KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 23
Sudah menjadi kelaziman, lelaki mempunyai hobi atau minat yang sukar dimengerti oleh kaum wanita. Ada yang meminati sukan bermotor, seperti perlumbaan kereta, perlumbaan motosikal dan seumpamanya. Tidak kurang juga lelaki yang meminati mainan kawalan jauh.

Bagi kamu, wahai gadis, yang mungkin tidak pernah mempunyai hobi atau minat sebegini, usah terkejut dan usah pula menjauhkan diri daripadanya.

Sekiranya jejaka idaman kamu memiliki hobi sebegini, kamu juga turutlah tunjukkan minat pada apa yang dilakukannya. Mustahil untuk si dia meminati novel seperti mana kelaziman wanita yang lain. Kecuali jika si dia memang gemar membaca novel.

Dengan menyokong hobinya, akan membuatkan si dia lebih menyukai kamu, wahai gadis. Si dia akan berasa selesa tatkala bersama kamu melakukan aktiviti yang diminatinya.

Cuba kamu bayangkan, kamu menemaninya memancing. Pasti manis, bukan Cuma pastikan yang kamu tidak berdua-duaan dengan si dia. Bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

Mungkin suatu hari nanti, tanpa kamu sedari, kamu juga akan sama-sama menyukai hobi yang dilakukannya. Daripada tidak menggemari hobi yang sedang dilakukan si dia, kamu pula turut menggemari hobi tersebut. Semuanya tidak mustahil. Apabila rasa kasih dan sayang sudah mendalam, segala-galanya boleh berlaku.