TRAVELOG FAGHUZI - 23
Nusa Lembungan, Bali, Indonesia

People from different cultures have different definitions for beauty. Isnt that sad to judge others with our standards... rather than appreciate them

- Mizuki Nomura

Hari ni kami bangun lambat sekitar tengah hari. Rasanya sebelum ni bangun awal adalah kerana dimotivasikan sarapan percuma dan kini kami tidak mendapat keistimewaan itu. Sudah-sudahlah berharap kepada subsidi. Kami pun bersarapan sendiri dengan membeli roti krim di kedai runcit. Selepas ini kami akan menyewa motor dan tempat pertama yang hendak dituju adalah Nusa Ceningan untuk melihat tempat cliff jumping. Nusa Ceningan adalah pulau terkecil di antara tiga gugusan nusa dan Nusa Lembungan punya jalan yang berhubung dengan Nusa Ceningan. Usai membuat bayaran sewa kami mendapatkan motor sewaan kami. Di sini tidak perlu memakai helmet. Memang suatu perasaan yang indah untuk bersiar-siar dengan motor tanpa memakai helmet. Di pulau ini jalannya kecil dan sedikit berbukit-bukau. Dalam perjalanan menuju ke tempat cliff jumping di Nusa Ceningan, kami melalui satu bukit di mana kami dapat melihat panorama pantai dari atas bukit. Cukup mengasyikkan. Seperti hendak inzal.

Terdapat sebuah restoran juga di situ. Kami meneruskan lagi perjalanan.

Sampai ke satu jambatan, kami terpaksa berhenti seketika untuk memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari arah berlawanan. Sementara menunggu, aku melihat pemandangan di sekitar. Cantik. Jambatan kecil yang hanya muat untuk satu motor saja ini menghubungkan Nusa Lembungan dan Nusa Ceningan. Terdapat beberapa ekor biawak yang besar gedabak. Tak dapat aku pastikan adakah ini spesis biawak yang biasa ataupun biawak komodo yang cukup terkenal di Indonesia. Sekiranya melalui jambatan ini ketika air surut, orang ramai boleh bermain di tengah-tengah laut yang menampakkan daratan. Tapi waktu ini air laut di paras biasa.

Melintasi jambatan tersebut, beberapa jalan bersimpang-siur kami redah. Tersesat juga. Ada tersalah masuk simpang dan terpaksa berpatah balik setelah bertanya kepada penduduk tempatan. Beberapa lama berpusing, elak lubang, elak ayam, elak biawak, elak ular, akhirnya kami ternampak papan tanda yang ditulis dengan tangan tempat terjun tebing. Simpang itu kami masuk. Akhirnya kelihatan dari jauh panorama yang kami pernah lihat di dalam video YouTube. Kami bergegas turun dari motor dan bergerak menuju ke tebing yang dicari.

Mas, hari ini enggak bisa terjun tebing. Cuaca enggak mengijinkan, kami disapa seorang mas yang berada di dalam pondok. Terkejut pula bila disapa tibatiba. Dahlah suasana sunyi. Mungkin dia penjaga tempat ini.

Kalau mau lihat aja, bisa Haeri bertanya. Iya, bisa. Bayaran masuk adalah Rp5,000, kami berdua menghulurkan sejumlah wang kepadanya dan dibenarkan lalu.

Kapan bisa terjun tebing aku pula bertanya kepada mas tersebut.

Kalau mau, selalunya pada pertengahan tahun, pada bulan Juni, Juli dan Augustus di mana cuacanya baikbaik aja. Panas berpanjangan. Kalau di hujung tahun dan awal tahun seperti sekarang ini harus bergantung keadaan cuaca, begitulah penjelasannya kepada kami. Nampaknya waktu yang ideal adalah pada pertengahan tahun. Kalau macam di Eropah kira macam musim panaslah. Kami pun terus menuju ke tebing yang dikhabarkan. Suasana sunyi kerana tiada pengunjung dan tempat ini pula ditutup. Cuma boleh datang melawat tengok pemandangan saja. Langit di sebelah sana kelihatan agak gelap. Ombak pula kuat menghempas tebing dan pantai. Bali dan gugusan nusa ini cantik bentuk muka buminya kerana ia terbina dari tebing yang unik. Di tebing ini juga kelihatan air laut berwarna biru gelap bertukar sedikit demi sedikit menjadi warna hijau muda jernih, menyerlahkan lagi kecantikan panorama. Angin kuat menemani kami. Ini dipanggil Blue Lagoon. Terdapat juga mini cafe atau bar di sini dan kerusi meja buat pengunjung lepak sambil menunggu giliran untuk terjunan bebas. Anda boleh memilih untuk terjun dari tebing yang tertinggi dan terendah. Yang paling tinggi adalah setinggi 13 meter. Boleh juga terjun dari ketinggian 10 meter dan 7 meter. Bayaran untuk terjun adalah Rp50,000 dan selepas itu boleh terjun seberapa banyak yang kau suka. Beberapa syarat untuk terjun terpampang di papan kenyataan. Tangga tali yang menjadi tempat penerjun untuk memanjat naik kembali ke tebing telah diangkat ke atas kerana cuaca buruk. Wajah Haeri terserlah kekecewaan. Setelah beberapa kali mengambil gambar, Haeri berkata dia mempunyai idea. Memandangkan aku sudah kenal perangai Haeri, aku tahu dia ini seorang yang unpredictable. Apa yang aku boleh pastikan adalah dia akan buat kerja gila tapi aku tak tau apa kerja gila dia nak buat.

Jom tolong aku turunkan tangga ni, Haeri menghampiri tangga itu dan menelitinya untuk membuka ikatan.

Kau nak terjun jugak ke wey! aku bertanya kemusykilan namun secara tidak sedar turut membantu Haeri meleraikan ikatan tangga. Haeri hanya tersenyum. Memang aku dah agak tu niat dia. Akhirnya tangga berjaya dileraikan dan dilurutkan sehingga mencecah air laut di bawah. Haeri memberikan kamera yang berbalut underwater case kepada aku dan meminta tolong aku mengambil gambar. Dia menghampiri tepi tebing berketinggian 13 meter ini. Segala barang kami telah diletakkan di dalam satu beg di atas meja.

Kau betul ke ni wei! aku bertanya lagi untuk kepastian. Haeri cuma menganggukkan kepala. Aku berharap tidak terjadi apa-apa. Tempat ni tengah tutup, apa-apa jadi memang masalah. Tak pasal-pasal aku paranoia.

Sekali lagi aku mahu bersuara namun belum sempat sepatah perkataan keluar, Haeri sudah terjun ke bawah. Aku segera mengambil gambar tatkala tergamam melihat Haeri yang terjun dengan selamba. Dia sudah pun terhempas ke dalam laut dan dipukul ombak. Lama juga susuk tubuhnya tidak kelihatan. Terdetik rasa risau jika dia dipukul ombak dan terhempas ke tebing yang berada di tepi namun aku cuba untuk positif. Beberapa ketika muncul kepala Haeri dan kedengaran dia menjerit kegembiraan. Segera dia berenang ke tepi mencapai tangga yang kami buka tadi. Perlahan-lahan dia menaiki ke atas tebing mendapatkan aku. Senyuman tidak luntur dari wajahnya.

Best doh! Kau tanak try ke Hehe. Aku nak ambik video pulak. Nak terjun lagi sekali. Hehehehe... kata Haeri lagi kepada aku. Bakar line pun ada jugak.

Kau ni memang gila! aku berkata kepadanya.

Aku mendekati tebing setinggi 13 meter untuk melihat lagi sekali keadaan di bawah. Berdegup kencang jantungku bila nak terjun. Aku tiada keyakinan tinggi bila melibatkan perkara dalam air. Sedang cuba memberanikan diri yang tak berani, secara tiba-tiba aku rasa badan aku ditolak

Haeri. Budak ini memang gila. Badan aku sudah melayang ke udara. Sempat juga aku menoleh ke belakang. Haeri turut serta melompat sambil tangan kirinya menolak aku dan tangan kanannya memegang henfon merakam terjunan bebas kami. Secara tak sedar mulut aku mencarut.

FUUUUUCCCKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!

KABUSHHH!!!!!! Blurrrrrrrrpppp... blurrppppp...

Aku sudah ada dalam air. Sakit bontot sebab bontot landing dulu. Ada air termasuk hidung. Aku cuba tak panik lagi dengan berenang setenang mungkin namun tidak tenang kerana ombak kuat. Dalam keadaan diri aku yang bertukar menjadi cemas, aku mendapati aku sudah menghampiri tangga tersebut. Segera aku capai tangga dengan tangan. Aku rasa Haeri tolak aku menuju ke arah tangga. Perlahan-lahan aku menaiki tangga tali itu. Tercungap-cungap. Susah juga kerana tangga ini bergerakgerak tidak tentu hala dipukul ombak kuat.

Setelah bersusah-payah panjat sampai ke atas, aku masih tercungap-cungap kerana adrenalin yang naik secara tiba-tiba tadi masih belum reda. Haeri pula tergelak-gelak. Aku masih menahan sakit punggung kerana hempasan air tadi. Jangan susah nak berak dah la.

Fuck! Kau memang sial Haeri! Haha! Tapi best gila babilah sial! Hahaha! aku mencarut-carut dengan perbuatan Haeri tadi tapi tidak dinafikan juga aku seronok dengan pengalaman ini. Haeri semakin galak ketawa melihat gelagat aku. Aku rasa bagus juga Haeri tolak aku. Kalau bukan kerananya, mungkin aku langsung tak mencuba. Selagi kau tak cuba, kau tak akan pernah tahu apa keputusannya. Sekiranya gagal, biarlah gagal asalkan kau mencuba daripada tak pernah lang. Tapi untuk perkara sebegini, kegagalan mungkin membawa maut. Pilihan di tangan anda.

Waduh! Kalian sudah gila! Mahu mati ya! Aku sudah bilang enggak bisa terjun, kalian terjun juga! Kalau jadi apa-apa, bagaimana Siapa yang susah! tiba-tiba kami ditempik oleh mas yang berjaga di pondok tadi. Terdiam kami seketika. Marah benar dia. Maklumlah, kalau terjadi apa-apa pasti dia akan pening kepala hendak menjawabnya. Maaf mas, maaf. Kami terlalu teruja lalu terjun aja. Maafin kami ya mas. Maafin ya! kami berdua tertunduktunduk gaya orang Bali meminta maaf kepada mas yang wajahnya sudah serabut dengan kelakuan kami. Ayo, kalian! Tolong aku! jeritnya lagi sambil tangannya menarik tangga tali yang telah kami buka. Kami segera menolong. Usai menolong, mas itu menjemput kami untuk melepak sekali dengannya. Dikeluarkan beberapa botol minuman dan diberikan kepada kami.

Kalian ini sudah tidak waras barangkali. keluhnya sambil menggeleng-gelengkan kepala dengan gelagat kami. Kami hanya mampu tersengih dan tertawa sambil mula merokok. Mas itu turut tersengih. Kami mula bersembangsembang kosong. Dia menerangkan bahawa penduduk di sini bergantung harap dengan hasil rumpai laut sebelum ketiga-tiga nusa ini diangkat menjadi tempat pelancongan. Harga di Nusa Penida adalah yang paling mahal dan paling tidak sesak di antara semua. Dikhabarkan juga tidak ramai yang tahu mengenai tiga nusa ini berbanding Bali.

Selepas itu, kami berlalu pergi ke Secret Beach mengikut jalan yang diberitahu oleh mas tadi. Secret Beach terletak di dalam sebuah tempat penginapan mewah. Boleh dikatakan pantai ini adalah private. Namun kami berjaya memasukinya tanpa sebarang masalah. Pantainya kecil saja sambil diliputi tebing-tebing tinggi di kiri kanannya. Ini menyebabkan ombak berlaga antara satu sama lain lalu menghasilkan ombak yang sungguh tinggi. Kami bermainmain dengan ombak tersebut di kesempatan ini. Melayang tinggi aku dan Haeri dilambung ombak sehingga kembali ke daratan. Kaki aku terasa pedih. Aku tengok ada luka. Mungkin luka terkena batu karang ketika dilambung ombak besar.

Menjelang petang, kami pun bertolak kembali ke Nusa Lembungan. Kami merayau-rayau dengan motor sehingga ke kawasan hutan paya tepi pantai. Tiada apa yang menarik pun. Tempat ini berhampiran dengan penginapan kami. Cuma kelihatan pokok paya bakau yang banyak. Kami berpatah balik. Ketika berpatah balik kami ternampak susuk tubuh yang agak dikenali. Individu terbabit kelihatan bertelagah dengan seorang warga tempatan. Susuk tubuh itu adalah Meritxell dan Noelia di sebelahnya. Ini kali kedua kami nampak Meritxell bertelagah dengan warga tempatan. Kelihatan juga David dan Beatriz yang menunggang motosikal dan berlalu pergi. Gadis-gadis Sepanyol itu nampak kehadiran kami dan menunjukkan isyarat tangan untuk tunggu sebentar kerana dia sedang bertelagah. Rupanya dia bertelagah kerana sekali lagi rasa tertipu apabila perlu membayar lagi sebanyak Rp100,000 setelah habis sesi snorkeling. Itu apa yang kami dengar berdasarkan pertelagahan mereka. Haeri sesekali bertanya mengenai harga snorkeling kepada salah seorang warga tempatan. Kemudian Haeri mengajak gadis Sepanyol untuk makan petang bersama kami.

Di kedai makan berhampiran tempat penginapan, dua gadis Sepanyol itu mengatakan mereka tinggal selang tiga tempat penginapan dari kami. Kami makan petang sambil ditemani lalat yang banyak mengerumuni meja. Agak menjengkelkan juga. Kami juga mendengar luahan ketidakpuasan hati Meritxell dengan bayaran snorkeling yang tidak diterangkan sehabis mungkin. Kami hanya mendengar dia melepaskan geram. Selepas itu, dia juga bercerita mengenai demamnya yang teruk tempoh hari sehingga terpaksa membuat ujian darah kerana disyaki denggi. Namun keputusannya negatif. Keputusan negatif yang disambut dengan kegembiraan. Lebih baik begitu dari bergembira meraikan kejatuhan orang lain.

Usai makan, Meritxell menunjukkan satu gambar. Gambar tentang Malaysia. Di skrin telefonnya terpampar gambar simbol dilarang berkelakuan sumbang yang boleh didapati di dalam KTM, taman-taman dan beberapa tempat orang kena tangkap khalwat.

Is it true that this sign exist in Malaysia What is wrong with that Meritxell yang pelik bertanya. It is because of our culture. We are different than Europe. Some people cant accept that kind of behavior in public. It is also because majority of us are Muslim, Haeri cuba menerangkan perkara itu.

Well, what is wrong to show your love towards someone In Spain, there is no problem for that. Even the Muslim that live in Spain and from Morocco have no problem to hug, to kiss at the public. I really dont understand that, balas Meritxell lagi. Aku hanya tersenyum.

You want me to kiss him aku berseloroh kepada Meritxell sambil cuba memeluk Haeri. Haeri menepuk kepala aku.

Well, it is not a problem for me. For me it just to show how you love someone. It doesnt have to be about sex. I am talking about expressing your love. About showing affection, ujar Meritxell lagi.

Yea, I know but we are from different culture. Obviously, it would be different from yours! Cant you understand that what has been practised in Spain are different from the other places. Some might practice openness, some might practice closeness because of certain element! Haeri membalas hujah seakan memasuki pertandingan debat antara sekolah peringkat daerah. Are you kind of traditional, a conservative tanya Meritxell kepada Haeri.

Yes! Haeri membalas mudah dan tersenyum.

And you Meritxell bertanya kepada aku.

Oh, depends on situation. I got nothing to conform to. Hehehe, sekali lagi aku berseloroh menjawab soalan Meritxell. Tak sangka pula Haeri mengaku konservatif. Tapi aku tahu, Haeri sebenarnya saja nak uji Meritxell. Haeri pernah kata, adakala dia tidak faham dengan sesetengah orang yang terlalu open minded. Padanya, mereka yang open minded ini selalu kata tentang menerima konsep keterbukaan namun tidak menghormati mereka yang memilih menjadi konservatif. Padanya ia terpulang kepada hak individu tersebut asalkan mereka dapat hormatmenghormati di antara satu sama lain.

Dont worry about that. Its not that I am being disrespectful to you. I am just curious about that. Hehe, Meritxell bersuara lagi. Aku dan Haeri hanya senyum saja. Noelia tercengang mendengar perdebatan tadi. Sekalisekala dia menyelit bertanya pada Meritxell.

So, where are you going to celebrate New Year tonight aku bertanya setelah suasana sunyi seketika. Just celebrate at our place with David and Beatriz. Could be a barbeque and beers. How about you two Meritxell membalas.

I dont know. We dont have a plan yet, aku membalas. Selepas itu, Noelia berkata sesuatu dalam bahasa Sepanyol kepada kami. Kuat dia bersuara. Bunyinya macam marah.

Is she mad at us aku yang kehairanan bertanya kepada Meritxell.

Haha, no, no. She just said that she want to going back to our place to rest, terang Meritxell sambil meminta diri.

Selepas makan malam yang agak lewat, kami menunggu detik malam tahun baru di tempat tinggal kami saja. Hujan lebat mula turun menjelang 11 malam. Apa yang mampu kami buat. Cuma melepak di kedai sebelah tempat tinggal kami yang bersambung ini bersama dengan sekumpulan orang Australia. Bunyi bahasa Inggeris mereka kedengaran seperti Steve Irwin the Crocodile Hunter. Lagipun tidak pelik kalau ramai orang Australia di sini kerana Bali memang menjadi tempat orang Australia untuk bermain surfing.

Mereka mengajak kami turut serta melepak di meja mereka. Semua berpasang-pasangan lelaki perempuan, minum bir dan hisap rokok. Mas yang menjaga mini bar itu pula tak habis-habis berulang kali memainkan lagu yang sama dari telefon bimbitnya. Menyirap pula aku mendengar lagu yang sama diulang berkali-kali sampai aku rasa dah terhafal secara automatik. Pekerja-pekerja kedai dan mini bar pula sedang bersiap-siap membawa keluar mercun dan bunga api bagi menanti detik tahun baru. Hujan lebat tidak melunturkan semangat mereka.

Tepat jam dua belas, dentuman mercun dan bunga api berkumandang di ruang angkasa pulau. Bukan saja hasil dari perbuatan kami, malah di sepanjang pantai, kesemua tempat penginapan bermain mercun dan bunga api. Seakan pesta dan semua berlumba-lumba untuk menunjukkan tempat mereka lebih meriah. Aku, Haeri dan sekumpulan orang Australia bersorak gembira melihatkan semua letupan mercun dan bunga api. Sorakan bertambah gempita apabila seorang pekerja membawa keluar bunga api yang besar seolah-olah itu adalah senjata rahsia mereka bagi melawan tempat penginapan yang lain.

Yeahhhhh!!! Lets fuck em all! jerit pekerja tersebut sambil disambut sorakan meriah dari kami. Sekumpulan warga Australia melaga-lagakan botol bir sesama mereka sambil memeluk bahu aku dan Haeri. Kali ini aku tidak mahu minum. Mahu cuba berhenti sepenuhnya.

Bunga api besar yang diletakkan di atas kerusi itu dinyalakan sumbunya. Semua sedang khusyuk melihat sumbu yang makin memendek. Kerusi itu dijunjung dan di tala ke arah pantai. Tiba-tiba, bunga api itu terjatuh ke lantai dan menghadap ke arah kami semua. Sumbunya sudah benar-benar pendek. Pekerja itu menyedarinya dan melepaskan kerusi. Bunga api pun melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami.

Oh fuck! Oh shit! Run for your fucking life. Backfire!! Fuckkkkk!! jerit mereka semua. Bertaburan kami semua berlari menyelamatkan diri. Aku dan Haeri tergolek-golek terlanggar mereka semua yang kelam-kabut dalam tempat ini. Mengelak dari terkena tembakan bunga api yang menggila. Lama nak habis pula tu. Ada yang terlingkupkan meja seolah-olah berlindung ketika peperangan. Para pekerja lari lintang-pukang.

Save the beer! Save the fucking beer! kedengaran seorang mamat Australia meredah tembakan bunga api menyelamatkan beberapa botol bir. Suasana cemas ini bercampur aduk dengan jeritan dan gelak tawa. Beberapa ketika dalam 5 minit, bunga api itu berhenti mengeluarkan das-das tembakan. Melihatkan keadaan itu, kami semua yang berada di situ tergelak besar memikirkan apa yang telah terjadi. Sudahlah hujan lebat di luar, bunga api boleh backfire dan semua terperangkap di dalam kedai yang tak sebesar mana ni mengelak dari menjadi mangsa tembakan bunga api. Sambutan tahun baru kami boleh dikatakan meriah juga walaupun pada mulanya kelihatan agak membosankan kerana. Biasalah, sambut new year sama saja di mana-mana.