam lamanya.
Dia juga tahu kisah yang sebenar tentang Aton dan Agus. Tetapi... dia sengaja tidak mahu mencederakan perasaan anaknya dengan membangkitkan kisah itu. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berpura-155
pura tidak tahu. Lagipun, dia mengagumi sikap Ayu. Cucunya inilah yang telah mengubat dan membunuh sejarah hitam itu. Ayu tidak berdosa dan gadis itu perlu dipupuk agar kisah silamnya yang hitam tidak menjadi racun pembunuh bahagia.
Andek.... Panggilan ini disusuli dengan deraian air mata. Serasa sebak dadanya mengenangkan lelaki paling agung pernah ditemuinya. Tahukah kau... yang aku amat merinduimu Andek! A... aku ingin bertemu denganmu.
Kali ini batuk keras menggegar dada dan sejemput darah pekat terhambur.
Ya Allah....
Dada diurutnya tetapi kesakitan tiada peri. Dia tidak tahu apa sakit sebenar tetapi dia tahu dia perlukan rawatan. Cuma, dia tidak sanggup untuk pergi ke hospital yang jauh.
Sekali lagi dia batuk, dua kali, tiga dan bertubi-tubi. Dempiran itu menggegarkan dada. Urat-urat di kerongkong berdempukan sehingga darah pekat terhambur berketulan.
Ya Allah....
Dia semakin lemah. Jari-jemarinya semakin tidak berdaya mengurut dada.
Kalaupun aku mati....
Batuk datang lagi, tidak langsung memberi peluang untuk dia berhasrat. Berketul-ketul dempiran batuknya menggema ruang bilik tanpa disedari Aton yang entah di mana.
Saat ini wajah cucunya yang tercinti hadir. Ma... maafkan nenek sayang. Ka... kalau nenek tak ada... jaga diri elok-elok.
Batuk datang lagi, disusuli kctulan darah. Wajah 156
Ayu semakin hilang - anak kuar yang tidak berdosa, suci bak embun pugi. Berkilau bak cahaya mentari pagi.
Ja... jaga maruah kau Aton!
Batuk menggema dan kali ini benar-benar menyesakkan nafas. Amat sukar untuk dia membereskan pernafasan. Dia terasa bagai ada cerutan di rengkung dan hidungnya bagai disumbat.
Suaranya terasa hilang, begitu sukar untuk diutarakan.
Tubuhnya mula berasa suam sejuk, bergetaran tanpa arah. Dadanya sesak dan dia mula bernafas satu-satu.
Ah... aku tak mahu menyusahkan Aton. Bi biarlah aku pergi dan aku ingin sangat untuk bertemu dengan Andek di syur... syur... ah....
Dadanya sesak gamat.
Ya Allah... ampuni segala dosaku dan dosa keluargaku....
Matanya mula berputar tanpa arah....
Asyhadualla ilia haillallah... wa asyhaduanna Muhammadar rasullullah...!
Dia sempat mengucap dua kalimah syahadat.
HALAMAN rumah tua itu dipenuhi manusia - bertudung dan bersongkok. Dan, Ayu tidak sempat menahan tangisnya apabila scpancang kayu yang dibaluti kain putih terpacak di depan.
Nenek!
Sekujur tubuh terkapar, dibaluti kain batik lepas dan seorang dua tamu sedang membaca al- Quran.
Nenek! Suara Ayu tersepit di kerongkong. Inna 157
lillahi wa inna ilaihi rajiun! Dia terjelepuk di sisi katil.
Jarinya terketar-ketar, masih kelu dan tidak perdaya untuk menarik kain batik yang menutupi wajah neneknya.
Aton hanya tunduk, tidak lagi menangis tetapi matanya merah dan bengkak.
Mak! Ayu menghampar tubuh, memeluk ibunya erat-erat dan tangisan dilepaskan di bahu Aton.
I thought you balik ke kampung untuk bercuti... tak sangka you pergi menziarah! I'm sorry and I would like to express my sympathy!"
"Thanks!" Ayu terharu... hatinya sendu dan terusik. Imran tenyata sudi mengambil berat. Ada kebe-ningan di dalam anak mata Imran - lambang keikhlasan.
Namun, Ayu tetap khuatir. Dia tidak mahu peristiwa hitam berulang kembali. Murad juga baik... tetapi apabila nafsu menjelma, yang baik menjadi haiwan!
Mungkin Imran seperti Murad; yang hanya ingin menjamah tubuhnya dengan alasan tidak mahu Ayu lari Adakah cara ini yang terbaik untuk mengikat cinta seorang wanita Tidak adakah cara lain yang lebih bersih dan suci daripada perkosaan itu
Ayu... you diam saja You tak nak I ganggu ke Atau... you nak I tinggalkan you keseorangan Suara Imran memecah lamunan.
No... its okay... I'm going to miss you too l'll see you tomorrow, okay!"
Imran senyum. Ill be there for you!" Dan buat kali pertama... jari-jemari mereka saling berkait dan Imran terasa amat syahdu. Dan, buat kali pertama dia berasa jatuh cinta! Tapi entah bila dia akan bersedia untuk melafazkan kata-kata cinta itu pada Ayu. Bibir Ayu dikecup mesra, walaupun buat sekelip mata.158