Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 24
BAB 24

TIGA bulan berlalu. Dalam tempoh tiga bulan itu juga, lelaki gila yang mengekorinya dulu tidak lagi kelihatan. Felisha lega. Namun dia kena berhati-hati. Mana tahu tiba-tiba lelaki gila itu muncul lagi. Malang memang tak berbau.

Sha dah buat keputusan Puan Bainun mula menagih janjinya dulu. Tempoh tiga bulan yang diberi kepada Felisha sudah pun berlalu.

Keputusan apa mamaFelisha berkerut kening. Puan Bainun direnung seketika.

Laa..kan dulu mama bagi masa tiga bulan untuk Sha cari calon suami. Dah ada Ulang Puan Bainun.

Sha lupa la mama! Ala mamatiga bulan mana cukup. Kedai bunga Sha tu masih baru lagi. Siapa yang nak uruskan nanti kalau Sha asyik nak cari calon je. Felisha sandar di sofa. Bantal kecil dipeluk erat.

Banyak alasan budak ni! Mama tak kira, kalau Sha tak kenalkan kepada mama siapa calon suami Sha dalam sebulan ni, mama akan terima pinangan Puan Akma. Titik! Puan Bainun bingkas bangun dan menuju ke dapur.

Ala mamajanganlah macam tu. Mana Sha nak cari dalam masa sebulan tu Felisha turut membuntuti Puan Bainun ke dapur. Cuba memujuk.

Mama tak kira. Kalau tak ada jugak, Tajdid tu akan jadi suami Sha. Puan Bainun mula sibuk menyediakan hidangan tengah hari.

MamaSha tak cintakan Tajdid tu. Takkan mama nak Sha hidup dengan orang yang Sha tak cinta. Susahlah macam ni.Felisha buat muka merajuk.

Nak tunggu Sha jatuh cinta, alamatnya sampai ke tua la! Mama tak nak anak mama jadi andartu! Puan Bainun membebel. Ligat tangannya memotong sayur kangkung dan mengupas bawang.

Felisha turut menolong menyiang ikan siakap dan memotong bahan lain. Dia biarkan Puan Bainun membebel sendiri. Otaknya ligat mencari idea untuk menolak pinangan Tajdid. Mesej jiwang yang diterima dari Fariz sengaja disimpan. Kalau sudah terdesak sangat, mesej itulah akan ditunjukkan pada mama nanti.

Selesai menjamu selera, Felisha berkurung dalam bilik. Hujung minggu dia selalu bermalam di rumah mama dan papa. Itu syarat kedua orang tuanya dulu bila dia ingin berpindah.

Hmmkalau aku cakap yang Fariz tu calon suami aku, nak ke Fariz tu mengaku Felisha baca satu persatu mesej dari Fariz. Sejak pertama kali terima mesej jiwang dari Fariz, boleh dikatakan hampir setiap minggu dia menerima mesej rindu dan sayang dari Fariz. Rasa nak muntah bila baca semua tu tapi terpaksa ditelan jugak. Yalah..dah nak sangat si Fariz tu jatuh cinta dengan aku. Telan je la Felisha oi!

Tapibetul ke dia yang hantar sms ni Felisha mula curiga. Dari apa yang berlaku, Fariz sudah jarang bertemu dengannya. Apatahlagi nak menghubunginya melalui telefon.

Ah, aku kena tebalkan muka juga tanya dia. Kalau dia betul-betul cintakan aku, aku nikahlah dengan dia. Habis cerita. Cerita lepas nikah tu..aku fikir kemudian. Janji aku ada calon untuk ditunjukkan pada mama. Felisha senyum. Dia menarik selimut. Lampu kecil di atas meja kecil ditutup.

SELEPAS sarapan, Felisha memandu ke destinasi yang sudah ditetapkan oleh Fariz. Malam tadi, sempat dia bersms dengan Fariz.

Hmmapa aku nak tanya nanti ek Felisha sudah resah. Dari rumah lagi, hatinya berdebar. Semakin dekat dengan tempat yang dituju, semakin laju jantungnya bergetar.

Kereta diparkir di sebelah kereta Fariz. Sebuah kotak kuning dicapai dari tempat duduk sebelah. Sempat dia membeli sesuatu sebagai upah yang diminta Fariz dulu kerana menemaninya sampai ke kedai bunga.

Felisha mendongak ke langit. Agak redup. Awan sudah mula kelabu. Matanya menala pula ke sekitar tasik titiwangsa, mencari kelibat Fariz. Dia betulkan tudung yang terselak ditiup angin yang tiba-tiba bertiup kuat. Pandangannya menala semula ke arah langit. Langit semakin gelap. Felisha lihat sekilas jarum jam. Hampir sepuluh setengah pagi.

Mana Fariz ni Panjang lehernya menjenguk kelibat Fariz. Dia senyum. Fariz sudah ada di salah satu bangku yang disediakan di situ. Mengadap ke arah tasik.

Perlahan Felisha menapak. Kotak kuning dipegang erat.

Aduh! Felisha pandang ke arah seorang lelaki yang merempuh bahunya sebentar tadi. Kotak kuning terlepas dari genggamannya.

Kau Felisha Suara tinggi lelaki itu jelas menerjah ke cuping telinga Felisha.

Felisha angguk. Dia capai kotak kuning yang terjatuh tadi. Lelaki itu direnung seketika. Topi yang dipakai lelaki itu hampir menutup sepasang matanya. Tak berapa jelas rupa lelaki itu. Siapa pulak dia ni

Perempuan cantik macam awak ni rugi kalau tak dicuba. Lelaki itu senyum nakal. Tubuh Felisha diperhatikan atas bawah. Terliur melihat tubuh gebu dan langsing milik gadis itu. Dengan seluar dan baju ketat macam tu, memang menaikkan nafsu.

Felisha membuntang. Kata-kata lelaki tadi cukup panas.

Apa awak cakap

Sudah lama aku tunggu saat ni. Hutang kena bayar walau dengan darah sekali pun! Tapi bukan darah yang aku nak. Aku nak tubuh kau!!

Lelaki itu tarik tangan Felisha dan mula menekup mulut Felisha.

Kotak kuning kecil yang dipegang tadi tercampak semula ke atas rumput. Felisha meronta ingin melepaskan diri. Dia jeling ke arah Fariz yang masih memandang ke arah tasik. Tercegat di tebing tasik. Rangkulan lelaki tadi terlepas bila Felisha menggigit tangan lelaki itu.

Fariz! Tolong! Felisha sempat menjerit tapi Fariz masih asyik memandang tasik. Mulutnya ditekup lagi dengan kuat. Sekali lagi Felisha gigit tangan lelaki itu. Sempat menendang kaki lelaki itu. Dia berlari sekuat hati ke arah Fariz.

Kenapa ni Fariz terkejut. Felisha mendakapnya dari belakang.

Awak..tolong saya.. Felisha menangis. Tubuh Fariz masih dipeluk erat.

Fariz tergamam. Dia lepaskan rangkulan Felisha yang masih menangis. Kenapa ni

Maafsaya tak bermaksud nak peluk awak. Saya takut.. Felisha menyapu air mata yang tumpah. Dia melihat ke arah keretanya semula. Lelaki tadi sudah lenyap dari pandangan.

Awak pucat ni kenapa Awak lari dari siapa Fariz lihat sekitar tasik. Tiada sesiapa. Di hujung seberang tasik, hanya kelihatan beberapa orang yang sedang berjoging di situ.

Felisha tidak menjawab. Dia melangkah laju ke keretanya semula setelah dipastikan lelaki tadi tidak ada di situ. Kotak kuning yang tercampak atas rumput dikutip semula. Dia kemudian menapak semula ke arah Fariz yang masih terpinga-pinga.

Nah..upah awak. Felisha menghulurkan kotak kuning kepada Fariz.

Saya tanya! Awak pucat ni kenapa Menangis tu kenapa Fariz sudah geram.

Tak..tak ada apa. Saya nak jumpa awak ni sebab.. Felisha tergagap-gagap. Ayat yang sudah diatur sejak malam tadi sudah hilang entah ke mana.

Sebab apa Tengking Fariz. Minah ni dah la peluk selamba je aku tadi!

Sebab nak bagi upah tu la. Felisha tuding ke arah kotak kuning di tangan Fariz.

Fariz belek kotak kuning di tangannya.

Awak menangis kenapa Ulang Fariz lagi. Soalannya tadi masih lagi tidak dijawab.

Sayasaya.. Felisha tunduk. Sisa air mata diseka.

Cepatlah cakap. Karang datang pegawai agama, kena tangkap basah pulak kita kat sini! Fariz bercekak pinggang.

Felisha mengetap bibir. Sikap Fariz nyata tidak sama seperti yang disangka. Dia keliru dengan sms yang dihantar kepadanya. Kalau betul Fariz yang hantar, kenapa dia asyik nak tengking kat aku je

Dah bisu ke Ulang Fariz lagi.

Tak ada apa.. Felisha mula kendur suara. Semangat yang berkobar-kobar malam tadi sudah mula padam. Memang benar apa yang dikatakan Najwa. Fariz hanya nak mainkan perasaan aku saja. Atau mungkin Fariz hanya nak melihat apa reaksi aku bila dia hantar sms cinta macam tu.

Kalau tak ada apa..kenapa sampai nak jumpa kat tasik ni Ni, awak belum jawab soalan saya tadi. Awak menangis kenapa Fariz dah menyinga.

Tak ada apa..saya pergi dulu. Felisha tunduk. Kakinya mula melangkah meninggalkan Fariz yang masih terpinga-pinga di situ.

Fariz mengekori Felisha yang sudah laju menapak ke arah kereta.Felisha!!Tunggu!

Felisha menoleh. Fariz berlari ke arahnya.

Awak nak apa Felisha buka pintu kereta.

Nah ambil balik kotak ni. Saya bergurau je la. Awak ni percaya sangat! Lurus bendul betullah awak ni. Fariz sengih.

Felisha pandang Fariz. Kata-kata Fariz tadi ternyata benar. Bergurauya hanya bergurau. Bermakna sms yang diterima selama ini pun hanya gurauan semata.

Saya bagi ikhlas. Saya pergi dulu. Felisha memecut laju meninggalkan Fariz yang masih berdiri di tepi kereta.

Fariz pandang Felisha yang sudah lenyap dari pandangan. Kenapa dengan dia ni Datang je terus peluk aku! Dah la tu..menangis pulak. Apa kes

Kotak kuning dibuka perlahan. Sebuah jam tangan jenama Rolex dikeluarkan dari kotak.

Mahal ni! Mana minah ni dapat duit nak beli jam semahal ni Entah-entah dia guna duit lima ribu yang aku beri hari tu tak Fariz berkerut kening.

FELISHA menyembam mukanya ke bantal. Balik dari bertemu Fariz di tasik tadi, dia terus berkurung dalam bilik di rumah mama. Air mata laju menitis membasahi bantal.

Kenapa aku rasa macam ni Felisha mula mengesat air mata. Rasa kecewa mula menyelinap dalam hatinya. Bila teringat lelaki gila tadi cuba merogolnya, perasaannya mula bertukar menjadi geram.

Siapa dia tu Kenapa dia cakap macam tu Entah-entah dia yang tulis surat ugutan tu. Felisha capai surat dari dalam beg tangannya. Surat tu dibaca sekali lagi.

Sha! Kenapa ni

Felisha mendongak. Dia cepat-cepat mengesat air mata yang masih mengalir. Tudung dibetulkan sedikit. Dia cuba tersenyum.

Mama..

Sha menangis ke Puan Bainun menghampiri Felisha yang duduk di birai katil.

Eh, mana ada. Felisha senyum.

Mata merah tu

Oh..masuk habuk tadi. Sha sedang kemas buku-buku lama. Habuk banyak. Mama nak apa Felisha berbohong.

Tadi mama perasan, sampai rumah je, Sha terus berkurung dalam bilik. Ada yang tak kena ke Puan Bainun mengusap kepala Felisha.

Felisha buka tudung dan diletak di tepi katil. Rambutnya dilepaskan bebas mengurai.

Eh..tak ada la mama. Sha penat je. Ingat nak berehat sekejap sementara menunggu waktu zuhur.Felisha berdalih.

Kalau Sha ada masalah, jangan dipendam. Beritahu mama okey Puan Bainun mengusap lembut rambut Felisha.

Felisha mengangguk lemah.

Puan Bainun melangkah keluar dari bilik Felisha. Felisha hanya menghantar mama dengan ekor mata. Sekali lagi Felisha menekup muka di bantal. Entah kenapa ada perasaan kecewa di hatinya tatkala Fariz menyebut perkataan bergurau tadi.

Aku akan jauhkan diri dari diaFelisha letak bantal dan mencapai tuala. Dia menuju ke bilik air.

Usai solat zuhur, Felisha membaca ayat-ayat suci Allah. Sekali lagi air mata menitis.

Ya Allahtabahkan hati aku.Apakah betul apa yang aku rasa ni Felisha menekan dadanya dengan kedua belah tapak tangan. Ada getaran kuat.

Hari itu dia bermalam di rumah orang tuanya.

PAGI lagi Felisha menuju ke kedai bunga. Sarapan pun tak sempat nak makan. Mulai hari ini, dia perlu tekadkan dalam hati. Bulatkan hati. Tiada lagi rasa pelik yang baru tumbuh semalam. Rasa itu perlu dihapuskan dari ruang hatinya. Hidup perlu diteruskan. Tentang lelaki gila itu pula, dia akan lebih berhati-hati. Kini dia sudah kenal paras rupa mamat gila tu. Apa-apa terjadi, seperti pesan Fariz, dia akan teruskan memandu dan jika ada balai polis, dia akan membelok masuk ke dalam kawasan balai.

Kereta diparkir betul-betul di depan kedai. Berpagi macam ni memang tempat letak kereta banyak yang kosong. Hari ini dia perlu memulakan hidup baru. Hidup yang segar bugar! Tidak perlu sedih soal remeh temeh apa lagi soal cinta.

Wah! Kak Sha! Happy nampakAinul menegur dari jauh di depan muka pintu kedai.

Biasa je.. Felisha menapak masuk ke dalam kedai.

Ainul turut membuntuti Felisha ke dalam kedai. Bunga-bunga disusun kemas di rak. Bunga ros yang baru tiba diletak dalam pasu besar yang sudah dimasukkan air. Bunga akan sentiasa kekal segar.

Kak Sha! Bunga dahlia dah tak ada ke Ainul bilang stok bunga dahlia yang sudah berkurang.

Kena order la Ainul. Bunga yang akak tanam tu, masih belum berputik. Lambat lagi la agaknya tu. Kalau pelanggan tanya bunga dahlia, cakap je tak ada stok. Felisha turut melihat-lihat stok bunga di rak.

Baiklah kak. Ainul menyambung semula kerjanya.

Ainul nak makan apa Akak nak ke restoran di hujung tu. Felisha capai dompet duitnya. Ainul dilihat sedikit berisi. Ainul sudah dua bulan bernikah. Sekarang ni sudah pun berbadan dua.

Hmm..belilah apa pun. Janji bukan nasi lemak. Nanti berlemak pulak. Ainul ketawa.

Felisha turut ketawa. Dia melangkah keluar dari kedai dan berjalan di sepanjang koridor menuju ke restoran Selera Kampung di hujung koridor.

Kak! Tak nak singgah beli kek ke

Felisha menoleh. Dia senyum. Gadis manis yang sentiasa memakai apron merah itu menegurnya sebaik dia melintas di kedai kek.

Langkahnya diatur perlahan menelusuri beberapa buah kedai sebelum sampai di restoran. Langkahnya terhenti. Matanya menala pada seseorang yang cukup dikenali.

Patutlah..

Felisha melangkah laju ke arah restoran. Dia segera beli nasi lemak dan mihun goreng dan beberapa kuih.

Hai Felisha!

Felisha mendongak. Melissa sudah terpacak sebelahnya sambil memaut lengan Fariz. Wajah Fariz agak panik.

Hai.. Jawab Felisha lemah. Antara dengar dengan tidak.

Kenalkan..ini bakal suami saya. Melissa pandang Fariz dengan senyuman menggoda.

Felisha melemparkan senyuman hambar. Dia terus keluar dari restoran menuju ke kedai bunganya semula. Tidak sedikit pun menoleh ke arah Melissa dan Fariz.

Langkahnya terhenti bila ada seseorang mencuit bahunya sebaik tiba di muka pintu kedai. Felisha menoleh.

Awak nak apa Felisha pandang ke arah lain. Fariz sudah tercegat di tepinya.

Apa yang awak nampak tadi bukan apa yang awak fikirkan. Fariz cuba menerangkan keadaan sebenar.

Saya tak fikir apa pun dan saya tak rasa saya perlu fikir hal awak. Itu hak awak. Maaf, saya ada banyak lagi kerja. Felisha mula menapak masuk ke dalam kedai. Pintu kaca ditutup kuat.

Aduh! Fariz menggosok hidungnya yang terkena cermin pintu. Eii! Minah bunga ni! Angin senggugut satu badan agaknya!

Felisha tidak hiraukan Fariz. Dari celah tirai bilik pejabatnya, jelas dia melihat Melissa tarik tangan Fariz menuju ke tempat letak kereta.

Huh! Kalau dengan aku, bukan main lagi haramnya! Ni depan mata aku dia biarkan saja minah tu pegang tangannya. Tak haram ke tu Felisha mencebik.

Felisha memandang telefon bimbitnya yang berdering kuat.

Awak nak apa lagi Tengking Felisha. Geram.

Oh maaf..saya ingat kan siapa tadi. Nak jumpa Buat apa Hal penting Felisha letak telefon. Tajdid pula nak berjumpa dengannya. Hal Fariz belum selesai, ditambah pula hal Tajdid.

Adoipening la aku ni. Aku tak nak fikir pasal dia orang ni.

Felisha melangkah keluar dari bilik pejabatnya menuju ke bilik pantri yang disediakan untuk makan dan minum. Nasi lemak dan mihun goreng yang dibeli tadi diletakkan di atas meja. Beberapa jenis kuih dimasukkan ke dalam pinggan.

Ainul! Jom makan! Laung Felisha.

Kak Sha! Kak Sha! Tercungap-cungap Ainul berlari ke bilik kecil.

Ada apa ni Ainul Macam kena kejar hantu je Felisha mendongak. Kopi yang dibancuh diletakkan di atas meja.

Ni! Ainul tunjuk surat kepada Felisha.

Felisha segera baca. Tangannya terketar-ketar. Mukanya dah pucat!

Hutang aku belum selesai! Aku nak dara kau diragut!

Kalau polis tahu, kau akan menyesal seumur hidup kau!