Lebih payau pekat dari biasa; kuat.
Kalau kita semeja lagi akan aku hulurkan secawan dua agar kamu rasa sendiri betapa lazatnya kopi yang telah digaul dengan rasa lonely.
Aku tahu tak perlu beritahu
Sayangku sayangmu.
Kopi-kopimu akan sentiasa sedap kerana apa saja yang meneroka melalui bibir manismu itu akan pasti larut enak.
Ini secawan kopiku yang pahit nak mampus dan ada secawan kopi untuk lelaki balak barumu yang sedang rakus gila meneguk laju-laju melulu.
29 September 2014
Tous les Jours, Empire Damansara