TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 23
Allah itu Maha Adil. Janji Allah Dalam Al-Quran Jika engkau syukur aku tambahkan nikmatKu tetapi jika engkau ingat azab Aku amat pedih.

Tragedi yang melanda Aceh, Thailand dan beberapa tempat lain dunia itu disifatkan sebagai amaran dan ingatan dari Allah S.W.T. Bilamana manusia semakin leka dan melanggar fitrah serta mencabar kuasa Allah, maka ingat Allah akan membalas apa yang sepatutnya kita terima. Bukan niat untuk menyinggung sesiapa kerana pekara seperti ini tidak berlaku secara spontan, tetapi merupakan satu timbal balas rentetan kemungkaran serta kerosakan yang manusia lakukan di mukabumi ini.

Hari ini Aceh dan beberapa tempat lain di landa malapetaka tersebut. Giliran bagi tempat lain akan tiba jika manusia terus mempersendakan agama, semakin tidak bertamadun serta mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Gelombang Tsunami telah membereskan sebahagian Aceh dalam masa hampir 24 minit sahaja. Ombak setinggi 10 meter telah menghempas daratan dan sebahagian besar kerosakan berlaku di Banda Aceh.

Seorang tua yang tinggal di Banda Aceh telah menegur pihak tertentu yang diamanahkan mengawal keselamtan Aceh dari ancaman pemisah GAM. Mereka sedang melakukan pesta dan bergembira dengan berbagai aktiviti maksiat berhampiran makanan Wali Allah iaitu Tenku Shah Kuala di Kg Kuala. Beliau merupakan seorang pendakwah yang telah membawa Agama Islam di bumi Aceh.

Teguran orang tua itu tidak diendahkan oleh golongan yang sedang berpesta dan berseronok itu. Malah laras senjata telah diajukan kepada beliau sebagai amaran. Memandangkan tiada apa yang terdaya dilakukan oleh orang tua tersebut, maka beliau pun beredar dari kawasan tersebut. Acara pesta pun dimulakan sepanjang malam hingga ke Pagi.

Sebaik sahaja pesta tersebut tamat, berlaku gempa bumi dan diikuti dengan pukulan ombak besar sederas 200 km. Tuhan tunjukkan secara tunai ke atas kemungkaran yang berlaku.

Jangan ada sesiapa pun yang tersinggung kerana penulisan ini tidak bermaksud mengaibkan sesiapa. Ia merupakan ingatan kepada yang terselamat dan belum kena. Ambillah iktibar dari kejadian ini kerana tragedi seperti ini merupakan satu bentuk ingatan dan amaran dari Allah agar kita sentiasa berwaspada serta mematuhi janji kita semasa dalam alam kandungan lagi terhadap Allah.

Janji kita bahawa kita adalah hamba Allah dan akan melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Walaupun berlakunya perbalahan dan percanggahan pendapat dari ahli sains dan para ulama yang menginterpretasikan kejadian tersebut sebagai satu kejadian alam atau balasan dari Tuhan. Kalau segalanya datang dari Allah maka kejadian dan juga adalah ketentuan Allah. Kita boleh mencipta 1000 alasan untuk memastikannya atau mengiakan walaupun ia sebenarnya tidak sahih.

Ketika Mesir dilanda ombak besar pada zaman dahulu, bangsa Mesir kuno percaya ia menuntut bayaran tertentu. Maka seorang gadis cantik akan dikorbankan tetapi apabila kedatangan ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi telah mengubah amalan tersebut kepada perayaan musim bunga yang diamalkan sehingga hari ini.

Apabila Presiden Gamal Abdul Nessar membina Empangan Thanggi (as-sad al-Ali) di Aswan Mesir, maka masalah malapetaka ombak besar tidak berlaku lagi. Maka manusia lupa pada Ilmu Tuhan yang mengilhamkan manusia untuk membina empangan. Mesir yang terselamat dari ancaman limpahan Sungai Nil tidak dikaitkan dengan bantuan dari Allah tetapi amat dikagumi dengan usaha manusia.

Gempa bumi di Turki pada tahun 2002 telah menyebabkan banyak bangunan rosak dan nyawa terkorban kecuali masjid. Maka terdapat golongan manusia yang masih ada syahadah dalam diri mereka yang menyimpulkan bahawa kekukuhan struktur binaannyalah yang menyebabkan masjid tersebut tidak terancam.

Begitu juga bila masjid Abdul Rahman dan beberapa masjid lain tidak musnah mereka mengaitkan ia sebagai satu kebetulan. Malah mereka menyamakan dengan beberapa kuil dan rumah ibadat.

Itulah bahagian masing-masing. Hanya segelintir yang mengambil iktibar dari bencana. Puket yang telah menjadi saksi korban Tsunami telah mengambil masa tidak sampai sebulan untuk kembali berpesta dan menjalankan aktiviti hiburan terlampau mereka.

Banyak gurauan dan jenaka yang direka dari tragedi tersebut. Ramai yang tidak insaf sebaliknya terus lalai dan sesat. Ingat jerat tidak pernah lupa pelanduk. Kaum Nabi Lut yang melakukan maksiat homoseksual di Kota Sodom (as-sadum) telah ditimpa bala dimana bumi dibalikkan.

Ingat dunia ini semakin tua. Walau apa pun alasan, ia merupakan kehendak dari Illahi. Jangan pelekeh kuasa Tuhan. Banyak petanda yang dapat kita lihat yang memberi isyarat tentang kemurkaan Tuhan terhadap hambanya. Jangan diabaikan. Antara tanda-tanda yang mengundang bala dari Allah adalah seperti berikut:-

1. Syirik

2. Membunuh manusia

3. Sihir

4. Tinggal sembahyang

5. Tidak mengeluarkan zakat

6. Tidak berpuasa

7. Tidak mengerjakan haji walaupun berkemampuan

8. Derhaka kepada ibu bapa

9. Memutuskan silaturrahim

10. Berzina

11. Homoseksual

12. Memakan riba

13. Memakan harta anak yatim

14. Mendustakan Allah dan Rasul

15. Lari dari medan perang

16. Sombong

17. Saksi palsu

18. Meminum arak

19. Pemimpin yang penipu dan kejam

20. Berjudi

21. Menuduh orang baik melakukan zina

22. Menipu harta rampasan perang

23. Mencuri

24. Merompak

25. Sumpah palsu

26. Berlaku zalim

27. Pemungut cukai yang zalim

28. Makan dari kekayaan yang haram

29. Bunuh diri

30. Berbohong

31. Hakim yang tidak adil

32. Rasuah

33. Wanita yang menyerupai lelaki

34. Tidak cemburu (dayus)

35. Cina buta

36. Tidak suci kencing

37. Riak mempamerkan diri

38. Ulamak dunia (jahat)

39. Khianat

40. Mengungkit-ungkit pemberian

41. Mengingkari takdir

42. Mencari kesalahan orang lain

43. Menabur fitnah

44. Mengutuk umat Islam

45. Mengingkari janji

46. Percaya pada sihir dan nujum

47. Derhaka kepada suami

48. Gambar pada baju

49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

50. Mengganggu orang lain

51. Berbuat zalim terhadap yang lemah

52. Mengganggu tetangga

53. Menyakit dan memaki orang Islam

54. Derhaka kepada hamba Allah dan mengganggap dirinya baik

55. Melabuhkan pakaian

56. Lelaki yang memakai sutera dan emas

57. Hamba lari dari tuan

58. Sembelihan untuk selain dari Allah

59. Menjadi pak sanggup

60. Bersubahat dengan musuh

61. Enggan memberi kelebihan air

62. Mengurangkan timbangan

63. Merasa aman dari kemurkaan Allah

64. Putus asa dari rahmat Allah

65. Meninggalkan sembahyang berjemaah

66. Meninggalkan sembahyang Jumaat

67. Mengurangi wasiat

68. Menipu

69. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang

70. Mencela Nabi dan sahabat.